Sunday, March 23, 2008

Hujan....

Hujan turun lagi... Makin lama makin lebat. Tubuh yang hanya dibaluti selapis pakaian menjadi semakin dingin. Deruan angin berserta tempias juga semakin menambahkan kedinginan. Arghhh!! Sejuknya....

Teringat kembali saat aku masih bersama dia. Waktu itu musim hujan. Aku bekerja sambil belajar di Kuala Lumpur dan dia bekerja di kampung. Sudah menjadi rutin mingguan, dia akan datang mengambilku di depan office ku di Jalan Tun Razak dan menghantarku pulang ke kampung dan pada pagi Isnin dia akan menghantarku semula ke office.

Entah kenapa hari itu aku menjadi seorang yg tidak sabar. Agak lama aku berdiri menunggu dia di depan office namun dia tak muncul2 juga. Hatiku menjadi semakin panas dan sebaik sahaja dia sampai di depanku, aku terus mengamuk. Aku tak mempedulikan dia yang basah. Dia meredah hujan untuk tak mahu membiarkan aku menunggu lama. Waktu itu dia hanya ada motosikal sahaja, maklum la keje pun hanya sebagai budak wiring, panjat2 tiang elektrik. Tapi aku langsung tak rasa kesian pada waktu itu, mungkin kerana amarah menguasai diri. Namun dia masih tetap sabar, masih tersenyum memujukku. Dengan kata2 yang lembut dia mengajakku pulang.

Tapi kini.... segala kenangan itu hanya menjadi sebuah kenangan indah di dalam hidupku. Walaupun kini dia entah di mana namun aku tahu dia adalah seorang yang baik. Mungkin bukan ditakdirkan jodohku dengan dia namun aku bersyukur kerana pernah memiliki cintanya.
.