Thursday, January 31, 2008

Dia yang kedua.....

Hatiku terbuka lagi untuk bercinta. Kali ini dengan seorang tentera. Almaklum la waktu tu aku tinggal bersama kakak di dalam kem. Kat Sungai Besi masa tu. Abang ipar dan kakakku memang membantah aku berkawan dengan Mamat nie. Mamat tu nama glamer dia. Tapi aku tak makan saman. Cinta giler masa tu. Takdenyer nak dengar pendapat org lain.

Tapi cinta aku tak sampai ke jinjang pelamin sebab dalam masa bercinta dengan aku, rupanya Mamat bercinta jugak dengan adik angkat aku. Malangnya nasib aku. Dua orang yang aku percayai, yang aku sayang mengkhianati aku. Bayangkan perasaan aku. Betapa kecewanya aku.

Dan aku masih ingat lagi pertemuan terakhir aku bersama Mamat dan adik angkat aku di Puduraya. Soalan terakhir yang aku tanyakan padanya. " Siapakah yang dia pilih" dan jawapannya amat menyedihkan tp aku masih mampu menahan airmata dari mengalir kerana seorang lelaki penipu. Dan ungkapan terakhir dari aku hanya " mulai saat ini, Mamat telah mati dalam ingatan saya"

Bermula dari situ la aku berdendam pada lelaki. Aku berikan cinta pada setiap lelaki yang ingin mendampingi aku. Bila mereka telah benar-benar ingin memiliki aku... aku tinggalkan mereka dalam kekecewaan. Sesungguhnya pada aku tiada istilah cinta... Aku sendiri tak tau apa itu cinta....

Namun tuhan itu maha kaya. Menurut sumber yang boleh dipercayai, mereka telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak. Aku tak rasa kecewa atau marah tapi bersyukur kerana rupanya Mamat adalah seorang penagih. Da dia telah dibuang dari kerja atas kesalahan itu. Dan menurut cerita terbaru yang aku dengar, mereka telah bercerai. Itulah akibatnya kalau menyakitkan hati orang yang tidak bersalah.

Cinta pertamaku.....

Waktu itu aku masih di bangku sekolah, kalau tak silap di penghujung form 4. Ada sorang mamat nie dah ikut abg aku balik ke rumah. Kebetulan waktu tu aku baru balik dari sekolah. Sebaik aku masuk je pintu umah, aku nampak mamat nie tgh duduk kat ruang tamu. Aku buat tak nampak je la.

Tak lama lepas tu, mamat nie dtg lagi kat umah. Tak sangka kali nie dia nak berkenalan pulak ngan aku. Aku terima je la. Kitorang pun bertukar2 alamat. Sejak tu rajin la mamat nie antar surat kat aku. Bulan puasa tahun tu dia ada la dtg berbuka puasa kat umah aku. Aku pun tak sangka mamat nie serius ngan aku. Dia berani gi cakap ngan org tua aku yg dia nak kawan ngan aku dgn seriusnya. Abah aku nie jenis garang tp sbb dia dtg cara elok dan cakap terus-terang so abah aku bagi la dia kawan ngan aku tp bersyarat. Syaratnya, kalau dia betul2 nak aku , dia kena tunggu aku abis belajar dulu. Dia setuju je dgn syarat tu.

5 tahun aku berkawan dgn mamat nie tp tak pernah keluar. Kalau dia nak jumpa aku, dia dtg ke umah. Kitorang berhubung dgn surat dan telefon je. Tp kad raya tiap tahun dia tak penah miss bagi aku. Dia betul tunggu sampai aku abis sekolah. Setahun lepas aku abis sekolah, aku dpt keje kat KL. Tiap Sabtu dia dtg amik aku dr opis dan antar aku balik umah mak aku. Mlm minggu mesti dia tido kat umah aku sbb hari Ahad dia nak antar aku balik ke KL semula.

Tp biasa la kan org kampung, mana boleh camtu punya mesra kan. Org tua aku takmo org buat citer tak elok, jadi abah suh dia antar wakil masuk meminang. Kitorang pun bertunang la tp rupanya jodoh aku bukan dgn dia. Bercinta 5 tahun tp nak berpisah satu hari je masanya. Aku berpisah ngan dia pd hari aku bertunang dgn dia. Tengahari tu aku bertunang, petang tu aku gaduh ngan dia. Sejak tu masing2 bawak diri, takde surat takde phone call lagi. Tp sejak berpisah dgn dia, walau dgn siapa pun aku berkawan tetap tak dapat dibandingkan dgn dia.

Tp selepas 10 tahun berpisah, tiba2 aku terima panggilan dari dia. Waktu tu aku kat opis. Yang menghairankan aku bukannya apa, takde sape pun yg tahu nombor telefon tempat keje baru aku termasuklah family aku. Sempat la bertukar2 nombor hp. Malam tu dia call aku lg. Kitorang sembang la cam dedulu. Tp sama jugak, aku ngan dia, dua2 lum kawin. Bila aku tanya dia kenapa tak kawin lg, dia kata " jodoh pertemuan bukan kita yg tentukan, semua tu keje Tuhan".

Tapi kejadian ni berlaku dua tahun yang lalu... Di waktu ini aku pun tak tau di mana dia berada, dah kawin ke belum, masih hidup atau pun sudah tiada. Kami terputus hubungan lagi....

Koew Teow Kerang......


koew teow kerang


Inilah rezeki untuk malam ni. Aku bukan la pandai sangat memasak pun tapi buleh la... untuk tekak aku lepas la. Hehehe... Tak tau la kalau aku dah berkahwin nanti. Boleh ke suami aku hidup lama dengan aku agaknya.

Kalau nak diikutkan aku ni suka memasak, aku suka mencuba sesuatu yang aku tak pandai. Aku memang dari kecil tak dibiasakan memasak. Masa tinggal dengan mak abah, mak tak bagi pun aku cuba memasak. Aku mula memasak setelah aku habis sekolah dan mula bekerja serta tidak tinggal dengan mak lagi. Masakan aku yang pertama seingat aku adalah masak lemak cili api sembilang salai campur belimbing buluh. Aku rasa sedap je.. tak tau la kawan2 lain yang makan sama tu. Ekeke...

Tadi aku bercadang nak masak asam pedas ikan patin pulak tapi entah la.... tetiba je dah rasa malas. Kesian jugak kat adik aku tu.. penat2 balik keje, nasik lauk lak takde. Seharian tak makan.. tetiba sampai rumah yang ada cuma koew teow je. Takpe la, kejap lagi la kot aku sediakan bahannya. Kalau tak, esok la. Hahaha...
.