Wednesday, December 24, 2008

Koew Teow Kerang Ala Belasah.....




Sepatutnya ini la juadah untuk sarapan pagi ni.... Tapi adik² aku dah belasah malam tadi sebaik aku siap masak. Siap bertambah² dorang makan. Tinggal la sikit tuk aku jadikan sarapan pagi. Alhamdulillah.... walaupun dapat sikit je tapi kenyang la jugak.

Dah lama aku tak masak² ni... malas pulak tuari. Tapi alhamdulillah... sikit² kerajinan tu datang semula.

Malam tadi aku siap masak sambal sardin untuk juadah tengahari nanti. Lunch time karang, aku balik ler rumah kejap masak sayur pulak. Malam tadi aku da siap potong kacang botol tu. Nanti tengahari goreng bubuh telur pulak.

Esok cuti so tak payah la aku masak siap² malam karang tuk juadah esok. Esok buleh la aku bangun lewat sikit kot. Tapi kalau jadik la kawan aku datang tuk formatkan pc aku yg diserang trojan kat umah tu... kena la jugak aku bangun awal. Nanti malam aku ingat nak kemas rumah sikit. Itupun kalau kerajinan melebihi kemalasan. Hehehehe....

Tuesday, December 23, 2008

Rajuk...

Teringat akan lagu nyanyian Rahmat bekas penyanyi kumpulan Ekamatra dulu...

Rajuk yang tak bisa diubati lagi.....
Kesal yang tak sudah....
Tinggal parut yang berbisa....

Dalam hati ni berkata².... sudah lupakah dia pada aku.....?

Dalam hati ni tertanya².... tak bermaknakah aku padanya...?


Argh!! Hati... Tolong la.. jangan la kau sedih lagi... Fikiran... tolong la jangan fikirkan lagi.... Empangan air jernih ini bisa pecah lagi andai berterusan begini....

Monday, December 22, 2008

Sebak

Entah kenapa... sejak akhir² ni hati aku mudah sangat tersentuh. Airmata mudah sangat mengalir di tubir mata ni. Adakah kerana jiwaku tak tenang... atau mungkinkah kerana peredaran masa...? Entah la.. aku sendiri kurang pasti...

Yang aku tahu... bila kerinduan menerpa di pinggir hati... di kala itu la... empangan titis² air jernih di kelopak mata ni tidak mampu untuk aku bendung. Pecah... mengalir membasahi pipi.

Adakah kerana ada penyesalan di dasar hati... atau adakah kerana bawaan perasaan....? Hurm... hanya Yang Satu mengetahui apa yang tersurat dan tersirat untukku....

Dari saat hatiku tersentuh malam tadi dengan jawapan darinya yang bernada tinggi.... hingga ke saat ini... aku masih belum mampu untuk menghubunginya lagi.... Hati masih diselubungi rasa sedih... Dan di kala aku merungkaikan isi hati di laman ini... titisan air jernih itu sentiasa menemani...

Argh!!! Kenapa dengan hati aku kini.....? Kenapa mudah sangat airmata ni mengalir....?

Monday, November 24, 2008

Pemergian Yang Tak Dirancang.....



sekadar gambar hiasan....


Ahad 23 November 2008 kembali la ibu saudaraku, satu²nya adik satu mak kepada abah ke rahmatullah. Perginya kerana sakit. Sakit yang berangkai². Ada sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang. Tak tahu la ada penyakit apa lagi.

Sebelum beliau dimasukkan ke hospital, suaminya yang demam dulu. Kemudian arwah makcik pulak demam dan terus tak sedar diri bila dimasukkan ke ICU HUKM malam Sabtu 22 November 2008. Lebih kurang pukul 4.50 pagi tu abah terima panggilan menyatakan makcik dah nazak. Siang Sabtu 22 November tu baru abah dapat pergi menziarah. Aku ikut sekali. Masa aku masuk melihat makcik, beliau langsung tak sedar. Kaki tangan dah sejuk sangat.

Abah nak tunggu jugak kat hospital dulu petang tu dan selepas habis waktu melawat, selepas berbual dan memberi nasihat serba sedikit menghilangkan kesedihan pakcik, kami pun berangkat balik ke Klang. Kemudian pada malam 23 November lebih kurang pukul 2.30 pagi, pakcik menelifon abah menyatakan makcik dah semakin nazak. Abah pun tak berani sangat nak memandu malam, so tunggu la siangnya baru pergi ke sana. Dan ketika abah sampai, makcik dah takde.

Selepas selesai pengkebumian makcik, abah balik semula ke Klang dan sempat singgah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk melawat anak adik mak pulak yang patah kaki kerana accident. Hari ni operation masukkan besi di peha dan skru di lutut. Selepas dah melawat tu, abah balik ke rumah kak long. Aku memang dah ada di situ. Kesian pulak tengok abah. Sekarang tinggal la abah sorang. Kakak dah meninggal, adik pun baru pergi.

Pagi tadi abah cakap yang tetiba di keheningan pagi td dia teringatkan sangat arwah adiknya tu. Ingatan takan hilang walaupun arwah dah takde. Malam ni ada tahlil arwah lagi di rumah arwah makcik, mungkin abah akan pergi kalau abang long dapat menghantar abah ke sana. Rumah arwah makcik di Kuala Lumpur. Abah tak berapa biasa sangat jalan sana.

Harap abah akan sentiasa tabah seperti selalu.....

Monday, November 10, 2008

Teambuilding di Langkawi (31/10/2008 hingga 2/11/2008)



sebelum berangkat



selepas teambuilding (dgn muka berpeluh² lg)



sebelum dinner



semasa dinner



depan bilik (dgn kaklong sblm check out)

Aku gerak dari Klang ke LCCT Sepang pukul 3.45 petang. Tiket ke Langkawi pukul 6.50 petang. Tunggu staff Affin dari KL punya la lama. Sampai naik geram dibuatnya. Tapi yang kelakarnya masa kat dalam kapalterbang tu. Ekeke... Masa makanan diedarkan tu... kat nasi lemak kaklong ada rambut, so kitorang mintak tukar. Pastu dah dapat makanan ganti, masa order air sekali pramugari Air Asia tu kata... "kita dah nak mendarat". Wakakaka... Tak sempat nak makan.

Sampai kat sana, program yang diaturkan sepatutnya pi shopping kat Pekan Kuah dan kemudian pi makan kat Restoran Lobster Village. Tapi schedule tukar ler pulak. Pi makan dulu kemudian baru la pi Pekan Kuah. Sampai sana dah malam, mana nak sempat pusing² shopping. Masuklah satu kedai tu je. Aku beli coklat je. Ada gak niat nak beli set bekas lauk/lontong yang boleh pusing² tu tp duit lak tak cukup. Entah apa mengongnya aku agaknya, masa kat airport terlupa nak kuarkan duit kat ATM tu. Lepas beli² coklat, naik bas dan gerak ke Sheraton Resort.

Esoknya hari Sabtu adalah hari teambuilding.....

Giler penatnya masa hari teambuilding tu. Pagi ok lagi, cuma tahan² ngantuk je. Tapi acara belah petang tu yang tak tahannya. Faci tu buat program explorace. Huhu... Letih berlari² sini sana, turun naik jalan berbukit, turun naik tangga. Kena tebalkan muka minta alatan yang nak digunakan dari pekerja resort. Tapi tak menang juga group aku tu. Ahaks. Yang menangnya cuma time wedding planner tu je. Kumpulan aku dapat markah tertinggi.

Nanti sambung pulak kat posting lagi satu....

Wednesday, October 15, 2008

Update

Dah lama betul aku tak update blog ni. Macam takde cerita menarik je yang berlaku akhir² nih.

Esok aku last keje untuk minggu ni. Lepas habis keje kul 5.30 tu kelam kabut la aku gamaknya nak ke stesen bas. Almaklum la, nak balik kampung. Mak aku jalankan kenduri Jumaat dan Sabtu ni. Kenduri nikah dan sanding adik pompuan aku. Petang ni nak kirimkan oven pada kaklong, dia balik kampung malam ni. Kaklang mintak aritu sbb nak panggang ayam tuk lauk pengantin nanti. Kain baju aku tak siap kemas lg so tak dapat la nak kirimkan pada kaklong jugak. Gamaknya aku masuk keje esok dengan beg besar gedabak la. Huhu...

Pagi tadi mak aku terkejut tetiba pepagi sepie aku dah call. Huhu... Aku sebenarnya mimpi abah accident. Meninggal pulak tu. Dalam mimpi tu aku meraung² nangis. Tu yang sebaik tersedar je aku terus call mak tanyakan pasal abah sihat ke tidak. Aku rasa mak aku syak apa² kot sbb mak aku terus tanya... kenapa pepagi dah call tanya abah. tp aku jawab takde pape je sbb aku takleh nak berkata². Hati aku sebak lg. Tu pun puas aku cover suara jangan mak perasan aku nangis walaupun airmata dah bergenang kat tubir mata. Mintak² la usia abah dan mak panjang.

Wednesday, September 24, 2008

Harapan Kecewa

Semalam memang satu hari yang menyedihkan. Aku MC semalam sebab gastrik ni menyerang pulak. Kemudian bila kat rumah aku terfikir nak call dealer tu tanyakan pasal application aku. Kebetulan dia ada kat bank so dia bagi aku cakap dengan orang bank tu. Terkejut gak aku bila orang bank tu kat first screen aku tak lepas. Maksudnya masa dorang hantar maklumat aku untuk check citris ke ctos ke blacklist ke, nama aku sangkut. Setau aku nama aku clear, kalau blacklist camana loan kete kancil tu ngan personnel loan aku buleh dapat.

Kemudian aku tanya macam² pada orang bank tu dan akhirnya dia kata gaji aku ni kecik. kalau aku amik saga insyaallah buleh lepas guna nama aku sorang. Aku tanak amik saga masalahnya. Kenapa la dorang tak beritahu awal² gaji aku tak lepas untuk loan setinggi tu...? Bila dah dekat nak raya ni, bila masa dah suntuk baru la aku tau.

Aku beritahu abah, dan abah kata camana... kete nak pakai nanti kenduri lepas raya ni. Arghhh!!!! Tension dan bertambah sedih aku ni. Kemudian terfikir nak cuba kat lain lalu aku pun call la sidia. Dia kata dia akan cuba pulak pada kawan dia tp kena tunggu kumpul duit untuk downpayment pulak. Bila aku cakap² lagi, akhirnya dia cakap sesuatu yang mengguris hati aku. Ayat tu la yang membuatkan aku menangis teresak² sampaikan tak mampu nak berkata² lagi.

Dia tak memahami situasi aku. Dah lama kenal aku pun masih tak dapat mengenali aku sepenuhnya. Hurm... tak apa la, nanti aku cuba pulak dekat lain. Mungkin belum rezeki aku....

Monday, August 25, 2008

Idaman.....




Hurm... ni la idaman kalbu tapi seksanya nak lepas loan. Entah la.... Harap² kali ni berjaya la. Tak lama lagi nak raya ni.

Kelmarin balik kampung, biasakan diri drive kete kat sana. Pagi² antar mak pi pasar. Alhamdulillah, aku da semakin berani turun naik bukit kat depan umah abah tu.

Friday, August 15, 2008

Demam Kuat

Tak sangka sakit kepala yang aku alami hari selasa tu bukan sakit kepala biasa. Rupanya aku demam kuat. Hari Rabu baru aku pi klinik jumpa doktor bila sakit kepala masih tak ilang dan badan mula sakit² dan tak larat. Bila doktor check suhu, rupanya suhu aku 101. Maka MC la aku hari Rabu tu.

Esoknya pi keje masih tak larat jugak dan ada tumbuh bintik berair yg dengan cepatnya menjadik besar dan sakit. Aku pi klinik lagi. Doktor pun hairan tengok aku, muka bengkak sebelah kanan, ada pulak tumbuh bintik berair, sakit kepala tak baik lagi, kaki sakit². Huhu...

MC lagi aku semalam tapi belah petang je sbb aku pi klinik lambat. Aku sebenarnya malas nak pi klinik lagi sbb rasa tak larat nak jalan, bintik berair tu bila bergeser jadik sakit. Tapi disebabkan tak larat sangat, nak duduk pun sakit, aku pi jugak la klinik.

Demam kali ni memang teruk. aku langsung tak terdaya nak buat apa². Makan pun tak lalu. Tekak rasa pahit. Aku terpaksa makan buah untuk dapatkan rasa manis. Lagipun selera makan langsung takde. Mak pun risau nak lepaskan aku pi Kedah tu. Tapi aku terpaksa gak pegi. Kesian lak kat member aku yang dah belikan tiket dan dah packing barang dia tuk ke sana. Kesian jugak pada pengantin yang merupakan sahabat aku tu. Dulu masa dia nikah aku tak pegi. Harap² malam nanti takde berlaku apa² yang tak elok la sewaktu di dalam bas.

Aku akan siapkan buah²an untuk kudapan kalau tekak terasa pahit, aku akan bawak asam untuk dimakan kalau tetiba rasa nak muntah. Huhu... Susah kalau sakit ni rupanya.

Monday, August 11, 2008

Majlis Persandingan




Sabtu baru² ni pegi jemputan persandingan sepupu kat Cheras. Majlis buat kat dewan serbaguna. Sepatutnya abah wajib pegi tu sebab yang buat majlis tu adalah adik tiri abah tapi tu la.. abah demam pulak. So, mak je la datang dengan alang bersama abanglang dan anak²nya.

Jumaat malam tu mak datang tido umah kaklong dulu. Esoknya dalam kul 2 gitu baru gerak ke Cheras. Ala... Klang ke Cheras tak jauh mana pun kan. Tapi almaklum la kan, kami ni jarang² pi umah sedara. Ala... sedara ni pun ada masa kami dah besar² dan abah serta mak dah beransur senang sikit je. Hehehe... Tersesat² juga la masa mencari tu.

Aku tumpang kete kaklong dengan sorang lagi adik aku. Hurm.. nak pegi naik kete sendiri, abah lak tak datang sekali kan. Kalau abah datang, dapat la naik kancil tu. Nak naik pulak persona, entah lepas entah tidak loannya. Huhu...

Masa acara menepung tawar aku tak pi pun naik ke pelamin tu. Malas ar aku nak pi menepung tawar bagai. Aku rasa aku muda lagi, malas nak menepung² tawar ni. Hehehe...

Lepas makan dan tengok pengantin bersanding, mak naik atas tuk menepung tawar pengantin. Lepas dah settle tu, pi salam² dengan pak sedara mak sedara serta sepupu sepapat. Kitorang gerak balik dalam pukul 10 lbh malam gitu. Kemudian masa nak keluar konon nak konvoi 3 kereta sekali tapi tu la, tersesat² jugak. Banglong pun bawak kete agak laju, mak pulak tak bagitau kat banglong yg mak nak singgah umah paklong kejap, nak ziarah paklong sakit. So terlepas la kawasan rumah paklong. Jadik, tak dapat la mak nak ziarah abangnya tu. Takpe la, nanti kalau loan lepas, aku bawak mak pi ziarah paklong.

Pagi² semalam mak gerak dari umah kaklong ke rumah aku pulak. Mak singgah kejap je sbb nak balik ke kampung tengah hari tu jugak. Kalau gerak lambat takut jem pulak kan. Tapi mak kata nak ajak abah datang umah aku cuti sekolah nanti. Mak nak ajak abah rehat kat sini.

Thursday, August 07, 2008

Persona.....

Memang terpesona.... Berkenan betul mata aku tengok kete ni selepas wira aeroback. Terus terlupa yang dulu aku berhajat sangat nak amik wira aeroback. Ekeke....

Semalam dengan semangat yang tinggi aku pi tanya persona kat proton edar. Dorang tgh buat promosi kat sini. Tanya punya tanya terus tersangkut. Lalu aku pun try la apply. Ekeke....

Harap² ada rezeki la nak pakai kete baru.

Wednesday, August 06, 2008

Menjahit.....

Minggu ni minggu rajin aku la kot. Tetiba je rajin lak menggunting kain untuk dijadikan baju raya dan baju tak raya. Hehehe....

Dari hari ahad lepas hingga la semalam aku da settlekan gunting untuk 4 pasang baju. Hehehe.... baju kurung biasa aje dan untuk pakai sendiri aje. Aku ni tak pro lagi, so tak berani la nak jahitkan untuk orang lain. Kalau untuk pakai sendiri tu, ada senget² sini sana sikit² takpe lagi. Takde sapa nak komplen, takde nak kena bayar gantirugi kat sesapa. Hehehe...

Tapi agaknya dah memang naluri pompuan kot, walaupun gunting dan jahit baju sendiri namun kehendak membeli baju siap tetap ada. Ahaks... Semalam la tu... Waktu aku jalan² kat Klang Parade depan opis ni tengahari semalam, masuk la kedai First Lady tu. Sekali ternampak la sepasang baju kaler krim coklat tu. Wah! Sekali pandang dah terpikat aku ni. Terus aku amik je baju tu. Hehehe.. Melayang lagi RM70. Sabtu lepas dah melayang duit membeli kain ela 5 pasang.

Betul la kata "orang" tu..... belanja ntah apa² aku pun dah dekat seribu sebulan. Ekekeke.....

Minggu ni ada majlis kenduri kawin kat rumah pak sedara kat Cheras. Hurm... Kalau kak long pegi, mengekor ler aku. Patu nak kena pegi lagi ke Jalan TAR untuk beli lagi 4 pasang kain ela. Huhu....

Ni persediaan untuk raya lagi, untuk kenduri nikah adik aku jugak nanti. Penuh la jadual aku hingga ke abis bulan 10 ni nanti. Nasib baik la "orang" tu pun sentiasa sibuk. Maka tak kisah sangat la kalau jadual aku pun penuh. Tapi kalau la "orang" tu tak sentiasa sibuk, terpaksa la aku ngejas jadual aku ni. Hehe..

Friday, August 01, 2008

Gara² Malas Masak....

Malam tadi aku jadik seorang yang pemalas pulak. Hurm.... Balik dari keje aku terus pasang rak pasu yang aku beli semalam. Kemudian bila dah siap pasang, aku letak bersebelahan dengan rak yang aku beli kelmarin. Kemudian aku susun elok² pasu² tu semua.

Aku tak masak pun tuk juadah malam tadi walaupun adik aku dah beritahu dia on the nak balik ke rumah aku. Huhu... Aku cuma perap daging je dan adik aku la tukang masaknya. Tapi aku siap² masakkan nasi. Hehehe...

Semalam selain dari rak tu, aku jugak beli pasu² kecil comel, ada la dalam 10 biji. Pastu aku beli jugak pasu yang besar sikit dari tu dalam 6 biji. Tanah aku lum dapat beli lagi. Nanti nak semai benih lagi kat dalam pasu yang kecik² tu.

Rasa macam best jugak bercucuk tanam ni tapi tu la, silapnya aku duduk kat umah flat. Kalau boleh aku nak carik rumah teres la, senang aku nak merealisasikan hobi aku ni. Best je kalau depan dan belakang rumah ditumbuhi tanaman hijau yang boleh dijadikan hidangan. Hurm... nampaknya aku kena berjimat sikit la dari sekarang, kalau tak camana nak dapat rumah teres. Huhu...

Thursday, July 31, 2008

Musim Buah Kat Kampung




Ni adik-beradik berkumpul ahad baru ni. Tu pun tak semua yang amik tempat dalam gambar tu. Ada yang kat atas pokok tengah petik buah rambutan. Ada yang pi entah ke mana. Abah pulak sibuk buat bilik kat dalam umah. Mak biasa la... anak-anak amik buah, mak kat dalam lepak2 ar sesambil tolong abah.

Buah durian yang ada 7 biji kat atas pokok belakang umah tu da abis gugur. Bukan sebab da masak tp sebab dikejekan dek tupai. Chess... Hampeh punya tupai. Sib baik la kat kebun ada 3 4 batang pokok durian lagi. Merasa la jugak makan durian sendiri.

Ada lagi satu gambar si kenit anak kaklong dok beria nak panjat pokok rambutan tu. Huhu... Malas la pulak nak upload. Takpe la.. lain kali la tepek gambar si kenit tu.

Balik kampung tuari, kaklang siap tanya kat aku... boleh ke panjat pokok manggis tu? Ahaks. Dia takut adik dia ni tergolek jatuh kalau dahan patah, maklum la adik dia ni da gemuk. Hehehe.... Tapi lepas dok kait manggis tu, sempat aku pi panjat pokok langsat kejap. Buruk tul kan.. Dah tua2 duk panjat pokok lg. Ekekeke...

Pas panjat langsat, pi pulak kait rambutan jap. Pastu masuk makan. Petang sebelum balik sempat lagi pi panjat rambutan amik tuk bekal bawak balik ke Klang pulak. Hehehe....

Tanaman Percubaan













Ni la hobi terbaru aku. Tanam pokok. Yang kat rak tu aku susun pokok setawar, pokok sirusa, pokok lidah buaya, dua pasu benih, satu pasu anak terung bulat dan satu pasu pokok bunga nenas. Kat tepi rak tu pokok pandan tp entah la... baru mlm td masukkan dalam pasu. Bawak datang dari kampung tu. Yang kat air tu pokok sayur tp dah tak ingat sayur apa. Entah la... Hidup ke mati nanti sbb kurus je dia.

Yang menjalar tu pokok kacang botol, satu pasu pokok kacang panjang. Hurm... Kacang botol tanam kemudian dari kacang panjang tp pokok kacang panjang kemetot pulak. Mulanya ada 3 batang anak kacang panjang tu tapi da mati. Tinggal la tu je.

Pagi² tadi da bubuh baja dan siram siap² pokok2 tu. Kalau aku ad rumah, aku jaga pokok² tu pagi dan petang. Kalau time aku balik kampung tu la yang risaunya. Pokok takde orang nak siramkan. Kalau kucing datang korek pasu pun takde orang nak tolong halaukan. Huhu....

Malam tadi semai benih kacang buncis ngan timun. Saja je suka² tanam pokok ni. Hobi ni tak tentu. Kali ni suka nak tanam pokok, pastu berabis duit beli benih la, baja la, peralatan la... Mintak² kekal la hobi menanam pokok ni kat aku. Seronok pulak bila pokok tu tumbuh. Hehehe....

Sebelum ni ada gak tanam pokok dalam pasu, malahan yg dah hidup bawak dari kampung tp mati bila letak kat sini. Agaknya sebab rumah flat kot. Susah jugak nak bertanam. Atau mungkin sebab penjagaan kurang kot. Kali ni aku jaga betul² tp kalau bukan rezeki aku nak berpokok sayur takpe la.

Aku suka tanam² pokok sayur ni tp tu la masalahnya aku duduk umah flat. Tak bertanah. Nak tanam sayur pun kena beli tanah dulu. Kat sini pulak aku tak jumpa nursery. Alamatnya beli tanah, alatan tanaman dan benih kat giant je la. Huhu..

Monday, July 28, 2008

Slice Mutton With Garlic Ginger Blackpepper Sauce (ala² belasah)




Hurm... Malam ni teringin nak makan masakan western pulak. Ekeke... Tapi tak pandai nak masaknya so aku belasah je la sesedap rasa aku je. So meh kongsi resepi slice mutton with garlic ginger blackpepper sauce ni sesama.


Bahan²nya


Slice mutton
Fries
Brocoli
Capsicum merah
Carrot
Cauliflower
Cendawan butang (dlm tin)
Butter


Bahan perapan

Sos tiram
Lada sulah
Lada hitam
Serbuk oregano

Bahan sos

Lada hitam (yg tak berapa hancur)
Bawang putih
Halia
Air suam
Butter
Tepung jagung
Sos tiram


Cara² membuatnya

Perapkan slice mutton dengan bahan perapan. Ikut la berapa lama kita suka.
Cairkan butter dan goreng mutton yg dah diperap tu.
Bila dah masak, angkat dan masukkan dalam pinggan.
Goreng fries dan susunkan di sebelah slice mutton.
Celurkan sayur²an dan capsicum sekejap. Angkat dan masukkan dalam air ais.
Toskan dan susunkan di dalam pinggan yg sama.
Kemudian cairkan butter dalam kuali menggoreng slice mutton td.
Tumiskan bawang putih dan halia sampai naik bau.
Kemudian masukkan lada hitam.
Tambahkan sedikit air.
Masukkan sos tiram, goreng sekejap.
Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.
Kemudian boleh la dihidangkan.

Boleh la mencuba kalau nak. Tapi rasanya tak la sesedap yang kat restoran tu. Hehehe....

Thursday, July 24, 2008

Mamee Perisa Itik



Hehehe... jemput² bilis pun ntah ke mana, ini jugak juadah yang aku hadap tuk malam ni. Goreng mamee perisa itik lak malam ni. Takde rendam² de mlm ni, main goreng pulak. Siap tambah sayur mayur tu. Ekekeke....

Meh share resepi ni....

Bahan²nya

Mamee perisa itik
Coctail cendawan
Cendawan tiram
Capsicum
Carrot
Kacang buncis
Cauliflower
Brokoli
Bawang putih (dititik)
Garam skit
Minyak untuk menumis
Air untuk kuah

Cara²nya

Panaskan minyak dengan api sederhana
Tumis bawang putih
Masukkan sayur mayur tu bila bawang putih da naik bau
Masukkan air
Masukkan coctail cendawan tu
Kemudian masukkan perisa mamee tu dan tambah sikit garam
Bila dah mendidih, masukkan mamee
Biarkan mamee tu lembut dan boleh la diangkat tuk dihidangkan

Selamat menjamu selera.....

Belasahan Yang Mengenyangkan Malam Ni.....















Ini la belasahan yang mengenyangkan tuk malam ni. Cuma nasi dan sayur campur je yang aku masak. Rendang ayam dan sambal belacan tu beli je tadi. Tomato aku tambah. Lepas makan nasik, minum pulak air anggur. Perghhhh!!! Nikmat dunia.....

Kongsi resepi sayur campur belasah.....

Bahan²nya

Bawang putih (dititik)
Udang kering
Cendawan tiram
Brokoli
Cauliflower
Kacang buncis
Capsicum merah dan hijau
Carrot
Sos tiram
Garam
Minyak masak

Cara² membuatnya

Panaskan minyak dengan api sederhana
Tumiskan bawang putih
Bila dah naik bau, masukkan udang kering
Masukkan sayur²an tu semua
Gaulkan dan biarkan kejap
Kemudian masukkan sos tiram dan garam secukup rasa
Gaulkan dan tutup sekejap
Kemudian boleh la padamkan api dan masukkan dalam piring untuk hidangan.

Sempoi je kan resepi ni. Hehehe... Sebenarnya inilah cara masakan orang malas cam aku. So kalau korang rasa korang pun malas cam aku, leh ar korang try. Tapi kalau korang rajin, jangan la cuba. Takut tak kena ngan selera korang pulak. Ahaks...

Syahdu pulak lagu tgh² malam ni.Huhu... Nak pi layan lagu jap pastu tido. Esok² sambung posting lain pulak.

Chow.....

Wednesday, July 23, 2008

Pizza Yang Tak Berapa Menjadi














Hehehe.... Gambar kat atas tu menunjukkan proses memeram pizza hingga la proses selesai.

Buat pizza ni ikut resepi jumpa kat internet je. Tapi tak berapa menjadi lak. Tepung dia keras la. Nak makan pun agak susah sikit.

Takpe la, meh kongsi resepi.

Pizza

Bahan²

Tepung gandum - 250gram
Yis - 5gram
Gula - 1 camca teh
Garam - 1 Camca teh
Air Suam - 3/4 cawan
Sayur campur (aku tukar ke cendawan butang, olive, nenas tin, capsicum)
sosej - 2 batang (aku tukar sosej sebatang, 1 coctail lada hitam, 1 coctail cendawan)
Minyak makan (aku letak minyak sayur)
Sos tomato (aku campur sos tomato dgn sos cili)
Cheese (aku guna parmeesan dgn cheddar)

Cara buat

Larutkan yis dan gula dalam air suam hingga naik buih2 kecil
Pastu masukkan dalam tepung
Masukkan garam dalam campuran tu dan uli
Uli hingga tak melekat kat tangan
Peramkan sampai naik 2 kali ganda.
Potongkan sosej dan sayuran tambahan tadi siap2
Bila adunan dah naik, canaikan dalam bekas (aku canaikan dalam tray oven tu je)
Sapukan minyak makan atas canaian tepung.
Pastu sapukan sos
Kemudian susunkan ataupun taburkan bahan2 topping td kat atas canaian tepung tu.
Akhir sekali taburkan cheese atas topping dan peramkan selama 30 minit.(masa peram ni boleh la panaskan dulu oven tu)
Kemudian boleh la dibakar dalam oven bersuhu 220 ke 230 darjah celcius selama 25 ke 30 minit.


Dah siap pun. Hehe... Selamat mencuba

Makan Malam Orang Malas







Ha! Inilah juadah orang malas ni malam tadi. Cuma rendam mamee sup bunjut pedas terer sebungkus pastu tambah ulam cili jeruk dan tomato. Side dish aku goreng bilis dan cendawan goreng je. Kalau tinggal sorang kat rumah musti masak tu ala kadar je.

Kalau tengok pada nama mamee tu mmg ler takut nak makan sbb ingatkan pedas sangat la. Bila dah makan baru ler tau rasanya yang sebenar. Takde la pedas mana pun. Huhu. Siap buleh aku tambah cili jeruk lagi.

Ni nak bagi resepi cendawan goreng tu. Memang sangat mudah la. Simple, kejap je dah buleh makan.

Cendawan Tiram Goreng Belasah

Cendawan Tiram
Bawang Putih (dititik)
Sos Tiram
Garam
Minyak untuk menumis

Cara memasaknya

Koyak2kan cendawan tiram, kemudian basuh dan toskan
Panaskan minyak dengan api sederhana
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian waktu ni la masukkan udang kering kalau teringin. Tak letak pun takpe.
Masukkan cendawan tiram, gaulkan.
Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa.
Biarkan seketika dan boleh la diangkat untuk dihidangkan.

Lepas aku makan hidangan yang sempoi tu, aku mula pulak uli tepung untuk pizza. Posting berikutnya aku akan citer mengenai pizza tu.

Chow....

Tuesday, July 22, 2008

Sarapan Pagi....




Ni la juadah tuk sarapan pagi tadi. hari ni bangun cam biasa cuma bersiap tu cepat lak sikit dari biasa. So kuar rumah pun awal la sikit dari biasa. Sempat la aku singgah kat kedai makan tu beli sarapan. Tadi mintak bihun dengan telur mata + bilis. Semua akak tu kira RM1.50. Jimat gak la.

Dari rumah dah siap2 minum pearl choco dah incase kalau terlambat sampai opis tak sempat nak singgah beli makanan. Hehehe...

Aku rasa badan aku ni semakin naik ni. Selera makan bertambah2. Lalu je makan apa pun yang ada. bak kata kawan aku, aku ni makan tolak batu ngan kayu je. Ahaks.. baju2 pun da tak berapa muat da ni. Baju2 kurung aku nasib baik la mmg besar2 aku buat, cuma kain je kena adjust tukar pinggang sbb pinggang aku dah bertambah dua inci. Baju2 kemeja pun da ketat2.

Sekarang ni aku jarang2 pakai kemeja sebab dah ketat2. Jadik segan la pulak nak pakai. Nampak gayanya aku kena beli stok baju kemeja dan seluar slack lain la pulak lepas sbb yang sedia ada ni dah tak berapa muat. Huhu... Bertambah lagi la budget aku.

Panggilan Yang Tak Terduga....




Malam tadi sewaktu aku mengalihkan anak2 pokok sayur tetiba terdengar telefon berdering. Aku tengok kat skrin telefon tertera perkataan "no number". Aku cuak, aku kasarkan suara menjawab sbb aku takut kot2 mamat psyco tu yang call aku. Semalam dia call aku kat talian rumah aku buat2 jawab yg aku takde. Hehehe... Kemudian dia tak reti bahasa, tanya2 lg so aku letak je telefon. Bila dah letak telefon, dia still call2 lg sampai aku geram, aku cabut connector kat belakang phone tu. Huhu... Terus takde dering.

Lepas aku cakap hello, aku terdengar suara yang sangat aku kenali kat hujung talian. Rupa2nya bekas tunang aku yang call. Cinta pertama aku. Kali terakhir dia call aku hujung tahun lepas. Hehehe..

Takde cerita penting yang aku sembangkan dengan dia, takde kembali mengenang kisah lama pun. Kami bersembang tentang keluarga, tentang majlis perkahwinan adik aku, tentang arwah abg aku, tentang pokok durian, tentang mancing. Hehehe...

Semalam masa dia call aku tu dia berada di tepi kolam pancing. Dia tengah memancing ikan sembilang tapi tak dapat2 lg hasilnya. Hehehe.... Setau aku masa dia dengan aku, dia takde hobi memancing ni. Mungkin dia takde apa nak buat kot, sebab tu dia jadikan memancing tu sebagai satu hobi. Dia kata bujang takde apa nak buat duk umah memalam, lebih baik pegi mancing. Ahaks.

Aku jemput dia datang rumah masa raya nanti dan juga masa majlis perkahwinan adik aku nanti tp dia tak beri kepastian. Dia kata dia segan dengan orang kampung aku. Ala... Aku tau, dia musti segan dengan mak dan abah aku. Hehehe...

Hehehe... Dia memang seorang lelaki yang baik dan selepas aku putus dengan dia, aku belum jumpa lagi lelaki lain yang seperti dia. Walaupun trajedi putus tunang kami tu menimbulkan kekecohan antara keluarga namun antara kami seperti takde terjadi apa2. Kami masih seperti dulu, walaupun jarang berhubung. Kami seolah2 seperti sahabat baik yang tidak pernah mengalami sengketa namun jodoh tiada antara kami. Aku doakan dia bahagia selalu walau dengan siapa pun yang ditakdirkan jodohnya. Aku tahu, dia lelaki yang baik dan hanya pompuan yang baik saja yang layak untuk dia. Moga dia bahagia.

Sunday, July 20, 2008

Nasi Goreng Cendawan Halia




Tadi teringin nak makan nasik goreng so aku pun masak la nasik goreng cendawan halia. Aku letak nama cendawan halia sebab aku campur cendawan dan halia dalam nasik tu. Hehehe...

Ala... sendiri nak makan belasah je campak apa yang berkenan kat dalam kuali tu kan. Yang penting ada basic bawang putih dan bawang merah tu. Yang lain2 tu belasah je. Ahaks

Ni nak kongsi resepinya

Nasi Goreng cendawan Halia

Bahan2nya

Nasi
Cendawan tiram
Ayam (amik bahagian daging dan potong kecik2)
Bawang putih (hiris)
Bawang merah (hiris)
Halia (potong halus panjang)
Lada sulah
Sos tiram
Sosej (potong nipis dan rebus)
Capsicum ( potong memanjang dan rebus)
Daun parsley
Minyak bijan
Minyak untuk menumis

Cara2nya

Panaskan minyak dengan api sederhana
Tumiskan bawang putih
Kemudian masukkan halia
Bila dah naik bau, masukkan bawang merah
Bila bawang merah dah layu, masukkan ayam
Taburkan garam secukup rasa dan juga lada sulah
Kemudian masukkan cendawan, gaulkan
Bila air cendawan dah agak kering, masukkan sos tiram
Kemudian masukkan nasik, gaulkan
Biarkan seketika dan renjiskan minyak bijan sebelum padamkan api.
Kemudian buleh dimasukkan ke dalam pinggan.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan susunan capsicum, sosej dan daun parsley
Tara... nasik goreng siap untuk dimakan.

Cuba la, halia tu menghilangkan hanyir ayam. Capsicum tu tak pedas so kalau sukakan rasa yang pedas, tambahkan sos sewaktu nak makan ataupun lebihkan lada sulah semasa memasak.

Itu la resepi sempoi yang aku nak kongsikan kali ni. Hurm.. nak sambung tengok citer CSI pulak kejap sebelum tido.

Chow.....

Spagetti Sotong Goreng Belasah




Ingatkan malam tadi malas nak makan tapi dah kul 11 lebih terasa lapar pulak perut nih. Terpaksa la carik apa yang patut kat dapur untuk dimakan. Roti beli semalam ada atas meja tu tapi tak lalu lak nak makan roti. Huhu...

Bukak laci kabinet dapur jumpa spagetti. Bukak petiais jumpa sotong, cendawan, nenas dan mix vege. Hehehe... apa lagi yg aku dapat fikirkan selain dari spagetti goreng. Kat sini aku nak kongsi resepi spagetti goreng belasah aku ni. Selalunya kalau masak spagetti tak kira la goreng ataupun berkuah, aku akan guna daging kisar tapi kali ni nak try sotong pulak. Ahaks...


Bahan2 untuk membuat spagetti sotong goreng belasah ni adalah....

Spagetti
Sotong (potong bulat)
Coctail cendawan dan lada hitam (sosej yg kecik2 tu)
Bawang besar (potong dadu)
Bawang putih (dipotong halus)
Capsicum (aku guna yg hijau je, merah malas nak potong)
Mix vege
Cendawan butang (potong nipis)
Nenas (dlm tin)
Garam
Serbuk lada putih
Serbuk Lada Hitam (yg kasar sikit)
Minyak bijan
Minyak zaitun (untuk menumis)
Daun parsley
Cheese

Cara2nya

Rebus spagetti sampai lembut
Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana
Tumiskan bawang putih sampai naik bau
Kemudian masukkan bawang merah dan capsicum
pastu masukkan lada hitam dan lada putih
Bila bawang dah agak layu, masukkan coctail cendawan dan lada hitam
Kemudian masukkan sotong.
Goreng sampai air sotong kering
Kemudian masukkan nenas, cendawan dan mix vege
Tambah garam secukupnya
Bila bahan dah sebati, masukkan spagetti
Goreng sekejap dan renjiskan minyak bijan
Padamkan api dan masukkan ke dalam pinggan
Sebelum dihidangkan buleh la letak daun parsley dan taburan cheese

Begitu la mudahnya resepi spagetti aku. Kalau nak buat sedap macam kat kedai memang la aku tak pandai tp asalkan lepas kat tekak aku cukup la. Hurm... nak pi tido dulu la, esok nak kena bangun awal sbb ada kelas memandu.

Chow....

Thursday, July 17, 2008

Adik-adik Yang Lepak kat Umah Aku









Gambar yang pertama tu gambar adik bujang aku yang dok melepak umah aku ni. tadi masa aku kuar nak pi opis, aku da kejutkan dia suh masak nasik. Huhu... Dia tu umo baru 19, keje pun tak tetap. Bebaru ni jadik hal kat adik lelaki aku ni. Geram lagi hati aku ni.

Sabtu lepas dia gitau aku nak pi umah kawan dia, ala budak kampung aku. Tuari dia keje sesama, tinggal sebilik. Pas adik aku dah berhenti keje, adik aku lepak umah aku tapi kekadang dia pi jugak jumpa kawan dia tu. Masa hari sabtu tu, aku da cakap kat dia, takyah la pegi tempat kawan dia kat USJ tu, takut apa2 hal jadik. Adik aku ni takde lesen tapi dah ada motor, sekarang ni kan banyak roadblock. Aku cakap kat dia takut pegi2 karang kot kena saman. Dia degil, pegi jugak. Pastu malam tu aku call dia, dia gitau aku dia baru je lepas kena saman kat Glenmarie. Huhu.

Kemudian petang Ahad tu aku pi Putrajaya, tumpang umah kakak sekelas ngan aku. Aku takde transport so terpaksa la aku carik tempat menginap yang dekat dengan tempat exam aku sems ni (kat UNITEN). Memula aku nak amik hotel je tp kakak tu pelawa aku pi umah dia leh study skali. Aku pun on je la. Hehehe...

Malam tu aku call adik aku, dia kata kat atas motor nak pi USJ, ada hal. Aku takde la cakap banyak. Lepas aku abis exam hari Selasa tu, orang tua aku telefon. Baru la aku tau cerita sebenar ada hal yang dah terjadik kat adik aku tu.

Rupanya hal yg dia cakap tu adalah pasal kawan serumah kepada kawan adik aku tu. Budak tu dah hilang telefon dan dompet hari yang sama adik aku pegi rumah dorang tu. Dia guna maxis punya application apa ke benda namanya tu.. Finder ke hapa tu pastu dapat la signal Taman Sentosa. Kebetulannya kalau maxis coveragenya aku terletak dalam kawan Taman Eng Ann. Dua2 taman ni kat Klang, so dorang suspect adik aku yang curik.

Masa adik aku pi sana tu, budak yang ilang barang tu dah tunggu ngan kekawan dia, kira ramai jugak la. Budak tu budak Kelantan, keje despatch. Dia tuduh adik aku curi dan dia nak cash RM1000 sebagai gantirugi. Katanya dalam dompet dia tak banyak duit tp Mykad dia dah 3 kali hilang, so kena RM300 kalau nak buat baru. Pastu ada banyak resit dalam dompet dia tu, nilai dalam RM800. Bila dia dah ramai, adik aku sorang tentu la adik aku risau keselamatan dia kan. So dia bagi la telefon kesayangan dia kat budak tu. Aku rasa budak tu dah jual la kot. Pastu motor pun dorang pegang. Celaka tul.

Pastu, boifren adik pompuan aku pi sana semalam dgn kawan2 dia tuk settle baki tu. Dia bagi lg RM500. Pastu baru dapat motor. Aku geram sbb aku baru tau je masa malam aku balik tu. Aku suh report polis je tp family aku takmo. Ye la, org tua aku takut adik aku kena belasah masa dalam lokap. Anak lelaki mak aku tinggal 3 orang je dan sumer manja2.

Geram betul la, senang2 je ilang barang pastu tuduh orang. Bila dah tuduh orang ugut pulak lagi. Duit bukan senang nak carik zaman sekarang ni. Dah la adik aku sorang nak kawin, majlis bulan 10 nanti. Huhu...

Gambar kedua tu pulak gambar adik pompuan aku yang belajar kat UKM tu. Dia baru je masuk sems 1 tahun 3. Disebabkan kat kolej yang dia duduk masa tahun 1 dan 2 tu buat renovation, dorang buat pengurangan student. Jadik, adik aku ni kena la duduk luar kolej. Pastu dia nak lepak umah aku pulak sbb kelas dia bukannya hari2 ada. Lagipun aku kan tinggal sendiri, sewa sorang2, ok gak kalau ada adik2 lepak umah aku. Sekurang2nya aku ada kawan nak menyembang.

Hahaha... Boipren dia pun cakap kat dia, kalau dia lepak umah aku ok skit. Dia buleh belajar masak. Wakakaka. Tu gambar yang kat atas tu memang aku tengah dera dia suruh masak la. Nak belajar mana buleh tengok2 orang masak je. Kena la cuba sendiri. Aku dulu pun bodoh gak bab masak2 ni. Sampaikan nak potong sayur pun aku tak reti. tapi alhamdulillah... bila aku dah start lepak luar kampung, duduk umah sewa, kena masak sendiri, maka aku belajar sikit2. Aku cuba masak. Lelama alhamdulillah, pandai gak la aku masak walaupun rasanya sekadar lepas tekak aku je. Ala.. aku bukannya nak bukak restoran nak masak sedap2 sangat.

Chow dulu... nanti2 tulis lagi

Wednesday, July 16, 2008

Gulai Labu



Resepi gulai labu yang sangat simple ni mungkin tak sama dengan resepi orang lain tapi kalau untuk nak lepaskan tekak sendiri aku rasa dah ok dah camni. Tapi yang kat gambar atas ni bukan la aku yang masak. Hehe.. Aku dera adik aku masak pastu aku supervise je. Aku suruh dia perah santan sendiri, pastu aku suruh dia masak sendiri. Memula dia mintak tolong aku perahkan santan tapi aku tanak. Aku bagi dia chance buat sendiri. Kalau tak belajar, bila nak pandainya kan...


Bahan2 untuk resepi gulai labu ni... (mcm biasa la takde sukatan sbb sumer masak main lempar je)

Labu
Santan kelapa
Serai
Bawang merah sikit
Garam secukup rasa

Cara2nya....

Buang kulit labu dan potong dadu
Basuh dan toskan
Amik serai, titikkan
Amik pulak bawang merah, hiris.
Perahkan kelapa dan amik santannya.
Kemudian, masukkan bawang merah, serai dan santan kelapa ke dalam kuali. (nak masukkan dalam periuk pun boleh jugak. ikut suka kita je)
Masakkan campuran bahan tu di atas api sederhana, sentiasa la kacau (gaul) untuk mengelakkan santan berketul.
Bila dah mendidih sikit, masukkan labu.
Kemudian bila labu dah agak empuk, masukkan garam secukup rasa.
Biarkan kuah agak pekat baru la diangkat dan boleh la dihidangkan.

Hurm... senang sangat kan resepi ni. Sempoi. Sesuai untuk orang yang tak tahan pedas. Hehehe... sebabnya masakan ni tak menggunakan cili sedikit pun. Masa dah masak tu adik aku ada cakap kat aku yang dia letak garam banyak tapi tak masin. Dia rasa pelik sikit. Hehehe... jawapan bagi soalan dia tu aku bagi yang mudah je. Aku cakap kat dia yang santan kelapa tu lemak, so kena la lebih garam tuk lawan rasa lemak tu. Ahaks. Sesuka aku je bagi teori kan.

Jam kat pc ni dah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Esok aku keje. Idea nak masak esok pun tak timbul2 lagi ni. Hurm... Aku rasa ada baiknya aku pi tido dulu la. Mana tau idea datang masa aku baring2 tu karang.

Eh! Alahai.... Baju aku basuh tadi lum ampaikan lagi. Ala... malas la pulak nak pi ampai kat luar. Hurm.. Aku letak bawah kipas la dulu. Esok baru ampai kat luar.

Chow.....

Ayam Goreng Nenas Belasah




Ni pulak ayam goreng nenas ala belasah. Aku ni tak pandai masak, apa je yg terlintas kat kepala aku, aku lempar je skali ke dalam kuali tu. Kebetulan hari tu tak tau nak masak apa, bukak peti ais jumpa ayam. Tengok bahagian sayur lak ada tomato. Kat bahagian tempak taruk air tu ada nenas dalam tin.

Tetiba idea aku muncul. Hah! Goreng ayam je la pastu campurkan dengan nenas dan tomato. Hurm.. walaupun simple tapi sedap jugak. Cukup rasa masam, masin dan manisnya.

Ni la resepinya....

Bahan2nya.....( takde sukatan yg spesifik sbb sumer main lempar ikut suka je)

Ayam
Tomato
Nenas dalam tin (lau nak guna nenas biasa sebijik2 pun buleh tp amik la yg jenis manis)
Bawang putih
Bawang besar
Cili hijau
Halia (amik dalam 2 inci sbb nak hiris panjang2)
Garam
Minyak bijan
Minyak untuk menumis

Cara2nya.....

Cuci ayam dan toskan.
Kemudian gaulkan dgn garam dan kunyit. Gorengkan.
Bila ayam dah masak, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak untuk menumis, takyah banyak sangat.
Tumiskan bawang putih dan halia,kemudian masukkan cili hijau.
Masukkan bawang besar.
Bila bawang besar dah agak layu, masukkan nenas.
Tambahkan garam secukupnya.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata.
Masukkan tomato dan biarkan sekejap.
Akhir sekali, renjiskan beberapa titik minyak bijan.
Kemudian boleh la diangkat dan dihidangkan.

Mudah je resepi ni. Idea datang tiba2 je masa nampak ayam dan nenas tu. Kalau nak tengok resepi yang susah2 tu tak dapat la kat sini sebab aku ni jenis yg suka simple. Huhu...

Dah dekat nak time balik ni... Stop dulu la kat sini... esok lusa sambung lagi cerita lain.

Lempeng Bertelur Dan Sambal Bilis




Minggu lepas tetiba je rasa teringin nak makan lempeng lepas tengok posting kekawan kat forum. Jadik, kat umah aku pun merajinkan diri ke dapur buat lempeng. Kebiasaannya, kalau orang buat lempeng, just guna tepung gandum, garam dan air je kan. Tapi aku punya lempeng, aku kasi tambah telur. Baru la lembut dan lemak rasanya.

Aku perturunkan resepi lempeng bertelur aku ni. Hehehe.....

Bahan2nya adalah.....

5 sudu makan tepung gandum
1 biji telur ayam ( tak kira la gred apa pun )
Cheese ( tabur atas lempeng selepas diangkat )
air untuk membancuh
garam secukup rasa
marjerin untuk menggoreng

Cara2nya adalah.....

Pecahkan telur dan masukkan ke dalam tepung.
Taburkan garam ke dalam campuran telur dan tepung.
Masukkan air sedikit demi sedikit ( bukan apa.. takut terlebih air, lembik lak nanti )
Panaskan kuali leper.
Cairkan marjerin atas kuali tersebut.
Canaikan bancuhan tepung di atas kuali.
Balik2kan agar sama rata masak ke dua2 belah. (gunakan api sederhana agar lempeng agak garing )
Bila lempeng dah masak, angkat dan letakkan di dalam pinggan.
Kemudian, taburkan cheese ke atasnya.
Akhirnya... boleh la dimakan bersama sambal bilis atau apa jua pencicah yang kita suka.

Senang je kan nak buat lempeng. Hehehe... Ujung minggu ni kalau angin malas tak datang, rasanya nak buat cakoi la pulak. Balas dendam yng aritu buat tak menjadik tu.

Hurm... rasanya dah lama jugak tak buat roti canai ni. Bila la agaknya angin rajin mencanai ni akan datang balik ni. Takpe.. kalau dah datang angin rajin tu, aku akan pastekan gambarnya di sini.

Chow dulu... nanti ada lagi citer resepi akan menyusul.

Friday, July 04, 2008

Adoiii.... sakitnya dugaan ni....

Hurm.... dalam seminggu ni mood pun kureng baik la. Ada ulcer pulak dalam mulut ni. Kena kat bibir ni, dua pulak tu... depan dan belakang. Dah lama tak kena camni. Sakit dia hurm... takleh tahan. Ditambah dengan gusi bengkak lagi.

Tadi pagi saje je letak garam kat tempat ulcer tu, pedihnya... masyaallah. Kumur2 air garam pun da buat dah. Nak makan pun payah. Terutama makanan yang pedas. Hilang sekejap nikmat dunia.

Kul 4 ptg td pi Klinik Guan. Ingatkan nak mintak ubat je untuk ulcer dan bengkak gusi ni tp hurm... Kena jugak masuk jumpa doktor. Kononnya aku tak pernah amik ubat ulcer kat situ. Sebelum dapat jumpa doktor nak kena tunggu lak kejap dulu almaklum la... ada tiga empat org mamat bangla buat check up.

Jumpa doktor td kejap la sangat. Doc tanya sakit apa, aku pun terus je mintak ubat ulcer dan bengkak. Pastu doc tgk sikit je gusi bengkak aku tu dan tada... dah buleh keluar amik ubat. Huhu.. Senang gak keje doc ni kan.

Sebenarnya... gusi ni da sakit sejak sebelum kursus DTP tu lg. Masa kursus tu terpaksa gak la cover2 selera makan walaupun makanannya sedap2. Tu pun aku kena gak serangan sakit pada hari pertama kursus sbbnya aku terlupa gusi ni bengkak dan aku belasah seketul gula2 yg disediakan kat air suam tu. Huhu.

Takpe la.. sebaik je gusi ni ilang bengkaknya, aku nak pi klinik gigi. Aku nak pi cabut lagi 3 batang gigi geraham bongsu aku ni. Sebelum ni cabut sebatang je, alhamdulillah... dah tak sakit dah kat belah situ. Konon dah cabut sebatang puas hati la.. tak sakit lg tp hurm... sakit datang gak lg. Selagi tak abis buang ketiga2nya.. selagi itu la gusi akan bergilir2 bengkak.

Terpaksa la aku buang jugak geraham bongsu ni kalau aku tanak sakit lg. Dan memang aku confirm tanak sakit lg. Tanak!!!!!!

Monday, June 16, 2008

spagetti goreng ala belasah



Hurm... Ni la salah satu juadah yg sempat aku sediakan sewaktu balik lunch selama sejam kat rumah. Itu yg sempoi, cepat siap. Terasa macam nak buat lg la spagetti goreng tu tp takpe la.... aku nak cuba buat pasta bersos putih pulak nanti. Hehehe... sos tu da siap, cuma perlu tambah aksesori je sikit.

Wednesday, May 28, 2008

Pasta O Pasta....



Ini la juadah aku tuk malam ni. Tetiba je selera nak makan pasta. Aku pulak tak pandai masak pasta, namun kerana keinginanku, aku gagahi jua menyediakannya.

Kali ni resepi betul2 belasah sesuka hati je. Segala bagai bahan yang aku terasa nak masukkan, aku lemparkan je ke dalam kuali tu. Dan akhirnya.... merasa jugak aku pasta tanpa perlu pergi ke restoran Itali. Hehehehe....

Friday, May 23, 2008

Makanan Tengahari Tadi....







Ini la juadah tengahari tadi kat rumah. Rajin pulak aku balik makan tadi. Huhu..... Cukup la hanya dengan nasi putih, sayur campur, ikan masin jeruk dan air habbatussauda. Alhamdulillah...

Esok ada kelas. Hurm... kalau rajin tgh malam nanti nak goreng bihun tuk sarapan sebelum ke kelas pagi esok. Tengahari musti tak sempat makan sebab kelas aku berturut. Dari pukul 11.30 pg hingga pukul 2.50 ptg satu kelas, kemudian pukul 3 ptg hingga 6.20 ptg satu kelas lg.

Esok mesti penat giler tu.. Nak tukar2 train lagi. Hurm... Nampak gayanya balik terus tido je la kot. Tak larat la nak masak esok tu. Huhu...

Minggu depan nak pi test undang2. Maknanya dalam minggu ni aku kena hafalkan yang kat buku KPP tu. Mintak2 la sekali je pi test, takde duit aku nak pi banyak2 kali.

Thursday, May 22, 2008

Kekesalan Bertandang Lagi......

Dari hari ke hari aku cuba melupakannya namun semakin aku cuba.... semakin kuat pula ingatan itu menerjah kotak fikiranku. Aku cuba untuk menghapuskan dosa2 silam itu dari menghantui hidupku namun aku belum berjaya.

Bantu la aku teman.... bantu la aku menghadapinya. Bimbing la aku teman ke arah ketenangan. Perjalanan hidupku sudah jauh ke hadapan, aku takut jika hanya ada sedikit perjalanan lagi di hadapanku. Aku takut dosa itu terus melingkari hidupku selamanya.

Terkadang aku rasa menyesal.... terkadang aku rasa diriku adalah manusia yang paling bodoh.... tetapi apa yang mampu aku katakan lagi. Menyesal kemudian tidak berguna. Kaca yang sudah pecah mana bisa bercantum kembali. Begitu la aku.... kesilapan mengikut kata hati dulu membuatkan aku menanggung bebannya sehingga ke akhir hayatku.

Moga aku akan menemui seorang insan yang mampu menerimaku seadanya, mahu membimbingku ke jalan yang benar dan sudi memaafkan segala kesilapanku dulu....

Tuesday, May 06, 2008

Update

Lama tak mengupdate blog ni. Pc kat rumah rosak la pulak. Kat opis ni malas tul nak berkarya.

Tuesday, April 22, 2008

Macam2 Hal....

Lamanya tak update blog ni. Bizi sesangat dengan sakit ar, dengan exam ar. huhu

Minggu lepas dah abis exam, lepas je abis exam tengah hari jumaat tu aku balik kampung. Macam2 hal pulak yang jadik masa aku ada kat kampung.

Masa mak aku amik aku dekat Kuala Pilah petang tu, mak aku turun belikan goreng pisang yang adik aku nak. Kebetulan rezeki mak aku takde, masa mak aku berjalan menuju ke kereta lepas beli goreng pisang tu rantai tangan mak aku tercicir. Bila dah dalam kete, baru je kuar dari pekan Kuala Pilah baru mak aku tersedar yang rantai tangannya takde. Abah parking kat tepi jalan jap, carik2 dalam kete takde. Pastu abah patah balik ke pekan Kuala Pilah carik. Hurm... barang tercicir kat bus stand memang payah la nak jumpa balik.

Bila dah carik2 tu tak jumpa, abah dah mula bising sikit. Abah bebel kat mak, kata mak degil, suruh ikat rantai tangan tu takmo. Hehehe. Tapi abah bebel kejap je, pastu abah leh kata, takpe la, dah ilang tu.. redha je la. Tapi mak nampak sedih je, aku tengok muka mak dari cermin sisi tu nampak cam nak nangis dah. Mana taknya, tak lama lagi nak kenduri.

Aku cakap kat mak, takpe la... redha je la. Dah takat tu je rezeki mak nak pakai rantai tangan tu. Nanti beli la lain. Pastu aku ajak abah pi Pilah sekali lg esoknya. Bila abah tanya nak wat apa,aku kata nak pi pasar tani. Hehe.. Pastu, aku cakap kat mak, esok kita beli la lain.

Pagi esok tu mak aku pi beli sarapan pagi, makcik yang meniaga tu tanya mak, mana pegi rantai tangan mak tu. Mak kata la tercicir, pastu ada pulak satu makcik ni, dia boleh cakap padan muka kat mak aku. Hampeh tul.

Lepas sarapan tu kitorang pi Pilah. Sampai sana kedai lum bukak lagi so pegi la pasar tani dulu. Beli2 lauk, kuih dan sayur. Pastu pi kedai emas cari rantai tangan tuk mak. Aku pun tukar la rantai tangan dan rantai leher aku skali. Tapi rasa kelakar pun ada gak masa mak carik rantai tangan yang dia berkenan.

Aku budget kecik je tuk beli tu, almaklum la duit aku pun sikit je. Aku tunjuk2 rantai tangan yg ringan skit gram dia, mak aku tunjuk yg berat jugak. Bila test2 kat tangan, mak bandingkan dengan rantai tangan yang dah tercicir tu. Hehehe... Bila aku tunjuk kat rantai tangan yang besar, masa test mak kata.... tak elok la yang ni, sakit tangan mak pakai. dalam dia kosong. Hehe...

Lepas kuar masuk tiga empat kedai, akhirnya mak pilih rantai tangan yang serupa dengan yang tercicir tu tapi kecik sikit la. Tu pun dah dekat lapan ratus harga dia. Hurm... rantai tangan aku pun bawah 400 je. Huhu...

Petang ni nak pi bank in seribu kat abah. Malam tadi abah dah call dah. Orang tua tu nak beli motor kris kawan abang lang nak tolak. Dia tolak rege seribu siap geran. Abah kata, peluang la ni, pas ni leh la abah pi noreh pakai motor je. Kurang la sikit kete yang ada tu bergerak.

Tak lama lagi nak kenduri tunang adik aku ni pulak. Abah dah cakap awal2 nak beli kambing dua ekor. Pastu abah mintak share adik-beradik sbb kambing tu abah nak buat akikah arwah adik ngan abg ngah. Hurm... Adik-beradik tu sape je la nanti tu. Along dah tentu tak dapat. Alang sikit tu boleh la kot sbb dia pun dah banyak berabis. Yang nak bertunang tu... tentu la duit dia nak guna tuk sewa andam bagai. Hurm...

Thursday, April 10, 2008

Darahku ok

Semalam pi Klinik Kesihatan Bukit Kuda, ramainya orang. Sampai kat sana, aku ni yang tak pernah pergi ke situ dapatkan rawatan jadik cam rusa masuk kampung kejap. Hehe... Bertanya kat kaunter ni, diarahkan ke kaunter sana, kaunter sana suruh amik nombor. Aku cakap kat pakcik kaunter tu yg aku tak pernah datang situ so aku tak tau prosedur dia camana. Alhamdulillah, dia layan aku elok2. Dia suruh aku daftar dulu untuk jumpa doc.

Kemudian, ada sorang pelajar perubatan dari Universiti Malaya ni panggil nama aku, dia kata dia nak tanya2 aku soalan pasal penyakit aku ni dan nanti dia akan uruskan aku jumpa doc pakar. So aku pun ok la, on je asalkan settle cepat. Nak tunggu nombor aku kena panggil musti la lambat lg tu.

Pi ikut pelajar ni buat check up kat satu bilik tingkat atas. Banyaknya soalan dia tanya, abis sumer pasal sakit ni aku gitau kat dia. Demam ni dah berulang2 lama, sejak ujung tahun lepas lagi. Kemudian, dia bawak aku pi jumpa doc pakar, pengajar dia la. Doc pakar tu kata, takyah buat apa2 test dulu sbb demam aku baru 8 hari dan nampak semakin baik. Kalau buat blood test ke atau x-ray, result musti normal. Dia suruh aku tunggu lagi dua hari, kemudian kalau ada demam lagi dia suruh aku datang dan masa tu dia akan buat full test (x-ray, blood test dan segala test la).

Aku sebenarnya datang situ sebab nak buat blood test je bukan xray ke hapa. So aku nak2 jugak buat blood test. Doc pakar tu agaknya bengang kot, hehe... so dia suh pelajar perubatan dia bawak aku keluar dan bincang ngan aku apa sebenarnya yg aku nak. So dorang pujuk aku, cakap ngan aku elok2, dorang kata la kalau buat test pun result nanti normal pastu dorang kata rehat dulu kat rumah pastu tgk kot2 ada demam lg sebab demam aku baru 8 hari kalau continuosly berbulan2 tu ok gak buat test. So aku kata senang je, sbb demam ni dah berulang sejak ujung tahun lepas la yang menyebabkan sya takut ada penyakit lain. Itu sebab sya datang sini nak buat blood test, kalau tak sya pun tanak datang sini. Hehe....

So, sorang dari pelajar perubatan tu pi masuk jumpa doc pakar, dan bila keluar dia kata ok kita buat blood test. Haha.. baru senang sikit hati aku. Pi amik darah terasa la sakit sikit tapi takpe asalkan aku tahu tahap kesihatan aku. Sambil menunggu2 keputusan ujian darah tu, aku duduk la kat depan kaunter tu sorang2. Lebih kurang 45 minit baru keputusan keluar. So bertambah2 lega hati aku bila doc tu kata darah aku ok, takde penyakit. Alhamdulillah....

Sekarang aku tinggal nak cari habbatus sauda untuk jadikan supplement. Ujung minggu lepas beli vitamin C, semalam beli examo. Cari jugak habbatus sauda semalam tapi tak jumpa. Nanti la aku cari sampai jumpa. Asalkan aku sihat tak kisah la susah sikit mencarinya.

Tuesday, April 08, 2008

Akhirnya.....

Esok aku terpaksa beranikan diri ke hospital buat check up. Sampai ke saat ini pun badan aku masih belum sihat sepenuhnya. Hurm... hebat jugak dugaan yang aku kena tempuh. Penyakit datang bertimpa2 sekaligus.

Tadi ada kawan nasihatkan aku, kalau pi hospital esok mintak la pihak hospital buat full check up, gunakan sample darah tuk kesan sebarang penyakit yang ada pada aku. Aku ni memang tak penah buat check darah.Tekanan darah tu selalu la pi check kat klinik panel, doc kata ok je.

Aku harap takde la sebarang penyakit berbahaya kat aku. Huhu. Kesian la orang tua aku nanti kalau aku pulak sakit. Dah la family aku bukannya orang senang, aku lak stay jauh dari family. Kalau aku sakit tentu menyusahkan kedua orang tua aku nak datang menjaga aku kat sini.

Harap2 aku demam ni biasa aje la, sakit kepala ni pun biasa aje dan darah yg keluar tu harap2 sebab panas je. Jangan la sebab ada penyakit lain.

Friday, April 04, 2008

Demam Lagi

Dah tiga hari dah aku demam ni. Asal malam je badan panas sangat. Kelmarin aku mc. Hari tu memang tak larat sangat. Dengan badan yang panas, sendi2 kaki yang sakit mencucuk tak larat sgt aku nak keje. Malam tu aku mkan ubat dan tido. Pagi semalam ok sikit dan boleh la aku masuk keje.

Tapi habis keje semalam, sebaik sampai kat umah je, aku terus tak larat. Badan panas sejuk, terpaksa aku berbaju sejuk, berstokin dan berselimut. Dengan tak lalu mkn, aku makan ubat demam dan ubat tahan sakit serta ubat batuk kemudian aku tido kejap. Lebih kurang sejam lebih kemudian, badan aku mula beransur sejuk.

Aku gagahkan diri bangun dan masak sup sayur. Lepas makan sup sayur, badan berpeluh2 sekejap. Kemudian aku tido. Kul 3 pagi bangun sekejap, konon nak study tp tak larat. Aku sambung tido sampai la tersedar kul 7.30 pagi td. Bila tersedar kul 7.30 pg tadi, badan panas semula.

Aku masak air panas dan mandi, bersiap pi keje tp tak dapat nak cergas cam biasa sbb badan masih rasa tak sihat, sendi2 masih sakit. Masuk keje pun lambat seminit tadi. Tapi masa mandi tadi, aku batuk keluar kahak campur darah. Risau gak aku tapi malas la nak pi jumpa doktor lg. Aku singgah 7/11 je kejap td beli strepsil. Huhu...

Sekarang aku berada di opis, badan ya allah sejuknya. Batuk menjadi2, selsema pun semakin kuat nih. Mata panas, kulit luar badan panas tp dalaman rasa sejuk dan kaki juga sejuk.

Pelik la aku ni, asyik demam berulang-ulang je. Ada penyakit apa sebenarnya aku ni agaknya...?

Thursday, March 27, 2008

Bonus

Alhamdulillah.... walaupun selalu kena panggil masuk bilik bos sebab asyik datang lambat je ke opis, dapat gak aku bonus. Syukur, dapat gak aku bantu orang tua aku settlekan duit motor tu.

Memandangkan pada perfomance aku yang aku sendiri rasa tak bagus tahun lepas, aku rasa ok la rate yang dorang bagi ni. Walaupun sumer orang dapat tak sama rate, tapi aku tetap bersyukur dapat banyak nih. Kalau nak dibandingkan dengan bonus tahun lepas2 tu, rasanya tahun ni jauh lebih baik la.

Confirm aku balik ujung minggu ni. Confirm aku settlekan duit motor tu. Alhamdulillah.... Sesungguhnya Allah itu maha penyayang. Di saat aku susah dan amat memerlukan, dihulurkannya rezeki. Alhamdulillah.....

Huh!! Dia Buat Hal Lagi

Pagi2 buta Kaklang dah call aku hari ni. Hurm... Adik aku buat hal lagi. Kali ni dia pinjam duit kat orang tak bayar, pastu orang tu dah carik abah pulak. Kaklang try call dia tak dapat, call bini dia pun tak dapat. Aku sendiri try call pun tak dapat td. Ni yang membuat temperature aku naik ni.

Kaklang mintak nombor telefon kakak ipar adik aku yg kurang ajar tu. Sib baik masa dia maki2 mak aku kat phone aku tu , aku save nombor dia. Pagi tadi kepala otak aku ligat je berfikir. Aku rasa cam nak balik lempang je adik aku tu. Menyusahkan orang tua betul la. Dia buat hal kat sini, orang tanya2 hutang dia kat aku, aku tak kisah lagi tapi bila orang dah melibatkan mak abah aku ni yg buat hangin satu badan ni.

Aku susah payah keje walaupun ada sikit duit aku sanggup bagi mak aku dulu kalau mak aku memerlukan sangat tapi adik aku ni pulak nak menyusahkan. Apa la guna jadik anak kalau tak reti nak menyenangkan orang tua tapi sebaliknya menyusahkan lagi. Dari muda sampai la ke tua, takkan la camtu je tahap kesusahan yang patut orang tua tu tanggung. Hampeh....

Ujung minggu ni aku patutnya ada kelas tambahan tapi aku rasa cam nak balik kampung je. Dah lama sangat rasanya tak tido kat kampung. Nanti nak belikan seluar adik yang aku dah janjikan aritu. Sejak dia kat hospital lagi dia dah mintak seluar tu tapi aku asyik terlupa je nak belikan. Huhu...

Lagipun arini insyaallah dapat bonus. Aku nak balik hantar duit yang diminta nenek tuanpunya motor yang adik aku jahanamkan tu. RM1200 tu bukannya sikit. Tapi aku rasa aku tak dapat bagi semua la. Kalau dapat bagi RM1000 pun aku rasa dah syukur alhamdulillah sangat2. Sekurang2nya abah ngan mak takyah la pening2 sangat nak carik. Cuma tambah lagi RM200 je. Tu pun kalau aku dapat bonus la. Kalau aku tak dapat, hurm... mana aku nak carik RM200 yang abah mintak yang kononnya share2 adik-beradik sampai cukukp RM1200.

Alahai... dah banyak masalah, bertambah lagi masalah. Masalah yang sepatutnya boleh dielakkan ni tapi dek kerana dalam minda dah tertanam nak dapat duit mudah cukup hanya dengan berhutang, maka masalah pun bertambah.

Tuesday, March 25, 2008

Final Exam

This coming 15th to 18th of April my final exam for this sems. Arghhh!!! I'm scared. I'm so scared. I don't know whether I can do it or not. My preparation for this coming exam not complete yet. There's so much to read. There's so much exercise that I must do if I want to score. Huhu

Assignment mark for Management Math and Business Communication are already out. I don't expect to get this kind of grade. 7 out of 9 I got A, 1 for B and oh! no, 1 for F. Ggggrrrrr.... I got F. Huhu!

Sunday, March 23, 2008

Hujan....

Hujan turun lagi... Makin lama makin lebat. Tubuh yang hanya dibaluti selapis pakaian menjadi semakin dingin. Deruan angin berserta tempias juga semakin menambahkan kedinginan. Arghhh!! Sejuknya....

Teringat kembali saat aku masih bersama dia. Waktu itu musim hujan. Aku bekerja sambil belajar di Kuala Lumpur dan dia bekerja di kampung. Sudah menjadi rutin mingguan, dia akan datang mengambilku di depan office ku di Jalan Tun Razak dan menghantarku pulang ke kampung dan pada pagi Isnin dia akan menghantarku semula ke office.

Entah kenapa hari itu aku menjadi seorang yg tidak sabar. Agak lama aku berdiri menunggu dia di depan office namun dia tak muncul2 juga. Hatiku menjadi semakin panas dan sebaik sahaja dia sampai di depanku, aku terus mengamuk. Aku tak mempedulikan dia yang basah. Dia meredah hujan untuk tak mahu membiarkan aku menunggu lama. Waktu itu dia hanya ada motosikal sahaja, maklum la keje pun hanya sebagai budak wiring, panjat2 tiang elektrik. Tapi aku langsung tak rasa kesian pada waktu itu, mungkin kerana amarah menguasai diri. Namun dia masih tetap sabar, masih tersenyum memujukku. Dengan kata2 yang lembut dia mengajakku pulang.

Tapi kini.... segala kenangan itu hanya menjadi sebuah kenangan indah di dalam hidupku. Walaupun kini dia entah di mana namun aku tahu dia adalah seorang yang baik. Mungkin bukan ditakdirkan jodohku dengan dia namun aku bersyukur kerana pernah memiliki cintanya.

Friday, March 21, 2008

Asignment Oh! Asignment

Tepat jam 6 pagi tadi aku berjaya menyiapkan tugasan terakhir ku untuk sems ini. Asignment untuk subjek matematik pengurusan. Sabtu ni nak hantar. Alhamdulillah... akhirnya berjaya juga aku menyiapkannya walaupun tak pasti betul atau tidak jawapannya.

Dah dua sems macam ni. Setiap kali dah nak abis tempoh baru la timbul kerajinan nak buat asignment. Padahal selepas hantar asignment aku dah bertekad nak buat cepat asignment sems akan datang. Takmo terkejar2 la konon. Haha! Tapi hampeh jugak. Setiap kali itu juga la asignment aku akan buat sehari dua sebelum hantar. Idea ni pulak masa bebaru masuk sems memang takde manjang, tapi bila dah hampir due date, mencurah2 idea mari.

Macam asignment math semalam la. Dari hari tu aku cuba buat tak berjaya jugak aku mendapatkan jawapannya. Tp semalam dapat pulak aku menyelesaikannya. Hurm.. Alhamdulillah... Memula aku dah buntu jugak la semalam nak menyelesaikan soalan nombor 2 tu. Inverse matric. Persamaan yg nak diselesaikan menggunakan inverse matric. Walaupun ada contoh diberi tapi bengong jugak la aku kejap nak menyetelkannya. Hehe!

Bila dapat buat soalan tu, rasa gembira. Hilang ngantuk dan penat. Tapi bahananya sekarang ni la baru terasa. Habis sakit seluruh anggota. Rasa tak terangkat kelopak mata ni. Hari ni lepas keje kena terus ke UKM. Esok ada kelas. Sah2 aku lelap dalam train karang ni kalau aku dapat tempat duduk.

Kat office ari ni ramai pulak client datang buat transfer share. Hurm.... kalau tak ramai boleh gak la aku lelapkan mata barang seminit dua. Nampak gayanya terpaksa la aku tunggu malam nanti baru dapat tido dan rehatkan badan serta otak aku yg dah penat aku paksa berfikir.

Terima kasih ya Allah kerana masih mengizinkan otak aku berfungsi dengan baik. Alhamdulillah....

Wednesday, March 19, 2008

Kenapa Jadi Begini....?



Sahabat....

Kerana aku menyayangimu.... aku lontarkan segala keraguanku. Aku campakkan segala kekecewaanku. Aku kuatkan hatiku menerima kenyataanmu.

Sahabat....

Kerana aku mengasihimu.... aku tak jemu menghulurkan nasihat kepadamu. Aku ikhlas memberikan teguran kepadamu.

Sahabat....

Kerana aku tak mahu kehilanganmu.... aku sanggup berkongsi suka dukamu. Aku sanggup terima segala kekuranganmu. Aku rela mendengar celotehmu walaupun di ketika itu aku terlalu penat atau mengantuk.

Sahabat....

Aku tahu kau sedang bersedih kerana kekasihmu kehilangan barang yang banyak berjasa kepadanya. Aku tahu kau sedang kecewa kerana urusan pertunanganmu terpaksa kau tangguhkan demi untuk membantu kekasihmu. Aku sangat bersimpati denganmu tetapi janganlah kerana nasihat yang telah aku berikan kepadamu, kau meragui keikhlasanku.

Sahabat....

Aku tahu kau telah menemui seorang lelaki yang kau anggap adalah jodoh yang telah ditentukan Allah untukmu. Aku tahu bagimu dia adalah yang terbaik untukmu. Tapi kau mungkin tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Segala yang telah tersurat untukmu sejak azali.

Sahabat....

Aku tidak mencemburui kebahagiaanmu bersamanya. Aku tidak sedikitpun menyimpan rasa tidak senang melihat kau meniti kebahagiaan. Sebaliknya aku turut merasa bahagia melihat kau menghitung detik-detik untuk membina mahligai bersamanya. Tapi aku ingin mengingatkanmu tentang takdir Allah.

Sahabat....

Mungkin sekarang kau merasa Allah telah mentakdirkan kau bertemu dengannya. Mungkin kau merasa, Allah mentakdirkan jodohmu dengannya. Tapi sahabat, kau harus ingat satu perkara. Hidup ini hanya pinjaman. Cinta itu juga adalah satu rasa nikmat yang hanya dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Sampai waktunya segala pinjaman itu akan ditarik semula.

Sahabat....

Aku ingin kau tahu bahawa aku merindui saat-saat kita gembira bersama. Buangkanlah prasangka dan amarahmu. Seandainya aku bersalah padamu, aku pohonkan kemaafan darimu. Sesungguhnya aku ingin kau tahu bahawa segala nasihatku kepadamu sebelum ini adalah demi kebaikanmu. Tetapi seandainya nasihatku adalah duri yang hanya menambahkan kesakitan kepadamu, kau maafkanlah aku.

Jagalah dirimu sebaiknya sahabatku kerana sesungguhnya aku amat menyayangimu.





Tuesday, March 18, 2008

Sup Daging Belasah


Ini la juadah untuk malam ni. Sup daging dicampur dengan celeri dan carrot. Tapi aku pelik la.... kenapa sejak kebelakangan ni selera makan aku semakin berkurang. Masa nak makan memang rasa ghairah tapi bila dah makan rasa tak lalu pulak. Pelik...

Ada kaitan ke dengan sakit aku ni agaknya...? Tapi aku rasa sakit ni semakin beransur pulih. Nak kata sbb aku makan makanan ringan... tak jugak sebab aku mmg takde beli twisties ke mamee ke sejak kebelakangan nih. Aku tak demam jugak utk dikaitkan menjadi sebab. Hurm.... hanya Allah yang tahu sebabnya.


Sunday, March 16, 2008

HARMONI.... Hanya Tinggal Kenangan

Berat rasa hati nak meninggalkan forum harmoni ni kerana di sini aku dapat belajar tentang agama, dapat tahu tentang penyakit yang aku hidapi dan dapat mengenal lebih ramai kawan namun aku terpaksa juga menguatkan semangatku kerana aku rasa tak berbaloi aku terus mengimarahkan lagi forum tu sedangkan tuanpunya forum itu sendiri tidak menghargai forumersnya.

Hanya kerana cintanya pada seorang perempuan yang juga forumer dan telah dinaiktaraf menjadi admin, forumers lain dianaktirikan. Aku rasa sangat terkilan. Aku pun tak tau bagaimana seorang yang telah bersara, yang sepatutnya sangat matang menilai... hanya mendengar dari penyampai dan langsung tidak menyoalsiasat kesahihannya terus mengata aku macam2. Manusia.. manusia.... buta kerana cinta. Cinta yang tak tahu telus ataupun tidak...

Aku tahu aku tak berhak mengambil tahu hal orang tapi perkara dah bersangkutan dengan aku, aku rasa patut aku memberi penerangan yang secerah2nya. Ermm.. tapi aku tak sangka pulak perkara tu dibelit2kan lg. Entah la... mungkin dorang mmg dilahirkan sebagai kaki pembelit, itu la sebabnya dengan mudah dan tak rasa bersalah terus memutarbelitkan cerita.

Aku rasa lebih baik aku tumpukan perhatian aku pd hal2 aku sendiri je, pada sakit aku, pada pelajaran aku, pada keluarga dan kerja aku. Ada hikmah jugak la di sebalik apa yang berlaku nih. Sekurang2nya Allah dah mengembalikan aku ke alam nyata, Allah telah membuka mata aku untuk keluar dari dunia leka. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Moga aku akan terus dikuatkan hati dan terus tabah menghadapi segala tendang terajang dunia. InsyaAllah....

Thursday, March 13, 2008

Dapat Orang Baru

Alhamdulillah.. adik ipar aku dah selamat bersalin. Dapat anak lelaki tapi hati aku amat sakit bila mendengarkan citer dari kaklang pasal proses adik ipar aku nak ke hospital. Sumer gara2 adik aku yang tak bertanggungjawab ni.

Pukul 9 malam tadi, adik ipar aku dah hantar sms pada suaminya bagitau yang dia dah sakit nak bersalin tapi si suami bongok ni tak buat apa2 pun. Masih bersms2 tak tau dengan pompuan mana ntah.

Sebelum tu adik ipar aku ada sms suaminya yang dia teringin nak makan nangka. Adik aku ni pulak boleh pi cakap ngan kaklang aku yang isteri dia nak makan nangka. Apa punya laki la camni, tak tau nak berusaha langsung. Abah aku pulak yang kesian, masa pi Pilah bukak jahit tangan kaki adik, abah carikan skali nangka tu. Bila abah balik dari Pilah, bagitau adik aku nangka dah ada, dia tak reti2 pulak nak pi hantarkan kat bini dia. Mangkuk hayun betul. Tak dapat la adik ipar aku tu makan nangka.

Pasal sms malam tadi pulak, dia boleh cakap kat kaklang aku yang tulisan tu tak jelas. Siot betul. Tulisan sms lain jelas pulak tu. Kaklang citer lagi, adik ipar aku tu pi hospital sedara jauh dia yang hantar. Mak dia tak dapat ikut sebab nak jaga cucu2 dia yang lagi tiga orang tu. Anak adik aku jugak lak tu. Dengan takde barang2 baby, pegi la adik ipar aku ke hospital Tampin bersalin kat sana. Mintak stokin, stokin pun takde. Kaklang main capai je stokin abg ipar aku yg ada kat ampaian. Kaklang kata baby tu dibalut ngan kain batik buruk je. Isk! Geram betul hati aku.

Masa dalam kete kaklang waktu nak pi hospital, boleh lagi adik aku bersms2. Aku macam nak suruh je adik aku ceraikan bini dia biar bini dia buleh kawin dengan orang lain yang bertanggungjawab. Dah lama aku perhatikan dorang ni, makin lama makin teruk perangai adik aku ni. Tak bertanggungjawab. Anak bini tu amanah Allah, dia abaikan.

Barang2 baby tu bukannya takde, awal2 lagi kaklang ngan kaklong dah sediakan. Masa adik bongsu aku accident tuari, adik aku yang ni suruh dia pi isi minyak motor sebab dia nak pi hantarkan barang2 tu kat bini dia. Mak siap bekalkan susu lagi tuk anak2 cucu dia. Lepas adik accident, langsung dia tak berusaha nak pi hantarkan barang2 tu sampai la bini dia bersalin. Kaklang kata, masa bersalin tu pampers baby takde, tuala wanita pun takde. Kesian sungguh aku dengar. Tak berguna betul adik aku ni.

Aku harap, adik ipar aku tunaikan janji dia nak bagi kaklang jaga anak dia tu. Bukannya apa, adik aku tu keje tak tentu arah, anak dia pulak ramai, sekurang2nya ringan la sikit beban dia. Kaklang pun memang suka budak2. Aku pasti anak dia tu akan senang di bawah jagaan kaklang. lagipun kaklang tinggal tak jauh, slalu balik kampung. Anytime dorang boleh tengok anak dorang tu. Dulu anak dia yang sulung ke yang no dua, kaklang gak yang jaga kejap pastu dorang ngigal2 amik balik. Bila dah amik balik, makan pakai budak tu tak terjaga. Kitorang adik-beradik la belikan sepasang dua baju raya tuk anak dia.

Kalau nak citer kat sini, memang banyak sangat pasal adik aku ni tapi takpe la, aku berhenti kat sini je. Harap2 adik pompuan aku tak terkena macam ni.

Monday, March 10, 2008

SpongeDaliaBob



Jangan terkejut tengok spongebob berbadan. Itu la si SpongeDaliaBob. Ekeke...

Dia jadik model aku tuk kali nih. Aku agak bizi lately sebab tu la dah lama aku tak update blog nih. Macam2 hal berlaku lagipun. Aku pun dah kering idea dah nih. Tak tau apa yang aku nak kongsikan bersama.

Nak citer pasal pilihanraya, hati rasa terbakar dah ni. Erm... takpe la, sekurang2nya parti kerajaan dah dapat pengajarannya. Ada saingan dari pihak pembangkang, ini menunjukkan yang mereka harus bekerja keras untuk rakyat agar dapat kembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti kerajaan.

Dah la.. nak pi tengok tv jap, citer rabunnya cinta kat astro prima.

Friday, February 29, 2008

Yahoo!!!! adik kesayanganku dah duduk wad biasa

Alhamdulillah... syukur kepada Allah kerana memakbulkan permintaanku agar adik kesayanganku selamat. Dah hampir seminggu adikku menanggung kesakitan. Kelmarin aku akui memang aku sangat risau sewaktu melihat adikku disorong keluar dari dewan pembedahan. Dengan keadaan yang tidak sedarkan diri, badan mengeletek, memang tak dapat nak diceritakan bagaimana perasaanku ketika itu.

Sewaktu menunggu aku tak rasa risau sangat sebab aku tau adikku hanya nak dioperate pada kaki dan tangan sahaja. Yang membuatkan aku risau, lemah longlai dan menggigil tubuh badan bila melihat keadaannya sebaik keluar dewan pembedahan. Aku akui.... hatiku yang begitu tabah menghadapi cabaran jadik tak menentu.

Semalam adikku dah sedar dan dah mula mintak minum. Tapi yang kelakarnya... dia boleh memilih pulak tu. Dia mintak air dutch lady. Dia memang sangat suka air dutch lady tu. Dan berita gembira untuk hari ni waktu call abah tadi... abah kata ari ni doc simen tangan adik. Kemudian nanti doc akan buat xray dada adik pulak untuk tengok kalau2 ada bahagian dalam badan adik yang rosak. Mintak2 la takde.

Dan berita gembira lagi... kalau selepas xray takde apa2 kerosakan dalaman, mungkin dua tiga hari lagi adik dah boleh keluar hospital. Alhamdulillah.....

Berkampung kat luar icu tunggu adik sedar lepas operate




Masa ni abah da tak tentu arah dah. Aku tak sempat nak amik gambar abah menitiskan airmata sorang2 kat tepi tingkap. Masa tu adik baru je ditolak masuk ke ICU dari dewan bedah. Masa adik ditolak keluar dari dewan bedah, adik tak sedar macam orang lain yang keluar sebelum dia. Dengan keadaan badan mengeletek, sayu dan risau hati tengok keadaannya. Tak sempat nak tunggu lif lagi dah, aku berlari je panjat tangga ke tingkat 5. Dewan bedah kat tingkat 3 je.

Sampai kat ICU, langsir tempat katil adik ditempatkan tu ditutup pulak. Entah apa la yang dorang kat dalam tu nak buat lg kat adik. Guard kata tunggu langsir bukak baru leh tengok. Lama jugak la aku berdiri terpacak kat depan pintu ICU tu, memerhati langsir dibuka.

Waktu yang sama tu ramai yang ada kat depan ICU tu sebab ada sorang nenek tu dah nazak kat dalam tu. Dengarnya nenek tu umur 84 tahun, terbakar ketika pasang ubat nyamuk. Kesian.... Abah kata, ubat nyamuk bakar kain yg dipakai oleh nenek tu, kemudian api kena pada pampersnya dan nenek tu terduduk. Abis melecur. Petang tu nenek tu meninggal. Innalillah....

Sebaik langsir adik dibuka je, aku panggil mak dan abah masuk tengok adik. Alhamdulillah stabil. Tapi wajah mak ngan abah tetap tak menunjukkan kegembiraan. Wajah keduanya sayu dan penuh kerisauan. Aku pun amik peluang jugak masuk tengok, aku sentuh bahu adik dan dia bergerak. Syukur alhamdulillah, lega rasa hati sikit. Tak lama kemudian berkumpul lagi doc kat keliling katil adik. Alamak! Nape ek? Risau balik hati aku.

Tapi takde pape... Kami menunggu kat situ sampai abis waktu melawat walaupun tak dapat masuk mengadapkan dia lama sikit. Sekejap sgt masa yg diperuntukkan. Takpe la, asalkan adik sihat je.

Gambar adik sebelum operate





.