Monday, July 28, 2008

Slice Mutton With Garlic Ginger Blackpepper Sauce (ala² belasah)




Hurm... Malam ni teringin nak makan masakan western pulak. Ekeke... Tapi tak pandai nak masaknya so aku belasah je la sesedap rasa aku je. So meh kongsi resepi slice mutton with garlic ginger blackpepper sauce ni sesama.


Bahan²nya


Slice mutton
Fries
Brocoli
Capsicum merah
Carrot
Cauliflower
Cendawan butang (dlm tin)
Butter


Bahan perapan

Sos tiram
Lada sulah
Lada hitam
Serbuk oregano

Bahan sos

Lada hitam (yg tak berapa hancur)
Bawang putih
Halia
Air suam
Butter
Tepung jagung
Sos tiram


Cara² membuatnya

Perapkan slice mutton dengan bahan perapan. Ikut la berapa lama kita suka.
Cairkan butter dan goreng mutton yg dah diperap tu.
Bila dah masak, angkat dan masukkan dalam pinggan.
Goreng fries dan susunkan di sebelah slice mutton.
Celurkan sayur²an dan capsicum sekejap. Angkat dan masukkan dalam air ais.
Toskan dan susunkan di dalam pinggan yg sama.
Kemudian cairkan butter dalam kuali menggoreng slice mutton td.
Tumiskan bawang putih dan halia sampai naik bau.
Kemudian masukkan lada hitam.
Tambahkan sedikit air.
Masukkan sos tiram, goreng sekejap.
Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.
Kemudian boleh la dihidangkan.

Boleh la mencuba kalau nak. Tapi rasanya tak la sesedap yang kat restoran tu. Hehehe....

2 comments:

alif-mikail said...

agaknya semalam sebab happy sangat kak rina lupa nak makan... tak pun celebrate kat luar.. ehehehe..

adrin_malina said...

smlm balik dr test tu lapar sgt, tak dan nak masak, tapau je kat kedai bawah flat tu.

mlm pulak makan je baki nasik yg ada tu pastu panaskan lauk yg ada tersimpan dlm petiais.

hepi2 pun perut tetap mintak diisi. ehehe

.