Friday, February 29, 2008

Yahoo!!!! adik kesayanganku dah duduk wad biasa

Alhamdulillah... syukur kepada Allah kerana memakbulkan permintaanku agar adik kesayanganku selamat. Dah hampir seminggu adikku menanggung kesakitan. Kelmarin aku akui memang aku sangat risau sewaktu melihat adikku disorong keluar dari dewan pembedahan. Dengan keadaan yang tidak sedarkan diri, badan mengeletek, memang tak dapat nak diceritakan bagaimana perasaanku ketika itu.

Sewaktu menunggu aku tak rasa risau sangat sebab aku tau adikku hanya nak dioperate pada kaki dan tangan sahaja. Yang membuatkan aku risau, lemah longlai dan menggigil tubuh badan bila melihat keadaannya sebaik keluar dewan pembedahan. Aku akui.... hatiku yang begitu tabah menghadapi cabaran jadik tak menentu.

Semalam adikku dah sedar dan dah mula mintak minum. Tapi yang kelakarnya... dia boleh memilih pulak tu. Dia mintak air dutch lady. Dia memang sangat suka air dutch lady tu. Dan berita gembira untuk hari ni waktu call abah tadi... abah kata ari ni doc simen tangan adik. Kemudian nanti doc akan buat xray dada adik pulak untuk tengok kalau2 ada bahagian dalam badan adik yang rosak. Mintak2 la takde.

Dan berita gembira lagi... kalau selepas xray takde apa2 kerosakan dalaman, mungkin dua tiga hari lagi adik dah boleh keluar hospital. Alhamdulillah.....

Berkampung kat luar icu tunggu adik sedar lepas operate




Masa ni abah da tak tentu arah dah. Aku tak sempat nak amik gambar abah menitiskan airmata sorang2 kat tepi tingkap. Masa tu adik baru je ditolak masuk ke ICU dari dewan bedah. Masa adik ditolak keluar dari dewan bedah, adik tak sedar macam orang lain yang keluar sebelum dia. Dengan keadaan badan mengeletek, sayu dan risau hati tengok keadaannya. Tak sempat nak tunggu lif lagi dah, aku berlari je panjat tangga ke tingkat 5. Dewan bedah kat tingkat 3 je.

Sampai kat ICU, langsir tempat katil adik ditempatkan tu ditutup pulak. Entah apa la yang dorang kat dalam tu nak buat lg kat adik. Guard kata tunggu langsir bukak baru leh tengok. Lama jugak la aku berdiri terpacak kat depan pintu ICU tu, memerhati langsir dibuka.

Waktu yang sama tu ramai yang ada kat depan ICU tu sebab ada sorang nenek tu dah nazak kat dalam tu. Dengarnya nenek tu umur 84 tahun, terbakar ketika pasang ubat nyamuk. Kesian.... Abah kata, ubat nyamuk bakar kain yg dipakai oleh nenek tu, kemudian api kena pada pampersnya dan nenek tu terduduk. Abis melecur. Petang tu nenek tu meninggal. Innalillah....

Sebaik langsir adik dibuka je, aku panggil mak dan abah masuk tengok adik. Alhamdulillah stabil. Tapi wajah mak ngan abah tetap tak menunjukkan kegembiraan. Wajah keduanya sayu dan penuh kerisauan. Aku pun amik peluang jugak masuk tengok, aku sentuh bahu adik dan dia bergerak. Syukur alhamdulillah, lega rasa hati sikit. Tak lama kemudian berkumpul lagi doc kat keliling katil adik. Alamak! Nape ek? Risau balik hati aku.

Tapi takde pape... Kami menunggu kat situ sampai abis waktu melawat walaupun tak dapat masuk mengadapkan dia lama sikit. Sekejap sgt masa yg diperuntukkan. Takpe la, asalkan adik sihat je.

Gambar adik sebelum operate





Adik kesayanganku kemalangan!!!!!





Mak abah menunggu kat depan dewan bedah. Kesian mak ngan abah. Tak lalu makan tak lena tidur memikirkan anak kesayangan.

Friday, February 22, 2008

Asam Pedas Ikan Pari


Hari ni teringin nak makan asam pedas pulak. Aku pilih ikan pari sebab aritu adik aku nak makan asam pedas ikan pari tp aku tak jumpa ikannya. Tadi masa masuk Giant nak beli taugeh untuk goreng bihun esok, aku ternampak ikan pari. Tu yang aku beli sikit tu.

Entah la... Aku pun semakin lama semakin hairan kenapa asam pedas yang aku masak kaler dia tak merah macam asam pedas orang lain tu. Erm.... pelik kan. Ada bahan yang kurang kot. Cili memang la kurang kalau aku masak. Mana buleh masak pedas-pedas. Kang tak pasal2 sakit perut balik.

Lapar la... Nak pi makan jap la.

Thursday, February 21, 2008

Masak Lemak Talapia Merah


Semalam tiba2 teringin nak makan gulai talapia merah. tu yang belasah masak tu. Campur dengan tomato, ada la sikit lemak2 masam. Lepas makan dengan nasi, malam tu aku mintak tolong Dalia buat jemput2. Ekeke... sedap wat cecah ngan kuah gulai.

Resepinya senang je. Aku masak sumer resepi belasah. Asalkan sedap kat tekak aku jadi la.

Bahan2nya

Ikan Talapia - ikut suka nak berapa ekor.
Tomato - 3 biji (sebiji belah 4)
Kelapa - sebiji (perah amik santannya)
Cili api - 17 biji. (kalau nak pedas letak la lebih)
Serai - 2 batang
Kunyit
Garam

Cara2nya

1. Ikan dibasuh bersih dan digaulkan garam dan kunyit
2. Gorengkan ikan tersebut terlebih dahulu
3. Tumbukkan cili sampai lumat kemudian masukkan serai dan titikkan.
4. Masukkan cili serai ke dalam periuk dan tambahkan santan.
5. Biarkan mendidih atas api kecil.
6. Masukkan jugak kunyit ke dalam didihan santan untuk warna kuning.
7. Kemudian bila santan da agak pecah minyak masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
8. Masukkan garam secukupnya.
9. Kemudian bila kuah dah agak kurang, santan dah semakin pecah minyak maknanya
kuah dah betul2 masak, masukkan tomato.
10. Biarkan sampai tomato nampak lembut dan boleh la diangkat untuk dihidangkan.

Malam ni aku nak masak ati ayam pulak. Tugas bermula. Masak time....

Wednesday, February 20, 2008

Makan Malam Bersama


Kejadian ni berlaku malam tadi. Ekeke... Masa tengah makan pun sempat lagi aku mengambil gambar. Model aku biasa la... Dalia. Ahaks

Lauk biasa2 je malam tadi. Aku masak sambal ayam dengan goreng kacang buncis je. Malam ni aku bercadang nak masak masak lemak ikan talapia merah. Balik nanti nak singgah kedai beli serai dengan cili api.

Dah lama tak menggulai. Tak tau la masih mantap ke tidak skill menggulai aku nih. Mintak2 jadik la gulai aku karang.

Tuesday, February 19, 2008

Juadah Malam Ini


Mee goreng lagi malam ni..... Tak tau nak makan apa tadi. Masa beli stok lauk kat Giant tadi aku nampak mee tu macam sedap je. Tu sebab la aku beli mee. Ekekeke...

Ada ayam, ikan kembong, hati ayam dan ikan talapia merah tadi. Nanti aku fikirkan apa jenis masakan yang suit untuk talapia tu. Ha! Aku dah tau dah. Talapia masak lemak cili api. Tapi ikan tu musti nak kena goreng dulu baru la sedap. Erm...

Sayur pulak aku ingat nak goreng kacang buncis je. Goreng cam biasa aku buat tu. Hurm... biasa la kalau rumah bujang ni kan. Masakan kalau buleh nak seringkas yang mungkin.

Saturday, February 16, 2008

Spagetti belasah masyukkkk



Juadah malam ni. Entah kenapa selera teringin nak makan spagetti. Aku belasah je la masak sendiri. Walaupun rasanya tak seperti spagetti yang ada kat Pizza Hut ataupun yang ada kat restoran2 terkenal tapi boleh la untuk melepaskan rasa teringin aku ni.

Kuah spagetti ni takde la masam sangat. Okay la bagi tekak melayu. Aku pertama kali makan kuah macam ni kat umah Kaklong. Aku rasa sedap pulak. Tak masam tak pedas. sedang2 je rasanya. Aku pun tanya2 la kat Kaklong resepinya. Kata Kaklong senang sangat nak buat kuahnya. Kita cuma perlu bawang besar yang didadu, bawang putih yang dicincang, daging kisar, cendawan butang yang dalam tin pun dah ok dah, sos spagetti kimball dan sedikit air. Lepas tu lebur2 je la ramuan tu dalam kuali.

Esok ada kelas pulak. Lepas kelas nak turun PD jumpa Abg Armia. Erm... nak study jap la tuk kelas esok. Esok takde test Math, mungkin test Business Law dengan Business Communication je. Esok seharian tak jengah blog nih. Forum harmoni pun takleh jengah. Insyaallah malam ahad baru jumpa pc kesayanganku ni.

Thursday, February 14, 2008



Aku hari ini.. Kat opis. Muka aku biasa je walau ke mana aku pegi. Aku tak pandai nak bermekap2 nih. Natural walaupun tak beauty. Ekeke....

Kekadang terfikir jugak aku, orang yang lebih berumur dari aku pun datang keje siap liptick, eyeshadow bagai. Aku jugak yang muka toya datang opis. Dengan tak berbedak dan berliptick apatah lagi nak bermaskara dan bereyeshadow. Tak pandai la aku nak pakai semua tu. Bukan aku tak pernah beli. Kalau aku beli liptick, bertahun2 masih elok je panjangnya isi liptick tu. Maskara pulak sampai keras kat dalam bekasnya.

Aku penah cuba pakai celak mata. Tak tahan aku. Mata asyik berair je dan kesudahannya sekeliling mata aku hitam macam orang tak cukup tido ataupun kena tumbuk. Ekeke... Memang aku tak dilahirkan untuk cantik kot. Erm.. Cantik ke bermekap....?

Ini la sudut ruang kerjaku kat opis. Aku setakat kerani kaunter je. Tapi jangan terkejut kerana kat meja aku ada dua komputer yang disediakan untuk aku menjalankan tugasku. Satu komputer digunakan untuk browse web Bursa Malaysia. Kat komputer yang ni aku takde install atau download apa2 pun. Komputer yang ni aku biar clean.

Komputer yang satu lagi tu la aku gunakan untuk buat pembayaran kalau ada client buka akaun ataupun transfer share. Dan kat komputer tu jugak la aku melayari web harmoni, oum dan segala jenis web yang aku teringin nak jengah. Dan komputer ni jugak la yang dah dua kali kena overhaul. Ekeke... Asyik rosak je hard disknya aku kejekan.

Semalam komputer ni lebih sepuluh kali padam sendiri la, hang la. Bengang aku. Terganggu keje2 aku. Hari ni nasib baik la cuma sekali je dia buat hal. Dapat la aku jalankan tugas aku dengan lebih lancar dan dapat jugak la aku berforum dengan tenang.

Dorang kata nak tukar komputer ni ke jenis yang lebih canggih. Bahagian belakang dah tukar dah. Cuma kaunter je yang dorang belum boleh buat. Entah la... kata bebudak IT ada benda yg dorang takleh nak settlekan lagi untuk bahagian kaunter.

Tak sabar aku nak tukar komputer baru. Aku tengok menarik la kat bahagian belakang. CPU siap ada built in speaker, ada cd writer. Yang kat aku sekarang ni fesyen lama punya. Jangankan cd writer, cd je pun takde. Menarik tu kalau dapat yang baru. Boleh la aku intall downloader youtube dan boleh la aku copy ke cd.

Buku dan calculator tu pulak tak termasuk dalam keje aku. Ekeke... Itu aku buat keje sendiri. Aku berani bukak buku study kat opis waktu keje sebab manager aku dah bagi green light kat aku. Bagus kan manager aku. Dia yang kata kat aku.. "kalau takde keje, you boleh buat keje sekolah you kat sini". Ekeke...

Singa Menari





Kejadian ni berlaku kat opis tengahari tadi. Setiap kali lepas tahun baru cina memang kat opis ni akan ada buat tarian singa. Ala... dorang memang ada siapkan peruntukan untuk bayar tarian ni. Singa ni siap masuk jalan2 dalam opis tu. Jengah semua sudut yang ada dalam opis.

Lepas dah puas menjelajah ke seluruh pelusuk opis, dorang naik pulak kat tingkat empat. Kat tingkat empat ni opis kitorang gak tapi lebih kepada open galeri. Kat atas ni satu wing untuk client layan share market. Satu wing lagi untuk opis bahagian credit control.

Bila dah abis menjelajah kat tingkat empat, dorang turun balik ke tingkat tiga. Opis aku la tu. Dorang tamatkan tarian kat tingkat tiga selepas singa berteleku kejap membelah limau2 yang memang dah disediakan kat tengah2 laman opis.

Menarik tu memang la menarik tapi tu la.. tak tahan dengan kebisingan gendangnya...

Wednesday, February 13, 2008

Aku, Goreng Pisang Dan Makanan Tengahari.






Malam tadi teringin sangat nak makan goreng pisang walaupun kepala ni terasa berat sangat. Sakit. Berdenyut. Aku paksa adik pompuan aku gorengkan pisang yang aku bawa balik dari kampung minggu lepas. Biasa la pisang kan, mana la tahan lama. Dah simpan empat hari kat dapur dia jadik lembik. Tapi takpe, asalkan dia pisang dan boleh digoreng, erm... aku belasah jugak walaupun tekak tak berapa baik.

Aku set alarm pukul tiga nak bangun study, memang aku terjaga tapi tak larat nak bangun sebab kepala masih terasa sakit. Aku tuam kain basah kat kepala dan aku sambung tido. Pagi tadi bangun tido, tekak rasa sakit. Telan air liur pun rasa macam telan benda keras. Namun aku buat biasa je. Aku tak peduli sangat. Sampai kat opis macam biasa aku makan nasik lemak sambal sotong. Tekak masih terasa sakit bila aku telan makanan.

Aku cuba jugak buat sikit latihan math masa takde client td. Kepala dah mula rasa bengal. Berdenyut tapi tak sakit. Aku stop buat latihan dan buat keje yang datang sampai la waktu makan tengahari.

Aku jalan2 kat dalam Klang Parade (kat depan opis aku je) sambil cuci mata dan tapau makanan kat food court. Masa jalan2 dgn Kaklong kat dalam Klang Parade tu tiba2 je sendi2 kaki dan tangan terasa lenguh. Aku dah tak larat nak jalan , aku mintak izin Kaklong nak balik ke opis.

Sampai kat opis, dah tak lalu nak makan tapi aku gagahkan jugak menjamah makanan tu. Kalau tak makan nanti takut tak larat nak wat keje. Ari ni banyak keje jugak la dari biasa. Kemudian tiba2 kaki dan tangan rasa sejuk sangat. Aku tanya orang lain sejuk ke tidak. Dorang kata tak. Bermakna something wrong kat aku la nih.

Tak sabar aku nak tunggu 5.30. Waktu balik tu. Tapi aku takleh balik terus. Aku kena singgah Giant depan opis ni beli beras. Beras dah abis kat rumah. Aku tumpang kereta Banglong je balik tapi puas jugak la nak memanjat tangga ke tingkat tiga umah aku dengan beg, stok lauk dan beras.

Dah sampai umah, dah letak beras dan lauk kat dapur dan aku terus mengadap pc nih. Update blog je kejap dan pasni nak gi baring jap. Rasa tak larat nak bergerak dah nih. Badan dah semakin panas dan kaki tangan rasa tak terdaya nak digerakkan. Sengal.

Tuesday, February 12, 2008

Juadah Tengahari


Daging goreng


pajeri nenas


Limau


Juadah yang dah selamat aku belasah


Lauk pauk dan nasik ni sumer aku beli je masa on da way balik umah tadi. Ekeke.... limau tu pulak bebudak opis bagi lepas chinese new year.

Demam lagi.....

Kenapa dengan aku nih....? Apa yang tak kena pada diriku....? Kenapa la aku asyik demam je nih.....? Ada penyakit apa aku ni....? Erm... Ya Allah! Berikanlah aku kesihatan yang baik supaya aku dapat meneruskan kehidupan dan dapat berbakti pada kedua orangtuaku.

Sesungguhnya ya Allah, aku masih belum mampu membalas segala jasa kedua orangtuaku. Aku belum berkemampuan memberikan kesenangan kepada mereka. Berilah aku kesempatan ya Allah untuk membahagiakan mereka.

Aku dah jumpa doktor... doktor kata aku cuma stress je sebab tu la aku selalu demam. Itu memang aku akui. Terlalu banyak perkara yang harus aku fikirkan. Keluargaku, pelajaranku, adik2 yang di bawah tanggungjawabku kat sini dan juga kehidupan peribadiku sendiri.

Semalam aku tido agak awal dari biasa. Entah la.... Semalam jiwa aku rasa kacau sikit. Perasaan tak menentu. Ada rasa sedih wujud dalam diri. Aku cuba study tapi otakku tak dapat memproses data dengan baik lalu aku ambil keputusan untuk tido bagi melupakan segala permasalahan untuk seketika. Aku set alarm untuk bangun study pada pukul 3 pagi tapi sesedarnya aku dari tido yang lena, ku lihat jam dah menunjukkan angka 6 pagi. Dan iblis itu berjaya menggodaku. Aku sambung tido semula sampai la ke pukul 7.45 pagi.

Sekarang aku berada kat opis dan aku kini diserang rasa mengantuk. Aku amat pasti.... kalau ada perasaan sebegini, itu bermakna aku kurang sihat. Dan selsema ni pun makin menjadik. Suara pun dah berubah sikit nih. Erm... Antibodi aku tak kuat la. Mudah sangat aku diserang penyakit. Aku kena amik supplement la agaknya nanti ni.

Monday, February 11, 2008

Damaikan hati ini


Damai.... tenang... pohon yang merendang. Tumbuh subur. Andainya hatiku dapat setenang itu.....

Pening....

Erm.... Selama ni aku tak kisah sangat bab yang satu ni tapi bebaru ni balik kampung... orang tuaku dah sebut pasal perkara nan satu ni. Dan dorang serius sangat. Sebabnya... dorang kata ada satu family nak masuk meminang adik aku. Family tu dah tak sabar2 nak datang rumah. Orang tua aku pulak takmo aku tercicir. Dorang nak lepaskan aku dulu kemudian baru la adik2 aku pulak.

Masalah sekarang... aku nak belajar lagi. Lagipun aku takde calon yang nak dibawa balik untuk dikenalkan pada abah dan mak. Sebelum ni banyak kali jugak mak dan abah cakap2 benda ni tapi aku tak amik port sangat. Aku selalu anggap dorang bergurau je ngan aku tapi kali ni aku terpaksa akui yang dorang tak bergurau. Abah serius nak aku kawin. Alahai.... Aku takde calon.

Aku dah cakap pada dorang, biarlah adik2 aku kawin dulu. Aku tak kisah pun. Mungkin jodoh aku lambat lagi. Tapi dorang takmo terima alasan aku. Dorang dah start mendesak aku. Bertambah pening la kepala aku. Apa salahnya langkah bendul kan. Sape yang dah sampai jodoh biar la dorang jalan dulu. Nape la mak ngan abah ni nak jugak ikut aturan. Nape.....????

Sapa pulak aku nak tangkap wat calon ni? Hahaha!!!!

Aku, TNB dan Blackout



Malam ni tiba-tiba je elektrik padam. Tapi pelik pulak. Padamnya tak seperti biasa. Bukan semua rumah pun blackout. Rumah aku je yang padam. Biasanya main switch yang jatuh tapi kali ni main switch tak jatuh. Tapi elektrik takde. Pelik....

Aku memang tengah bersemangat nak study math tadi. Aku tengah buat latihan yang walaupun dah ada jawapan dan jalan kerjanya tapi aku masih tak faham2 jugak. Aku cuba nak selesaikan dan semakin aku cuba semakin aku pening. Puas aku fikir camana boleh dapat macam ni macam tu. Erm... Waktu tu la elektrik blackout.

Aku call TNB. Dorang datang tengok. Memula aku takut gak dorang marah sebab wayar berselirat kat umah aku tapi erm... Berbalik dorang yang suruh aku beli lagi soket tu. Ekeke... Dorang kata ada problem kat main switch tu. Entah apa ntah tadi. Dorang kata satu point tu control semua plug dalam bilik termasuk satu kat ruang tamu ni.

Lepas test2, dorang suh aku guna plug kat dapur untuk pc. Maknanya aku kena beli lagi soket la. Bertambah berselirat lagi wayar kat umah aku. Satu hari mesti aku tergolek dog langgar wayar ni.

Bila elektrik dah okay, aku on pc dan aku jengah forum serta blog nih. Latihan math tadi terbiar je kat atas meja ni. Hilang semangat aku yang berkobar2 tadi. Tapi walau macam mana pun aku kena jugak buat latihan dalam seminggu ni sebab hari sabtu ni dikhuatiri akan diadakan test. Aku takut takleh jawab sebab setakat ni aku memang tak dapat nak faham lagi math nih. Mintak2 la dalam seminggu ni semangat nak study aku sentiasa berkobar. Insyaallah....

Sunday, February 10, 2008

Sudut belajar....



Di sudut ini la aku menghabiskan masa study dan berforum ketika di rumah. Ruang terbuka ini terletak di sudut ruang tamu dan berhampiran dengan dapur. Faham2 saja la kan. Senang aku nak pi selongkar makanan kalau lapar masa tengah lepak2 kat sudut ni. Ekeke...

Buku2 kat atas monitor tu aku baru je lepas susunkan. Sebelum tu memang bersepah je kat atas tu. Meja pulak aku buat sendiri je. Tu yang nampak tinggi dan kecik je tu. Ala... Aku potong papan pintu terbuang pastu aku letakkan kat atas rak akuarium yang telah pecah aku hempuk. Buku2 semester lepas dan juga segala kertas terpakai dan belum pakai aku susun kat para yang juga buatan sendiri kat kaki rak akuarium tu. Para tu bukan aku yang buat tapi tuan rumah dulu.

Asalkan benda tu boleh guna takde la aku buang. Boleh jugak aku gunakan sebagai tempat buku2 dan kertas2. Takde la bersepah2 kat sudut ni. Cuma printer je aku tak tau nak letak kat mana ni. Buat masa ni aku letakkan kat atas lantai je dulu. Bukan tak boleh letak kat atas monitor ni tp kertas yang keluar tu tak tersusun la. Asyik jatuh ke bawah je. Lebih baik aku letak kat atas lantai baru la kertas2 tu tersusun cantik. Aku rasa cam nak letak atas meja ni je tp nanti la. Nanti aku susun balik barang2 kat atas meja ni. Lepas tu baru la aku letak printer ni kat atas.

Nak beli satu book shelf untuk susun semua buku2 nih. Tak sesuai rasanya letak kat atas monitor nih. Tapi nak beli pun kena tengok budget dulu ar. Ekeke.. Ada lebih baru la boleh beli. Erm.. Buat sementara tu biarkan buku2 tu tersusun kat atas dulu.

Friday, February 08, 2008

Aku yang dah gemuk...


Ini la aku.

First time aku amik gambar sendiri sambil senyum sepenuhnya. Aku ni sebenarnya tak pandai bergambar. Ni aku cuba2 je masa kat Ulu Bendul tadi. Dah gemuk aku rupanya.

Semalam turun dari kete je terus mak cakap... "ingatkan sape yg gemuk putih tadi." Ekeke... Takde la putihnya.... cuma cerah sikit la dari dulu. Dan yang pastinya... aku memang dah gemuk. Abang Lang pun tadi panggil aku si gemuk. Huhu...

Ibu.... Ibu.... Syurgaku di bawah telapak kakimu.


Ibu.... Ibu.... Engkaulah ratu hatiku.....

Ini la ibuku. Ibu kesayangan aku. Tengok la betapa banyak dah kedut2 pada wajah ibuku. Dulu ibuku cantik berkulit tegang tapi kini setelah usia ibuku menjangkau 57 tahun, kulitnya telah kendur dan kesihatan pun tidak la sentiasa memuaskan.

Semalam aku balik kampung, ibuku masih lagi batuk2. Dah lebih dua minggu kesihatan ibuku begitu je. Dah pegi klinik pun masih begitu juga keadaan. Entah la... Mungkin sebab ibuku sudah beransur tua atau juga sebab keadaan persekitaran. Harap2 ibuku akan sihat sepenuhnya.


Tadi sebelum balik ke Klang, sempat lagi kami bermandi-manda kat Ulu Bendul. Kakak aku yang nombor tiga, Kak Lang bawak anak2nya, adik aku dua orang dan juga ibuku ke situ. Aku bersama Kak long dan anak2nya. Kami singgah mandi-manda kejap. Ibuku hanya memerhatikan dari atas tebing anak2 dan cucu2nya bermain air. Sesekali ibuku akan memanggil cucunya yang kecil naik ke atas. Sejuk katanya. Ekeke...

Sekejap je kami habiskan masa di Ulu Bendul tu. Sebelum balik sempat la ibu berpesan kepadaku supaya sentiasa menjaga diri dan kesihatan. Aku sayang ibu aku. Aku sentiasa berdoa agar ibuku diberi kesihatan yang baik sepanjang masa.

Wednesday, February 06, 2008

Sambal sardin dan sayur kobis




Ini juadah untuk malam nih. Kalau malam ni kaum cina makan besar dengan pelbagai hidangan sedap.... bagi aku dan adik2 cukup la sekadar yang ada ni. Ini pun dah alhamdulillah... Masih ada nasik dan lauk untuk dijadikan santapan. Kalau nak dibandingkan dengan orang yang lebih miskin, yang hidup di negara yang tidak aman, yang makanan dan segala keperluan terlalu payah nak diperolehi, kehidupan yang aku lalui sekarang adalah jauh lebih baik.

Sayur kobis adalah sayur kegemaranku. Mak biasanya akan goreng sayur kobis kalau aku balik kampung. Ekeke... Esok aku akan balik ke kampung. Dah lama tak makan masakan mak. Agaknya ada la dalam sebulan kot aku tak jengah kampung. Erm... Rindu pulak pada mak dan abah serta adik bongsuku yang manja.

Balik kampung nanti aku nak amik gambar mak, abah dan adik manjaku. Nanti aku akan pastekan gambar mereka kat sini.

Sensitif....

Entah la.... Tak tau kenapa sejak kebelakangan ni aku rasa semacam je. Perasaan aku mudah tersentuh. Airmataku mudah menitis walaupun hanya dengan gurauan. Mungkinkah kerana perasaanku sensitif? Atau ada sebab lain?

Malam ini aku rasa ada sesuatu yang dah berubah. Kenapa berubah aku pun tak tahu. Mungkin kerana putaran masa atau mungkin kerana aku..... Entah la.. aku manusia biasa yang tak tahu membaca hati manusia lain. Kalau aku tahu.... mungkin aku mampu mengawal tindakanku.

Atau adakah kerana kesihatanku yang tak menentu sejak kebelakangan ini? Rasanya aku cuma demam biasa kerana kurang tido je nih. Ke aku kena pi check darah, air kencing dan sebagainya nih untuk mengetahui keadaan kesihatanku yang sebenarnya?

Bulan ni je dah dua tiga kali kot aku demam. Tapi demam kali ni yang teruknya. Sampai dua hari aku tak larat bangun. Mungkin aku kena ubah cara hidupku agaknya. Tido awal dan jaga pemakanan. Mudah-mudahan demam ini cepat sembuh dan tak berulang dalam masa terdekat nih. Insyaallah....

Tuesday, February 05, 2008

Kari daging dan goreng kacang



Juadah untuk makan malam nih... Kari daging dan sayur kacang panjang. Itu je la yang termampu aku masak. Nak masak berbagai2 jenis aku pun tak pandai. Ala... standard la orang bujang yang bukan senang macam aku nih. Asalkan ada makanan untuk mengalas perut pun dah syukur alhamdulillah.

Sebenarnya dah lebih dua minggu aku teringin nak masak kari daging tapi kemalasan tu tahap gaban la pulak. Baru la hari ni menjadik realiti. Itu pun kebetulan petang tadi masa balik dari kerja, aku lalu kat kedai. Hati aku kuat sangat nak singgah walaupun kaki aku terus melangkah melepasi kedai tu. Selang dua pintu dari kedai tu, jiwa aku meronta nak patah balik. Aku pun mengikut kata hati, berpatah ke kedai.

Aku beli sebiji kelapa, 3 biji tomato, sedikit kacang panjang dan setin sardin kegemaranku. Sardin king cup tin besar. Jumlah yang aku kena bayar sebanyak RM10.20. Mahal jugak barang2 sekarang ni kan. Tak terasa beratpun tangan menjinjing beg plastik barang tu tp harganya terasa jugak la kat poket. Ekeke....

Kalau rajin esok nak buat sambal sardin la. Kalau malas gamaknya telur dadar je la. Erm... Masa bujang ni la nak masak ikut kerajinan. Nanti kalau dah berumahtangga, erm... nak kena la jaga jugak masakan. Nak kena jaga selera suami. Bukan apa... takut suami carik lain. Almaklum la kan... nak pikat suami dengan rupa bentuk, erm... tak layak aku ni. Jadi kena la pikat suami dari perutnya.

Tapi apsal pulak aku sebut2 pasal suami ni ek? Erm... ni musti sebab aku tengok gambar nikah Mutiara Ilahi kot. Ekeke... Takpe la, sampai ketikanya nanti bertukar la status ni. Insyaallah....

Monday, February 04, 2008

Study.... study.....


Pening kepala otak aku mengadap buku nih semalaman malam tadi. Puas ku cuba dan cuba dan terus mencuba... dapat gak la aku menjawab dua tiga soalan. Tapi kepuasannya setelah dapat menyelesaikan masalah matematik tu sangat berbaloi. Tu yang membuatkan aku sampai tanak tido semalam. Ekeke... Seronoknya subjek matematik nih.

Arini nak cuba lagi menyelesaikan masalah tapi nampaknya tak boleh la. Kena balik kampung dulu la carik buku matematik peringkat SPM. Buku anak sedara yang adik aku kat UKM tu wat rujukan sebelum nih. Raya Cina ni aku balik tp takleh berlama-lamaan kat kampung sebab Sabtu tu ada kelas. Erm... tutor yang nih dah nak bersalin.. so kena abiskan kelas cepat.

Jap lagi kalau rajin aku nak jengah buku undang-undang Malaysia lak kejap. Sabtu ni ada test lagi. Test pertama Sabtu lepas aku dah miss sebab demam teruk. Mintak-mintak la test kedua ni aku dapat hadirkan diri... Kalau tak rugi aku 10 markah.

Nasi goreng kentang dadu masyukkkkk


Nasi goreng ni baru je masak. Masih panas di dalam kuali. ekeke...

Resepi dia mudah je. Ada kat bawah nih....

Nasi goreng kentang dadu masyukkk

Bahan2 :

Nasi
2 biji kentang dipotong dadu
seulas bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
ikan bilis - kisar
5 ulas cili kering - kisar
garam dan ajinomoto
minyak untuk menumis

cara2 :

1. Panaskan minyak dengan api sederhana.
2. Tumiskan bahan kisar sampai naik minyak.
3. Masukkan kentang. Biarkan sampai empuk. (nak cepat empuk, tutup la kejap)
4. Bila kentang dah empuk, masukkan garam dan ajinomoto secukupnya.
5. Masukkan nasi dan gaulkan rata.
6. Biarkan seketika dan nasi goreng sedia untuk dimakan.

Erm... Aku ni memang suka memasak la walaupun masakan aku tak sedap. Ekeke... Aku sebenarnya suka mencuba dan alhamdulillah setakat ni masakan aku menjadik je. Ada lagi sebenarnya yang aku teringin nak cuba tapi lum ada rezeki nak realisasikan. Aku teringin nak buat lamb chop. Nanti aku carik resepi dulu dalam internet pastu aku try buat. Ekeke...

Nak pi sambung study jap.... Esok2 sambung berceloteh lagi.

Sunday, February 03, 2008

Mee goreng


Mee goreng baru je masak. Masih di dalam kuali lagi ni. Erm... sib baik adik balik rehat td. Dia yang tolong gorengkan. Sya siapkan bahan2 dan masukkan dalam kuali. Dia yang tolong gaul2kan.

Kelapa muda dan demam....



Tinggal 3 biji kelapa lagi lum minum airnya. Semalam mintak tolong abang long belikan kelapa muda. Dia belikan 4 biji. Semalam memang tak larat sangat nak bangun. Semalam seharian tido je... Tak larat nak buat apa pun. Nak online pun tak larat. Teruk betul demam kali nih. Malam tadi adik2 balik keje dorang la yang tolong masakkan air, bancuhkan air horlick tuk sya.

Alhamdulillah... hari ni dah kurang sikit panas badan. Dah boleh la kemas rumah ari nih. Rumah memang bersepah betul. Pinggan mangkuk banyak tak berbasuh. Cadar basuh sebelum demam tu lum ampaikan lagi.... masih ada di dalam bakul lg. Comforter pulak ampaikan kat kerusi je... erm... kalau orang datang umah memang giler segannya nih. Dah serupa tongkang pecah dah ni.

Saturday, February 02, 2008

sambal ayam dan broccoli



Ini juadah tengah malam... sayur brocoli dan sambal ayam.

Friday, February 01, 2008

Sakit tekak dan air asam jawa.... sinonim ke?


Baru je lepas minum air asam jawa ni. Tekak masih sakit lagi. Orang tua2 kata kalau sakit tekak elok minum air asam jawa kan. erm... tu yang pi beli tadi tu. Entah la mujarab ke tidak nih.

Tadi beli lagi 100+ sebotol besar. Badan dah mula panas ni. Tadi lepas balik dari kedai ingatkan nak study sikit tp tak larat. Badan rasa letih sangat... mata mengantuk. Terlelap kejap walaupun keadaan tempat tak sempurna. Baring atas lantai tak berbantal pun terlelap jugak tadi. Erm....

Kejap lagi adik balik la dari keje nih. Nasik tak masak lagi. Ayam pun tak goreng lagi. Alahai! Dugaan betul la. Terpaksa menghadapi dugaan ni dengan sabar. Mintak-mintak pagi esok tak melarat la demam nih. Insyaallah....

Demam lagi ke aku...?

Adoiii!!! Tekak sakit. Selsema dah mula menyerang. Aku baru je baik demam.. takan la nak kena demam lagi. Letih la camni. Erm.... Tak cukup vitamin ke aku nih...?

Air suam campur 100+ dah dekat 2 liter aku minum hari nih. Tu tak termasuk 100+ tak campur air tu. Tapi selsema ni makin ketara pulak. Badan pun dah mula rasa lain ni.. Rasa penat2 semacam je.

Arghhh!!!! Esok ada test kat Serdang Raya. Kelas pukul 10 pagi sampai 12 tengahari. Kalau demam camana nak concentrate esok. Huhu....

Makan2 di Tanjung Harapan

Malam tadi lepas balik dari beli buku... sebelum balik ke rumah.... aku singgah makan dulu kat Tanjung Harapan. Erm.. banyak jugak la aku makan malam tadi. Tak tau la sebab aku lapar ataupun memang selera aku nak makan agaknya.

Juadah pilihan malam tadi.. ikan, ketam, udang dan sayur campur. Aku makan ketam, ikan ngan sayur campur je. Udang aku belum berani nak sentuh.. takut alergik lagi. Ketam tu pedas sikit... meleleh gak la airmata aku makannya. Ekeke... airmata tu campur sekali pedas ngan sedih.

Lepas makan kitorang amik2 gambar kejap. Pastu baru balik.

Asam Pedas Ikan Patin


Juadah tengahari tadi.... Dari semalam teringin sangat nak makan asam pedas ikan patin nih... so dengan semangat membara aku pun masak la tadi. ekeke... rasanya erm... standard la kan. masakan orang bujang... sedap mana la sangat.

Lepas masak, sempat gak la aku makan sikit sebelum aku keluar tadi. Erm.. hari ni keluar siap beli buku matematik, buku undang-undang Malaysia dan dua buah kamus. Ini kalau aku tak dapat pointer cantik jugak tak tau la aku.. sah2 la aku bengap agaknya. Terima kasih bang belikan buku-buku tu.

Aku balik rumah tadi, aku jengah kat dapur. Asam pedas yang banyak aku tinggalkan siang tadi dah tinggal seketul je... kepala lak tu. Kepala ikan memang la kegemaran aku sebenarnya. Tapi apa yang nak aku sampaikan kat sini hanyalah rasa kegembiraan aku sebab masakan aku ada yang makan. Hahaha....

Erm... Besok nak kemaskan umah sikit. Pastu nak study sikit tuk hadapi test pada 2/3 nih. Harap-harap aku dapat jawab test tu. Insyaallah.

Mata dah terasa mengantuk pulak nih.... Pi tido dulu la... Esok-esok panjang umur aku sambung lagi berceloteh kat sini.
.