Wednesday, December 30, 2009

Siapa Aku...?

Kekadang aku rasa pelik. Kekadang aku rasa kecil hati. Kekadang aku rasa sedih. Aku tak tahu siapa aku pada pandangannya

Adakah aku ni menyusahkan sesiapa saja yang bersama dengan aku? Entahlah.... Perasaan aku rasa tersentuh pulak.

Mungkinkah aku patut lebih berdikari dari sebelum ini. Atau mungkinkah aku harus belajar... Belajar untuk tidak bergantung pada orang lain dan hanya bergantung pada diri sendiri dalam apa jua kesusahan dan kesulitan. Mungkin aku harus belajar untuk tidak menyusahkan mahupun membebankan orang lain sepanjang hidup aku ni.

Mungkin dah tersurat perjalanan hidup aku sebegini coraknya. Tak mengapa... Aku akan cuba untuk menerima dengan redha.

Monday, December 28, 2009

Pengalaman Masuk Hospital

13hb baru ni aku ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang. Konon nak mendapatkan rawatan sebab demam aku yang berulang² dah lebih seminggu. Mana tahu nasib kurang baik, aku kena tahan wad pulak dengan alasan sel darah putih terlebih dan mengakibatkan jangkitan kuman dalam darah. Maka dengan tanpa rela, masuklah aku ke wad 7B.

Setibanya kat wad 7B, aku yang sememangnya dah lemah ni terpaksa menunggu nurse mendaftarkan aku. Selepas selamat mendaftar, aku mendapat katil tambahan yang diletakkan di tempat yang sememangnya telah tertulis di situ "tempat ini mesti dikosongkan". Katil aku betul² berhadapan dengan kaunter nurse, terletak di laluan orang dan betul² bersebelahan pintu tempat menyimpan pakaian dan cadar pesakit. Ditepi kepala aku kalau aku berbaring adalah tong pemadam api yang tergantung elok di tepi dinding tu.

Dengan tiada tempat untuk menyimpan barang, nasib baiklah aku memakai tracksuit yang poketnya mempunyai zip makanya segala barang berharga aku simpankan di dalam poket sahaja. Beg yang adik aku hantarkan setelah mendapat tahu aku terpaksa bermalam di wad, terpaksa aku letakkan di atas katil di bahagian kaki aku. Dengan perut yang kosong, aku terpaksa memakan ubat yang diberi oleh nurse dan air pula sentiasa memasuki tubuh aku melalui jarum yang dicucukkan di belakang tangan kiri aku.

Terbiarlah aku kat tepi tu dengan seringkali katil tempat aku berbaring dilanggar oleh orang yang lalu lalang. Nurse langgar dengan troli ubat la, cleaner langgar dengan baldi mop dia la, nurse lalu dengan katil pun siap langgar jugak. Letih betul. Tidur takleh lena. Dah la macam tu, nurse pulak tak boleh nak mintak tolong. Aku mintak tolong ambilkan air suam je sebab nak makan ubat tapi dia boleh jawab, "Boleh jalan kan?". Ceh! Kalau kaki tangan aku tak sakit-sakit, takdenya aku nak mintak tolong orang ambilkan air untuk aku. Dah la badan aku ni serba lemah sebab dah lebih seminggu aku tak lalu makan.

Tengahari kak long aku telefon suruh aku mintak discharge dari hospital sebab nak masukkan aku ke hospital private. Panel hospital office aku ni. Aku cakap dengan doktor yang incharge. Dia kata kat aku, "Kalau cakap cepat, dia buat cepat." Tapi perkara yang terjadi sebaliknya. Aku dah cakap cepat pun tapi doktor tu buat lengah je. Lewat petang, dalam pukul enam lebih baru aku dapat keluar dari hospital. Itupun selepas mak aku mengamuk kat doktor masa doktor tengah basuh tangan.

Lepas keluar dari hospital, mak aku bawa aku balik rumah aku. Tapi sampai kat rumah badan aku rasa tak sedap. Dada rasa macam sesak je. Aku saja buat dek je, takmo mak aku risau tapi rupanya mak aku perasan keadaan aku yang serba tak kena. Cadangan nak pergi private hospital keesokan hari pun tak menjadi sebab malam tu juga kak long dan abang long aku datang hantar aku ke Selangor Medical Centre yang sekarang dah tukar nama ke KPJ Selangor Specialist Hospital. Sampai kat SMC, kena berjawab dulu sebab tak ada GL tapi disebabkan ada bantuan dari surat refer doktor kat Ampuan Rahimah, dan selepas doktor kat SMC check aku, akhirnya aku kena masuk wad juga.

Aku dapat satu bilik berdua. Katil sebelah aku tu makcik peniaga nasi lemak. Mulut dia memang kecoh betul. Tapi dia cakap kat mak aku malam tu anak dia tak payah jaga lagi sebab dah ada kawan katil sebelah. Takut tinggal sorang katanya sebab katil dia kena gegar. Aku pun kena juga. Malam pertama tidur wad, tetiba dalam pukul dua lebih pagi aku terjaga. Belakang aku rasa macam terendam dalam air. Terasa basah lencun. Bila aku bangun dan sentuh belakang aku, rasa kering je.

Malam kedua pulak aku terasa muka aku kena hempap dengan badan seseorang. Puas aku mengerang sebut Allah, Astaghfirullah dan macam² lagi. Bila aku tersedar, aku terdengar suara aku menyebut nama Allah. Malam yang ketiga, tak ada kejadian yang berlaku sebab aku dah beringat dan abah ada tinggalkan sesuatu untuk aku.

Keesokan harinya aku dah boleh keluar. Memang rasa tak sabar nak keluar hospital sebab letih sangat rasanya. Setiap pagi nurse datang ambil darah. Air pulak sepanjang masa masuk ke dalam tubuh aku. Sampai bengkak² tangan tempat jarum masuk dan sampai jarum kena bertukar tangan. Sampai hari ni masih ada lagi rasa sakit kat tempat jarum tertanam tu. Tangan sebelah kanan ni masih ada lagi sikit bengkaknya. Dan kaki tangan ni setiap kali bangun tidur terasa sangat sakit. Kaki sampai tak boleh nak berpijak. Tangan pulak rasa terlalu sakit bila menopang nak bangun. Kenapa agaknya? Mungkinkah sebab darah tak mengalir dengan lancar? Atau adakah macam kata kakak aku, terlalu sejuk? Tapi aku letak jugak minyak param yang panas tu dekat kaki dan tangan aku sebelum aku tidur. Mak aku kata minyak tu panas tapi bila aku pakai takde pulak terasa panas. Rasa biasa je.

7hb nanti aku kena ke SMC lagi untuk berjumpa Dr Hamidah. Dia yang merawat aku masa aku masuk wad tu. Nanti aku nak tanya la kenapa kaki dan tangan aku ni jadik macam ni. Nak jalan pun rasa tak larat sangat. Mak aku kata, "Biasa la tu bila badan nak mula gemuk, kaki tak boleh nak tampung berat badan." Aku takut sakit lain je. Tuari Dr Hamidah kata nak buat ujian Hepatitis A,B dan C. Dan ada di antara ujian tu yang dapat keputusan lambat, tu sebab agaknya dia nak jumpa aku selepas tiga minggu.

Tangan dah rasa sakit pulak ni kat pergelangan dan jari². Elok la aku stop menaip dulu. Nak rehatkan tangan sekejap. Masalah betul sekarang ni. Makin dah tua, makin badan rasa tak larat.

Wednesday, November 25, 2009

Company Teambuilding

23hb hingga 25hb Oktober lepas aku menyertai teambuilding company ke Club Med Cherating. Teambuilding kali ni tak berapa padat seperti tahun-tahun sebelumnya. Best la camtu. Cuma yang tak bestnya sebab pegi naik bas kan, so tak dapat la nak keluar berjalan-jalan dari situ ke pekan yang berhampiran untuk beli souvenier.

Kamera aku pulak dah kena pinjam dengan kakak aku yang kat Bahau tu. Camana aku boleh terlupa yang aku nak ke Cherating masa tu entah. So sesi bergambar kurang menarik sikit la sebab cuma pakai kamera telefon aku yang tak berapa nak canggih ni. Berbelak la sikit muka tu bila aku tengok balik gambar yang dah aku snap tu.

Kongsi sikit aje la gambar yang ada ni. Kongsi bebanyak karang segan pulak sebab bila tengok gambar yang dah aku snap ni terasa macam aku ni gemuk sangat la.

p/s: nanti ler aku upoad gambar. Malas aku nak menunggu blogger ni upload image punya ler lama.

Wednesday, November 04, 2009

Sedih Aku Pedih

Hari ni agak malang sikit bagi aku. Dah la penat dengan kerja, tak henti-henti orang datang buka akaun sebab nak apply IPO Maxis tu, di tambah lagi dengan cuti separuh hari budak sebelah aku kat opis ni. Kemudian tengahari pulak sidia marah aku dan tuduh aku seperti aku ni curang dengan orang lain.

Tak cukup lagi dengan hati aku disakiti, sedih dan pedih hati aku ni hinggakan mood aku jadi tak menentu. Kerja aku pun tadi tersilap. Entah macam mana la petang tadi aku boleh buka akaun orang lain dengan nombor mykad orang lain. Masyaallah.

Sedih betul aku hari ni. Hampir meleleh jugak airmata aku tadi sambil aku buat kerja tu. Puas jugak la mencari jalan nak contact client yang tersalah nombor tu. Kemudian entah macam mana ilham datang, aku try cari dalam bakul sampah budak sebelah aku. Alhamdulillah, jumpa aku form orang tu yang tersalah isi dan ada pula nombor telefon dia. Dapat ler akak tu contact client tu dan minta dia datang ke opis esok.

Ni aku siap bawak form orang tu balik rumah. Aku nak isi form updating. Esok senang. Pening aku bila kerja banyak cenggini. Penat. Hari-hari balik kul 8.30 malam. Tak larat aku. Ni nak kena buat asgmnt pulak.

Thursday, October 29, 2009

Maxis Buka IPO Baru

Adui!!! Dua tiga hari ni keje bizi giler. Client tak henti datang kaunter. Call pun banyak. Mana lagi nak layan kaunter Muar Ban Lee (mbl) yang baru listing. Remisier asyik call tanya je. Kemudian dengan Maxis ni yang buka IPO baru. Berdedai ler orang datang nak buka akaun CDS untuk apply IPO tu. Bukannya murah pun. Huhu..

Letihnya. Baru je selesai bukakan empat akaun. Nak kena isi borang, fotostatkan mykad semua. Sakit pinggang. Nasib baik kejap lagi nak balik dah. Tapi entah la sempat ke tidak sampai rumah ni karang. Kat luar tu nampak dah gelap. Kalau turun hujan ni karang, dah tentu² giler lebat punya.

Lenguh la tangan aku ni. Nak stop menaip dulu la. Nanti malam ke kalau tangan tak lenguh, aku sambung berceloteh lagi.

Chowwww

Lagi-Lagi laptop Buat Hal.

Pagi tadi aku try masukkan pula antivirus windows essential kalau tak silap aku. Success tapi lepas restart, mouse pulak takleh guna. Dengan touchpad pun sama. Pening kepala aku dibuatnya. Ada ni aku bawak gi office laptop ni dengan harapan yang besar bebudak IT kat office aku boleh tolong tengokkan.

Kalau la aku banyak duit, mau aku beli laptop lain satu ni. Senang aku nak guna. Boleh aku angkut ke mana-mana pun aku pergi. Sekarang ni aku share laptop dengan adik aku. Desktop ada kat rumah tapi ada masalah la pulak. Asal nak on je switch dia, black out satu rumah. Pelik betul aku. Tapi bila dah on, boleh pakai lama.

Lagi satu berebut broadband. Hujung minggu ni aku nak ke luar daerah, ada keje urgent nak kena buat. So, aku nak bawak sekali laptop dengan broadband. Bila adik aku tanya bawak ke broadband, aku kata ler aku bawak. Aku tengok muka adik aku macam hampa je. Huhu...

Tapi apa nak buat kan, kalau streamyx ok, boleh la diorang mentenet guna streamyx aje. Hurm... Aku akan bayar streamyx yang kena suspend tu nanti. Tapi pelan-pelan la aku bayar. Tak dapat la sekaligus nak settle semua. Baru je bulan ni adik-adik aku share bayar sewa rumah dan bil-bil semua. Sebelum ni diorang cuma bagi aku sorang seratus setengah je. Itulah yang aku guna untuk tambah bayar sewa rumah yang tiga ratus setengah sebulan tu, bil-bil yang beratus dan untuk beli makanan. Adik-adik yang membantu aku tu pun cuma ada dua orang aje. Lagi seorang hurm... tak bekerja. Dok lepak aje kat rumah.

Semalam adik aku dapat gaji. Sikit je gaji dia. Lepas tolak duit sewa dan makan serta untuk kirim kat mak, ada la lagi balance seratus lebih. Itupun belum tolak lagi duit laptop dia seratus dua puluh. Dia mintak nak bayar bulan depan je. Aku kata tak boleh sebab nanti pening kepala aku nak jawab call AEON tu. Tu belum masuk duit motor adik aku yang sorang tu lagi. Kemudian aku tengok adik aku macam nak nangis je. Ye la kan, keluar gaji je terus abis tolak sini sana. Kesian pulak aku nengok.

Kalau hari ni betul payment aku tu, aku dulukan la duit laptop dia tu. Lepas tu boleh la dia buat belanja dulu duit yang ada tu. Harap-harap la masuk sebab aku pun ada barang yang aku nak beli ni. Aku dah lama aim nak beli rak buku tu. Buku aku yang ada ni dah takde tempat nak susun elok-elok. Bersepah-sepah dah.

Takat ni dulu la. Nanti ada idea lagi, aku sambung berceloteh lagi. Hah! Pasal laptop tu, kejap lagi aku tebalkan muka mintak tolong budak IT tengok-tengokkan.

Wednesday, October 28, 2009

Betul Ke Dapat Esok????

Tadi dapat call dari sidia. Katanya payment untuk karya mistik aku berbulan yang lalu tu akan masuk esok. Janji esok tu mengikut kata empunya duit ler katanya. Betul ke boleh dapat agaknya? Kalau betul, semangat ler sikit aku nak berkarya lagi lepas ni. Lagipun banyak payment yang perlu dilunaskan ni. Memang saat dan ketika ni aku perlu sangat-sangat duit.

Lepas ni aku nak mulakan penulisan novel kanak-kanak aku tu pulak. Menurut kata sidia, kali ini cara bayaran lain sikit. Aku perlu siapkan manuskrip, print dan serahkan pada dia. Kemudian bayaran akan dibuat dengan kadar segera. Maksudnya, serahkan karya dan terima payment. Macam ni aje rasanya yang mampu aku buat untuk mencari duit lebih. Kalau nak buat part time lepas kerja kat McD ke atau kat Giant ke rasanya tak larat aku.

Tadi aku dapat sedikit idea untuk novel baru tapi belum dapat nak mulakan penulisan. Entah mana aku letak thumbdrive aku tu agaknya. Selalunya ada je kat dalam beg ni tapi hari ni aku selongkar beg tak jumpa la pulak. Agaknya tertinggal dalam beg satu lagi kot.

Tak sabar rasanya nak tunggu bulan sebelas. Masa teambuilding tuari Director umumkan bonus akan dibayar sebulan dahulu pada bulan depan dan yang selebihnya bulan 3 atau 4 tahun depan. Nanti yang tu pun boleh settlekan jugak hutang-hutang yang tak terlunaskan lagi. Dalam tak sedar keliling pinggang hutang aku ni. Umur dah makin tua, simpanan langsung tak ada lagi ni. Hurm... Macam mana la kalau satu hari nanti tetiba aje aku jatuh sakit.

p/s: Aku rasa geram sangat tadi. Ada ke patut diorang yang konflik, aku pulak yang kena marah. Hampeh. Siot. Kalau masing-masing malas nak buat keje, berhenti je ler. Bagi kat orang lain yang tengah carik keje tu.

Tuesday, October 27, 2009

Pengat Pumpkin. Hahahaha.....

Selepas beberapa hari semenjak sebelum aku pergi ke Cherating tuari lagi adik aku dah request mintak aku masakkan pengat labu, baru la tadi malam aku realisasikan impian dia. Rasanya aku tak pernah lagi buat pengat labu so aku belasah je la ikut resepi yang aku jumpa kat internet. Tak sepenuhnya pun aku ikut. Aku just tengok apa bahan yang diperlukan dan selebihnya pandai-pandai aku je bubuh sukatannya.

Lepas elok masak je pengat tu, adik-adik aku try makan. Termasuk ler aku sekali. Aku memang dah rasa pengat tu kurang manis tapi disebabkan aku memang kurang sikit manis-manis ni, so aku abaikan aje ler kekurangan tu. Hehehe... Alih-alih adik² aku komplen pulak. Hahaha... Tengahari tadi baru ler adik lelaki aku tolong adjustkan rasa. Aku suruh dia tambahkan gula melaka lagi setengah ketul.

Tadi pagi pulak aku gulung popia goreng. Intinya aku dah siap² goreng malam tadi. Kalau pagi tadi nak goreng inti kemudian nak gulung, lepas tu nak goreng pulak lagi, alamatnya tak sempat ler. Itupun aku tak buat kuah cilinya, malas. Ahaks.

Balik kerja karang nak goreng koew teow kerang. Bahan² dah siap beli semalam. Hari ni mintak tolong adik belikan tauge dan tauhu ikan je. Koew teow dua bungkus aku beli semalam. Adik² aku suka makan, so aku standby beli lebih. Prinsip aku senang bab makan ni. "Biar berlebih asalkan jangan tak cukup".

Dah dua malam aku terlelap masa mengerjakan laptop. Malam kelmarin terlelap masa tengah format. Malam tadi pulak terlelap masa tengah install Kaspersky. Tapi masalahnya, Kaspersky tu takleh guna ler pulak. Nak masukkan nombor license dia tak boleh. Geram betul aku. Pakai yang free pun bermasalah, nak pakai yang berbayar pun bermasalah. Kalau takleh guna jugak, rugi la duit aku. Huhu.

Malam ni lepas dah siap² masak koew teow, aku nak sambung kerjakan laptop tu lagi sebab aku rasa masa aku dah tak banyak lagi untuk siapkan assignment. Dateline 8 November ni. Dua assignment pulak tu. Satu ada kira-kira, satu lagi kena interview orang. Huhu. Novel lagi nak kena buat. Dah berkali-kali sidia mintak aku siapkan novel tapi aku tak buat apapun lagi. Novel kanak-kanak je pun, bukannya novel cinta yang panjang berjela-jela tu. Novel kanak-kanak pendek aje. Itupun aku takleh buat lagi. E-novel cinta yang aku tengah buat tu pun tak siap² lagi tu. Hurm.. Rasa cam tak cukup je 24 jam satu hari.

Yeay!! Dah hampir nak balik. Dah sampai masa untuk print report collection hari ni. Nanti rajin-rajin aku akan postkan entry berkenaan teambuilding aku di Club Med Cherating 23-25hb Oktober baru ni. Ada ler sikit gambar-gambar yang aku snap guna henfon aku yang tak berapa canggih tu. Chowww...

Thursday, October 22, 2009

Laptop Buat Hal Lagi... Aduh Tensionnya

Giler tension aku camni. Laptop asyik buat hal je. Sejak streamyx kena suspend tuari, anti-virus takleh guna, cucuk thumdrive anak sedara konon nak amik game alih² pakej ngan virus. Sakit betul hati aku. Dah format pun masih takleh guna. Masih ada lagi virus tu. Dahlah nak masuk karpersky punya anti-virus berbayar tu takleh jugak². Dahlah beli RM90.

Aku cuba lagi format sendiri, ada pulak file sys yang corrupted. Mengong. Takleh teruskan setup. Letih betul aku mengerjakan laptop ni. Dahlah assignment belum siap, dateline 8 November nanti. Mana lagi nak sambung tulis buku yang terbengkalai. Desktop yang kat rumah tu pulak selalu buatkan letrik kat rumah blackout.

Dah ada pulak maxis broadband kat rumah, laptop pulak buat gila. Huh! Tuari ingat nak format kat kedai, charge RM50 pun takpe la walaupun kekurangan sikit sumber kewangan aku beberapa bulan ni tapi disebabkan kena tinggalkan semalaman laptop tu kat kedai so aku cancelkan aje program memformat di kedai tu. Risau aku.

Aku cadang nak bawak sekali laptop ke Club Med Cherating esok tapi hurm entahlah buleh ke tidak ni. Masalah betul. Kalau laptop tu tak buat hal, ok la jugak. Kalaupun nanti aku tak dapat buat assignment, sekurang-kurangnya bolehlah aku jana ilham untuk novel aku nanti. Lagipun teambuilding kali ni tak pack sangat aktivitinya. Aku nampak banyak ruang santai.

Camera pun aku terbagi kat akak aku tuari. Hurm. macam mana aku boleh terlupa yang minggu ni ada teambuilding agaknya. Nampak gayanya kena la aku snap gambar guna henfon aku yang tak berapa nak canggih ni je. Huhuhu....

Bila aku kenang²kan laptop ni, buat hati aku geram ar. Balik karang aku nak kerjakan lagi laptop tu. Kalau tak boleh jugak, terpaksalah aku pergi tanpa bawak laptop dan balik dari sana nanti baru aku bawak format kat kedai. Terpaksalah aku punggah keluar balik desktop dari dalam bilik adik aku.

Monday, October 19, 2009

Mari Memasak Kek Dan Sedikit Bebelan

p/s: Gambar tak dapat disiarkan sebab kamera kesayangan aku dah dipinjam oleh kakak aku yang kat kampung tu. Tuari nak masukkan gambar kat laptop tak berani pulak sebab laptop ada virus. Takut menjangkit kat kamera. Kerja-kerja penulisan buku dan assignment pun aku tak buat lagi sebab takut nak cucukkan thumdrive kat situ.

Dalam dua minggu ni dah tiga kali aku buat kek. 3 biji kek coklat kukus dan dua biji kek kelapa. Mulanya sebelum raya try buat kek kelapa tu tapi tak berapa menjadi. Kemudian memang dah jadi tabiat aku, kalau apa yang aku cuba buat tak menjadi, aku akan cuba lagi sampai ler sukses. Bukannya apa, aku nak tahu sangat macam mana rupa dan rasanya selepas ia siap dan menjadi

9hb Oktober tuari birthday adik yang stay dengan aku so, aku pun dengan rajinnya buat ler kek coklat kukus sebiji sebab aku tahu dia memang suka makan coklat. Siap aku buat topping coklat lagi kat luarnya. Kemudian aku buat spagetti goreng ala melayu. Maksud aku, rencah semua untuk buat mee punya tapi mee dia tu aku guna spagetti. Hahaha... Saja nak perabih stok yang ada kat rumah. Nanti nak fikir idea apa nak buat dengan makaroni yang ada kat dalam kabinet tu. Mana lagi dengan pasta apa ntah yang ada jugak tu

12hb Oktober sekali lagi aku buat kek coklat kukus dan kek kelapa. Sekali jalan je. Kek coklat kukus atas dapur gas, kek kelapa bakar dalam oven. Hari tu birthday ehem-ehem aku so aku buatkan ler dia kek

Sabtu kelmarin aku buat lagi sebiji kek coklat kukus dan sebiji kek kelapa. Kek coklat tu adik aku mintak. Kek kelapa pulak mak aku yang mintak aku buatkan. Nak bawak balik kampung katanya. Yelah kan, hari Sabtu tu mak aku datang rumah aku hantarkan adik bongsu aku yang dah makin membesar dan bertambah degil. Duk kat kampung asyik ler merayau dengan kawan-kawan. Kalau dia tak keluar rumah, kawan-kawan pulak yang datang cari. Dahlah kat kampung aku tu D8 asyik ler keluar masuk je carik bebudak dadah. Karang tak pasal-pasal adik aku pun kena cekup sama. Almaklum la kalau sorang budak lelaki asyik ler dicari dek budak-budak lelaki lain, kalau tak keluar sampai cari di rumah, musti la polis syak dia tu pusher. Adik aku tu dah la senang belanja, ye la kan anak bongsu. Mana lagi duit abah dan akak-akak dia nak pergi kalau bukan dekat dia

Sekarang ni adik aku tu ada dekat rumah aku. Jadi tugas dan tanggungjawab aku pulak nak jaga dia. Malam tadi dia ikut abang ipar aku pi Sungai Buloh menjemput anak sedara aku. Aku dah pesan ikut tu boleh tapi musti balik tidur kat rumah. Kemudian malam tadi boleh pulak dia call dari rumah abang ipar aku bagitau tak balik. Aku apa lagi, mengamuk sakan. Kul satu lebih, abang ipar aku hantar dia balik rumah aku. For sure kakak aku musti bengang dengan aku tapi tu la, dah mak abah pesan camtu, aku nak buat camana lagi

Anak sedara aku ikut sekali. pagi tadi aku keluar pi kerja, diorang tengah sedap tidur lagi. Karang bangun tidur pandai-pandai la cari makanan. Roti, biskut, nasik semua ada dah tu. Dah 15, 16 tahun umur pepandai la kan. Kalau umur 13 dah pandai cari rokok, takkan la cari makanan pun tak tau kan

Hah! Sambung citer pasal makan. Aku cadang malam nanti nak buat gulai rebung la kalau aku rajin. Kalau aku malas, aku masak sambal sardin aje la. Hahahaha

Saturday, October 17, 2009

Review Club Blog-blog Bicara Sempoi

Setiap kali aku buka blog utama aku ni, aku akan skodeng kat bahagian shoutbox dulu untuk tengok kalau-kalau ada sapaan baru kat situ. Skodeng punya skodeng sekali nampak satu posting. "Blog anda terpilih dijemput..."

Aku pun masuk ler ke blog-blog bicara sempoi ni jengah-jengah perhati apa yang menarik. Wah! Menarik jugak la. Ada banyak blog lain link kat situ. Menyenangkan. Scroll lagi ke bawah ada pulak nampak iklannya.

Ada 4 step untuk meletakkan blog kita seangkatan dengan blog-blog yang lain yang ada kat situ (kalau rajin update, blog kita sentiasa duk atas ler). Hahaha..

Step pertama : linkkan blog bicara sempoi ni ke blog kita.
http://blog-blog-bicara-sempoi.blogspot.com/

Step kedua : say hye ke salam ke wanakem ke kat shoutbox blog sempoi ni.

Step ketiga : Buat review pasal blog ni kat blog kita.

Last step: Komen ler kat blog bicara sempoi tentang tujuan utama kita berblog.

Ala... review aje la. Bukannya kena bayar pun kan. Silap-silap kalau review kita tu dapat menarik hati, apa ke nama orang kata paling "terangkat", boleh pulak dapat hadiah menarik yang diwar-warkan tu. So... Silalah linkkan blog bicara sempoi ni ke blog anda dan ikut semua step seperti di atas. Ayat skema. Hahahaha...

Kat sini aku pun nak kongsi tujuan aku berblog. Aku ada tiga blog. Memula dulu aku buat blog utama aku ni sebab suka-suka mencuba benda baru yang aku jumpa. Tak tau nak cerita apa, aku just postkan cerita-cerita merepek tentang diri aku yang walaupun tak menarik pada orang lain tapi tetap daboom untuk diri aku. Huhu...

Kemudian minat aku bercambah-cambah, memasak dan ntah apa-apa. So, segalanya tentang kehidupan aku (yang aku sempat nak posting), aku kongsi ler. Blog lagi dua tu untuk aku berkongsi mahupun mempromote karya tulisan aku yang tak seberapa ni.

Oklah, dah panjang celoteh aku ni. Nak off laptop jap pastu nak pi kedai pc untuk formatkan laptop ni. Virus bermaharajalela la pulak. Jap lagi terbang ler duit aku seratus dua untuk format dan beli antivirus karpersky untuk tempoh license selama setahun. Lepas format aku nak buat assignment, nak tambah bab untuk tiga cerita e-novel aku dan nak mula menulis beberapa novel remaja yang dah ada isi-isi penting. Chowwww....

p/s: Hindu ni buat aku terkejut jer. Diletupnya mercun merah panjang berangkai tu kat bawah flat ni. Bergema seluruh alam ler bunyinya. Sib baik anak aku masih di Luh Mahfuz, lau tak, mau aku baling akuarium dari atas ni. Hehehehe...

Friday, October 02, 2009

Mini Rumah Terbuka Raya


ayam carik



bahan tabur (daun bawang, tauge, sawi dan suun)




mee celur




nasi impit


koew teow goreng



Hari Selasa bersamaan 29hb September 2009 aku adakan mini rumah terbuka sempena raya kat rumah sewa aku. Mulanya aku tak ada la berhajat nak buat pun tapi disebabkan kawan-kawan adik aku nak datang, aku gagahkan juga la memasak beberapa jenis hidangan

Aku masak yang sempoi-sempoi aje. Dah namapun rumah bujang kan, kelengkapan dapur tak berapa nak lengkap. Lagipun hari tu aku bekerja, nak amik half day kesian pulak dengan office mate aku yang tak cukup kakitangan hari tu. Jemputan dijangka sampai jam sembilan malam. Aku habis kerja jam 5.30 petang kemudian singgah beli ayam sekejap. Kira-kira jam 6.30 petang baru sampai rumah. Terus siapkan juadah. Gotong-royong dengan dua orang adik.

Kawan-kawan aku sorangpun tak ada yang datang. Yang datang cuma la kawan-kawan adik aku. Tak apalah, asalkan juadah yang terhidang tu dimakan. Juadah yang aku sediakan hari tu adalah soto ayam bersama mee dan nasi impit, koew teow goreng, sosej, nugget, air sunquick dan air laici bernata de coco.

Ada juga cadangan nak buat kuah kacang dan spageti tapi tak berkesempatan. Itupun tak menang tangan aku nak masak.Insyaallah lain tahun kalau ada rezeki lebih aku buat rumah terbuka, aku cadang nak buat laksa dan nak pelbagaikan sikit hidangan.

Tuesday, September 29, 2009

Lauk Hati Lembu + Asparagus Ala Belasah.





Tak tahu nak masak apa tadi. Masa lepas kerja tadi masuk ler Giant kejap. Konon nak cari bahan-bahan untuk buat koew teow kerang tapi bahan yang penting pulak tak ada. Kucai dapat, fishcake, fishball ada, tauge ada. Koew teow pulak ada dah kat rumah tiga bungkus tapi sekali carik kerang tak ada. Ada ke patut Giant yang besar tu tak ada jual kerang.

Masa duk belek-belek peti sejuk beku tu, nampaklah hati lembu. Paru pun ada tapi adik aku tanak paru. Bila aku suggestkan hati tu, dia on je. So malam ni jadiklah goreng hati lembu. Memula aku cadang nak buat masak kicap je tapi bila buka petiais kat tempat sayur tu ada lagi baki asparagus, so tetiba je idea belasah datang. Makanya, jadilah hati lembu + asparagus ala belasah aku.

Esok adik aku jemput kawan-kawan dia datang beraya kat rumah ni. Aku ingat nak goreng koew teow kerang je sikit tapi adik aku mintak aku buat koew teow tomyam. Entahlah sempat ke tidak nak buat esok. Cadangnya tetamu dia nak datang dalam pukul 8.30 malam. Aku habis kerja pukul 5.30 ptg. Dia pun habis kerja pukul 5.30 ptg jugak tapi kalau banyak kerja, dia ot. Harap-haraplah sempat nak masak esok.

Kuih raya ada ler sikit-sikit kat rumah ni. Tahun ni aku malas pulak nak buat kuih. Ada ler dua tiga jenis je yang aku buat. Tak apalah, asalkan aku buat tu dengan ikhlas.

Ada jugak la aku jemput kawan lama aku datang beraya malam esok. Terlanjur kawan-kawan adik-adik aku nak datang, elok ler kawan aku pun datang sama. Senang, sekali layan je. Dalia pun aku tak ajak lagi ni. Hurm... kalau aku sms sekarang ni, agak-agak dia datang tak esok? Huhu...

Jalan-jalan Cari Ilham

cari ilham

Hari raya kedua tuari aku ikut kaklong pi Ulu Bendul. Anak bongsu kaklong yang menyebut-nyebut nak mandi kat situ so kaklong pun bawaklah si kecik tu. Sambil-sambil sikecik tu mandi, aku pun carik ilham la sekejap. Tapi ilham takmo datang ler pulak masa tu. Huhu....

ilham tak mari

Sebelum berendam, aku try carik ilham dulu sekejap kat atas batu sambil kaki dicelupkan ke dalam air yang sejuk tu tapi hapeh. Ilham tak mari. Malas nak tunggu lama, aku pun apa lagi, letak kertas dan pen kat atas batu tepi tebing, lepas tu aku selam la dalam air tu.

berendam dengan anak sedara


Masa baru sampai kat situ, cuaca cerah. Suasana cantik, airpun mengalir best je. Dapatlah berendam-rendam kejap sebelum hujan turun. Tapi hujan tu tak lama la. Sekejap je pun. Lepas hujan dah berhenti, aku gi sambung main air lagi.

si kecik dengan abahnya


Main ler air sampailah si kecik tu mintak naik tebing sendiri. Dah menggigil-gigil kesejukan dia. Hehehe.... Air pun makin laju. Tak lama lepas tu, hujan turun semula. Lebat pulak tu. naik ler tebing, berteduh bawah bumbung sampai ler hujan agak reda. Bila dah tinggal gerimis, gerak pi mandi kat bilik air.

Lepas dah mandi terus je gerak balik ke kampung semula.

Wednesday, September 02, 2009

Juadah Berbuka Semalam







Semalam lambat sikit siap masak untuk juadah berbuka puasa. Adik lelaki aku yang aku tugaskan membeli sayur terlupa pulak nak pergi ke Aladdin. Boleh pulak dia sms aku pukul 3 lebih tu bagitau yang dia berada kat kilang kawan dia. Pukul lima lebih atau pukul enam baru dia nak pergi belikan sayur katanya

Lebih kurang pukul enam lebih sikit baru aku start sediakan juadah berbuka puasa semalam. Aku masak yang simple aje. Mujur adik-adik aku ada tolong aku sediakan bahan-bahan. Sorang tolong potong bawang, tumbuk cili, sorang tolong potong sayur dan basuh sekali. Tolong aku belah ikan bilis. Alhamdulillah mudah sikit kerja masak-memasak aku

Akhirnya sebaik azan maghrib berkumandang, siaplah juadah aku. Hanya sayur kangkung goreng, sotong sos tiram berkuah dan sambal tempoyak goreng je yang dapat aku sediakan. Itupun bertambah-tambah jugak makan. Hahaha

Hari ni rasanya nak masak telor goreng kicap la pulak. Kemudian nak siap-siap basuh dulang pembakar yang baru aku beli semalam. Nak basuh jugak bekas kedap udara. Nanti senang nak simpan kuih. Aku cadang nak buat biskut tat nenas, biskut dahlia dan biskut rangup. Tak taulah esok atau lusa. Malam ni nak siapkan barang-barang dia dulu selengkapnya.

Hujung minggu ni aku bercadang nak ke Masjid India dan Jalan TAR. Ingat nak pi beli kain untuk buat baju raya merangkap baju pi office tapi adik aku tak gaji pulak lagi. Gaji aku awal-awal dah selamat dah menyetel sewa rumah. Hurm.. Nampak gayanya minggu depan je la baru dapat pi cari kain untuk baju raya. Mengelupulah aku nak siapkan baju raya pulak nanti. Gamaknya aku kena buat biskut raya dulu la. Nanti tak adalah kelam kabut nak menjahit lagi, nak buat biskut lagi. Ahaks.



Tuesday, August 25, 2009

Konvo








16hb Ogos 2009, adik aku konvo kat UKM. Dia dah ada degree Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian dah la sekarang ni. Tinggal aku ajelah yang belum habis ni.

Orang tua aku gembira dalam sedih dengan kejayaan adik aku menghabiskan pengajiannya sehingga berjaya memegang segulung ijazah. Tahniah Ayien.

Ketika adik aku baru mengambil jubahnya dan dibawa pulang, dia mencuba menyarungkan jubah tersebut ke tubuhnya. Serta-merta abah memejamkan mata mengusir kesedihan. Dan menitislah airmata kesedihan apabila terkenangkan arwah adik perempuan aku yang tidak sempat menyarung jubah konvonya walaupun telah berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Perbankan Di Luar Pesisir.

Arwah adik aku meninggal dunia sebaik tamat pengajiannya, yang sampai di tangan kedua orang tuaku hanyalah surat penggilan untuk majlis konvo arwah adikku itu. Hati orang tua mana yang tidak sedih kan. Disebabkan itulah orang tuaku menangis kesedihan bercampur kegembiraan dengan kejayaan adikku yang ini.

Lepas ni insyaallah giliran aku pulak tapi mungkin dalam 2 ke 3 tahun lagi. Hehe...

Perjalanan ke Uniten

Semalam pagi aku ada final exam paper last, English For Workplace Communication. Malam membawa ke pagi tu hujan turun. Aku agak jalan mestilah jem sebab mesti ramai pengguna jalanraya menggunakan kereta menggantikan motosikal so aku pun ajaklah abah keluar rumah awal sikit pagi tu. Lebih kurang pukul tujuh pagi kitorang dah berada di atas jalan. Sewaktu sampai di Tol Sg Rasau, kenderaan belum banyak sangat lagi. Begitu juga dengan Tol Batu Tiga, kenderaan masih ok lagi.

Sebaik melepasi Tol Batu Tiga, kenderaan mula sesak terutama ketika menghampiri susur masuk. Namun begitu, keadaan tersebut masih lagi tidak menimbulkan sebarang kesan kepada pemanduan kami. Tetapi ketika kami telah sampai di kawasan Bandar Sunway (kami melalui lebuhraya persekutuan), terdapat sebuah kereta honda vtec di hadapan kami. Pemandunya seorang wanita.

Apa yang membengangkan aku adalah, dengan keadaan jalan yang sebegitu, dia boleh memandu dengan lemah lembut dan begitu berhati-hati. Nak tahu kenapa aku kata dia memandu dengan begitu berhati-hati? Sebabnya, di hadapan dia ada ruang kosong sehingga tiga biji kereta boleh masuk lagi. Begitu jauh jarak pemanduannya dengan kereta di hadapan.

Letih gila perasaan aku mengikut di belakang kereta dia. Banyak kereta menyusup masuk di hadapan kereta dia. Huh! Sakit gila hati aku. Dahlah bawak kereta sikit punya slow, dah serupa orang nak makan angin aje. Nasib baik sampai di PJ, dia tukar haluan ke lorong tiga aka lorong slow. Lega rasa hati aku. Selepas tu barulah dapat meneruskan perjalanan aku dengan gembiranya.

Aku sampai di Uniten pukul lapan lebih, exam pukul sembilan lebih. Dapat jugak aku menghabiskan membaca modul yang aku tak sempat nak baca sebelum ni. Inilah sebenarnya keburukan sikap aku. Suka membaca di saat-saat akhir.

Saturday, August 15, 2009

Proses Mengemas Rumah

Malam ni aku buat proses pengemasan rumah. Bermula dengan bahagian dapur dulu. Punyalah banyak sampah, sampai empat plastik sampah small size. Huhu... Ternak sampah aku rupanya selama ni.

Sekarang dah pukul 1.30 pagi tapi aku tak settle kemas lagi dapur tu. Tak larat aku. Sakit belakang aku ni. Esok ajelah aku sambung kemas lagi. Aku pun nak sapu, mop lantai tu sekali. Tiga bilik tidur nak kena kemas lagi. Ruang tamu lagi. Bilik air dan toilet nak kena cuci.

Nak basuh baju lagi esok. Hurm... Inilah rutin setiap minggu, except kemas rumah tu la. Kemas rumah yang sebenar-benar kemas cuma sekali dalam dua minggu ataupun sebulan. Selalu kemas biasa-biasa je. Esok kena kemas betul-betul sebab family aku nak datang. Hari Ahad ni kan konvo adik aku kat UKM so rumah aku sebagai rumah persinggahan la.

Bahagian depan rumah pun nak kena kemas jugak esok. Barang motor adik lelaki aku bersepah-sepah kat luar tu. Dah aku pesan jangan sepahkan dia buat jugak. Siap dengan kotak ekzos dia bagai. Kasut-kasut bersepah-sepah. Uh!

Friday, August 14, 2009

Gula.....





Tak tau la kenapa susah sangat nak dapat gula sekarang ni. Terutama bila dah dekat nak musim perayaan ni. Hambarlah kuih-muih dan minuman juadah berbuka puasa nanti. Alamatnya biskut raya nanti setakat manis-manis buah ajelah rasanya. Hehehe...

Tiga empat hari lepas adik aku yang bekerja di bahagian receiving Giant Hypermarket berdekatan rumah aku ni inform aku bekalan gula baru datang dua pallette. Dia belikan aku enam paket gula berat sekilo tu (dengan duit akulah tu). Kemudian dia beritahu aku yang hari kedatangan dua pallette tu jugaklah stok tu habis. Gila laju.

Tengahari tadi masa balik makan tengahari, adik aku beritahu stok gula ada datang lagi dua pallette. Pihak pengurusan dah bagi limit pembelian dua kilo aje bagi sorang customer. Hurm.. Aku nak singgah Giant petang ni, beli stok gula. Takut nanti krisis gula ni berlarutan, macam mana nak buat kuih raya nanti. lagipun kat rumah aku tu gula sangat penting. Susu pulak kurang digunakan. Kalau abah datang je baru laku susu kat rumah ni.

Petang nanti nak beli stok tepung jugak. Tak mustahil lepas ni krisis tepung pulak, pastu beserta dengan krisis minyak masak. Malam tadi kat tv3 ada siarkan pasal kegagalan penyeludupan bahan-bahan asas tu semua. Lengkap dengan minyak masaknya, dengan gulanya dan tepungnya. Semua nak seludup ke negara jiran. Mentang-mentang boleh jual mahal kat sana, diseludupnya sampai negara sendiri pun tak cukup bekalan. Apa la punya bodoh manusia.

Lepas keje hari ni aku nak beli gula dua kilo + tepung dua kilo, adik aku dua kilo, adik lagi sorang dua kilo, semua dah enam kilo. Esok beli lagi. Lusa beli lagi. Hari-hari beli. Lelama jadik stor gula dan tepung. Hahahaha......

Tuesday, May 26, 2009

Marah.....

Tak sangka aku.... setelah lama aku menghilang dari forum tu.... bila aku kembali semula ke situ ada pulak orang yang marah dengan aku. Simpan dendam apa...?

Seingat aku, sebelum aku menghilang, aku takde memberi harapan pada siapa-siapa. Sepatutnya kehilangan dan kembalinya aku semula takde siapa yang nak terasa marah ataupun dendam.

Argh! Pening kepala aku memikirkannya. Aku ni dah la tengah pening dengan hal keluarga, adik aku sakit teruk kat kampung, orang tua aku susah, aku sendiri kurang sihat, adik-adik aku yang tinggal dengan aku ni yang tak berkerja. Susah hati aku ni. Banyak bil aku nak tanggung, dengan makan

Sems baru dah start ni. Tiga subject yang aku ambil nak kena baca lagi. Ada beberapa keje lagi nak buat dalam masa yang sama. Diri aku rasanya macam dah tak terurus ni. Aku tau sebab aku dah mula sakit ni. Selalunya kalau diri tak terurus, makan tak betul, mulalah aku sakit

Dah la.. nanti sambung lagi

Tuesday, May 19, 2009

Lama Dah Tak Update

Dah lama tak update blog ni. Musim bizi sikit la ni. Sems baru dah nak mula. Penulisan cerita mistik aku pun belum siap-siap lagi ni. Huhu....

Sems ni aku tamak sikit. Aku amik 3 subjek walaupun sems Mei ni adalah sems pendek. Menangis la aku nak menyiapkan assignment nanti.

Nak menyiapkan kompilasi cerita pendek aku ni pun sampai tertidur-tidur aku di atas kusyen membuatnya. Mana lagi nak mengadap kerja. Masa ni la pulak kerja kat opis berlambak, sampai terpaksa amik ot.

Dah sampai masa badan terbiar la gamaknya ni. Kena bersedia untuk mengadap demam penat ler pulak. Asyik bizi dengan kerja, assignment, kerja sambilan. Hehehe... Badan kena perah dulu ar. Nanti bila keadaan di office dah tenang takde ot, kerja sambilan pun dah takde, sems dah abis baru la masa untuk penjagaan badan. Ahaks.

Tuesday, April 28, 2009

Balik kampung....

Jumaat lepas aku balik ke kampung bersama abah dan seorang adikku. Lebih kurang jam 3 petang aku bertolak dari Klang ke kampung. Balik kali ini aku melalui jalan lebuhraya persekutuan dan masuk ikut Tol Sungai Besi. Sorang dari adik aku yang sedang menduduki peperiksaan akhir di UKM nak balik sekali so aku pun ikut la jalan tu untuk ke sana pick up dia.

Kebiasaannya kalau balik kampung aku akan melalui Elite Highway masuk Tol Bukit Raja dan keluar di Tol Seremban ataupun Tol Senawang. Duit tol lebih kurang RM11 ke RM12.50. Kalau terpaksa mengambil adik aku di UKM, bertambah la duit tol lagi. Kali ni aku ajak abah ikut jalan KL, masuk ikut Tol Sungai Besi dan keluar di Tol Bangi. Kemudian masuk semula Tol Bangi dan keluar di Tol Seremban. Nyata duit tol yang perlu dibayar adalah lebih rendah dari mengikut Tol Bukit Raja.

Aku bukannya apa. Kalau boleh nak kurangkan perbelanjaan tu, nak kurangkan duit tol, almaklum la, adik aku balik saja je, tak menyumbang langsung duit minyak atau tol. Ye la kan, tambang dia ke UKM pun aku yang kena support, macam mana la dia nak share perbelanjaan kan.

Ada la sikit gambar aku snap waktu dalam perjalanan balik tu. Tapi rasa malas pulak nak upload. Nanti-nanti la, bila senang aku upload kat sini. Dan rasanya nanti la aku sambung entri ni, kepala rasa sakit pulak. Cerita yang aku cuba tulis tu pun hanya dapat disiapkan 4 mukasurat saja hari ni.Itupun tunggang langgang ayatnya. Hehehe... almaklum la budak baru belajar.

Tuesday, April 14, 2009

Projek Sukarela @ Taiping





Bulan lepas aku mengikuti program sukarela anjuran company tempat aku kerja ni. Dorang jalankan dorang punya corporate responsibility ler tu kot. Buat program teenz.fm kat Taiping Golf Resort, Taiping, Perak.







Program tu diadakan pada hari Sabtu 28hb Mac 2009. Aku gerak dari Klang pada pagi 27hb tu. Sampai di sana tengahari. Lepas check-in bilik, mandi² dan rehat² dulu sementara tunggu pukul 2.30 petang. Bukannya apa... dalam jadual kul 2.30 tu ada perjumpaan dan masa tu kami para angels (panggilan buat kami yg datang secara sukarela ni) akan diberi tunjuk ajar terlebih dulu tentang apa yg akan kami lakukan esoknya.





Selepas habis perjumpaan tu, kami diberi pelepasan untuk makan dan menunaikan solat. Kemudian jam 8.45 malam kami diminta berkumpul sekali lagi untuk melakukan tugasan menyediakan dewan, menyusun meja, membahagikan tugas dan sebagainya. Semua angels diberikan tugas mengagihkan coklat kepada para pelajar sekiranya mereka dapat menjawab soalan yg diberi oleh fasilitator. Dan tugas tambahan yang aku dapat pula adalah memegang mikrofon. Tugas ni senang je.. Aku cuma perlu tengok siapa yg fasilitator tunjuk dan ke situ la aku akan menuju untuk memberikan mikrofon. Hehehehe...











Kalau nak diikutkan ketidakcukupan rehat, memang la letih tp hari tu tak terasa letih semua tu. Seronok pulak bila tengok pelajar² tu gembira. Kalau la diberi peluang lagi menyertai program sebegini, aku nak sangat pergi.

Kemudian bila selesai program petang tersebut, sekali lagi kami para angels berkumpul untuk debriefing. Waktu ni la kami akan diberi peluang merenung kembali andai ada kesilapan yg dilakukan semasa program berlangsung dan diketika ini juga la kami diberi peluang meluahkan apa yang kami rasa sewaktu menjalankan program ini.

Selepas habis debriefing, kami dijamu dengan barbeque. Kami berkumpul di cafe resort beramai². Waktu ini semakin terasa kemesraan antara angels. Maklum la... walaupun satu company tapi opis lain². Jarang² jumpa dan berhubung. Tapi bila bersama dalam program ini terasa hubungan erat, macam adik-beradik walaupun berlainan bangsa.











Selesai makan dan bersembang, memasing mula ler mencari bilik. Almaklum la.... hujan pulak waktu tu. Dengan keadaan masing² tak cukup tidur, tak cukup rehat tapi perut yg kenyang, memasing balik ke bilik, mandi dan berehat. Kemudian lepas mandi, aku menonton tv kejap. Cerekerama waktu tu. Kelakar ceritanya. Otai Rempit kalau tak silap aku. Hehehe.... (yg tgh lepak atas katil tu member sebilik aku)

Habis cerekarama, dorang ajak pi pekan Taiping, minum². Mengikut aje la aku kawan sebilik aku ni. Tp.. hehehehe.... dorang singgah minum kat kedai mamak pulak. Aku apa lagi... masuk ke kedai terus menuju ke petiais carik air kotak. Tak kisahkan hujan, aku minum air kotak sejuk tu. Hehehehe...

Kemudian, esoknya check-out jam 12 tghari. Pagi tu bos ajak ramai² pergi mandi sungai. Pegi ler kami ke Kampung Bukit Jana, berdekatan sangat ngan Taiping Golf Resort ni. First sampai je, waktu nak turun sungai, nampak benda alah ni. (maaf la... seksa nak upload gambar). Nampak macam pemujaan je.

Aku gerak ke bahagian atas sikit dari tempat tu, kat situ dah siap kawan² yg lain berendam. Hehehe.... laju jugak airnya. Tak stabil aku kat dalam air tu. Sib baik ler kekawan lain tolong pegangkan aku... hehehehe....Kemudian pukul 11, bos dah panggil naik sumer org sbb nak check-out kul 12. Ahaks. Tak puas mandi sungai tp terpaksa gerak. Huhu.....

Nanti sambung lagi ar.... ada keje pulak nak buat.

Tuesday, March 10, 2009

Course



Dah lama rasanya tak update blog ni. Kehidupan lately ni sibuk sikit. Mana nak mikirkan pasal hutang², nak mikirkan pasal study, nak mikirkan pasal adik² lagi. Huhu...

Gambar kat atas tu masa aku pi course bulan lepas. Course tu diadakan kat KL, kat Coronade Hotel, Bukit Bintang. Letih mengadap keramaian orang dua hari tu. Mana lagi nak berebut ngan masa, nak berebut dengan orang jugak. Dua hari naik komuter kena berdiri bersesak KL ke Klang. Huhu...

Jumaat dan Ahad lepas aku ada midterm exam. Bulan depan final pulak. Rasanya lepas final exam la baru aku ada masa nak update blog ni lagi. La ni nak tumpukan kat study pulak. Bukan apa... takut tak terjawab lak nanti. Masa midterm tu pun bagai nak rak aku baca dan fahamkan tapi bila masuk ke dewan exam tu... idea tak mari pulak. Dah la masanya sejam je, ada pulak student lain yang kuar dewan tak sampai setengah jam lepas start.

Dah la idea tak mari, gelabah pulak tu bila nengok orang lain punya la cepat kuar dewan. Dalam hati aku berkata... " terer sungguh dorang ni, setengah jam dah settle jawab'. Huhu...

Harap² final nanti jangan la idea aku tak mari lagi. Nak upkan balik pointer aku ni...

Thursday, February 12, 2009

Sudut Perah Otak






Nak kongsi sudut perah otak ngan korang semua. Hehehe....

Kat sini la aku habiskan masa siapkan assignment aku selain dari kat opis. Hahaha... Jangan tak caya... Kat opis pun aku leh buat assignment, buleh baca buku jugak walaupun tengah waktu keje.

Sudut perah otak ni baru 2 3 hari aku siapkan. Sebelum ni sudut perah otak aku kat dalam bilik. Sejak pc aku buat hal, aku gunakan laptop adik. So sebab laptop buleh angkut sini sana, selalu ler dok guna kat ruang tamu ni. Bila dah rasa selesa kat ruang tamu, aku pun angkut ler meja komputer ni keluar dan jadikan kat ruang tamu ni sebagai sudut perah otak. Hehehe... Sambil study, sambil buat assignment leh jugak jeling-jeling tengok tv.

Ngantuk ler pulak. Tadi penat dah perah otak buat assignment, masih belum siap lagi. Tak larat nak abiskan tadi. Tinggal soalan last, kemudian nak touch up sikit-sikit sini sana, tambah case rujukan sikit. Nak pi tido la dulu, nak rehatkan tak ni kejap. Esok kat opis nak perah lagi tuk settlekan assignment tu. Siap satu ni, ada dua lagi assignment menanti.

Tuesday, February 10, 2009

Gambar Dari Email.....




Cantik sungguh gambar ni. Dapat dari email tadi tapi betul ke lokasinya kat Kedah nun? Menarik sangat. Teringin nak pegi tengok sendiri kebiruan airnya tu. Mesti suasananya nyaman maklum la ada air terjun dan pepohonan hijau yang merimbun.

Tengah² pening nak menyiapkan assignment ni, tengok kejap gambar yang memberi ketenangan. Idea yang tadi ketandusan terjana kembali. Alhamdulillah... Otak kembali bertugas memikirkan jawapan kepada persoalan yang telah diberikan.

Sebenarnya aku pun takde apa nak buat kat opis ni kalau takde client yang datang. Lagipun aku telah berjanji kepada diri aku sendiri bermula kelmarin aku takmo main game lagi kat Harmoni tu. Bukan untuk selamanya tapi sekurang²nya sehingga aku selesaikan ketiga² assignment yang ada ni dan sehingga aku habis membaca modul. Huhu... 6 dan 8hb Mac nanti ada midterm. Subjek Company Law dan Management Accounting. Adik aku kata, Company Law kena banyak baca. Management Accounting pulak subjek yang susah.

Aku rasa semua subjek yang aku amik ni susah. Hehe... Almaklum la.. Dah tua², pemikiran dah tak setajam dulu tapi gatal nak sambung study. Aku kena struggle dengan masa, dengan kerja² rumah yang wajib dibuat dan juga dengan pembelajaran aku ni. Alhamdulillah... Sems kali ni aku agak rajin menelaah buku. Mungkin sebab sems² yang lepas pointer aku tak cantik kot. Aku harap dapat ler perbaiki pointer aku yang teruk tu. Kalau tak, sesia la aku kuarkan duit untuk sambung study aku ni.

Aku stop kejap buat assignment, penat fikiran aku memikirkan jawapan dan idea nak diwacanakan kat ruangan yang telah aku formatkan tuk assignment tu. Nak memikirkan ayat dalam English tak semudah memikirkan ayat dalam bahasa melayu. Nak buat dalam bahasa melayu takut aku tersilap translate pulak, almaklum la bahan rujukan lebih banyak dalam English. Walaupun aku dah beli 3 4 bijik kamus termasuk la kamus untuk istilah perniagaan namun aku masih kurang yakin untuk menterjemah.

Tak mengapa la kalau aku pening sikit atau tidur kurang sikit kerana lebih banyak masa terpaksa diberi untuk menyelesaikan assignment ni, asalkan aku tak tersilap mentafsir. Tersilap tafsir nanti tersalah pulak fakta. Bila dah tersalah fakta, tentu la jawapan aku pun akan jadik salah. Huhu.. Bila dah salah, tentu la markah akan kurang dan automatik pointer aku akan jatuh lagi.

Sems ni semua subjek aku amik online. Itu bermakna aku kena lebih banyak memberikan masa untuk study. Almaklum la, study sendiri. Buku wajib baca. Soalan past year dah aku print dan bukukan, aku bercadang nak buat latihan nanti. InsyaAllah...

Hurm... Nak sambung buat assignment balik kejap. Pastu nak balik makan pulak....

Tuesday, February 03, 2009

Cek Ganti Dah Siap!!!!!

Jumaat lepas aku terima panggilan dari EPF Putrajaya, pemberitahuan yang cek bagi bagi cek tamat tempoh aku tuari dah siap dan boleh dicollect kat EPF Klang. So, semalam aku yang bercuti sempena Hari Wilayah (walaupun aku keje kat Klang) pi ler ke pejabat EPF kat bangunan MAIS.

Kalau ikutkan hati malas aku nak pi semalam sebab malam sebelumnya tu aku tak tidur. Penat buat assigment dan rehatkan minda dengan main game kat forum harmoni. Hehehe... Biasa la aku, kalau dah start main game Parasites tu memang aku lupa waktu.




Ini ler cek tu, dibayar kepada UNITEM, Universiti Terbuka Malaysia. Dah habis dah simpanan akaun II aku tu aku keluarkan untuk naiktaraf pendidikan aku ni. Mana tahan setakat SPM je, gaji kecik sangat. Tak cukup untuk perbelanjaan aku yang bertanggungjawab besar ni.




Kalau ler jumlah tu leh masuk poket aku.... Hehehe.... Walaupun jumlahnya tak banyak tapi macam² perkara buleh aku buat dengan jumlah tu. Leh ler aku settlekan hutang bil tipon + streamyx yg agak besar jumlahnya ni. Leh bayar bil api dan air. Leh bayar bil Astro.

Kawan aku kata buleh withdraw sikit dari jumlah tu.. tapi urusan kena buat dengan OUM ler. Takde masa la nak pegi sana. KL tu... kalau dari LRT PWTC tu dekat sangat ngan OUM, takyah aku susah payah naik teksi atau jalan kaki ke sana, mau rajin aku berulang ke sana. Ini tak.... nak menunggu teksi kat The Mall tu tuk ke OUM punya la payah. Pastu nak kuar dari OUM tu dah tentu² nak kena jalan kaki. Huhu...

Tapi cek ni nak kena gak bagi ke OUM secepat mungkin ni. Aritu aku register, amik modul sumer guna warranty borang EPF je. Kalau lelambat aku hantar cek ni takut pulak jadik cam tuari, sampai tamat tempoh. Ekeke...

Nak apply cuti ke tak hari Jumaat ni...? Hurm... Nanti ler kena tanya kawan dulu prosedur nak withdraw duit sikit dari OUM tu. Tapi segan ler pulak ngan kawan tu. Lagipun sayang pulak ngan cuti yg sikit je jumlahnya tuk setahun tu.

16 dan 17hb Februari ni aku kena pi course 2 hari kat KL. Kat Coronade Hotel. Cam tahun lepas course 3 hari kat Coronade tu jugak. Penat ler ulang alik dari Klang ke KL. Dah ler komuter penuh sesak ngan orang nak pi balik keje. Huhu...

Friday, January 30, 2009

Sakit Kepala Pulak.....

Tengah malam tadi tetiba je kepala belah kanan aku ni sakit sangat, kemudian mata sebelah kanan pulak sakit bagai nak terkeluar biji mata. Aku bawak lelapkan mata tu dengan harapan sakitnya hilang. Pejam celik pejam celik... langsung aku terlelap sampai ke pagi.

Pukul 6 pagi alarm berbunyi mengejutkan aku tuk bangun menjalankan rutin harian. Tapi biasa la... senario pagi kan. Suasana yang nyaman, dengan badan yang belum cukup kerehatan, almaklum la... malam tadi pukul 2 pagi baru membaringkan diri. Hehehe.... Macam biasa, alarm yang menjerit² tu aku offkan dan aku pejamkan mata lagi. Pukul 7.30 pagi adik aku yang bangun menggosok baju kejenya mengejutkan aku pulak. Ahaks...

Mujur ada adik. Kalau tidak... gamaknya jadik macam semalam la. Tidur tak sedar diri, sekali celik mata je dah pukul 8 pagi. Masuk keje pukul 8.30 pagi. Mengelupur aku bersiap ke opis. Macam lipas kudung aku berjalan ke opis. Ngam² 8.30 aku sampai. Huhu....

Pagi ni bangun je tido kepala masih sakit. Tidak berkurangan malahan makin bertambah sakit. Nak amik MC arini tak boleh pulak sebab ramai cuti kat section aku ni. So aku ke klinik untuk amik ubat tahan sakit aje la. Hehehe... Nak jadikan cerita... Tadi masa pi klinik, aku lalu depan klinik satu lagi ni. Staff klinik tu ada kat depan klinik tengah tunggu pintu dibuka. Aku selamba je lalu depan diorang dan diorang pun selamba je tengok aku.

Kemudian.. Bila aku sampai ke klinik favourite aku... sekali nampak notis kat pintu... OPEN ON 02/02/2009 MONDAY. Hampeh tul. Tutup pulak klinik tu. Terpaksa la aku pi klinik yg aku dah selamba lalu tadi. Huhu....

Terasa segan pulak nak masuk selamba kat klinik tu. So aku terpikir nak masuk kat Aladdin jap, beli sotong dan ayam sikit, pastu baru masuk klinik. Ahaks... Sekurang²nya nampak tadi aku lalu selamba sebab nak pi beli lauk je la. Ekeke... Power jugak alasan aku tu.

Tak jumpa doktor pun tadi... cuma mintak ponstan je. Balik ke opis... Aku makan seketul roti 60 sen perisa berkrim coklat dan air suam. Pastu aku telan sebijik ponstan. Huh! Hilang dah sakit kepala ni. Jap lagi buleh la aku pulun baca buku lagi.

Kring!! Kring!! Argh! Tipon orang belakang berbunyik pulak. Tuan dia cuti. Kena la jawab pulak dulu.....

Wednesday, January 28, 2009

Appraisal.....

Dah sampai pulak musim appraisal untuk tahun 2008. Borang pun dah sampai ke tangan aku ni. Tinggal nak isi tugas je lagi.

Aku dah mintak sidia buatkan untuk aku form tu guna pagemaker, so aku cuma perlu buka file dan taip aje apa yg aku nak tulis.Hehehe...

La ni aku tengah download pagemaker kat pc aku kat opis ni. Lambat giler prosesnya. Penat pulak aku nunggu. Dari sebelum lunch tadi aku download, sampai la ni tak abis lagi.

Nanti bila dah buleh run kat pc aku, aku siapkan cepat² benda ni sebab pagemaker yang aku download cuma trial tuk 30 hari je. Hehehe....

Kat rumah pun sama jugak. Trial 30 hari. Kelmarin aku download. Tapi sekejap je rasanya. Mungkin sebab internet connection kat opis ni lambat sikit kot. Tu yang buatkan proses download tu rasa cam bertahun nak settle. Huhu....

Nak sambung main game dulu la. Release tension cari bahan untuk assignment. Nanti² ada cerita baru aku tulis lagi.

Thursday, January 22, 2009

Alamak!!!!! Ada Hantu² Di Kejiranan Aku La....

Korang percaya wujudnya hantu? Aku percaya jugak la hal ni. Hehehe....

Kali ni aku nak kongsi cerita mengenai kewujudan hantu di kejiranan aku yang baru je aku dapat tahu pagi ni sebelum aku pegi kerja. Huhu...

Aku selalu nampak pintu unit tepi sekali kat tingkat yang aku duduki sentiasa terbuka. Unit tu selang sebuah je dari pintu unit aku. Dah lama jugak la unit tu dikosongkan. Sebelum ni ada bebudak kilang yang tinggal kat situ. Bila dorang pindah, unit tu kosong sekejap. Tak lama kemudian masuk sekumpulan lagi bebudak kilang. Tapi dorang tinggal tak lama kat situ. Entah kenapa tetiba je dorang pindah.

Kemudian bila aku lalu-lalang kat depan unit tu, aku nampak pintunya sentiasa terbuka. Keadaan kat dalam memang ler bersepah dengan sampah² tinggal. Lama lepas tu, bila aku lalu, aku tengok dalam rumah dah bersih. Aku agak² tuan rumah datang bersihkan. Bebaru dua tiga hari lepas tuan rumah tu datang tengok rumah dan tutup pintu tapi kelmarin dan semalam bila aku lalu, pintu masih terbuka jugak.

Depan unit tu pulak, ada orang indonesia menyewa. Selalu jugak la dia pasang cd mengaji ke, ceramah agama ke kuat² kat rumah. Tapi orang tu pun tak tinggal lama. Sekarang dah pindah dah. Tak tahu la kenapa dorang pindah.

Sebelah unit tu pulak unit kosong. Dulu kawan adik aku, budak sabah menyewa kat situ. Sekarang ni dia dah pindah. Dah lebih setahun dua kot unit tu kosong. Tengah tahun lepas ada sorang cina datang mengamuk² kat rumah tu. Tarik² cermin tingkap sampai luka tangan. Darahnya menitik² kat tembok dan lantai depan unit tu. Sampai sekarang ada lagi kesan darah tu kat situ. Takde sapa bersihkan sebab masa dia mengamuk tu, mana ada orang yang tinggal kat situ.

Yang nak aku kongsi cerita ni mengenai apa yang aku dengar pagi tadi. Adik aku kata, kat unit tepi tu ada toyol. Memula aku terkejut dan macam tak percaya la tapi dia kata dia dengar budak² bermain riang melompat² dalam unit yang pintunya terbuka tu. Waktu tu dia melepak kat tangga. Kemudian penat duduk, dia pergi menyandar kat dinding unit tu. Ada tingkap kat dinding tu. Kat belakang dia tu la benda tu bermain².
Huhu...

Kemudian dia cakap kat unit kosong yg budak sabah duduk dulu tu pun ada hantu jugak tp tak tau spesies apa. Dia kata waktu lalu depan tu, tetiba je dengar bunyi air paip terbuka dengan kuatnya. Bunyi macam paip pecah tu. Aku pun pernah dengar sekali. Waktu tu tak pasti pukul berapa aku lalu. Hairan gak aku sebab selalu takde dengar bunyi air terbuka tu, lagipun unit tu takde orang tinggal. Aku perhati juga la ke dalam unit tu melalui cermin tingkap yang pecah sekeping tu tapi tak nampak apa² yang mencurigakan. Adik aku kata bunyi tu tak sentiasa kedengaran. Kadang tengahari, malam, awal pagi. Malam tadi aku lalu depan rumah tu takde pulak aku dengar bunyi air tu.

Kelmarin aku nampak budak indonesia depan unit aku ni terhendap² kat tingkap unit yg ada kedengaran bunyi air tu. Hehehe... Aku rasa la kan, dia pun pelik dengar bunyi tu. Tu sebab dia pegi tengok. Patut la sejak kebelakangan ni kalau aku keluar ampai baju pukul 1 pagi 2 pagi tu aku rasa semacam je. Tak macam dulu. Dulu ampai baju kul 1 2 3 pagi tu rasa cam ampai baju di siang hari je.

Unit sebelah aku ni, yang berada tengah² antara unit aku ngan unit tepi tu pun kosong jugak. Ditinggalkan dalam keadaan lampu dan kipas ruang tamu yang terpasang. Aku rasa tuan rumah kot yang buat camtu. Ada kaitan ke perpindahan dorang semua dengan benda mistik ni ye...?

Bagi aku selagi aku tak terganggu, aku tak peduli benda tu semua. Dalam rumah aku sendiri ni pun ada benda lintas², ada benda main tampar² pintu, ada benda yang dok mengasak² adik aku tido. Tapi segala gangguan tu dulu la, sekarang walau aku berada sorang kat rumah pun dah takde lagi gangguan tu. Cuma sesekali je agaknya dorang nak mengusik aku. Hehehe... Agaknya dorang tengok aku lagi hantu daripada dorang kot.

Kalau betul la ada toyol kat unit kosong tu.... hurm... kena letak duit dalam quran la. Hehehe...

Tuesday, January 20, 2009

Masak Lomak Cili Api Kelapa Kampung Lagi.....








Ini malam tunaikan permintaan adik. Dia order ayam masak lemak cili api dari minggu lepas lagi. Malam ni baru aku rajin nak buat. Aku buat ayam masak lemak cili api campur nenas.Hehehe....

Ni kat tangan ni masih terasa pijar lagi sebab cili api. Huhuhu.... Balik dari keje petang tadi, tak sempat nak rehat terus je aku pi kupas kelapa. Lepas tu baru pi mandi. Kemudian turun ke kedai mesin kelapa. Balik dari kedai, terus je siapkan bahan-bahan masakan. Masak je lambat sikit sebab aku nak tengok berita dan cerita Ku Milikmu kat TV3 dulu. Dah habis cerita tu baru aku concentrate masak. Hehehe....

Hari ni kat berita tunjuk pasal Barrack Obama yang akan menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Amerika sepenuhnya. Selain tu yang menarik adalah mengenai gencatan senjata Israel. Dah 3 hari rupanya. Hurm.... Dah hancur luluh Gaza tu, dah hampir pupus rakyat Palestin baru la mereka nak buat gencatan senjata. Itu pun siap ada lagi amaran dari perempuan Israel yang berjawatan apa ntah tadi aku pun tak ingat untuk Hamas.

Ala.. Mata dah terasa mengantuk la pulak. Lagipun adik nak guna pulak laptop dia ni. Pi tido la dulu. Esok-esok sambung merapu lagi.

Sunday, January 18, 2009

Juadah Untuk Hari Ini.....



siakap kukus ala belasah




sayur cendawan




ayam masak ala belasah


Hari ni teringin nak makan siakap kukus. So tadi aku pun merajinkan diri memasaknya. Kemudian ternampak pulak ayam, tomato ceri dan kacang peas. So aku pun belasah je la tabur bahan-bahan tu sumer masuk kuali. Dah ada lauk musti la nak ada sayur jugak kan. So cendawan yang ada balance dari buat sup sebelum ni jadik mangsa la. Hahaha....

Aku suka tengok makanan tu berwarna warni. Nampak cantik je. Rasanya entah la kan. Tapi alhamdulillah setakat hari ni aku masak apapun walau main tabur rasanya masih buleh tahan lagi la pada tekak aku. Tekak orang lain tak tau la aku. Adik-adik aku yang stay dengan aku ni tak penah pulak komplen.

Adik lelaki aku yang stay sekali dengan aku ni pandai jugak la masak. Kekadang kalau aku malas nak masak, aku suruh je dia masak. Pernah sekali aku teringin nak makan ayam masak merah. Hehehe... Aku belikan bahan-bahan dan aku suruh je dia masakkan. Walla... sedap.

Esok keje. Malam ni tak tau la nak masak apa pulak tuk makan tengahari esok. Adik pompuan aku yang sorang ni esok start keje. Malam ni kena la aku siap-siap masak untuk esok. Hurm... Siakap ada sekor lagi dalam petiais. Sotong pun ada lagi tu. Yang takde cuma sayur je. Nak kuar pi beli stok malas pulak ni. Huhu....

Takpe la.... Karang kalau adik aku nak kuar pi Klang Parade aku kirim je beli sayur kat Giant.

Boikot! Boikot! Boikot!

Sana sini orang memperkatakan tentang boikot barangan Israel, barangan Amerika. Tapi ramai jugak yang berada dalam premis McD, KFC, Starbuck dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya.

Kalau kita rakyat Malaysia boikot barangan keluaran dorang-dorang ni semua, adakah memberi kesan kepada rejim zionis tu? Buleh ke dengan memboikot saja dapat memberhentikan serangan zionis terhadap rakyat Palestin?

Ada disiarkan di television tentang rakyat Israel yang berkonvoi dengan motor berkuasa besar, mencari tempat strategik untuk menonton pengeboman ke atas rakyat Palestin. Dan bila ditemuramah oleh petugas media, jawapan yang diberikan memang la sangat kurang ajar. Mereka beranggapan melihat pengeboman itu sebagai melihat pesta bunga api.

Kasihan melihat kesengsaraan dan kemusnahan yang dialami oleh rakyat Palestin. Apa yang boleh kita sebagai umat islam lakukan untk membantu? Setakat memberikan derma... adakah sepenuhnya derma itu akan sampai kepada rakyat Palestin? Bergunakah wang derma itu seandainya bila ia mahu disumbangkan, negara Palestin telah musnah sama sekali? Adakah masih berguna sekiranya di waktu itu seluruh rakyat Palestin telah lenyap dari muka bumi?

Desak PBB untuk menghentikan serangan tersebut..? Adakah itu akan berlaku? Sedangkan PBB dikuasai sepenuhnya oleh Amerika dan Amerika la penyokong kuat Israel. Sepatutnya perangi saja zionis tu semula. Biar mereka tahu seksanya bila menjadi mangsa pencerobohan perang.

Aku...? Apa yang mampu aku lakukan hanya la mendoakan agar Allah memberi balasan kepada zionis lalu menghentikan serangan mereka terhadap rakyat Palestin. Itu pun seandainya doa ku dimakbulkan Allah.

Saturday, January 17, 2009

Makanan Lagi.... Hehehehe....



sotong masak sos bertomato ceri




pak choy bersos tiram




lala masak serai


Wakakaka.... Letak gambar makanan lagi. Semalam try buat lala masak serai tu. Hehehe... Resepi very the sempoi dan rasanya buleh tahan sedap. Tadi pulak buat pak choy bersos tiram dengan sotong masak sos bertomato ceri. Saja je nak perabih tomato ceri yang beli semalam tu. Karang kalau simpan lelama dalam peti ais rosak pulak dan akhirnya jadik satu pembaziran.

Semester baru dah mula ni, kelas pun dah mula tadi tapi aku tak pegi. Batuk masih belum baik. Teruk terutama kalau dalam aircond. Dua subject aku amik online je. Yang benarnya ketiga-tiga subject aku nak amik online, dah lulus pun tapi satu subject tu takde slot untuk online la pulak. So terpaksa la aku attend kelas.

Harap-harap sems ni takde la aku malas-malas macam sems yang sebelum-sebelum ni. Soalan assignment pun dah keluar tu. Malam tadi dah print soalan tu so dah buleh kumpul bahan dah ni. Ada buku yang aku kena pegi beli ni. Tak tau la bila nak turun KL, pi Popular Bookstore carik buku tu.

Argh! Lapar la pulak. Aku nak pi makan dulu la. Nanti lenkali sambung lagi berceloteh kat sini.

Thursday, January 15, 2009

Nasi Lemak Kelapa Kampung














Hehehe.... nak kasi kawan² yang jengah blog ni gumuk² tengok gambar makanan. Nasik lemak tu guna santan dr kelapa kampung kiriman mak aku. Ada sebijik lagi kat rumah tu. Adik aku dah order masak lemak putih kobis pulak. Nanti nak kena masak ler tu. Agaknya tunggu cuti ler pulak kot. Sambal ikan bilis tu adik aku yang siapkan bahan²nya. Punya la banyak bawang sampai terlebih dari ikan bilis. Hehehe...

Aku sendiri pun dah berkali ganda gumuk dari dulu. Itu disebabkan aku suka masak dan makan. Apa teragak je aku cuba ler masak, pastu makan aku belasah la tak kira time. kul 3 pagi pun steady je pi belasah nasik. Ahaks

Dari dulu tak reti nak jaga badan.... Tak buat senaman.... Makan main belasah je tak kira la banyak karbohidrat ke.. Banyak kalori ke... Banyak kolesterol ke... Yang penting perut kenyang terisi. La ni dah gumuk... Payah nak turun balik. Huhu....

Dan bila dah gumuk... Automatik selera makan bertambah... Makan dari dulu setengah pinggan dah kenyang kini tak cukup kuantiti yg sebegitu. Amik nasik sepinggan penuh tu rasa biasa je... belum lagi masuk tahap kenyang sampai sendawa 3 4 kali.

Bila dah gumuk ni... Badan rasa berat.... Sakit sini sana. Kalau dah duduk... Bila nak bangun semula sikit punya payah. Kalau berjalan.. Kata ler pi pusing² Masjid India tu sekejap... Tumit dan pergelangan kaki musti ler sakit. Agaknya kaki tak tertampung berat badan. Ekeke....

Nak menguruskan badan ni balik... Huhu... Payah ler nak cakap. Niat di hati nak pi gym kat opis ni.. free je guna kemudahan tp malasnya yang lebih. Kekadang da siap² bawak baju dari rumah pun malas nak pi. Cukup time balik 5.30 ptg terus je balik. Takde pulak rajin nak masuk gym tu. Huhu...

Tak apa la... Nanti² bila rajin aku pi la bersenam. Nak kurus tu payah ler tp nakkan sihat tu je la. Biar badan tak sakit sini sana. Insyaallah...
.