Monday, November 24, 2008

Pemergian Yang Tak Dirancang.....



sekadar gambar hiasan....


Ahad 23 November 2008 kembali la ibu saudaraku, satu²nya adik satu mak kepada abah ke rahmatullah. Perginya kerana sakit. Sakit yang berangkai². Ada sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang. Tak tahu la ada penyakit apa lagi.

Sebelum beliau dimasukkan ke hospital, suaminya yang demam dulu. Kemudian arwah makcik pulak demam dan terus tak sedar diri bila dimasukkan ke ICU HUKM malam Sabtu 22 November 2008. Lebih kurang pukul 4.50 pagi tu abah terima panggilan menyatakan makcik dah nazak. Siang Sabtu 22 November tu baru abah dapat pergi menziarah. Aku ikut sekali. Masa aku masuk melihat makcik, beliau langsung tak sedar. Kaki tangan dah sejuk sangat.

Abah nak tunggu jugak kat hospital dulu petang tu dan selepas habis waktu melawat, selepas berbual dan memberi nasihat serba sedikit menghilangkan kesedihan pakcik, kami pun berangkat balik ke Klang. Kemudian pada malam 23 November lebih kurang pukul 2.30 pagi, pakcik menelifon abah menyatakan makcik dah semakin nazak. Abah pun tak berani sangat nak memandu malam, so tunggu la siangnya baru pergi ke sana. Dan ketika abah sampai, makcik dah takde.

Selepas selesai pengkebumian makcik, abah balik semula ke Klang dan sempat singgah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk melawat anak adik mak pulak yang patah kaki kerana accident. Hari ni operation masukkan besi di peha dan skru di lutut. Selepas dah melawat tu, abah balik ke rumah kak long. Aku memang dah ada di situ. Kesian pulak tengok abah. Sekarang tinggal la abah sorang. Kakak dah meninggal, adik pun baru pergi.

Pagi tadi abah cakap yang tetiba di keheningan pagi td dia teringatkan sangat arwah adiknya tu. Ingatan takan hilang walaupun arwah dah takde. Malam ni ada tahlil arwah lagi di rumah arwah makcik, mungkin abah akan pergi kalau abang long dapat menghantar abah ke sana. Rumah arwah makcik di Kuala Lumpur. Abah tak berapa biasa sangat jalan sana.

Harap abah akan sentiasa tabah seperti selalu.....

Monday, November 10, 2008

Teambuilding di Langkawi (31/10/2008 hingga 2/11/2008)



sebelum berangkat



selepas teambuilding (dgn muka berpeluh² lg)



sebelum dinner



semasa dinner



depan bilik (dgn kaklong sblm check out)

Aku gerak dari Klang ke LCCT Sepang pukul 3.45 petang. Tiket ke Langkawi pukul 6.50 petang. Tunggu staff Affin dari KL punya la lama. Sampai naik geram dibuatnya. Tapi yang kelakarnya masa kat dalam kapalterbang tu. Ekeke... Masa makanan diedarkan tu... kat nasi lemak kaklong ada rambut, so kitorang mintak tukar. Pastu dah dapat makanan ganti, masa order air sekali pramugari Air Asia tu kata... "kita dah nak mendarat". Wakakaka... Tak sempat nak makan.

Sampai kat sana, program yang diaturkan sepatutnya pi shopping kat Pekan Kuah dan kemudian pi makan kat Restoran Lobster Village. Tapi schedule tukar ler pulak. Pi makan dulu kemudian baru la pi Pekan Kuah. Sampai sana dah malam, mana nak sempat pusing² shopping. Masuklah satu kedai tu je. Aku beli coklat je. Ada gak niat nak beli set bekas lauk/lontong yang boleh pusing² tu tp duit lak tak cukup. Entah apa mengongnya aku agaknya, masa kat airport terlupa nak kuarkan duit kat ATM tu. Lepas beli² coklat, naik bas dan gerak ke Sheraton Resort.

Esoknya hari Sabtu adalah hari teambuilding.....

Giler penatnya masa hari teambuilding tu. Pagi ok lagi, cuma tahan² ngantuk je. Tapi acara belah petang tu yang tak tahannya. Faci tu buat program explorace. Huhu... Letih berlari² sini sana, turun naik jalan berbukit, turun naik tangga. Kena tebalkan muka minta alatan yang nak digunakan dari pekerja resort. Tapi tak menang juga group aku tu. Ahaks. Yang menangnya cuma time wedding planner tu je. Kumpulan aku dapat markah tertinggi.

Nanti sambung pulak kat posting lagi satu....
.