Tuesday, March 30, 2010

Pesta Buku 2010

Hari terakhir Pesta Buku 2010 aku menjejakkan kaki ke PWTC. Rambang mata aku tengok punya la banyak buku. Nasib baik otai sita duit yang aku ada. Kalau tidak entah berapa buah buku yang aku beli.

Entah la.. Tak tahu nak tulis apa di sini. Rasa kosong pula dalam kepala ni. Tak dapat nak flashback kisah yang berlaku pada hari tersebut buat masa ini. Kepala pula rasa bengal aje ni. Aku sambung lain kali aje la.

Tuesday, March 23, 2010

Kacau....

Tubuh rasa lemah, mata panas, muka pijar, hidung dan tekak rasa perit. Selsema sudah mula menunjukkan dirinya berjaya menguasai fungsi tubuh aku. Aku rasa seperti hampir rebah, tidak berdaya hendak melakukan apa-apa kerja. Kepala aku sudah mula hendak mogok bila mana kini aku sedang mengalami kesakitan yang bakal menjadi lebih teruk.

Ku letakkan belakang tangan di dahi, terasa sedikit membahang. Mungkinkah aku akan demam? Aku berharap aku tidak mendapat penyakit itu. Aku harus kuat. Aku perlukan upaya aku untuk terus menyiapkan tugasan dan sedikit latihan sebelum menjalani pembedahan kecil pada bahagian tangan kananku.

Malam ini kalau terdaya, aku bercadang hendak menyiapkan tugasanku. Esok hari terakhir untuk menyerahkannya kepada tutor yang membimbingku untuk sems ini. Aku akan cuba bertahan selagi terdaya kali ini.

Mata terasa semakin panas untuk berlamaan celik. Mungkin perlu aku rehatkan seketika tubuhku ini. Menikmati makan malam yang simple sendirian sebelum memanjakan tubuh dengan ubatan yang dibekalkan oleh doktor siang tadi.

Aku berhenti dulu setakat ini. Akan aku teruskan celoteh di sini jika diizinkan Allah.

Sunday, March 21, 2010

Dada Rasa Padat Dan Air Asam Jawa

Petang ni dada rasa padat ler. Bernafas ada bunyi. Tak boleh nak tarik nafas panjang, rasa berat je. Mungkin sebab semalam aku kemas bilik depan dan hari ni aku kemas bilik tengah pulak. Masa berkemas tu tak rasa apa-apa pun. Tapi bila dah rehat-rehat,baru ler rasa macam nak semput.

Tadi dah ngadu ngan otai. Dia suruh minum madu tapi madu di dalam simpanan dah habis. Belum beli baru. Nak suruh adik pergi beli tadi dia takmo sebab pagi tadi dia dah pi beli sayur kat pasar. Akhirnya otai suruh aku bancuh air asam jawa pekat-pekat, campur sedikit gula dan minum. Aku buat ler td. Tengah tunggu kesannya la ni.

Sekarang aku tengah berbaring. Lepas post entry ni, aku nak baca buku sikit lagi. Pastu aku tak tau ler nak buat assignment ke ataupun nak tidur aje. Masak untuk malam pun aku malas ni. Hurm.. tengok ler malam-malam sikit karang.

Saturday, March 20, 2010

Bola Sepak Dan Buku

Mak dan abah aku dah balik kampung petang tadi. Sampai rumah jam lapan lebih tadi. La ni mak ngan abah tengah tengok bola kat tv. Negeri Sembilan lawan KL Plus. Dah tentu-tentu la abah ngan mak sokong N9. Kalau orang N9 sokong KL Plus, memang ler N9 murtad namanya. Hahaha...

Sekarang ni N9 mendahului 3-1. Sampai habis perlawanan nanti tak tau ler apa keputusannya sebab KL Plus pun tak kurang hebatnya. Adik-adik aku kat rumah ni pun tengah tengok bola jugak. Aku sambil-sambil je tengok.

Kepala aku terasa bengal pulak ni. Migrain nak menyerang ke agaknya. Harap-harap tak la. Siang tadi aku kemaskan bilik depan. Tukar kedudukan katil, alihkan meja sisi, alihkan penyidai tudung dan towel, keluarkan sofa kecik dan meja ala-ala jepun yang aku guna buat keje-keje penulisan ni.

Negeri Sembilan dah menang dah game ni. 3-1. La ni adik-adik aku tengah tengok Bujang Sepah pulak. Hurm... Aku nak baca buku ler kejap.

Operate Dan Exam

Selangor Medical Centre atau lebih dikenali sebagai Selangor Specialist Hospital Sdn Bhd telah aku jejaki sekali lagi pagi tadi. Berjumpa dengan Dr. Dillion untuk mengenalpasti boleh atau tidak dilakukan apa-apa kepada kelloid yang sudah semakin kerap sakit yang melekap kemas di pergelangan tangan kanan aku ni. Setelah diperiksa tadi, doktor nak jalankan  pembedahan kecil membuang kelloid ni. So, selepas berbincang, aku akan dioperate pada 1 April nanti. Beberapa hari sebelum final exam.

Doktor kata tadi sakitnya sekejap aje so nanti aku boleh hadapi exam dengan tenang. Harap-haraplah kan. Tangan ni nak guna lama. Nak berkarya pun memerlukan tangan untuk menaip idea yang terlintas di fikiran. Harap-harap juga selepas pembedahan tu nanti, pergelangan tangan kanan ni tak sakit lagi.

Abah kata nak balik kampung hari ni. Ah! Duit pulak takde nak bagi. Belum gaji lagi. Dua hari ni aku nak guna untuk selesaikan assignment aku yang masih belum siap. Kalau dah dapat gaji maunya aku ke pesta buku esok. Hehehe...

Sebelum dioperate, aku kena luangkan banyak masa tu untuk mengadap buku ni. Banyak nak kena baca walaupun dua subjek soalan pelbagai pilihan.

Friday, March 19, 2010

Hidup Mesti Bertanggungjawab

Tadi adik aku bising lagi cakap dengan mak nak beli motor. Dia masih bersekolah lagi. Baru tingkatan empat. Mak tak nak belikan. Ye la, mana la mak nak tanggung bayar motor lagi, belanja sekolah dia lagi. Lepas tu dia bandingkan pulak dengan abang dia yang dapat beli motor. Mak cakap lg dengan adik, akhirnya abah geram. Abah bertempik. Adik merajuk lari masuk dalam bilik. Abah pulak aku nampak tadi dah pegang kepala. Naik ler darah tinggi abah agaknya tu. Mak pun dah menung-menung.

Mak pun pening, dia anak bongsu memang ler mak manjakan tapi kena la berpada kan. Mak tu surirumah, abah pulak peneroka yang dah tak menoreh lagi, sekarang cuma makan duit sara hidup yang FELDA bagi tiap-tiap bulan sebanyak RM1400 tu aje. Kat situ la semua nak dikira belanja. Di situ makan, di situ bil segala dan di situ juga bayaran hutang. Anak-anak lelaki tak bekerja untuk membantu. Anak-anak perempuan dah kawin dan yang bujang macam aku pun banyak hutang sendiri nak kena bayar.

Aku dah banyak kali cakap dengan adik aku, sekolah dulu, nanti dah habis sekolah, cari kerja dan beli ler harta sendiri. Masa tu kumpul la harta sendiri sebanyak mana pun. Nak beli kereta, motor, rumah, hatta nak beli bas pun boleh. Sediakan aje la duitnya. Aku selalu kata juga, kalau nak berharta, cari sendiri. Jangan mintak dengan mak abah. Bukannya mak abah tu orang senang, mintak apa pun boleh dibagi.

Satu lagi, aku selalu kata dengan adik-adik aku, kalau dah ada tanggungjawab, kerja la untuk langsaikan tanggungjawab tu. Macam adik lelaki aku yang sorang tu, dia sampai merajuk nak beli motor. Abah tunaikan saham yang FELDA bagi, abah buat downpayment motor dia, konon janji lepas dapat motor nak keje untuk bayar tiap bulan. Alih-alih, tak bekerja. Tinggal dengan aku pun dah berapa lama tak keje. Takat makan tu aku tak kisah la, apa ada makan ler sama tapi kalau bab bayar hutang tu, cari ler sendiri. Bila dia tak bekerja, siapa yang bayarkan motor? Abah jugak.

Sorang adik perempuan aku, baru bekerja, sibuk nak beli motor. Aku kata tak payah ler dulu. Dia nak juga, ok la, beli la. Guna nama aku tp dia bayar. Alih-alih baru berapa bulan, dia berhenti kerja. Kerja bagus pulak tu. Kerja dekat pusat dialisis FELDA. Lepas berhenti, bertunang pulak. Tak lama pastu kawin pulak. Dah tak kerja, sapa nak bayar motor? Aku jugak sebab pengutip hutang bising dengan aku, ye la, nama aku kan. Bila aku bising, dia suruh jual je. Aku punya jenis, kalau dah beli, buat apa nak jual. Nanti buat jadik buah mulut orang kampung je.

Keluarga aku tu dah la menjadik perhatian jiran tetangga. Ingat lagi masa aku baru beli kete kancil sekenhen. Jiran sebelah rumah canang kat kedai, katanya tak lama abah aku pakai kete tu. Tiga bulan je. Alih-alih kete tu dah langsai. Lepas tu ada orang nak jual Kris RM1000. Kebetulan masa tu aku berduit sikit, abah cakap ler ngan aku nak belikan tuk adik. So aku bagi ler duit beli. Adik aku godek sini sana, bawak motor macam orang tak pernah dapat motor, sekarang ni rosak. Kalau nak repair beratus jugak ler nak kena keluar duit.

Pastu sekarang ni dia bising nak mintak belikan motor pulak. Motor ego s tu yang adik perempuan aku takmo bayar tu, sekarang ada kat kampung. Adik perempuan aku yang lagi sorang, yang duduk dengan aku ni yang aku suruh bayar. Kiranya nanti langsai jadik harta dia la. Aku suruh adik lelaki aku amik motor tu aje, baru lagi, dia takmo. Dia kata macam perempuan.

Bagi aku tak kisah la macam mana pun, dah ada tu pakai aje la yang tu. Nak memilih apanya lagi. Kalau dah rosak tak boleh repair lagi tu lain ler. Masa tu baru ler beli yang baru. Sama kes macam mesin basuh aku. Dah bertahun aku pakai mesin basuh separa otomatik, memula rosak tak boleh pusing balik, aku terus je guna. Pastu dia langsung takleh takung air pulak. Baru ler aku beli lain. Itupun aku masih guna jugak tempat perah dia. Hehehe....

Sebenarnya, kalau hidup ni ada rasa tanggungjawab, kita akan sentiasa bekerja untuk menyelesaikan segala tanggungjawab kita. Sentiasa berusaha mencari duit untuk membayar segala hutang piutang atas harta yang kita nak sangat. Dan kita tak akan bergantung pada orang untuk menyelesaikan segala hutang yang kita buat untuk kegunaan kita sendiri.

Aku, Motor Dan Kenangan

Tadi aku dapat guarantee letter bagi mendapatkan rawatan kat specialist seperti yang aku minta kelmarin. Aku kena bawa surat tu waktu pergi mendapatkan rawatan. Aku pilih tarikh esok sebab abah masih ada di sini. Bolehlah aku minta abah tolong hantarkan aku ke hospital.

Sebenarnya kalau aku berani, aku boleh saja memandu sendiri ke hospital tu. Aku ada lesen, kereta pun ada selagi abah ada di sini. Cumanya aku tak berani sangat nak memandu, mungkin sebab tak pernah nak biasakan diri. Buatnya aku gelabah karang, nak tekan brek tapi tertekan minyak, mau eksiden aku.

Teringat masa aku muda-muda dulu. Aku teringin nak bawa motor. So aku pun belajar ler bawak motor dengan abah. Masa tu aku baru balik dari Gemencheh dengan abah. Sampai kat simpang Jelai, jalan tu dalam kawasan kebun getah walaupun ianya jalan besar, abah berhentikan motor. Abah suruh aku bawak. Aku pun excited sangat ler. Aku pun start enjin, pulas minyak dan mula jalan. Kaki pulak terus aje aku naikkan atas tempat pemijak. Rupanya abah pun sama. Kaki abah terus naik atas pemijak.

Sebaik motor tu jalan, aku yang memang tak pandai nak kawal handle motor terus aje gelabah. Motor tu dah menuju ke tepi jalan. Abah jerit "lepas minyak, tekan brek." Aku pulak pi pulas lagi tempat pulas minyak tu. Makanya, motor terus menuju ke longkang di tepi jalan tu. Dan kedua-duanya tergolek dok kat situ. Hahaha.... Masa tu abah tak marah pun tapi abah gelakkan aku. Sejak tu aku memang tak berani nak belajar motor lagi.

Belajar dengan arwah abang ngah pun aku punya kenangan juga. Dengan dia, aku boleh bawa motor bersiar dalam kampung sebab dia selalu juga tolong kawal handle motor. Yang aku tak boleh lupa masa bawak motor dengan dia, motor yang aku tunggang tu dah merayau kat dalam pokok bunga orang yang melata tumbuh kat tepi jalan. Masa tu arwah abang ngah tegur "nak ke mana pulak tu?" Hehehe... Dia juga yang kawal handle motor tu naik semula atas jalan.

Sampai sekarang aku tak pandai bawa motor. Adik-adik perempuan aku semua pandai bawa motor, aku je tak. Motor aku ada tapi bawak tak pandai. Hehehe... Aku lebih sesuai berjalan kaki sahaja kot. Dan kalau nak jalan jauh, naik aje bas ataupun train.

Semangat Di Awal Pagi

Mata masih kelat namun aku berjaya juga bangun jam empat pagi ni dengan pertolongan adik aku dan juga otai mengejutkan serta semangat yang membara untuk menyambung menyiapkan assignment yang masih belum siap.

Dengan bertemankan lagu-lagu jiwang ni aku cuba menyiapkan kerja aku. Sekejap lagi aku bercadang hendak membuat air minum. Argh! Perut pula terasa minta diisi. Rasanya lebih baik aku pergi ke dapur mencari sesuatu untuk dimakan. Tadi kalau tak silap, aku ada nampak nasi dan sedikit lauk sambal terung purple yang mak masak tadi malam.

Aku akan menulis lagi nanti. Buat masa ini aku hanya terfikirkan makanan. Selepas makan, aku akan terus menyambung tugasan sebelum berhenti untuk bersiap ke pejabat. Hari ini hari Jumaat. Hari terakhir kerja untuk minggu ini. Harap-harap ada berita baik hari ini bila aku sampai di pejabat pagi nanti.

Thursday, March 18, 2010

Dateline....

I think today was my boring day. Hahaha.... Grammar tunggang langgang lagi mahu menulis dalam english. inilah dia bodoh tak boleh diajar, bijak tak boleh diikut.

Sesungguhnya hari aku memang betul-betul terasa keboringan yang teramat sangat. Walaupun telah aku cuba menghilangkan kebosanan itu dengan makan dan mendengar lagu-lagu jiwang karat, namun kebosanan itu tetap juga melingkari hidup aku hari ini.

Dari senja tadi aku menghadap notebookku yang comel ini namun tiada sepatah perkataan mahupun sepotong ayat yang dapat aku tuliskan dalam koleksi novel aku yang sedang dalam pembikinan. Entah ke mana idea aku menghilang. Entah ke mana semangat menulis aku terbang.

Mungkin aku patut lelapkan mata barang seketika agar aku dapat menjana semula tenaga dan idea. Okay la, aku ikut la saranan aku sendiri tadi. Aku tidur sekarang. Sama seperti otai. Tidur dulu, berjaga kemudian untuk menyambung tugas-tugas penulisan. Cuma yang berbezanya otai menulis ada dateline tapi aku tak pernah ada dateline. Dan disebabkan tiada dateline la tulisan aku tak siap-siap sampai sekarang. Mungkin jika otai memberikan aku dateline, karya aku mungkin akan siap on time. Mungkin je la. Huhu...

Mood Oh Mood

Hari ni pagi lagi mood dah tak berapa okay. Rasa boring aje nak keje. Call banyak pulak tu. Huh!

Tadi aku dah emailkan akhirnya cinta itu bab 3 ke penulisan2u. Tak tau ler bila pulak naiknya cerita tu kat laman diorang. Selalunya kalau aku hantar karya melalui laman diorang, lambat sikit baru cerita tu naik.

Bab lepas ni lambat sikit ler kot. Aku ada kerja lain nak buat.

Wednesday, March 17, 2010

Proses Editing Dan Pengolahan Bab Baru Sedang Berjalan

Sekarang aku tengah menjalankan kerja-kerja mengedit semula e-novel aku yang diberi tajuk, Akhirnya.... Cinta Itu. Tak sangka dua bab yang aku posting di penulisan2u mendapat sambutan. Ada pembaca yang berkali-kali masuk halaman tu untuk membaca sambungannya. Aku pun tak mahu menghampakan pembaca yang sudi membaca dan menyokong penulisan aku yang baru belajar bertatih ni. Aku akan cuba mengedit beberapa bab yang sudah siap dan akan meneruskan menulis bab yang seterusnya.

Aku sebenarnya tak buat sinopsis dan isi-isi yang nak dimuatkan ke dalam cerita itu sebelum ni. Aku sekadar menulis secara suka-suka dan mengikut apa yang terlintas di fikiran aku sahaja. Namun apabila ada yang berminat, totally suka cerita yang aku karang, aku rasa bertanggungjawab untuk menghabiskan cerita ini sebaiknya.

Ada beberapa cerita yang sedang di dalam pembikinan. Aku terpaksa tumpukan pada satu ini dahulu rasanya. Aku kena jana idea banyak-banyak untuk cerita ni. Aku sangat berharap cerita ini aku dapat habiskan penulisannya.

Break Kejap

Aku rasa macam nak ke klinik la kejap. Malam tadi aku dah fikir panjang. Tangan aku dah asyik sakit aje so aku ingat nak ke klinik amik surat refer ke hospital. Aku nak settlekan cepat ler tangan aku ni. Senag sikit aku nak buat keje.

Lagipun sementara mak dan abah ada ni boleh la hantarkan aku ke hospital. Aku ni takde transport. Nak ke hospital tu sendiri susah ler. So kesimpulannya, walaupun aku dah nak final exam dan assignment yang wajib dihantar pada 24hb ni, aku nak settlekan dulu hal sakit tangan aku ni.

Sekarang aku nak ke klinik. Klinik dah bukak ni.

Layan Jiwang Dan Cadangan Operation Buang Keloid Di Pergelangan Tangan

Tengah malam macam ini syahdu je kalau layan jiwang. Aku sekarang sedang asyik layan lagu jiwang karat. Lepas satu-satu lagu aku layan. Tapi kebanyakannya lagu jiwang melayu ler dan yang paling penting lagu slow rock. Aku tak berapa sangat layan lagu perempuan ni terutama lagu Tok T.

Sesekali aku akan layan lagu english tapi biasanya aku suka dengar lagu lama ler. Bukan lama jenis lagu elvis presley tu ye. Takat lagu my baby you, shoulder to cry on ke. Spesies-spesies cenggitu ler. Dan ada satu lagu english yang sangat aku suka dengar, unbreak my heart.

Sekarang ni layan lagu sekiranya kau membalas cintaku. Sambil tu jengah penulisan2u. Tengok progres pembaca yang sudi membaca karya aku di sana. Buat masa ni baru ada 198 orang pembaca dan satu komen dari pembaca. Tapi ok ler tu. E-novel tu percubaan pertama aku. Belum siap pun lagi. Aku buat tu pun untuk tajamkan skil penulisan aku. Ada banyak cerita aku nak kena siapkan ni.

Otai kata buat satu satu tapi aku ni degil la. Tengah buat yang ni, dapat idea untuk yang lain. So sekarang ni sinopsis yang menunggu untuk dikembangkan menjadi sebuah novel sudah bersusun cuma masa dan idea untuk mengolah belum ada. Baru dapat buat dua tiga bab je satu cerita. Kalau boleh aku nak buat cepat tapi ada banyak komitmen lain yang aku ada. Bulan depan aku ada exam lagi. Final tuk sems ni.

Aku bercadang selepas habis final exam aku nak jumpa doktor panel, kemudian mintak dia refer ke hospital. Kalau boleh aku nak buat operation buang keloid yang dah seperti lebihan daging berdarah kat pergelangan tangan aku. Dulu aku tak kisah sangat dengan lebihan daging ni sebab ia tak mengganggu sangat pergerakan tangan aku. Satu lagi aku takut sakit kena potong lebihan daging ni dan juga kulit peha yang akan diguna untuk menampal tempat lebihan daging tu so aku just buat injection untuk kecikkan dia.

Ramai juga client yang datang bertanyakan keadaan tangan aku ni. Ada satu uncle dan aunty cina dulu suruh aku ke hospital pakar apa ntah, aku dah lupa, untuk buang lebihan daging ni. Katanya dulu dia ada kena juga malahan lagi teruk dan dah ok dah. Aku nak buang bukan sebab aku malu dengan benda ni, cuma aku tak tahan nak tanggung kesakitannya lagi terutama kalau tergesel di apa-apa permukaan secara tak sengaja. Terkena kertas pun sakit. Usik secara sengaja pun terasa sakit.

Sekarang ni aku selalu mengalami kesakitan kat tangan aku tu. Mungkin sebab aku banyak sangat guna tangan ni kot. Lagipun sakit tu ketara sejak aku keluar wad tuari. Aku dicucuk jarum untuk masuk air betul-betul di sebelah lebihan daging tu. Dan waktu tu, kawasan itu memang bengkak. Aku rasa kesakitan yang aku alami sekarang ni berkaitan juga dengan bengkak tu.

Tapi kalau tangan aku ni makin sakit, aku rasa dalam masa terdekat ni aku nak minta doktor panel refer aku ke hospital. Aku nak guna tangan ni untuk menulis novel bagi mendatangkan pendapatan sampingan. Sekarangpun tangan aku ni selalu sakit bila aku banyak menaip. Lagipun tangan kanan. Lebihan daging tu melekap kemas, dah nampak macam jam tangan je. Aku nak pakai gelang ke atau jam tangan ke kat situ memang tak boleh la. Sakit.

Tadi awal malam aku rasa mengantuk sangat dan aku akhirnya terlelap di atas katil sambil mendengar lagu. Kemudian bila aku tersedar jam sepuluh lebih tadi, notebook ni dah terpadam sendiri. Lantas aku onkan semula dan aku bangun makan selepas abah mengamuk dengan adik aku yang suka-suki turun ke taman permainan di waktu malam. Selepas makan aku minum kopi o ais buatan adik perempuan aku. Abah dah merajuk lari tidur kat stor sebab bengang dengan adik aku. Abah tu ada darah tinggi, adik aku ni pulak konon bongsu suka sangat cari pasal.

Selepas dah makan dan minum kopi o ais, aku rasa dah tak mengantuk nak tidur pulak. Huhu.. Tapi esok kerja. Gamaknya aku mengantuk ler kat opis esok ni. Jari laju je menaip celoteh kat sini sekarang ni. Agak-agak kalau aku buka koleksi novel aku yang bersusun minta diolah tu, dapat tak aku sambung penceritaannya? Aku try kejap la.....

Sekarang aku layan lagu rindu serindu rindunya....

Tuesday, March 16, 2010

Jalan-Jalan Ke Blog Orang

Baru kejap tadi aku pi skodeng blog orang. Ada yang menulis e-novel. Ada yang menulis tentang diri sendiri dan alam sekeliling. Ada satu blog yang aku singgah tadi menceritakan tentang kisah kawannya yang bekerja kerajaan dan menikahi warga asing yang menukar agama hanya kerana hendak mendirikan rumahtangga dengan dia.

Berdasarkan penceritaan yang dilakukan di dalam blognya, apa yang aku faham adalah, pernikahan tanpa restu keluarga terutamanya ibu akan menghilangkan berkat dalam hidup kita. Kasihan juga dengan kawannya tu. Bernikah dengan warga myanmar, mengandungkan anak kedua hanya selepas empat bulan melahirkan anak yang pertama, suami sudah tidak bekerja dan cuba berniaga. Perniagaan didaftar atas nama si isteri ni, kereta suami dan kereta isteri, si isteri yang bayar. Rumah isteri yang tanggung. Malahan si isteri ni dipukul belasah pulak oleh si suami. Dan akhirnya si suami mengugut menyuruh si isteri membuat loan untuk cover businessnya yang bermasalah. Kini si isteri sudah dapat bertukar tempat kerja dan bercadang hendak membawa lari kedua-dua anaknya serta meninggalkan si suami.

Berdasarkan apa yang aku baca, memang ler terasa kasihan tetapi punca semua tu berasal dari dirinya sendiri. Dia tidak menggunakan akal fikiran yang waras sewaktu membuat keputusan yang terbesar dalam hidupnya. Dia menjadi hamba cinta. Dia buta dengan kuasa cinta hingga sanggup diri diabai keluarga sendiri. Dan bila keadaan menjadi sukar begini, ke mana hendak mengadu nasib. Hendak balik kepada keluarga tentu sekali malu menguasai diri.

Tidak tahu bagaimana ramai anak-anak gadis Malaysia jatuh cinta dan sanggup meninggalkan keluarga hanya untuk mendirikan rumahtangga dengan warga asing. Bukankah masih ramai lagi lelaki sama kewarganegaraan untuk dinikahi. Ah! Penangan cinta dua benua.

Sebenarnya semua kejadian itu bergantung kepada diri dan pemikiran yang waras dari diri sendiri. Allah menghadirkan rasa cinta dalam diri manusia. Namun Allah juga memberikan kita akal untuk menilai apa yang baik untuk diri kita. Sesungguhnya Allah tidak sesekali menyusahkan hambaNya melainkan hambaNya itu yang memilih jalan hidupnya sendiri.

Aku sungguh tidak suka dengan ungkapan "sudah suratan takdir, apa nak buat". Manusia merancang kehidupan. Allah menentukan takdir. Namun Allah itu segala Maha, Dia Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun. Kita mohon baik, akan diberi baik, kita mohon buruk, akan diberi buruk. Sama juga dengan takdir yang telah disuratkan buat kita. Kita dilorongkan ke jalan yang salah, jalan derita namun kita ada akal untuk memikirkan jalan itu harus kita ikut atau tidak.

Panjang lebar pulak aku berceloteh di sini. Aku sudah tersentuh bab takdir dan kuasa Allah, aku mohon ampun pada Allah jika apa yang aku perkatakan di sini mengenai takdir itu tidak sama dengan pemahaman orang lain. Aku juga memohon maaf kepada sesiapa yang membaca celotehku ini kerana bagi aku, jika bersalah pada Allah, harus meminta keampunan dari Allah namun jika bersalah pada manusia, mintalah maaf pada manusia itu sendiri. Apabila kita meminta maaf kepada manusia, Allah mengetahuinya namun jika kita memohon ampun kepada Allah atas kesalahan kita kepada sesama manusia, manusia itu tidak akan tahu jika tidak mendengar sendiri ungkapan maaf dari kita. Aku bukan pengikut ajaran sesat, aku cuma berkata berdasarkan pemahaman aku yang lebih banyak menggunakan logik akal.

Bersama-samalah kita mengubah nasib kita menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Semua kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita ada kegunaannya kepada kita untuk mencorak kehidupan kita di alam yang hanya pinjaman ini.

Mak Dan Abah... Penyelamat Rumah Bertangga Empat

Selama mak dan abah aku ada kat sini, tak ada la kepala aku sakit, mata aku sakit. Mak dan abah nak bawak adik lelaki aku sorang balik duduk kampung. Berubat dan tolong abah siapkan rumah yang sedang direpair tu.

Makan pun dapat ler sedap sikit rasanya walaupun dari lauk yang biasa-biasa aje. Yang penting masakan mak dan kekadang masakan abah tu ler masakan yang paling sedap dalam dunia. Kelmarin mak masak asam tumis ikan sardin dengan terung. Semalam aku mintak mak masak lagi lauk yang sama sebab sedap ler. Hehehe..

Tadi aku balik makan, mak aku masak sambal sardin campur pucuk ubi dan masak lemak labu. Harap-harap aku balik kerja karang ada baki lagi lauk tadi. Tadi makan sikit je.

Tadi pegi kat workstation abang opis ni, tengok gambar masa pi Taiping Teen.FM dulu. Kelakar. Ada gambar seolah-olah skandal, ada gambar yang sepatutnya disensoredkan dan banyak lagi ar. Best jugak aktiviti tu.

Wah! Dah sampai time print report ni. Buat kerja dulu la.

Akhirnya Cinta Itu 2 Sudah Keluar Di Penulisan2u

Tadi aku jengah penulisan2u. E-novel aku Akhirnya Cinta Itu bab 2 sudah disiarkan di situ. Selepas ini aku nak edit bab 3 pulak untuk dihantar ke sana. Sebelum ni bab 3 dah post di blog. Ada banyak kesilapan dan aku kena edit dulu untuk memperbetulkan ayat dan jalan cerita.

Hari ni aku bawak buku Nambai Life is... yang aku pinjam dekat perpustakaan negara tiga minggu lepas. Buku tu sepatutnya aku kena pulangkan pada 14hb March baru ni tapi aku sibuk sikit. Ada exam masa tu. Rasanya masa pesta buku nanti ler kot aku pulangkan.

Jom ramai-ramai kita pergi pesta buku yang diadakan di PWTC 19 hingga 28hb March nanti. Ada banyak buku yang dah menanti dalam list untuk dibeli.

Blackberry Storm 2



Ini pandangan depan. Cantik kan? Hati aku dah terpikat. Aku kena berusaha dari sekarang untuk mendapatkannya. Agak-agak bila boleh dapat aku kumpul duit? Empat tahun lagi kot. Hahahaha...



Ini pandangan depan juga. Memang menarik.



Ini pula pandangan dari belakang.

Monday, March 15, 2010

Jidin

Aku keluar bilik tadi, nampak adik aku gelak-gelak tengok tv. Aku pun skodeng ler citer apa yang dia tengok. Ler... Citer Jidin rupanya. TV3 punya slot. Aku pun gelak jugak la. Dah memang aku ni jenis manusia yang suka tengok citer kelakar. Layan ler kejap.

Setakat ni yang aku tau citer Jidin ni berkenaan makhluk asing yang datang ke bumi untuk mempengaruhi fikiran remaja. Jidin ni salah seorang daripada makhluk asing tapi dia ni pangkat assistant je. Dia turun ke bumi dan bersahabat dengan seorang remaja nerd yang sering dibuli. Dia selalu menolong sahabat dia tu membanteras kejahatan. Caranya dengan mengalirkan kuasa melalui mata.

Itu aje la yang aku tahu mengenai cerita ni buat masa ni. Sebabnya aku pun tak berapa nak mengadap sangat cerita tu. Baru jap tadi aku pi tengok cerita Senja Permai kat Astro. Citer tu pun aku layan jugak. Tapi masalah aku satu je, aku selalu lupa bila cerita tu ditayangkan kat tv.

Tangan aku rasa perit ler. Tak tau ler kenapa. Sejak siang tadi rasa macam terbakar je tangan sebelah kanan ni. Cukup ni dulu la entry kali ni. Nak pi ampai baju yang baru siap basuh kejap.

Tak Tau Ler Kenapa.....

Hari ni aku rasa lain ler. Tak tau ler kenapa. Aku rasa macam bosan je. Aku jenguk-jenguk blog orang pun masih tak rasa happy macam biasa. Tak tau nak cakap cemana.

Nak kata aku belum makan, dah dua tiga kali aku makan hari ni. Nak kata aku tak mandi, pagi-pagi lagi aku dah mengadap bilik air dah. Mungkinkah disebabkan hari ni hari isnin? Selalunya kalau hari Isnin je aku boring, rasa malas nak kerja. Tapi hari ni cuti. Takkan hari cuti pun rasa sama macam hari Isnin kot. Huhu...

Apa nak buat ni? Nak sambung menulis, idea lak tak datang. Huh! Kena pi makan dulu ler kot. Mana tau lepas makan leh hilang boring.

Sunday, March 14, 2010

Cakap Sampai Muntah Edisi 2

Ni entry cakap sampai muntah edisi 2.

Tadi aku mengamuk pulak dengan adik aku. Siang dah bercakap sampai muntah. Malam lagi nak bercakap sampai muntah. Bil memang ler aku dah amik pakej RM10 sebulan telefon rumah ke rumah. Yang menjadi punca kemarahan aku bukan ler pasal bil tu.

Aku marah sebab dia degil. Aku suruh baca buku tak mahu. Aku suruh study, jawabnya tahun depan exam, tahun depan adik baca. Aku suruh tidur awal, dia leka main tagged, berym bagai. Aku suruh tutup pc, aku amik wayar streamyx sambung kat notebook, dia bantai main gitar sambil melalak menyanyi lagu. Alahai... Itu semua yang buat aku naik hangin.

Aku dah pesan, jangan ikut stail aku study. Aku jenis esok nak exam, malam ni baru aku baca. Kemudian bila result keluar, cukup-cukup makan aje. Aku takpe. Aku dah ada kerja tetap. Aku sambung belajar secara part time ni sebab aku nak ada degree sama macam orang lain. Aku nak upgrade kelulusan aku. Aku tanak jauh ketinggalan. Dan aku nak ganti semula kerugian aku tak sambung belajar masa habis SPM dulu.

Dulu aku memang mengharap selepas SPM nak masuk universiti terus. Aku tak mahu masuk tingkatan enam sebab masa tu sekolah yang aku kena pergi tu jauh. Mak abah orang susah. Aku pulak tak suka duduk asrama. Lagipun masa tu aku terlupa yang cita-cita aku nak jadi doktor. Kebetulan aku ditawarkan tingkatan enam aliran sains. Aku tolak pulak. Bodohnya aku masa tu.

Sekarang ni aku tak mahu ler adik aku yang bongsu ni tak menjadik orang. Dulu masa PMR dia sibuk bercinta, bila frust tak boleh nak fokus. Kemudian keputusan teruk. Kesian ler mak dan abah yang mengharapkan dia dapat keputusan yang bagus dan dapat masuk universiti. Kali ni dia buat lagi. Nak bercinta tu boleh, tapi sekarang bukan masanya. Sekarang msa untuk bercinta dengan buku.

Argh! Mata aku mengantuk ler. Nak kena buat kopi ler ni. Nak kena study untuk esok pulak. Hehehe....

Tak Cukup Time!!!!

Walawei... Tadi aku ada exam paper financial accounting. Masanya sejam aje untuk midterm. Punya ler syok aku menjawab, sekali sampai soalan last, aku tak cukup masa. Huhu.... Markah dia 11.

Selalu tiap kali midterm exam, aku akan keluar awal dari dewan. Kalaupun aku keluar cukup-cukup time, aku dah siap jawab semua soalan. Tapi kali ni memang parah ler. Betul-betul tak cukup time.

Panas giler la sekarang ni. Tekak kering aje. Aku nak jengah dapur kejap cari makanan yang boleh dicerna.

Cakap Sampai Muntah

Jam dah menunjukkan ke angka 12.15 pagi. Aku masih lagi mengadap page 13 sedari tadi. Tak berganjak-ganjak page tersebut dari pandangan mata aku. Sesekejap aku akan menaip sambungan novel sayang terbuang di skrin notebook yang sentiasa terbuka di hadapan mata aku ni. Tak boleh nak elak kalau idea dah datang menjengah. Mahu atau tidak harus juga menaipkannya ke dalam file yang telah tersedia.

Dah pelbagai lagu yang aku suakan ke pendengaran aku ni sejak tadi. Nak buka volume kuat sangat tak boleh, tak dapat aku nak tumpu pada bacaan. Nak biar perlahan pun tak boleh sebab adik aku sedang menggunakan peluang bercakap sampai muntah ni di atas katil di sebelah meja aku ni. Tengah bersembang dengan awek di talian telefon rumah. Dia yang bercakap sampai muntah, aku pulak yang nak muntah dengan ayat jiwang dia tu. Cheh!

Sayang terbuang masih baru dalam senarai pembikinan. Aku baru menyiapkan hampir satu mukasurat sahaja. Lambat lagi untuk dipersembahkan. Cerita yang mengisahkan Liana yang kehilangan ibu tersayang setelah berlaku silap faham dari fitnah bapa tiri sendiri. Namun sudah terlambat untuk mencurah sayang bila kebenaran menunjukkan diri.

Banyak lagi projek yang sedang dalam pembikinan. Idea datang berlainan. Maka terpaksalah idea yag datang dikategorikan di tempat yang sepatutnya. Dan disebabkan itulah banyak tajuk dan sinopsis yang terhasil. Pengembangan ceritanya akan berjalan secara perlahan.

Belum habis lagi adik aku bercakap sampai muntah. Sekarang ni aku pula yang akan membaca sampai muntah.

Saturday, March 13, 2010

Penyair Cinta

Aku sekarang tengah layan lagu penyair cinta dendangan kumpulan Gamma. Ni lagu lama ni. Best. Aku paling suka layan lagu-lagu rock klasik cenggini. Asyik. Itu sebab masa aku suka main radio dulu, aku suka on channel asyik. Orang asli punya siaran. Kat channel tu DJ suka pasang lagu rock lama-lama. Memang layan.

Aku baca buku financial accounting ni sambil layan lagu jiwang. Kalau tak mengantuk la. Ada buku nak baca ni. Satu modul english. Satu lagi buku rujukan bahasa malaysia. Aku baca yang english dulu sebab dia modul baru. Lagipun soalan mesti berkisar apa yang ada kat dalam tu je. Buku rujukan tu edisi lama. Aku pinjam kat library.

Sekarang layan lagu Hasnol pulak, lagu untukmu. Perut dah kenyang, mata agak berat. Hehehe... Tapi tak boleh ikutkan sangat, nanti tak habis pulak aku baca dua bab ni. Esok soalan esei.

Semalam mak dengan abah datang sini. Ye la, kalau abah tak datang macam mana aku nak ke Uniten amik exam. Susah juga tak ada kereta ni. Kesian abah kena drive jauh. Bulan depan ada lagi final exam pulak. Kena lagi la abah turun Klang lagi.

Nak pi masak air jap, nak buat kopi. Nak kasi mata tak mengantuk. Hehehe... Kalau boleh la.

Principles Of Microeconomic

Uh! Paper tadi memang ler susah walaupun multi choice question. Pening kepala aku. Dah baca pun masih keliru nak menjawabnya. Berbelah bagi hati aku nak menjawabnya.

Esok paper financial accounting pulak. So sekarang ni aku rehat kejap. Lepas ni aku nak pi mengadap buku dia pulak. Kira-kira tu... Formula yang nak kena ingat. Esok soalan esei. Kalau MCQ, tak dapat jawab leh belasah je tandakan A,B,C dan D tu. Pejam mata dan tanda. Hahaha...

Ini ajaran sesat. Sesapa pun jangan sesekali ikut cara aku tu. Merbahaya kepada pointer anda. Ah! Aku nak mengadap dulu la. Nanti-nanti la aku sambung lagi.

Friday, March 12, 2010

Mid-Term Exam

Hari Sabtu, Ahad dan Isnin nanti aku ada exam so aku rasa kena bercuti sekejap dari menghadap internet. Blog aku terpaksa aku tinggalkan bersawang sekejap. Karya-karya aku terpaksa aku hold dulu memandangkan sehari dua ni aku tidur awal. Badan rasa letih tak larat nak berjaga malam.

Mungkin selepas habis exam ni aku sambung sikit-sikit karya sebab bulan empat nanti final exam pulak. Aku masih belum ubah sikap ni. Esok exam, hari ni baru nak baca buku. Sems ni mesti ler aku punya pointer tak berapa elok lagi. Kena pulak banyak masalah mellanda time dah dekat nak exam. Lagi melemahkan semangat aku.

Semalam breafing kat office. Ada ler sedikit berita baik. Bonus akan dibayar dalam bulan tiga ni cuma tak ada ler awal. Lewat minggu depan atau awal minggu lagi satu. Kenaikan gaji macam biasa, tak banyak. Bonus lebih baik dari tahun lepas tapi mengikut performance. Tahun lepas dapat lebih kurang empat bulan. Lepas ler nak bayar segala bil yang tertunggak ni.

Kejap lagi nak bersiap ke tempat kerja pulak. Hari ni Jumaat. Last kerja untuk minggu ni. Hati aku pun masih belum elok lagi ni. Masih terasa sakit. Balik rumah pun aku tak bercakap dengan sesiapa lagi melainkan adik bongsu aku yang menyapa aku waktu aku lalu depan dia. Adik lelaki aku yang lagi dua orang macam buat hal sendiri aje. Terpulang la. Aku ni dah rasa macam pokok perumah yang ditumpang olek pokok sakat. Pokok sakat makin membesar, berakar dan subur, pokok perumah yang mati kontang.

Baru kejap tadi dua orang adik lelaki aku keluar. Sorang ke sekolah, seorang lagi ke tempat kerja. Seorang lagi masih berlingkar kat dalam bilik. Tak ada hajat nak mencari kerja. Anak saudara aku pulak tengah tidur kat atas katil tu. Semalam mak dia suruh balik tapi dia takmo. Entah la...

Thursday, March 11, 2010

Tangisan Di Tengahari

Tengahari tadi aku balik makan dekat rumah. Hari ni lunch time aku pukul satu. Aku sampai di rumah, dari jauh aku dah nampak kat tv tayangkan perlawanan bola sepak. Aku pelik. Rumah aku tak ada astro sport, macam mana boleh ada perlawanan bola pulak tengahari buta ni. Bola sepak Inggeris pulak tu.

Aku buka kunci grill dan aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku nampak adik bongsu aku dengan anak saudara aku tengah bermain play station dekat tv ruang tamu. Aku pernah cakap dulu, jangan sesekali main game dekat tv tu. Tv kecik dah ada kat dalam bilik untuk main game. So masa aku masuk aku tegur. Diorang boleh buat tak tahu aje. Bil api melambung takde orang lain yang nak bayar, aku jugak.

Aku bengang tapi aku malas nak bising. Aku cuba sabarkan. Aku ambil pinggan, letak nasi dan lauk. Aku cuba suap nasi tapi aku tak boleh tahan. Airmata aku nak menitis. Aku bawak pinggan masuk dalam bilik stor. Aku tutup pintu dan aku menyandar di belakang pintu. Sambil pegang nasi, airmata aku meleleh. Sedih sangat.

Kemudian, nasi yang aku tak lalu nak makan, aku buangkan. Pinggan dan cawan aku basuh. Aku ke bilik air, cuci muka dan sapu sedikit krim kat muka. Tu konon nak hilangkan kesan tangis. Sedang aku betulkan tudung kat dalam bilik, adik pompuan aku balik makan. Dia nampak mata aku, dia tegur tapi aku tak larat nak jawab. Dia keluar, dia tanya adik beradik aku yang lain.

Tadi selepas makan aku call mak, aku tanya mak dapat datang tak esok. Mak kata tak tau la sebab tak ada duit. So mak tanya aku, boleh tolong sikit tak. Aku kata, kat sini pun dah pening sebab tak ada duit. Mak kata macam mana boleh pening. Aku kata, macam mana tak pening, bekerja dua orang, yang makan lima enam orang. So mak aku kata dia akan usaha jugak untuk datang. Kesian mak aku. Aku tak dapat nak tolong. Betul kata otai... duit nak beli kain kapan pun takde. Kalau aku mati dalam masa terdekat ni, macam mana la adik-adik aku nak menguruskan jenazah aku untuk dibawa balik ke kampung. Sedih betul.

Masa aku call mak tu adik-adik aku ada dekat ruang tamu bersebelahan telefon. Aku cakap dengan mak aku nak pindah rumah, aku nak duduk sorang. Mak aku kata, nanti mak datang, kita bincang. Lepas aku dah siap tadi, aku terus keluar pi office semula. Malas aku nak duduk lagi dekat rumah tunggu cukup time. Sedih hati aku tak boleh tahan.

Waktu aku nak keluar, ada aku dengar adik lelaki aku cakap pasal rumah, pasal sewa. Lantak la, aku malas nak amik tau. Rasa la pulak hidup menyewa sendiri. Selama ni hidup senang dengan aku, tak payah fikir tak ada rumah, takde makan. Datang duduk dengan aku, semua ada. Aku susah aku tanggung sorang. Aku pening sampai migrain fikirkan duit lauk semua, takde sapa nak amik peduli.

Kenapa la aku selalu kena macam ni? Lembik sangat ke aku dengan adik beradik aku sampaikan diorang sumer pijak kepala aku.

Sinopsis Asmara Harum Kemboja

Kepulangan Tarmizi sekeluarga ke kampung setelah lama menetap di luar negara pada mulanya menimbulkan tandatanya kepada orang kampung yang mengetahui kisah silamnya. Namun perubahan sikapnya yang terlalu jauh berbeza dari dulu membuatkan dia sekeluarga makin diterima dan disenangi oleh orang kampung.

Kehilangan Tarmizi sewaktu masuk ke hutan kecil di belakang rumahnya pada suatu hari telah menggemparkan seluruh penduduk kampung. Selama sebulan mereka meneruskan usaha mencari dan akhirnya dia ditemui di perdu sepohon kemboja yang tumbuh di tengah hutan kecil itu.

Timbul pelbagai persoalan di benak. Sejak bila pohon kemboja itu berada di situ sedangkan sebelum ini di situ hanyalah sebuah kawasan lapang. Bagaimana Tarmizi boleh berada di situ pada waktu itu sedangkan sebelumnya mereka telah mencarinya di situ. Ke manakah Tarmizi pergi dalam masa sebulan itu. Apakah yang telah berlaku kepadanya?

Jawapan bagi setiap persoalan itu bakal ditemui dalam Asmara Harum Kemboja.

Amarah Berterusan

Semalam aku tertidur awal lagi dan kemudian terjaga dalam jam satu lebih. Dan aku mula marah-marah bila jam menunjukkan dah hampir pukul dua pagi tapi adik bongsu aku masih lagi berjaga. Esoknya dia nak sekolah. Ada exam pulak tu. Sudah la semalam satu hari tak bangun pergi sekolah, terlepas paper.

Bila aku suruh tidur, dia boleh lagi ketawa-ketawa dengan anak saudara aku. Kemudian anak saudara aku boleh pulak pergi baring kat dalam stor. Nak tidur situ katanya. Berasap telinga aku dengar. Tak pasal-pasal di awal pagi aku menengking orang.

Pagi tadi aku mengadu dengan otai pasal hal yang aku hadapi di rumah. Aku letih sebenarnya nak mengadap semua ni. Kalau boleh aku nak pindah aje dari rumah tu. Pergi duduk sendiri. Sekurang-kurangnya berbaloi jugak aku kena bayar semua bil dan hutang. Belanja dapur pun tentu kurang sebab hanya aku sorang je yang nak makan.

Aku bukan tak suka adik-adik aku tinggal dengan aku. Aku suka sekurang-kurangnya aku ada teman berborak. Tak adalah aku berborak dengan dinding. Tapi aku jadik letih bila diorang duduk saja, tak mahu kerja. Aku letih bila aku penat kerja nak carik duit beli barang makan, bayar bil tapi ada orang lain yang duduk saja di rumah, makan dan tidur. Aku yang susah payah kerja, tak punya masa yang panjang untuk menonton tv tapi bil yang banyak aku juga yang kena bayar.

Pagi tadi aku terjaga jam 6.20 pagi, aku nampak adik bongsu aku dah siap nak ke sekolah. Bila dia nampak aku terjaga, dia mintak aku buat nasi goreng. Aku suruh aje dia makan roti sebab nasi tak ada. Kemudian sebelum ke sekolah dia minta tambah belanja lagi seringgit. Aku beri la. Kemudian dia minta lagi seringgit. So angin aku naik ler. Aku marah lagi pagi-pagi. Aku cakap dengan dia, duit yang ada beli makanan, tak payah buat topup.

Kemudian aku tidur semula. Jam 7.50 aku bangun, mandi dan bersiap nak ke tempat kerja. Aku tengok anak saudara aku masih tidur. Aku kejutkan punyalah susah. Rupanya hari ni dia tak kerja tapi kena ke sekolah memandu. Naik lagi angin aku sebab malam tadi aku suruh tidur awal, dia ketawa-ketawa.

Masih tak habis lagi rasa amarah aku pada adik-adik aku. Sampai bila aku pun tak tahu. Aku ni jenis yang boleh bertolak ansur tapi kalau asyik aku je yang kena, sampai bila aku boleh bertahan. Nak membahagiakan dan menyenangkan adik-beradik sampai aku sendiri terkorban.

Otai ke hospital hari ni. Tak pasti lagi akan ditahan di wad untuk operation ataupun tak. Lagi dua hari aku nak exam. Tapi masalah penuh dalam kepala aku. Masak!!!!

Tak Tahan!!!!!!!!

Aku betul-betul dah tak tahan. Dah habis dah kesabaran aku. Semua orang nampaknya dah nak ikut suka-suka hati sendiri je. Cakap aku langsung dah tak guna dah. Langsung dah tak diendahkan lagi dah. Sumer dah besar-besar, dah bijak pandai.

Letih la aku macam ni. Asyik aku je nak mengalah. Asyik aku je nak faham orang tapi hati aku ni sapa pun tak nak faham. Puas aku nak jaga perasaan orang, tanak sesapa kecik ati dengan aku tapi ati aku ni takde sapa nak jaga.

Aku letih la. Aku dah tak larat lagi dah hidup macam ni. Kalau aku diberi pilihan, nak mati ke nak hidup dalam keadaan yang macam ni... pilihan aku mati aje. Aku rasa lagi senang hati ler kot kalau aku pilih mati aje. Yang aku kena hadap siksaan kubur dan siksaan selepas dibangkitkan semula nanti je. Tak perlu aku fikirkan macam mana nak carik duit untuk biaya semua bil-bil, nak beli barang makan dan bayar hutang-hutang.

Tak payah juga nak fikir cukup tak beras gula semua sementara nak dapat gaji lagi sekali. Agaknya macam ni la jugak yang mak abah aku rasa kot. Letih memang sangat letih. Letih semua terutama letih fikiran.

Aku tak tahan!!!!!!!!!!!!!

Asmara Harum Kemboja

Tadi aku dapat ilham nak buat cerita berkenaan seorang lelaki yang telah lama berada di luar negara, dia balik ke kampung dan jatuh cinta pada seorang gadis yang sangat cantik. Gadis tersebut akan muncul apabila haruman bunga kemboja semerbak memenuhi ruang. Aku baru dapat sampai situ. Nanti aku fikirkan lagi.

Malam ni aku layan lagi lagu biar berjauhan dan airmata kekasih. Suka betul aku dengan lagu tu. Lepas dengar, ulang lagi, dengar lagi. Tak jemu.

Layan lagu Kenapa singgah kalau tak masuk. Hahaha...

Wednesday, March 10, 2010

Bebelan Di Tengahari

Hari ni aku lunch pukul 12 tengahari. Macam biasa, setiap hari aku akan balik makan di rumah walaupun sekadar makan lauk yang dibeli. Nak dijadikan cerita, malam tadi aku tertidur di depan notebook. Kiranya aku tidur awal ler. Apa-apa pun aku tak sempat buat semalam melainkan potong kacang panjang untuk digoreng hari ini.

Sebenarnya aku bercadang nak masak tengah malam tadi untuk lauk makan tengahari ni. Pagi tadi aku tersdar jam 7.30 pagi. Itupun sebab alarm jam aku menjerit-jerit lagu 60an. Aku keluar ke tempat kerja tanpa berpesan dengan adik aku suruh masak nasi. Aku cuma masak air je sebab aku tengok air suam dah takde stok kat atas meja.

Tengahari tadi aku balik rumah, mengelupur masak lauk walaupun lauk yang simple saja. Aku masak sambal sardin dan goreng kacang panjang. Tengah-tengah aku mengelupur masak, aku angkat tudung periuk. Alamak! Nasi tak masak lagi. Aku pun apa lagi, mengamuk sakan ler sambil masak.

Masa aku salinkan lauk dari dalam kuali ke dalam mangkuk, adik lelaki aku yang nombor tiga sempat lagi mengusik. Dia kata... "Atih masak mengelupur pun, lauk tu nampak sedap." Bila aku dah letak lauk atas meja, aku amik nasi sejuk lebih semalam tu, aku makan. Nak buat camana, aku rehat sejam je. Kalau nak tunggu nasi masak baru nak makan, alamat tak makan ler aku.

Masa aku tengah makan pun aku sempat membebel lagi. Bayangkan dari aku balik, sampai rumah jam 12 tengahari, sampai aku tengah makan, lebih kurang jam 12.40 tengahari, aku masih belum berhenti membebel lagi. Sampaikan adik bongsu aku, yang masih tidur kat ruang tamu (meja makan satu ruang dengan ruang tamu) bangun dan cakap dengan aku cenggini.. "Atih dari tadi membebel sampai sekarang tak berhenti², tak letih ke?"

Aku jawab.. "Lagi letih la mengadap benda macam ni hari², duit makan orang siapkan, makan orang belikan, orang masakkan, dah tu kemas rumah pun takan orang nak buat jugak." Diam adik aku. Memang geram betul aku tadi. Dah la meja makan tu penuh dengan cawan yang dah dipakai. Takde sorang pun nak tolong kemas. Terus adik bongsu aku bangun, cuci muka dan kemaskan meja.

Sebenarnya banyak benda yang aku fikir dalam kepala aku ni yang buatkan aku naik angin. Adik lelaki aku yang bakal menduda yang duduk dengan aku tu tak kerja-kerja lagi, adik lelaki aku yang nombor tiga kecik tu baru kerja selepas lama tak kerja, duduk dengan aku juga, pastu sibuk dapat gaji nak bayar saman ler, nak repair motor ler. Adik pompuan aku yang duduk dengan aku, bekerja tapi bagi duit rumah tak cukup. Tu semua yang buat aku bengang. Belanja keluar banyak, hasil masuk sikit.

Macam mana ler aku tak membebel....

Tuesday, March 09, 2010

Mini Novel - Akhirnya.... Cinta Itu Part 2 Sudah Ke Penulisan2u

Tadi masa dekat office, aku dah hantar part 2 mini novel Akhirnya.... Cinta Itu. Itupun selepas aku siap edit mana yang patut. Tapi betul la apa yang sifu kata. Makin kita buat cerita, makin kita pandai olah idea. Idea tak datang seperti ilham, apa-apa je yang kita nampak, kita pegang, kita rasa boleh jadi idea. Aku kini mengakui kebenarannya. Terima kasih sifu.

Sebelum ni aku langsung tak pandai mengarang cerita. Tak kiralah apa jenis cerita pun. Tapi selepas sifu kata dengan aku... "nak duit tak?" Tentulah aku jawab nak kan. Mana ada orang yang tolak duit dalam ini dunia. Sifu kata... "Kalau nak duit, cuba tulis cerita mistik atau cerita antu. Buat cerita pendek je. Satu cerita lebih kurang empat ke lima mukasurat dengan font saiz 10. Satu siri nak 8 cerita."

Sebagai budak jurusan sains yang memang tak pernah belajar langsung tentang penulisan melainkan cara membuat karangan dalam subjek bahasa malaysia, aku mencuba juga. Demi duit. Hahaha. tapi sebenarnya menulis ni bukan sekadar untuk menjadikan duit. Ia juga satu bidang yang banyak memberikan pahala kepada kita sekiranya penulisan kita digunakan ke arah kebaikan. Menulis juga memberi kepuasan. Apa lagi jika penulisan yang kita kongsikan bersama orang lain mendapat komen yang membina dan disukai pembaca.

Aku akui ada seorang kawan baik aku yang lebih pandai menulis daripada aku. Mungkin sebab dahulu dia budak sastera, dia ada asas. Dia dah menulis beberapa buah cerpen dan aku amat berbangga bila cerpen pertamanya aku diberi kepercayaan untuk menjadi editor kecil. Memperbetulkan penggunaan kata 'di', 'ke' yang mana patut dijauh dan didekatkan. Dia juga ada banyak idea untuk menghasilkan cerita. Aku pula cuma sudah menghantar cerita pendek untuk siri mistik sebanyak tujuh belas buah cerita kepada sifu dan mendapat bayaran sebanyak seribu ringgit.

Aku tak tahu la kepada penulis lain sama ada nilai itu terlalu sedikit tetapi bagi aku nilai itu cukup besar berbanding karya aku yang tak seberapa tu. Maklum la aku ni ibarat budak yang baru belajar bertatih. Banyak yang aku harus pelajari untuk mempertingkatkan mutu karya aku.

Berbalik kepada Akhirnya ... Cinta Itu. Itu adalah karya pertama aku untuk siri novel kreatif. Mulanya aku ketawa bila sifu kata,.. "Jangan buat novel kreatif dulu, nanti kena writer's block, kemudian cerita tertangguh sampai bertahun-tahun." Kini aku mengalami apa yang sifu katakan. Aku kehilangan idea untuk diolah dalam cerita tu. lagipun cerita tu aku main tulis aje apa yang terlintas di kepala aku. Aku tak buat seperti saranan sifu, sediakan sinopsis, watak, isi penting bab demi bab dan akhir sekali baru kembangkan. Aku macam tak tahu nak lanjutkan macam mana cerita tu.

Sudah berbulan-bulan sifu meminta aku menulis novel motivasi kanak-kanak dan remaja. Tak panjang sangatlah, satu cerita lebih kurang 10 bab di mana satu bab lebih kurang tiga mukasurat dengan font saiz 10 tanpa langkau. Biasalah kalau dengan sifu memang begitu ler syaratnya. Tapi sampai sekarang satu cerita pun tak siap lagi. Bila dah tulis sampai bab 2 atau 3, aku jadi blur nak habiskan. Masalah betul.

Aku ni kira beruntung sebab tak payah nak susah-susah cari penerbit untuk hantar manuskrip aku. Aku cuma berikan pada sifu, dia akan edit untuk aku dan dia uruskan semua. Aku tahu terima payment sahaja. Tapi itu la, aku pulak yang lembab. Huhu...

Tapi sebenarnya sifu aku tak suka aku tulis cerita cinta. Hahahaha...

Breafing Dibatalkan

Petang ni sepatutnya ada breafing dengan MD tapi tetiba je ditangguhkan ke hari Khamis nanti. Kat depan tu dah siap pasang meja dah. Biasa kalau ada apa-apa kat opis ni, makan memang disediakan. Tapi aku tengok yang menyusun meja kerusi tadi cam india je. Dorang amik katering mamak ke?

Kalau ler mamak, aku tak boleh ler makan. Tak lalu seh. Lagipun aku takut perut aku ni buat hal. Sensitif ni perut aku. Kalau makan makanan mamak, sah-sah aku kena sakit perut tahap keracunan.

Tadi tengahari aku makan laksa yang aku beli kat makcik gerai depan opis aku ni. Aku beli lauk paru dengan gulai pucuk paku sikit untuk bawak balik. Aku rasa malas masak pulak tadi, so beli je la tuk diorang. Semalam lagi aku dah nampak laksa kat situ tapi baru hari ni rasa teringin pulak nak makan. Tiga ringgit satu mangkuk. Bawak balik makan kat rumah tapi tu ler... masin lak sikit kuah dia.

Sakit pulak kepala aku... Tak cukup tidur ler ni.

Letih... Mengantuk... Sentap...?

Semalam lepas kerja aku terus ke Giant beli barang dapur sikit. Faham sajalah aku ni kan takde transport, tolak ler troli tu bawak balik. Memang setiap kali beli barang macam tu la gayanya. Pergi bertiga dengan dua orang adik aku.

Budget nak beli dalam seratus ringgit gitu la tapi terlebih pulak sampai dua ratus dua puluh lima ringgit dua puluh lima sen (RM225.25). Cantik nombor tu kan. Sampai kat rumah puas pulak ler nak mengangkut naik ke tingkat tiga barang-barang tu. Sakit bahu, lenguh tangan.

Kemudian malam dah siap kemas semua, aku masak sambal merah ayam. Adik bongsu aku ler asyik sebut sambal merah je. Aku masakkan ler. Adik aku tu memang suka ayam masak merah. Dah siap makan semua, aku on internet.

Hampeh! Internet pulak buat hal. Buka desktop ok je dia, sekali alih ke notebook, tak boleh masuk pulak. Puas aku godek², akhirnya berjaya jugak masuk. Jengah ler sekejap dekat penulisan2u. Cerita yang aku hantar ke sana baru ada dua ratus lebih orang yang baca. Komen baru dua. Tapi alhamdulillah, setakat ni dapat komen yang ok ler.

Kemudian, aku edit ler bab 2 pulak. Sambil tu tambah-tambah apa yag tak cukup. Buang mana yang tak perlu. Perbaiki ayat biar lagi sedap mata memandang. Tapi tak sempat nak habiskan. Mengantuk sangat ler. Terlelap aku sedangkan notebook tak off. Terjaga pagi tadi baru aku offkan dia. Alamak! Baru aku teringat suis notebook dengan suis modem streamyx tak offkan.

Isk! Terasa macam tak sihat la. Mata pedih, selsema pulak. Ni mungkin sebab tak cukup tidur ni. Iye la kan, malam jam dua lebih baru tidur, kekadang kul tiga lebih empat lebih. Pagi nak kena bangun awal, kerja. Itupun kekadang terlajak tidur. Mengantuk.

Tadi aku masuk kerja lambat seminit. Sampai kat dalam ada la terdengar perbualan yang agak boleh buat terasa la. Ye la kan, orang kalau dah buat salah, memang ler terasa kan walaupun kata-kata tu bukan ditujukan buat kita kan. Tapi cara menghabiskan conversation tu macam pelik sikit. Tapi biasa la kan, mana-mana pun sama. Banyak jenis orang yang sebegini. Tak apa, asalkan aku tahu aku tak menipu dalam pekerjaan kita.

Hari ni kena kentalkan semangat mengadap buku pulak. Tinggal 4 hari je lagi nak exam. Masak ler kalau tak sempat habiskan baca.

Monday, March 08, 2010

Luka 3

Tertinggal pulak Luka Part 3. Part 4 dah tertukar jadik Part 3 pulak. Sorry....

‘Kau laksana bulan…. Tinggi di atas kayangan… Hatiku dah kau tawan… Hidupku tak keruan.’

Telefon bimbit yang berada di atas dashboard berkelip-kelip. “Ish! Siapa pulak yang telefon aku petang-petang ni?” Mulutnya menggumam perlahan sambil tangan dipanjangkan mencapai telefon. Butang hijau ditekan dan loud speaker diaktifkan.

“Hello!” Sedikit terkejut Fatiha apabila mendengar suara pemanggil di hujung talian. ‘Apa lagi orang tua ni nak dari aku. Dekat pejabat asyik cari aku, dah balik pun masih nak cari aku.’ Fatiha mengomel di dalam hati.

“Assalamualaikum Tiha. Awak dekat mana ni?” Terkedu seketika Fatiha mendengar ucapan salam dari ketuanya itu. Tersedar dengan kealpaannya memberi salam. Terasa malu pada ketuanya itu.

“Hmm… Waalaikumussalam. Saya tengah memandu ni Encik Amri. Ada apa Encik Amri telefon saya ni?” Pantas Fatiha bertanya tujuan sebenar lelaki itu menghubunginya.

“Saya… Saya sebenarnya… Hurm… Sebenarnya ada benda saya nak cakap dengan awak ni Tiha.” Kedengaran tersekat-sekat suara ketuanya itu.

“Apa dia Encik Amri?” Terasa sedikit lucu Fatiha mendengar lelaki itu tergagap-gagap hendak menghabiskan ayat. Terasa hendak ketawa namun ditahankannya demi menjaga hati lelaki itu.

“Benda ni susah nak terangkan dalam telefon ni. Hmm… Malam ni awak free tak?” Teragak-agak lelaki itu hendak menyampaikan hasratnya menelefon Fatiha.

“Malam ni saya tak ada buat apa pun Encik Amri.” Pantas sahaja bibir mungil itu memberikan jawapan walaupun di dalam kepalanya hanya memikirkan hendak merehatkan diri dan tidur awal malam ini. ‘Ish! Apa kena mulut aku ni, buat keputusan tak ikut fikiran.’ Terdetik rasa kurang senang di hati Fatiha bila mana di mulut dan di hati tidak seia sekata.

“Macam nilah Tiha. Malam ni pukul sembilan saya jemput Tiha kat rumah. Nanti kita pergi makan.” Ceria kedengaran suara lelaki itu di pendengaran Fatiha. Fatiha tersenyum senang.

“Baiklah Encik Amri.” Talian diputuskan selepas berbalas salam. Dalam hati Fatiha berbicara sendiri. ‘Apa bendalah agaknya yang bos aku nak cakapkan dengan aku ni. Pelik pulak aku. Kalau tak boleh cakap dalam telefon, kenapa tak cakap dekat pejabat je. Siap ajak pergi makan pulak tu.’ Pedal minyak terus ditekan sebaik palang tol di hadapan keretanya terangkat. Kereta Myvi hitam metalik miliknya berdesup laju sebaik melepasi pondok tol.

Penulisan2u

E-novel aku bertajuk Akhirnya ... Cinta Itu Part 1 dah keluar kat penulisan2u malam tadi. Diorang letak tajuk Akhirnya Cinta Itu 1. Setakat ni aku tengok baru 27 orang yang membacanya. Harap orang suka ler karya aku yang tak seberapa tu. Ye la kan, aku dididik untuk buat cerita kanak-kanak tapi aku gatal tangan juga nak menulis novel. Percubaan pertama tu.

Sekarang ni aku tengah dalam proses nak menyiapkan Luka untuk novel kreatif, Airmata kekasih untuk kategori cerpen dan Di sini kasihnya tertumpah untuk novel motivasi remaja. Ada juga tajuk-tajuk lain tapi buat masa ni aku lebih tumpukan dekat yang tiga ni. Beberapa lagi sinopsis untuk novel kreatif aku dah siap tulis. Tinggal nak kembangkan saja lagi.

Lepas ni mungkin aku akan kurang sikit berkarya. Hujung minggu ni aku ada exam 3 hari. Nak kena baca buku ler jugak walaupun dua dari tiga subjek tu multi choice question. Yang paling penting subjek financial accounting yang ada esei tu.

Ah! Exec aku dah bagi kerja pulak ni. Aku nak settlekan kejap la.

Syahadat Cinta

Aku tidur lewat lagi malam ni. Entah kenapa pulak, seronok pulak aku tengok citer Indonesia kat Astro Citra ni. Citer pasal Iqbal yang jahil tentang Islam, hampir jadi anak derhaka sebab pukul emak sendiri dan akhirnya berubah menjadi baik.

Tak pernah lagi aku mengadap tv sungguh-sungguh kalau citer indonesia ditayangkan. Tapi kali ni memang best la. Aku suka dengan pendapat Iqbal pasal khalwat. Hahahaha....

Dah habis dah citer tu. nak tidur mata tak mengantuk lagi. Nak sambung buat assignment, fikiran aku tepu ler pulak. Tilam aku pun adik bongsu aku dah conquer. Huhu... Manja betul adik aku ni. Umur dah enam belas dah tapi tu la, manja. Kekadang menempel gak dia tidur sebelah aku. Teringat mak ler tu. Hahahaha...

Semalam dia telefon mak. Suara bunyi pelik je. Sekali tengok, ler... macam nak nangis je. Orang tak biasa tinggal berjauh dengan mak. Sekali tahun ni kena duduk dengan aku, sekolah dekat sini. Rindu ler dia. Tapi takpe, Jumaat ni abah dengan mak datang sini. Aku bet, dia mesti menempel dekat mak je sok tu. Mesti dia tidur dekat mak.

Sunday, March 07, 2010

Karaoke Tercekik

Hahaha.....

Aku baru sudah karaoke dengan adik-adik aku kat rumah ni. Biasalah, home theater murah je kan, microfon pun murah punya. Tak kisah la... yang penting boleh nyanyi. Untuk hilangkan tension fikir macam-macam benda, release ler sikit dengan menyanyi melalak sampaikan jiran berdepan rumah tutup pintu rapat-rapat.

Aku cabar adik aku nyanyi lagu Seribu tahun takkan mungkin, Bumiputra Rockers. Hahahaha.... Tercekik dia. Standard la kan. Suara penyanyi kampung. Nyanyi suka-suka sambil gelakkan kalau tercekik.

Lepas ni nak sambung balik buat assignment yang tak siap-siap ni. Macam mana nak siap, baru pegang buku dah ngantuk. Baru pegang dah sakit kepala. Itulah penangan accounting. Kira-kira aku suka tapi tu ler, nak letak dalam akaun apa -apa tu yang lemah tu.

Adik pompuan aku demam pulak ni ha. Kejap lagi pergi klinik ler dia kot. Tadi dia dah call abang ipar aku mintak tolong hantarkan.

Panas la.... Layan lagu Airmata Kekasih jap.

Saturday, March 06, 2010

Terhiris Hatiku

Masa aku tulis entry ni, aku baru je habis dengar lagu rock lama. Tak tau la tajuk apa lagu tu tapi hujung sekali ayatnya... Terhiris hatiku. Akupun apa lagi, terus je amik ayat tu jadik tajuk entry kali ni.

DVD lagu ni aku baru je burn tengahari tadi. Aku masukkan semua lagu-lagu yang sedap telinga mendengar la. Kebanyakannya lagu cinta ler tapi versi rock. Dan dalam ni jugak aku masukkan sekali lagu Wali Band. Dan disebabkan disc tu boleh masuk banyak lagu, aku cuma baru guna sikit je space dia tadi. Nanti bila ada lagu lagi aku tambah ler pulak.

Dari semalam aku layan lagu Airmata Kekasih nyanyian kumpulan Leon. Giler sedap lagu tu. Kemudian lagu Biarlah Berjauhan, lagu Kapilla. Asyik seh layan lagu rock ala-ala orang frust ni. Terasa macam diri sendiri pulak yang berada kat tempat tu.

Kepala aku rasa macam bengal je la ni. Tak tau kenapa. Mungkin sebab aku banyak sangat fikir kot. Atau mungkin juga sebab fikiran aku yang memang tak tenang dan sentiasa berada dalam keadaan tak selamat ni agaknya la. Entah la... Aku tak tau nak buat apa dah ni. Masalah aku sekarang dah makin berat. Terlalu berat berada dalam pemikiran aku hingga aku rasa dah tak sanggup menanggungnya.

Aku layan lagu Okey kejap...

Luka 4

“Ish! Baju apa aku nak pakai ni?” Bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman. Dalam kepalanya sudah terfikir satu idea. “Baik aku mandi siap-siap, kalau Encik Amri sampai nanti, aku tengok pakaian dia dulu. Kalau dia nampak formal, aku sarung aje baju kurung tapi kalau dia nampak santai, aku sarung jeans dengan t-shirt. Bagus Tiha, you’re brilliant.”

Selesai mandi Fatiha duduk santai di depan tv sambil menunggu lelaki itu datang menjemputnya. Buletin Utama menjadi santapan matanya ketika itu. Konsentrasinya sedikit terganggu apabila mendengar bunyi hon kereta di hadapan rumah. “Bos dah sampai. Tiha, mari kita jalankan operasi kita.” Fatiha berbicara kepada dirinya sendiri sambil ketawa kecil. Terasa lucu dengan perbuatan sendiri.

Amri yang menyandar di badan kereta diperhatikan dari sebalik langsir tingkap. Lelaki itu nampak santai dengan hanya berseluar jeans dan t-shirt. Telefon bimbit yang berbunyi minta dijawab pantas dicapai dan panggilan yang sememangnya sudah diketahui siapa pemanggilnya dijawab sambil kakinya melangkah laju ke bilik. Setelah menamatkan panggilan, Fatiha pantas menyarung jeans dan t-shirt, mengemaskan rambut serta menyembur sedikit wangian sebelum keluar. Tas tangan dan kunci rumah yang sudah sedia diletakkan di atas sofa ruang tamu dicapai. Pintu dikunci kemas sebelum dia menapak ke arah Amri yang sedang tersenyum memandangnya.

Fatiha terasa jantungnya berdegup kencang ketika pandangan mereka bersatu. Cepat-cepat dia melarikan anak matanya. Terasa seperti ada satu perasaan pelik yang wujud ketika itu. ‘Ish! Kenapa dengan aku ni?’ Hati Fatiha berkata-kata. Amri yang kehairanan melihat gadis itu yang kelihatan seperti sedang mengelamun berdehem beberapa kali.

Fatiha tersedar apabila terasa tangannya disentuh. Wajahnya merona merah apabila pandangannya jatuh pada tangan Encik Amri yang sedang memegang tangannya. Segera dia menarik tangannya kembali. Amri yang baru tersedar segera meminta maaf di atas keterlanjurannya menyentuh tangan gadis itu. Fatiha yang kehilangan kata-kata hanya mampu menggangguk sahaja sambil tersenyum malu.

Fatiha hanya berdiam tanpa sepatah kata sepanjang perjalanan ke restoran yang menjadi pilihan Amri. Pandangan ditebarkan ke luar tingkap sambil melayan perasaan. Amri turut sama berdiam dan terus fokus pada pemanduan. Sesekali matanya mengerling ke arah gadis di sebelahnya.

“Nampak ke pemandangan di luar tu?” Amri sengaja ingin memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Gadis di sebelahnya berpaling memandang wajahnya. Terukir secalit senyuman di wajah manis itu. Senyuman itulah yang membuatkan hati lelakinya tersentuh waktu kali pertama terpandang dahulu. Senyuman gadis itu dibalas mesra. Terlihat akan rona merah di wajah gadis itu. Mungkin terasa malu dengan pertanyaannya sebentar tadi.

Kereta diberhentikan di hadapan sebuah restoran ala Thai yang dikelilingi hiasan lampu berwarna-warni. Dari dalam kereta Fatiha dapat melihat pengunjung memenuhi restoran itu. ‘Mungkin makanan yang dihidangkan di sini sedap barangkali, sebab itulah ramai yang datang makan di sini.' Fatiha sekadar meneka di dalam hati. Lelaki di sebelahnya itu dipandang. Kelihatan lelaki itu sudah mematikan enjin dan bersedia untuk keluar dari kereta.

“Jomlah Tiha. Kalau kita duduk dalam kereta aje, tak kenyangnya perut kita ni.” Sempat lagi lelaki itu mengusik Fatiha sebelum membuka pintu kereta. Cemberut wajah Fatiha. Terasa pedas diperli walaupun niat lelaki itu hanyalah sekadar ingin mengusiknya.

Penggera kereta ditekan setelah pasangan itu keluar dari kereta. Perlahan Fatiha mengatur langkah ke arah restoran. Dua gadis manis yang berpakaian seperti gadis Thai tersenyum menyambut mereka di pintu restoran. Fatiha membalas senyuman yang dilemparkan. Salah seorang dari gadis itu menunjukkan meja yang telah ditempah lebih awal oleh Amri selepas lelaki itu berkata sesuatu dengannya.

Seorang pelayan lelaki datang menuangkan air sejuk ke dalam gelas yang sedia ada di atas meja sebaik mereka melabuhkan punggung di atas kerusi. Selepas pesanan mereka dicatatkan di dalam buku kecil, pelayan itu meninggalkan pasangan itu. Fatiha mengamati suasana di dalam restoran itu. Cantik hiasan dalamannya. Nampak eksklusif dan romantik dengan penataan cahaya yang sedikit suram. Meja yang mereka duduki juga kelihatan sangat romantic suasananya.

“Apa benda yang Encik Amri nak cakapkan pada saya tadi?” Fatiha bersuara selepas tiada sebarang kata yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu hanya menatap wajahnya sedari tadi. Terasa malu pula Fatiha dengan keadaan itu. Tak pernah lagi ada lelaki yang menatap wajahnya di dalam suasana sebegini selain lelaki yang pernah melukakan hatinya dulu.

“Kita makan dulu ye Tiha. Nanti lepas makan saya beritahu. Satu lagi, jangan panggil saya Encik Amri kalau kita di luar pejabat ye. Panggil saja saya Am. Kalau Tiha nak panggil abang lagi bagus.” Lembut kata-kata yang lahir dari mulut lelaki itu. Hilang sedikit rasa ingin tahu Fatiha terhadap perkara penting yang hendak disampaikan oleh lelaki itu. Mungkin terlalu penting hingga tidak boleh diluahkan di melalui telefon sahaja. Tetapi sedikit pelik pula Fatiha rasakan bila lelaki itu meminta dia mengubah gelaran.

Selepas menunggu lebih kurang dua puluh minit, pesanan mereka dihantar ke meja oleh pelayan yang sama. Mereka menjamu selera dalam suasana yang senyap. Kedengaran hanya alunan muzik instrumental di seluruh ruang restoran itu menemani suapan mereka. Sesekali lelaki itu menjeling ke arah gadis di hadapannya yang kelihatan sopan menyuap nasi putih berlaukkan tomyam campur yang dipesan tadi. Semakin bertambah rasa cintanya kepada gadis itu.

Usai makan, Amri melambai pelayan untuk datang mengemaskan meja. Amri membisikkan sesuatu kepada pelayan itu. Terangguk-angguk pelayan itu dengan senyuman tersungging di bibirnya. Pelayan itu berlalu selepas selesai membersihkan meja. Alunan muzik instrumental yang memenuhi ruang restoran berhenti. Seketika kemudian bergema alunan muzik selamat hari jadi di seluruh ruang menggantikan muzik instrumental tadi.

Seorang pelayan menghampiri meja mereka dengan menatang sebiji kek diiringi beberapa orang lagi sambil menyanyikan lagu selamat hari jadi. Usai lagu dinyanyikan, Amri menyuruh Fatiha meniup lilin. Bergema bunyi tepukan selepas lilin terpadam. Mereka ditinggalkan berdua untuk meraikannya. Terpana Fatiha apabila lelaki itu menyuap sepotong kecil hirisan kek ke mulut Fatiha. Merona merah wajahnya menahan malu apabila lelaki itu terus-terusan tersenyum.

“Fatiha Asma binti Abdullah, sudi tak Tiha menjadi kekasih Am dan seterusnya menjadi teman hidup Am hingga ke akhir hayat?” Terkedu Fatiha mendengar luahan kata-kata lelaki itu. Merembes airmata di pipinya. Segera dia bangun dan berlari keluar meninggalkan Amri yang terkejut dengan tindakannya. Pantas lelaki itu mengejarnya.

Kelihatan Fatiha berdiri di sisi kereta di luar restoran itu. Sisa airmata masih melekat di pipinya. Amri menghampiri Fatiha. Lelaki itu kelihatan serba salah dan keliru. Tidak tahu kenapa begitu tindakbalas dari gadis kesayangannya itu. Penggera kereta ditekan. Fatiha terus memboloskan diri ke dalam kereta. Amri turut sama masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Begitu juga penghawa dingin. Pandangannya terarah kepada Fatiha.

“Kenapa Tiha menangis? Tiha tak suka apa yang Am buat? Tiha tak suka Am?” Jemari gadis itu diraih. Sedikit hairan kerana gadis itu tidak menarik semula tangannya. “Kita balik ye.” Kereta dihalakan ke jalanraya dan pemanduan diteruskan ke rumah Fatiha tanpa sebarang suara dari keduanya.

Friday, March 05, 2010

Assignment Financial Accounting

Lusa 7hb Mac 2010 bersamaan hari Ahad, aku kena hantar assignment financial accounting kepada tutor. Assignment tu pun belum aku siapkan lagi. Tadi aku bercadang balik kerja half day nak buat, sekali aku pi baring dan terus terlelap. Dah petang baru terjaga. Malam ler pulak la kot aku buat. Lagipun esok cuti.

Adik bongsu aku duk tidur kat sebelah aku ni ha. Siap on lagu kat telefon dia. Aku rasa adik-adik aku tak tahu tabiat aku yang tak boleh bising-bising masa study, masa membaca dan masa nak tidur. Selalu diorang main redah je kalau time aku nak tidur atau nak study. Diorang tengok tv dan dengar lagu selamba je volume kuat.

Tadi adik pompuan aku pi check gaji dia. Dapat sikit je, komisyen bos dia tak masukkan dalam gaji, ada tolak cuti lagi walaupun katanya dia tak ada amik cuti bulan lepas. Monyok aje la muka dia aku tengok tadi. Huhu... Aku harap kat dia nak bayarkan duit notebook aku ni dulu bulan ni sebenarnya. Dia tanya aku tadi, kalau dia tak bayar dulu duit motor bulan ni buleh ke tak, aku kata nanti orang tu bising call aku dan denda lewat bertambah-tambah.

Lepas tu dia dah masuk dalam dah. Tidur le kot. Biarlah, hari-hari dia keje pagi sampai malam. Hari ni cuti, biarlah dia rehat pulak.

Semua Coretan Bakal Bersatu Di Bawah Satu Blog

Rasanya aku nak cuba satukan semua blog yang aku ada di dalam satu blog ni saja. Rasa malas nak buka satu-satu blog, update. Leceh. Kalau letak bawah satu blog aje senang sikit. Tapi agak kelam-kabut la kot sebab cerita kehidupan sebenar dah bercampur dengan karya yang tak seberapa tu.

Letih jugak la aku cuba cari kaedah penyelesaiannya tadi tapi masih belum berjumpa yang sesuai. Esok aku cuba carik lagi. Esokkan aku cuti half day.

Agaknya apa la rupa blog aku nanti ye....

Thursday, March 04, 2010

Facebook - Delete Akaun Elok Kot

Aku rasa dah sampai masa aku membuang kegiatan alam siber aku selain forum dan blog. Aku nak delete akaun facebook, tagged dan friendster aku. Malas dah aku nak fikir pasal tu semua. Biarlah orang kata aku buta IT ke hapa ke. Dah tak kisah dah. Malam nanti aku nak jalankan proses pembersihan.

Sedih jugak rasa hati bila sesuatu yang kita tak berniat tak elok menjadi satu masalah yang memeningkan kepala dan menyakitkan hati. Sedih jugak bila orang yang kita sayang langsung tak percaya pada kita sedangkan kita memang langsung tak meragui dia.

Selama hari ni pun bukannya aku aktif sangat dengan benda-benda tu semua. Yahoo Messenger pun dah lama aku haramkan menggunakannya. Dekat notebook aku memang aku tak izinkan adik² aku install benda tu. Kalau diorang nak berYM aku suruh aje guna desktop.

Aku rasa nak cari blog yang boleh aku compile semua ketiga-tiga blog yang aku ada tu la. Tak ada la pening kepala aku nak mengingatkan password banyak². Malam nanti aku nak godek-godek cari kat internet. Itupun kalau balik karang streamyx masih belum kena potong la.

Aku fokuskan pada blog saja la lepas ni. Dan aku rasa dalam seminggu dua ni aku nak kurangkan segala aktiviti aku di dunia siber. Aku nak fokus pada assignment yang harus dihantar 7hb Mac ni dan juga midterm exam pada 13, 14, 15hb Mac nanti. Entry pada blog insyaallah jika ada update hidup aku, ada ler kat sini.

Tadi aku dah register online semester Mei 2010. Tiga subject yang aku kena hadap sems depan ialah International Business, Financial Management II dan Professional Ethics. Itu pun aku nak kena carikan minimum payment untuk yuran sebanyak RM730.

Kalau dapat bonus dalam masa terdekat ni, alhamdulillah ler. Dapat ler aku standby duit yuran tu dan juga melunaskan beberapa bil yang tertunggak ni. Tak ada siapa yang boleh bantu aku meneruskan hidup selain diri aku sendiri. Nak mengharap bantuan orang lain, mereka pun ada tanggungjawab sendiri yang lebih penting selain membantu aku.

Sebelum aku lesap... Aku nak ambil kesempatan memohon maaf pada semua... Mohon halalkan semua bicara terkutuk terkata, halalkan kalau ada termakan dan terminum... Halalkan juga kalau ada terhutang terpinjam terlupa nak pulang dan bayar. Kalau nak claim juga apa yang terhutang dan terpinjam tu, sila la proceed permohonan cuma pelunasannya belum tentu dapat segera.

Wednesday, March 03, 2010

Lambat

Hari ni aku kerja. Waktu kerja dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Hari ni lunch time aku jam 12 tengahari.

Pagi tadi sepatutnya aku nak masak nasi dan sup cendawan dulu sebelum ke tempat kerja. Aku dah bangun jam 6.20 pagi tapi aku sambung tidur semula. Jam 7 pagi terjaga lagi tapi sambung jugak tidur lagi. Akhirnya aku tersedar jam 8.11 pagi.

Bila aku tengok jam kat telefon bimbit aku, wah! terkejut badak aku. Cepat aku bangun. Terus masuk ke dalam bilik cari tuala. Berkejar ke bilik air. Mandi pun ala kadar je tadi. Hehehehe... Nasib baik aku dah siap-siap gosok baju untuk dua minggu. So aku capai aje la mana-mana baju yang dah siap tergantung dalam almari tu.

Tudung pun aku main pakai aje. Takde dah nak lilit sampai terbelit. Aku just ukur sama rata dan pinkan. Kemudian selempang ke belakang dan pinkan agar tak jatuh. Settle. Lepas dah siap bertudung, aku tuang air ke dalam botol untuk bawa ke opis. Aku memang tak amik air hatta air masak sekalipun kat opis ni. Aku meragui kebersihannya. Sekali dah sampai opis aku tengok apsal pelik tutup botol air aku ni. Rupa²nya tersalah tutup da. Hahaha...

Nak dijadikan cerita.. Aku turun dari rumah tadi jam 8.24 pagi. Punya ler laju aku jalan. Sampai kat ground floor opis ni jam 8.30 pagi. Kalau aku terus naik ke tingkat 3 mesti aku masih sempat lagi slot kad jam 8.30 tepat tu. Tapi malang betul. Aku masuk lif, lif tu pulak turun ke bawah dulu. Dia pegi Basement. Hampeh. Sudahnya aku slot kad jam 8.32 pagi.

Masuk dalam, simpan beg semua kat dalam drawer. Keluarkan kerja semalam yang tak sempat buat yang aku simpan dalam drawer. Pass ke rakan sejawatan aku sebab transfer share aku memang takde profile nak buat. Lepas bagi kerja, aku turun bawah. Pergi beli mee goreng RM1.50 kat makcik depan HICT.

Tadi aku jengah forum sekejap. Aku nampak dia posting kat thread. Jam enam lebih pagi tadi. Kenapa dekat forum dia boleh posting, orang lain dia boleh call? Kenapa aku call dia tak angkat? Kenapa mesej aku dia tak reply? Agaknya... dia dah tak sayang aku ler tu. Dia dah tak suka aku. Mungkin sebab aku dah berubah. Dah gemuk. Dah buruk. Entah la labu...

Tuesday, March 02, 2010

Miss Call

Hari ni dah berapa kali aku call kat satu nombor ni tapi langsung tak berjawab. Yang aku asyik dengar cuma suara pompuan je. Please tyr later aje kejenya. Letih aku.

Aku tak tahu la kenapa. Perasaan aku ataupun memang hakikatnya ini yang berlaku. Aku rasa makin jauh... jauh dan semakin jauh. Aku rasa diri aku ni tak penting pada orang. Perasaan aku tak penting. Sedih ke... terluka ke... tak perlu untuk dikisahkan.

Semakin hari aku bukan semakin muda. Semakin hari usia aku semakin bertambah. Semakin tua. Aku bukan tak boleh sabar. Aku bukan ada orang lain yang menunggu. Hati aku setia. Aku cuma mengharap pada seorang yang telah aku serahkan seluruh jiwa aku. Tapi jangan la buat seolah aku ni tak berharga.. tak bermakna.

Aku akur bila terpaksa menjauhkan diri dari kawan-kawan kerana aku sesungguhnya memang sayangkan dia dan sebolehnya aku nak dia bahagia dan redha dengan aku. Aku juga selalu terasa terabai dan cemburu bila keperluan orang lain yang didulukan. Tapi aku selalu usir perasaan tu jauh dari hati aku.

Aku selalu mendengar dia bercerita tentang orang lain... tentang orang yang dulu pernah berkongsi hidup dengannya.... tentang hubungannya yang masih wujud dengan orang itu malahan masih berbaik. Aku seorang perempuan. Sekuat manapun seorang perempuan itu, hatinya pasti terguris kalau insan yang disayanginya bercerita tentang perempuan lain yang terlebih dulu hadir dalam hidupnya.

Aku perlukan teman untuk bersama aku menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup. Mengharungi liku kehidupan yang penuh duri dan ranjau. Memberi dorongan ketika aku merungkai masalah dan kemelut yang melanda. Aku perlukan semangat dari orang yang aku sayang untuk aku terus tabah meneruskan perjalanan.

Mungkin dah nasib aku agaknya. Entah apalah kesilapan yang telah aku buat agaknya hingga aku terpaksa menghadapi kehidupan yang penuh berliku sebegini....

Muka Buku

Facebook pun mendatangkan masalah.... Tambah pening kepala aku. Tak cukup lagi dengan masalah kewangan aku ni... masalah dalaman rumah aku lagi...

Aku rasa aku kena jauhkan diri dari facebook. Aku kena tahan diri aku dari masuk facebook. Mungkin aku kena buang kawan-kawan.... asingkan diri... hidup sorang macam alien yang kena tangkap sebab menceroboh bumi kemudian diletak dalam tempat pengasingan untuk dibuat ujikaji.

Pagi tadi dada aku sakit tiba-tiba. Sakit yang teramat sangat. Aku cuba luruskan badan... aku baca selawat nabi banyak² namun sakit bertambah menyucuk. Terasa hingga tembus ke belakang. Ikhtiar tu kurang berjaya, dada aku masih tetap sakit malahan bertambah sakit. Aku bangun, selawat lagi dan aku minum air suam yang sentiasa ada di sebelah aku tak kira waktu tidur mahupun berjaga. Alhamdulillah... hilang sakitnya.

Entah kenapa agaknya. Entah apa puncanya. Mungkin sebab aku tak cukup tidur agaknya. Atau aku tersalah baring hingga mengganggu proses penyedutan oksigen masuk ke paru-paru aku. Atau mungkin betul seperti apa yang pak imam tu perkatakan pada mak aku tentang tuju² angin yang ditujukan khas buat sekeluarga aku.

Monday, March 01, 2010

Walimatul Urus

Tadi aku jalan-jalan kat blog kawan-kawan... Masuk satu blog... Kisah dia trajis sikit. Berkawan... Putus... Beria-ia semalam takmo bersama balik... Alih-alih ari ni dah sambung balik. Keluar dari blog tu... Masuk blog kawan lagi sorang. Ternampak gambar bersanding pulak. Masuk ler facebook dia. Sah! Memang sah member baru kawin. Cheh! Tak jemput pun.

Ada sorang lagi kawan aku... Macam dah ada bau-bau nasik minyak je dah tu. Dia kalau tak jemput aku.. Memang aku tak mengaku dia kawan aku nanti.

Aku ni tengok je la gambar orang bersanding... Dengar citer orang sibuk nak berkenduri... Tolong uruskan kad kawin adik... Tapi aku sendiri ntah ler bila agaknya. Aku tanya empunya badan... Jawapan dia.... NO COMMENT!

Ada ke patut jawapan artis dia bagi kat aku. Tau ler dia tu ramai kawan-kawan artis.. Orang-orang media tapi jangan ler bagi jawapan artis tu kan... kan.. kan...

Aku tak tau nak posting apa sebenarnya ni... So aku merepek meraban aje ler untuk panjangkan posting. Hahaha... Aku chow dulu ar... Nak sambung menulis cerita Korban Cinta.

Selamat Datang Mac

Hari ini kiraan bulan sudah berganti. Februari telah meninggalkan kita. Mac pula menjengahkan diri. Bertambah lagi umur kita.

Walaupun bulan telah bertukar nama namun kehidupan aku masih sama seperti sebelumnya. Masalah hidup masih tetap membelengu. Jiwa masih tetap kacau. Hati masih juga belum bersih dari prasangka. Panas baran masih belum hilang.

Bulan Mac bulan exam. Bulan April juga bulan exam. Apa lagi yang nak aku tulis ni. Takde lagi kot. Nanti aku sambung la.
.