Monday, December 22, 2008

Sebak

Entah kenapa... sejak akhir² ni hati aku mudah sangat tersentuh. Airmata mudah sangat mengalir di tubir mata ni. Adakah kerana jiwaku tak tenang... atau mungkinkah kerana peredaran masa...? Entah la.. aku sendiri kurang pasti...

Yang aku tahu... bila kerinduan menerpa di pinggir hati... di kala itu la... empangan titis² air jernih di kelopak mata ni tidak mampu untuk aku bendung. Pecah... mengalir membasahi pipi.

Adakah kerana ada penyesalan di dasar hati... atau adakah kerana bawaan perasaan....? Hurm... hanya Yang Satu mengetahui apa yang tersurat dan tersirat untukku....

Dari saat hatiku tersentuh malam tadi dengan jawapan darinya yang bernada tinggi.... hingga ke saat ini... aku masih belum mampu untuk menghubunginya lagi.... Hati masih diselubungi rasa sedih... Dan di kala aku merungkaikan isi hati di laman ini... titisan air jernih itu sentiasa menemani...

Argh!!! Kenapa dengan hati aku kini.....? Kenapa mudah sangat airmata ni mengalir....?

0 comments:

.