Monday, November 24, 2008

Pemergian Yang Tak Dirancang.....



sekadar gambar hiasan....


Ahad 23 November 2008 kembali la ibu saudaraku, satu²nya adik satu mak kepada abah ke rahmatullah. Perginya kerana sakit. Sakit yang berangkai². Ada sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang. Tak tahu la ada penyakit apa lagi.

Sebelum beliau dimasukkan ke hospital, suaminya yang demam dulu. Kemudian arwah makcik pulak demam dan terus tak sedar diri bila dimasukkan ke ICU HUKM malam Sabtu 22 November 2008. Lebih kurang pukul 4.50 pagi tu abah terima panggilan menyatakan makcik dah nazak. Siang Sabtu 22 November tu baru abah dapat pergi menziarah. Aku ikut sekali. Masa aku masuk melihat makcik, beliau langsung tak sedar. Kaki tangan dah sejuk sangat.

Abah nak tunggu jugak kat hospital dulu petang tu dan selepas habis waktu melawat, selepas berbual dan memberi nasihat serba sedikit menghilangkan kesedihan pakcik, kami pun berangkat balik ke Klang. Kemudian pada malam 23 November lebih kurang pukul 2.30 pagi, pakcik menelifon abah menyatakan makcik dah semakin nazak. Abah pun tak berani sangat nak memandu malam, so tunggu la siangnya baru pergi ke sana. Dan ketika abah sampai, makcik dah takde.

Selepas selesai pengkebumian makcik, abah balik semula ke Klang dan sempat singgah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk melawat anak adik mak pulak yang patah kaki kerana accident. Hari ni operation masukkan besi di peha dan skru di lutut. Selepas dah melawat tu, abah balik ke rumah kak long. Aku memang dah ada di situ. Kesian pulak tengok abah. Sekarang tinggal la abah sorang. Kakak dah meninggal, adik pun baru pergi.

Pagi tadi abah cakap yang tetiba di keheningan pagi td dia teringatkan sangat arwah adiknya tu. Ingatan takan hilang walaupun arwah dah takde. Malam ni ada tahlil arwah lagi di rumah arwah makcik, mungkin abah akan pergi kalau abang long dapat menghantar abah ke sana. Rumah arwah makcik di Kuala Lumpur. Abah tak berapa biasa sangat jalan sana.

Harap abah akan sentiasa tabah seperti selalu.....
.