Monday, February 22, 2010

Migraine Dan Cerita Ceriti

Sewaktu entry ini ditaip, kepala aku tengah sakit yang teramat, dengan bunyi letupan mercun sebagai muzik latar. Mata dah tak boleh nak dibuka ni. Aku rasa dah tiba masa aku kena mencari tilam dan bantal tapi aku nak habiskan dulu la satu entry ni.

Cerita 1

Nak bercerita tentang pengalaman aku menunggu bas untuk ke Kuala Lumpur petang semalam. Aku sememangnya sudah tahu akan gelagat anak-anak sekolah zaman sekarang yang sudah semakin terlupa akan adab sopan dan juga batasan perhubungan. Tapi semalam aku amat terkejut bila mana kejadian berlaku di depan mata aku sendiri. Malahan berlaku di tepi jalanraya.

Ada lima orang remaja, dua perempuan dan seorang lelaki. Dalam pengamatan aku, mereka semua dalam lingkungan 14,15 dan 16 tahun barangkali. Susunan tempat duduk (mereka duduk di atas penutup longkang), lelaki 1, perempuan 1, perempuan 2, lelaki 2 dan lelaki 3.

Mula-mula lelaki 1 letak tangan atas bahu perempuan 1, duduk rapat-rapat. Aku agak diorang pakwe makwe la. Kemudian, perempuan 2 pergi mencangkung di depan lelaki 3, merapat ke depan dan mula memeluk lelaki 3. Ini yang buat aku terkejut. Lama kemudian, perempuan 2 duduk kembali di tempatnya.

Dua bas dah berlalu dan mereka masih di situ. Kemudian, perempuan 2 datang mencangkung semula di depan lelaki 3, menarik dagu lelaki 3 dan mula merapatkan muka ke muka. Posisi kelihatan seperti hendak bercium pulak aku tengok. Kemudian, perempuan 2 mula memeluk lelaki 3 dari hadapan. Malu aku bila perempuan yang lebih-lebih ni.

Mata aku dah sakit, perasaan dah boring lalu aku keluarkan kamera. Bukan bertujuan untuk mengambil gambar diorang tapi sekadar nak tengok gambar anak saudara aku yang paling kecik. Diorang yang sedari tadi memang dah terpandang-pandang ke arah aku, perasan aku memegang kamera. Dan kebetulan, sebuah bas lagi sampai. Kelima-lima mereka dengan segera bergerak ke tepi jalan dan masih sempat lagi si perempuan 2 mencium pipi kiri dan kanan lelaki 3 tadi.

Di tepi jalan, dengan bas yang sudah hampir sampai, dengan aku yang sedang memandang. Agak-agaknya di mana rasa malu diorang. Atau mereka rasa bangga bila orang nampak mereka muda-muda belia, yang makan dan pakai masih di bawah tanggungan ibu bapa sudah mempunyai pakwe dan makwe serta boleh berpeluk sakan di hadapan orang. Harap sangat perkara sebegini tak terjadi kepada adik-adik aku baik lelaki mahupun perempuan.

Cerita 2

Tadi sewaktu nak menaiki bas di Klang untuk balik ke rumah. Aku nampak bas ada dua dah isi penumpang. Satu di tepi jalan dan satu lagi di kawasan lapang. Aku tuju ke bas yang di tepi jalan, tak sempat nak sampai, bas dah jalan. So aku tunggu bas lagi dua buah yang tengah beratur tu buka pintu. Mana tahu dua2 bas tu jalan terus masuk kawasan lapang.

Aku gerak ke kawasan lapang di mana ada sebuah bas yang sedang menaikkan penumpang. Sampai turn pompuan india depan aku, budak jaga depan bas tu tak bagi naik, dia suruh gi ke tepi jalan sbb bas tu nak gerak ke sana. Aku pun tak dibagi naik. Dengan beg aku yang berat-berat, kepala aku yang sakit, aku pun mula naik angin.

Aku bengang, aku hamburkan kemarahan aku. Kejap ke sini, kejap ke sana. Menyusahkan. Budak lelaki tu bagi alasan ler bas belah malam mmg tunggu kat tepi jalan. Mangkuk. Kalau betul kenapa bas sebelum tu penuhkan orang kat kawasan lapang tu aje. Kenapa yang dah naik sebelum aku tu boleh naik kat situ. Geram betul aku. Tambah geram bila budak tu cakap, "Jangan marah kak. Akak ni asyik nak marah je." Kepala hotak dia berjambul. Ada dia nak tolong angkatkan beg aku yang berat sarat dengan buku-buku tu? Hampeh!

Aku naik ler bas tu dari tepi jalan je. Dua tiga kali kena ke sini sana. Letih. Nasib ler dapat duduk. Kalau kena berdiri agaknya lagi bertambah bengang aku. Hampir nak sampai ke Klang Parade, driver berhenti kat stesyen minyak isi minyak dulu. Aku turun ler kat situ dan menapak balik ke rumah.

Cerita di rumah, nanti ler aku taip pulak. Kepala makin berdenyut ni. Letupan mercun belum jugak berhenti lagi. Aku nak ambil tilam bantal ni, nak bentang kat ruang tamu. Aku ada bilik tapi aku lebih suka tidur kat ruang tamu je. Luas dan selesa. Aku tidur dulu.....

Thursday, February 18, 2010

Sudah Agak Lama

Hurm! Sebenarnya tak tahu nak update apa kat blog ni. Tak berapa nak ada idea yang bernas untuk dimuatkan ke dalam blog ni. Hendak bercerita soal masakan, dah lama rasanya aku tak masak.

Kongsi pengalaman sewaktu balik ke kampung masa raya cina baru ni. Nak dijadikan cerita, aku balik pagi raya. Tunggu bas dari rumah ke Klang punyalah lama sebab semua bas yang datang penuh. Sampai di Klang, nak naik bas ke Kuala Lumpur pulak sikit punya ramai manusia berkerumun di setiap pintu bas yang datang.

Tak terkecuali aku dan adik² aku yang dua orang tu. Beg aku yang besar tersandang di belakang badan aku sedikit pun tak menjadi masalah kepada pergerakan aku. Malahan ia membantu aku dalam perebutan. Hahaha! Iyelah, aku dah bayar tiket, tinggal nak naik tangga bas aje, ada pulak orang lain yang potong depan aku. Masa tu baru nak bayar tambang, giler bengang ler aku. Aku rempuh je dengan beg aku yang besar tu.

Tapi yang kesiannya adik perempuan aku ler. Sebaik naik atas bas dia tercari-cari telefon dia kat dalam poket dan dalam beg. Sah telefon dia dah kena seluk. Aku try call, panggilan ketiga terus hp tu dioffkan. Setan punya manusia. Masa orang sibuk tu ler dia buat jahat.

Nak beli lain, duit belum ada so aku bagi ler pinjam hp Samsung aku yang agak lama tu kat dia. So kalau ada sesapa yang contact nombor hotlink aku tapi tak dapat, faham² aje la ye. Buat masa ni nombor celcom aje yang aktif. Itu pun bernasib baik sebab telefon Sony tu yang aku letakkan dalam poket seluar masa nak berebut tak kena seluk jugak.

Masa aku balik ke Klang semula, kat Bas Stand Klang, KL jadik lagi penyelukan hp. Depan mata aku diorang berebut-rebut sampai terjerit-jerit naik bas. Kemudian satu mamat myanmar kot kalau tak silap aku dok teraba-raba poket cari hp. Lepas dia dah naik bas, dia turun balik carik kot² hp dia jatuh bawah bas

Aku rasalah, mamat kurus cekeding yang sama berebut pastu dia blah pi menyandar kat dinding kedai tu ler yang buat keje seluk hp tu. Sebab apa aku kata macam tu..? Sebabnya aku nampak dia sama menyibuk waktu orang berebut tu, kemudian dia balh masa orang dah makin kurang. Lepas tu masa dia kat tepi kedai tu dia macam simpan sesuatu kat dalam poket dan dia boleh dengan senang hatinya hisap rokok. Lepas tu (lagi) dia blah ke tempat lain. Mungkin menyibuk kat bas lain pulak.

Aku kalau dapat tukang seluk hp adik aku tu, mau aku patahkan tangan dia. Orang susah payah kerja cari duit nak beli hp tu, dia senang² hati dok mencuri. Hampeh punya orang.

Saturday, February 13, 2010

Rentetan Kisah Berita Dunia

Entahlah. Tak tahu nak cakap macam mana tentang keadaan dunia zaman sekarang ni. Banyak sangat kisah-kisah yang menyayat hati berlaku sejak kebelakangan ni. Kalau tengok berita ataupun menjengah ke blog-blog orang lain, cerita yang boleh didapati kebanyakannya agak menyedihkan.

Kelmarin kat office aku jengah satu blog yang berada di link blog ondscene. Dalam tu banyak kisah semasa terutamanya berita yang terdapat di dalam akhbar. Satu kisah yang membuat aku hampir menitiskan airmata telah aku baca waktu tu. Kisah berkenaan bayi yang dibuang kalau tak silap aku di tangga masjid. Memang aku silap. Mangsa diletakkan di atas lantai di tepi pintu pagar masjid jamek kat Melaka. Bayi yang seluruh badannya teruk bertanda akibat dihurung dan digigit semut. Bayi tu aku tengok gambarnya putih gebu, cantik tapi nasibnya malang dikandung oleh seorang perempuan yang bersifat binatang. Bayi yang malang yang sebaik dilahirkan dia dibuang.

Pada pengamatan aku, ibu dan bapa bersifat binatang yang telah berkompromi menghasilkan bayi itu tentu berwajah elok berdasarkan pada wajah bayi tersebut. Tapi apa gunanya wajah yang elok kalau sifat dan pemikirannya mengalahkan binatang. Setahu aku kebanyakan binatangpun tak sanggup membunuh anak sendiri melainkan haruan yang makan anaknya. Buaya yang ganas pun tahu sayangkan anaknya.

Tak habis lagi dengan kesedihan dan kegeraman membaca kisah bayi terbuang itu, tadi sekali lagi pandangan dan pendengaran aku disogokkan dengan berita yang hampir sama. Tapi kali ini lebih zalim lagi. Bayi lelaki yang berumur sehari itu dibuang ke dalam tong sampah lalu tong sampah itu dibakar. Mungkin untuk menghapuskan bukti barangkali. Mayat bayi tersebut kelihatan besar dan sempurna. Adakah dia dibunuh terlebih dahulu sebelum dibakar atau dibakar lalu mati? Bagaimanakah agaknya cara kematiannya? Adakah mati semasa dilahirkan atau dimatikan selepas dilahirkan?

Seeloknya manusia yang tidak berakal sebegini direjam sampai mati. Ataupun diikat di dalam karung guni lalu direndamkan di dalam air. Biar matinya terseksa. Tapi hairan jugak aku, mereka telah merasa sakit melahirkan bayi tersebut tapi bayi itu pula dimatikan lalu dibuang sesuka hati. Tidak menimbulkan sebarang rasa sedihkah bila kesakitan yang ditanggung sebelum itu terbalas dengan pembuangan itu. Adakah dengan pembuangan itu menghasilkan rasa puas kepada mereka? Entahlah...

Bukan aku nak mengajar perkara yang tidak betul ataupun mengajar orang menyembunyikan dosa kerana dosa yang terwujud tetap tidak dapat dihapuskan dari pengetahuan Allah. Aku sekadar tidak mahu bayi yang telah diberikan Allah nyawa walaupun dia hasil dari perhubungan yang tidak sah dibunuh dan dibuang merata. Kalaulah... kalaulah sudah tahu diri termengandung, sebelum ia berdenyut bernyawa di dalam rahim, makanlah apa-apa yang boleh mengelakkan ia terus membesar dan hidup di situ. Atau pergilah berjumpa doktor. Janganlah dibiarkan ia terus membesar, bernyawa dan seterusnya lahir ke dunia dan kemudiannya dimatikan lalu dibuang di mana-mana. Kasihan pada bayi yang tidak berdosa itu.

Kalaulah... kalaulah sudah melahirkan ia, janganlah dibunuh atau dibuang. Seeloknya serahkanlah ia kepada sesiapa yang sudi menerimanya untuk dibesarkan dan dididik sebaiknya.Sesungguhnya ramai manusia di dalam dunia ini yang kepingin mendapatkan anak tetapi tidak diberi rezeki untuk memilikinya. Jika diserahkan kepada manusia sebegini, tentu boleh menambah catatan baik untuk mengimbangi catatan buruk di kiri kanan bahu apabila mereka merasa bersyukur dan gembira.

Aku belum lagi bergelar seorang ibu, bahkan seorang isteripun aku belum berpeluang menyandang gelarannya, namun aku terasa sangat sakit di hati bila mendengar berita sebegini. Aku amat berharap tiada seorangpun dari keturunan aku yang akan berbuat zalim seperti kisah di atas. Kalaulah ada, sepak terajang aku beri percuma kepadanya.

Thursday, February 04, 2010

Sup Ayam Tomato Untuk Makan Malam



Semalam aku bercuti. Tujuan nak ke KWSP uruskan hal pengeluaran pendidikan dan terus ke JPN untuk temankan adik bongsu aku yang nak tukar alamat yang tersalah cetak kat mykad dia. Lepas dah settle hal penting, masa nak balik rumah, singgah kejap dekat The Store beli barang sikit.

Lepas dah bayar, terus pi kat bus stand, amik bas Seranas kaler biru kuning. Nak dijadikan cerita, aku naik last. Adik aku yang lelaki dan perempuan naik dulu. Adik yang lelaki bayarkan RM2.40 untuk tiga orang. Sekali masa aku dah naik bas, driver jerit kata sorang lagi tak bayar tambang. Aku hangin ler. Aku pandang adik aku yang dah duduk kat belakang. Dia kata dah bayar. Aku tanya, bayar berapa sebab masa tu driver bas dok bising kata bayar RM1.60 je sambil tunjuk duit RM1.60 yang ada kat atas tapak tangan dia. Adik aku kata dia bayar RM2.40 ler.

Aku pusing, pandang kat driver pastu terus aku tanya. "Tambang berapa sen sorang?" Dia jawab, lapan puluh sen. Aku terus jalan ke belakang kat adik aku. Aku tanya lagi adik aku. Pastu aku suruh adik aku pi cakap ngan driver. Sekali adik aku pi depan, dia tunjuk kat tong duit tu. Hahaha... Adik aku bayar tambang betul dan dia tak bayar atas tapak tangan driver, dia masukkan dalam tong duit. Agaknya mesti driver tu malu. Lepas tu ramai lagi yang bangun pi bayar.

Sekali hp driver berbunyi. Dia pick up call, dengar slang Indon pulak. Wah! Satu point lagi. Ini syarikat bas memang degil, duk gajikan lagi driver Indonesia. Lepas tu budak India yang duduk kat sebelah adik aku (aku duk seat depan dia) sibuk ler buka lagu kat hp dia. Kalau lagu omputeh ke, ok la jugak lagi. Ini dia duk bukak lagu tamil. Pening kepala aku. Dah la bukak kuat macam dia aje yang ada hp.

Sampai rumah aku terus keluarkan ayam dari dalam tempat beku. Kemudian aku sempat ler mengamuk kejap tengok sinki penuh dengan pinggan mangkuk. Aku basuh ler kejap kasi kosong sinki tu. Lepas tu aku siap-siapkan barang tumisan (yang penting halia kena lebih la). Settle tu, aku terus masak. Jadi ler sup ayam tomato. Ikan masin kembung aku suruh adik lelaki aku tolong gorengkan sementara aku duk basuh-basuh salad.

Lepaskan tu aku hidangkan semua atas meja dan panggil adik-adik aku makan. Kebetulan semalam member aku datang tidur rumah aku satu malam. Makan ramai-ramai ler. Settle makan, aku tengok tv. Kemudian malam lebih kurang jam sebelas lebih, aku sambung buat bab 2 novel motivasi aku sampai ler jam dua pagi. Lepas tu aku makan sikit. Dah sudah makan, aku sambung sikit lagi bab 2 kemudian terus tidur.




Sunday, January 31, 2010

Kematianku....

Sejak kebelakangan ni aku perasan jiwa aku sudah tak kental lagi. Biasanya aku tak rasa sedih bila tengok entry kemalangan kat blog ondscene yang setiap hari aku jengah tapi lewat ni aku selalu hampir menitiskan airmata. Aku rasa sedih bila tengok mangsa kemalangan yang hancur kepala, terlipat badan masa kemalangan. Kenapa dengan aku..?

Aku ada seorang adik yang punya motor. Dia pun suka bawa motor laju. Aku selalu risaukan keselamatan dia. Kalau dia keluar malam lagi aku risau sebab dia ada rabun silau. Pernah dia hampir eksiden dekat simpang berhampiran rumah sewa kami disebabkan cahaya lampu kereta. Dulu sorang arwah adik aku pun ada motor, suka juga bawa laju tapi alhamdulillah meninggalnya dengan tubuh yang lengkap. Dia meninggal sebab sakit. Bukannya sebab eksiden. Arwah abang aku dulu pun suka bawa motor laju dan dia pun meninggal dengan tubuh yang lengkap, meninggal sebab sakit. Kalau boleh, aku harap ahli keluarga aku meninggalkan dunia dalam keadaan yang elok. Bukan dengan keadaan yang mengerikan.

Kebelakangan ni aku selalu juga risaukan abah dan mak aku. Kedua orang tua aku selalu datang ke rumah aku sebab adik bongsu aka anak kesayangan mak dan abah stay dengan aku dan bersekolah di sini. Satu perjalanan yang agak jauh dan memenatkan bagi pemandu yang berusia awal enam puluhan. Abah pulak sekarang ni dah mendapat penyakit darah tinggi. Setiap kali abah sampai kat rumah aku, abah akan kelihatan macam orang yang tak sihat. Kesian juga aku dengan abah dan mak. Jalan jauh dan sampai sini kena pulak panjat tangga sampai tiga tingkat.

Abah kena darah tinggi mungkin sebab adik bongsu aku suka menaikkan darah abah dan disebabkan itulah aku sanggup jaga adik aku kat sini. Aku rela kena penyakit darah tinggi ke atau stress ke asalkan mak dan abah tak susah hati dengan perangai adik aku. Aku masih boleh tangani masalah yang adik aku cuba wujudkan. Biasa la anak manja. Kalau dengan mak dan abah boleh la besar kepala sebab kasih sayang mak dan abah tak mengizinkan tangan naik ke badan.

Mak dan abah aku sejak kebelakangan ni aku tengok makin aku risau. Aku tahu, ajal maut tu semua kuasa allah tapi aku tetap risau juga. Aku risau kehilangan kedua orang tua aku. Belum banyak yang dapat aku buat untuk balas jasa kedua orang tua aku membesarkan dan memberi aku kehidupan yang baik.

Hati dan perasaan aku sejak akhir-akhir ni lain. Aku takut akan kehilangan. Kehilangan insan-insan yang aku sayang dalam hidup aku. Mak selalu cakap, kalau boleh biarlah mak pergi dulu sebelum anak-anak. Aku pulak tak sanggup kehilangan. Kalau boleh biarlah aku mati dulu. Mati dalam keadaan yang elok.

Fikiran aku sudah mula memusatkan mengingati mati. Bukan sebelum ini aku tak memikirkan soal mati. Aku selalu mengingati mati tapi tidak seserius seperti lewat kebelakangan ni. Adakah sudah hampir sampai masa aku....?

Wallahualam.....

Saturday, January 30, 2010

Parkson Depan Opis Buat Sale.....

Petang tadi balik dari kerja, aku singgah Klang Parade. Adik aku ajak pi Parkson Sale tu. Kakak kat opis aku tu beli seluar ala-ala jeans tu sehelai sepuluh ringgit. Adik aku pun nak gak ler pi beli buat seluar kerja.

Masa pilih-pilih seluar tu terjumpa ler sehelai jeans lembut kaler beige, harga sembilan belas ringgit. Aku beli la sehelai sebab kaler dia memang yang aku nak cari. Aku amik saiz 29. Sehelai lagi aku amik jeans Bontton saiz L harga dua puluh sembilan ringgit sembilan puluh sen, kaler hitam. Adik aku beli kasut tumit tinggi harga lapan belas ringgit dengan jeans sehelai harga sembilan belas ringgit. Lepas bayar dan keluar dari situ, masuk pulak lot kedai lain yang Parkson sewa. Beli lagi set sarung tangan dan kain untuk angkat periuk panas atau keluarkan barang dari oven dengan table runner sehelai.

Kemudian pergi SenQ kejap amik nombor telefon AEON sebelum balik. Masa nak balik lalu dalam Parkson. Teringat pulak nak beli salotape tebal nak buat balut wayar seterika yang dah koyak. Dah bayar harga salotape, nampak pulak foam alas kaki, beli satu tuk letak kat bawah sinki. Pastu beli pulak tempat letak berus gigi sebab aku nampak cawan dia macam cantik. Hehehe...

Masa aku sibuk mencari bekas sudu, adik aku jumpa pulak laci kecik-kecik tu, dia pun amik. Nak buat letak sepit rambut katanya. Aku takde dah nak beli barang lain, bukan sebab semua dah ada, tapi sebab tak ada duit. Hahaha...

Dah settle beli-beli tu, aku balik. Sakit betul tapak kaki aku, tak larat nak jalan tapi terpaksa la jugak sebab aku takde kereta. Kalau ada kereta, boleh la balik naik kereta. Sampai rumah, aku test seluar. Dua-dua pun boleh pakai tapi rasa cam ketat sikit lak. Kalau nak ikutkan, dah okay la cenggitu tapi disebabkan aku memang jenis yang suka pakai longgar, tu yang rasa cam pelik je.

Esok kena la potong kaki seluar tu, labuh sangat. Maklum la orang rendah, seluar pun pendek ler. Table runner esok ler baru pasang. Meja semak sangat. Takde orang nak kemas selain aku tapi yang buat semak tu ramai ler.

Adik aku tengah mengecik dan memendekkan seluar yang dia beli tadi, esok nak pakai katanya. Aku pulak sibuk dengan pc ni ha.

Thursday, January 28, 2010

Gulai Tulang Ikan Masin Kurau Dengan Nenas







Tadi malam aku masak gulai tulang kurau campur nenas. Tetiba je semalam masa beli lauk kat Giant terpandang kat bahagian ikan masin tergantung. Tangan ni pulak cepat je mencapai plastik tulang ikan kurau. Sebaik tangan aku pegang je plastik tu, teringin pulak nak makan gulai ikan masin. Amik la satu peket.

Balik rumah ingatkan nak masak terus ikan masin tu untuk lauk makan malam semalam tapi adik bongsu aku order nasi goreng cendawan pulak. Dah dua tiga hari dia mintak aku buat nasi goreng tapi tak dapat-dapat. Bukan sebab aku malas tapi sebab ada masalah air sikit kat rumah ni tuari. Nak masak pagi tak sempat ler pulak sebab asyik terjaga lambat.

Disebabkan aku kalau memasak tak pandai nak sukat cili, gulai aku tak berapa terasa la kepedasannya. So aku pun buatkan sambal tempoyak sikit dan dipadankan dengan ulam kacang botol kalau ada yang nak pedas-pedas. Hehehe...

Esok kerja. Mata dah terasa mengantuk ni tapi takut pulak tak sedar pagi karang kalau aku tidur. Tapi kalau tak tidur, mau terlelap kat office aku esok. Haish! Payah juga pegang tanggungjawab menjaga budak sekolah ni. Pagi kena bangun awal kejutkan dia, siapkan sarapan dia. Adik aku ni pulak pagi nak makan nasi lemak la, nasik goreng la. Makan nak berat-berat aje pulak tu. Nanti kalau rajin aku buatkan mee goreng ke bihun goreng. Takpun keow teow goreng tapi kena bangun awal ler.

Tangan agak lenguh ni. Siang tadi menjinjing minyak masak 5 kilo. Senja tadi duk menumbuk cili. Sebelum ni tadi taip cerita 'Luka'. Guna desktop ni memang menyeksakan tangan aku. Lenguh. Hurm.. Tak boleh tahan. Tangan dah semakin kuat rasa kelenguhannya. Mata pulak dah semakin berat. Nak pi baring ler kejap.

Chiowwww.....

Wednesday, January 27, 2010

Nasi Lemak Sambal Sotong





Aku baru je settle masak nasi lemak dengan sambal sotong yang adik aku request untuk sarapan pagi nanti dan merangkap makan tengahari. Kalau rajin balik rumah tengahari esok, aku goreng sayur je buat tambah lauk. Sambal sotong tu banyak tu. Tiga ekor sotong rendam saiz sederhana

Adik perempuan aku dah makan dah pun tu ha. Hehehe....

Monday, January 25, 2010

Kepala Sakit...

Ni gara-gara dah bangun tidur semula la ni. Berdenyut kepala aku. Ditambah lagi dengan tak pakai cermin mata mengadap pc kat office ni.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku bangun seawal jam enam pagi. Selepas kejutkan adik aku bangun pi sekolah, aku sambung balik tidur. Jam enam setengah pagi aku bangun lagi, duk panggil-panggil adik aku, rupanya dia pun sambung tidur balik. Dah pasti adik aku bangun mengelupur mandi, gosok baju dan bersiap, aku pun buatkan ler air susu dutch lady plus honey tuk dia. Lepas dia dah ke sekolah, aku pun baring ler kejap. Konon kejap je, nak bangun jam tujuh setengah.

Baju dah siap letak atas papan penggosok. Baring punya baring, sekali aku tersedar, jam dah menunjukkan pukul lapan pagi. Mak aih! Terkejut beruk ler aku. Masuk kerja jam lapan setengah. Mengelupur pulak ler aku bangun mandi, pastu gosok baju ala kadar je dan bersiap. Nasib baik ler aku bukan jenis bermekap-mekap ni. Lepas dah pakai tudung yang simple ya amat ni, aku sapu sikit krim muka. Lepas tu amik beg dan terus keluar rumah.

Punya ler laju aku jalan, sampai office jam lapan dua puluh sembilan minit. Lepas simpan beg, aku turun beli nasi lemak kerang dan kuih seringgit. Naik office, lap meja kejap lepas tu apa lagi, mengadap nasi lemak ler.

Dekat rumah dari senja semalam hinggalah ke pagi ini, air masih belum ada lagi. Apa pasal entah. Selalunya kalau air tak ada, belah tengah malam mesti ada kejap. Ni aku try buka pili air pagi tadi masih lagi takde air yang keluar. Air tangki dah hampir habis dah tu. Harap-harap aku balik rumah tengahari nanti dah ada ler air paip hendaknya.

Dekat office hari ni, sistem CDS lambat gila. Agaknya line Bursa ada problem kot. Asyik server error je. Call banyak pulak tu. Naik boring nak menunggu punya ler lambat pertukaran dari satu application ke satu application.

Aku rasa mengantuk sangat la. Ni mesti sebab tetiba bangun pagi tadi. Pukul satu nanti balik nak kena beli makanan ler gamaknya. Nak masak tak ada air. Huhu... Terbang lagi ler duit aku tengahari ni.

Argh!!! Kepala sakit. Berdenyut lagi. Rehatkan mata kejap la...

Chowww...

Sunday, January 24, 2010

Desktop Pulak....

Posting ini ditaip menggunakan desktop yang sedia ada kat rumah ni. Aku dah tarik dari dalam bilik bawak ke ruang tamu. Lenguh jemari aku menaip guna keyboard ni. Keras

Sambil menaip boleh tengok tv. Almaklumlah, kat ruang tamu. Hurm... Mak dan abah aku dah balik kampung dalam kul tiga lebih tadi. Ingatkan abah nak balik esok ke sebab tadi nampak abah macam tak sihat je tapi abah nak jugak balik petang ni. Tak apa la, jalan pelan-pelan

Esok kerja. Harap-harap minggu depan akan ada berita baik untuk aku esok.

Saturday, January 23, 2010

Saat-saat Terakhir Bersama...

Lebih kurang jam sepuluh pagi tadi mak ngan abah sampai kat rumah aku. Abah kata esok pagi-pagi abah nak balik kampung semula. So hari ni adalah hari-hari terakhir aku bersama laptop ni. Esok adik aku merangkap tuanpunya laptop ni akan ikut abah balik kampung. Katanya dapat kerja kat Bahau.

Tadi mak masak lauk ikan tenggiri masak taucu dan rebus pucuk ubi. Aku tak makan lagi ni sebab td bangun tidur dah makan nasi lemak yang mak bawak dari kampung. Biasalah, nasi lemak mak beli dekat gerai jiran belakang rumah. Mak memang pelanggan tetap makcik tu.

Cadang esok nak pergi perpustakaan negara. Buku dah seminggu terlebih tarikh pulang ni. Kena lagi la aku singgit lapan posen gamaknya esok. Berat pulak tu bukunya. Esok nak pinjam balik dua buah buku tu dan satu aku nak tukar buku lain.

Sems baru dah bermula ni. Maka bermula juga zaman peperangan dengan masa dan keinginan. Sems ni subjek susah sikit, subjek kira-kira so aku kena tumpukan lebih perhatian pada study. Tak boleh buat macam yang sudah-sudah. Lagipun dua subjek MCQ ni. Jawapan mengelirukan so kena lebih banyak baca buku.

Hurm... batuk tak baik-baik lagi ni. Selsema pun makin teruk pulak. Tadi malam banyak kali aku terjaga dari tidur. Semua gara-gara batuk dan tekak yang rasa gatal. Ubat batuk dah hampir sebotol aku telan. Jap lagi kalau aku rajin nak turun bawah amik ubat batuk dalam kereta. Ubat batuk dari KPJ. Ubat batuk tu elok sikit.

Chow dulu la. Nak makan pulak. Daaaa.....

Thursday, January 21, 2010

Hurm.....

Hari ni tak tau la kenapa. Batuk dan selsema ni makin menjadi. Dada sakit bila batuk. Mood tak berapa baik.

Tadi masa tengah makan malam, adik aku cakap nak bawak broadband balik kampung, nanti dia bayar katanya. Aku tanya nak cucukkan kat mana. Alih-alih dia cakap nak bawak balik laptop. Hurm... Aku tak boleh nak kata apa la. Laptop tu dia punya kan walaupun aku ada juga tolong-tolong bayar. Dah hak orang tetap ler hak orang kan.

Kat umah ni ada desktop jugak, siap printer tapi aku tak berapa gemar nak pakai sebab suka-suki blackoutkan satu rumah bila nak onkan dia. Aku lebih suka guna laptop sebab senang aku nak tukar-tukar posisi duduk.

Kerja-kerja yang nak dan sedang aku lakukan ni memerlukan masa yang banyak di hadapan komputer. Sakit ler pinggang aku kalau guna desktop. Nampak gayanya terpaksa la aku cari satu laptop lain. Tak apalah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Nasi Goreng Terlebih Garam

Hehehehe.... Ni yang malu nak kongsi cerita ni sebenarnya. Kelmarin adik aku ada mintak buatkan nasi goreng untuk sarapan sebelum dia ke sekolah. Tapi aku malas sikit so pagi tadi aku bangun tidur, aku tengok ada banyak nasi dalam periuk nasi. Aku fikir kalau buat nasi goreng pun ok gak ni. Lagipun masa tu baru pukul 6 suku, sempat la nak buat.

Aku siapkan barang-barangnya. Ala nasi goreng sempoi, apa sangat la barangnya kan. Cendawan belah kecik² pastu basuh dan toskan, carrot potong dadu dan bawang putih campur bawang merah sikit. Tumis semua, tambahkan kiub ayam, garam sikit dan masukkan nasi. Dah siap nasi goreng cendawan.

Tapi masalahnya pagi tadi entah macam mana boleh terlebih garam pulak. Masa makan tu terasa la sikit kemasinannya. tapi adik aku makan bertambah tu. pelik gak aku. Masa aku tanya dia, masin ke tak. Dia jawab tak masin. Huhu...

Nak chow dulu ar. Hari ni aku halfday. Tak selesa nak kerja dengan batuk dan selsema ni. Tekak rasa miang dan dada rasa sakit. Nak rehat la ari ni kat rumah.

Wednesday, January 20, 2010

Lagi-lagi MC

Hari ni aku MC lagi. Badan rasa kurang sihat dengan selsema dan batuk yang menyerang. Malam semalam aku tutup pc, tv dan yang sewaktu dengannya awal. Konon nak berehat dan tidur lebih awal. Memang pun aku dapat melelapkan mata awal tapi tak berapa nak lena. Asyik terjaga aje. Tekak rasa miang. Tu yang menyebabkan aku asyik terjaga aje.

Pagi tadi bangun awal. Masak air sebab adik nak pergi sekolah. Lepas dah bagi adik duit belanja dan bukakan pintu (sbb adik tak ada kunci), aku gi sambung tidur balik. Dalam pukul tujuh setengah adik yang lagi sorang balik dari kerja, aku terjaga lagi tapi kepala rasa sakit. Mata rasa berat je, macam tak boleh bukak. Aku sambung tidur balik.

Pukul lapan lebih baru tersedar. Alamak dah terlambat nak pergi kerja tapi badan pun rasa tak larat ni. Akhirnya aku bangun, call office bagitahu aku nak ke klinik. Kalau doktor bagi MC, aku MC. Kalau tak bagi MC, aku amik time off.

Pukul sembilan lebih sampai kat klinik. Jalan pun tak larat sangat, badan letih-letih. Sampai klinik, sementara tunggu nama kena panggil masuk jumpa doktor, sempat aku lelapkan mata aku yang rasa berat je tu. Bila nama kena panggil aku masuk jumpa doktor tapi hari ni doktor macam bad mood aje. Lepas dah bagitau masalah selsema, sakit tekak dan batuk ni, aku keluar dari bilik doktor. Masa ambil ubat, diorang bagi aku MC.

Lepas dapat MC, aku balik rumah. Aku membaca sekejap. Tak larat sebab kepala rasa berdenyut. Mungkin sebab masa balik dari klinik tadi terkena hujan sepanjang jalan balik ke rumah. Lepas makan mi goreng sedap, aku makan ubat dan terus baring. Terlelap terus sampai petang. Bangun tidur tadi, makan nasi dan makan ubat lagi. Lepas tu, sambil cuba menghabiskan cerpen dan novel yang terbengkalai, aku membasuh baju sikit. Selesai ampai baju, aku sambung menulis lagi.

Sambil menulis pun sempat juga aku terlelap-lelap. Agaknya sebab ubat batuk kot. Hurm... lepas update blog ni aku rasa nak tidur la. Tak larat la aku nak sambung novel terbengkalai aku tu. Takpe, esok aku buat lagi.

Tidur dulu la...

Monday, January 18, 2010

Cuti Hujung Minggu

Jumaat lepas kawan baik aku datang lepak rumah aku. Dari dia sampai tu kepala dia memang dah diserang migrain. Aku bagi dia ponstan aje sebab ubat tahan sakit yang ada kat umah aku hanya itu aje.

Hari Jumaat tu juga lebih kurang jam 8 malam, cina tokei barang² rumah call aku kata nak datang hantar mesin basuh yang aku order. Mesin basuh automatik 13kg jenama Panasonic dengan bayaran bulanan sebanyak RM97. Pembayaran cuma perlu dibuat melalui mesin ATM ke akaun si tokei.

Disebabkan rumah yang aku sewa ni mempunyai ruang yang kecik, aku terpaksa meletakkan mesin basuh tersebut agak jauh daripada sumber air. Aku maksudkan pili air. Dulu masa guna mesin basuh lama yang agak nipis, aku letakkan ia dekat dengan pili air tu dan masih ada ruang untuk aku lalui kalau hendak ke tandas. Mesin basuh baru ni agak panjang sikit ketebalannya dan kalau aku letakkan di tempat mesin basuh yang lama, alamatnya aku terpaksa panjat mesin basuh untuk ke tandas. Hehe...

Nak dijadikan cerita, biasanya memang ler pengilang menyediakan aksesori tu semuanya secara minima. Hose air masuk dan keluar pun pendek. Hose air keluar tak apa lagi sebab aku ada yang lama aku beli tapi tak pernah digunakan. So aku modified yang itu aje ler sambungkan ke hose yang baru tapi hose air masuk tu mencabar sikit.

Tokei tu kata hose tu boleh disambung. Pergi kedai hardware mintak getah paip yang tebal dalam 3 meter, beli penyambung dan mintak tolong diorang pasangkan. Bila aku ke kedai hardware, standard la kan, tokei kedai mesti nak lakukan barang dia. Dan-dan tu jugak tak ada getah paip. Yang ada cuma hose air masuk yang dah siap sepanjang 3.5 meter dengan harga RM36.50. Kemudian kena pulak aku beli kepala paip tu dengan harga RM16. Konon berkualiti, buatan Itali bukan buatan China. Itu kata tokei kedai hardware tu la. Katanya kalau tak boleh pakai, pulangkan balik nanti dia bayar balik duit. Sekali bawak balik, baru je adik aku pasang, terus patah kat dalam. Cheh! Berkualiti hangguk dia. Aku suruh adik aku pi tukar, alih² tak boleh pulak. Katanya kalau bocor baru boleh tukar. Setan betul.

Disebabkan geram yang teramat, petang tu aku pi Giant beli kepala paip yang lain. Plastik punya ler. Baru harga RM8.99. Balik rumah aku pasang sendiri pastu dah boleh terus guna. Malam tu adik aku yang bongsu basuh seluar baju dia dengan abang dia. Esoknya aka semalam, aku pulak yang membasuh. Hahaha.... Siap dengan toto saiz king aku belasah.

Habis citer pasal mesin basuh. Sambung citer berkenaan kawan aku pulak. Pagi tadi sepatutnya dia pergi kerja tumpang kawan dia tapi disebabkan dia memang kurang sihat, tadi masa aku kejutkan dia, dia cakap kat aku dia mc arini. So aku tinggalkan je dia dengan adik-adik aku. Tak apa, dia dah biasa dengan adik-adik aku. Ala... dulu kan dia duduk dengan aku kejap. Aku pun rasa cam kurang sihat tadi tapi aku pegi jugak keje.

Aku rasa dia kurang sihat sebab badan dia tak cukup rehat. Tido tak menentu, tu yang membuatkan badan dia jadi kurang sihat. Selama beberapa hari dia kat umah aku, kul 3 4 pagi baru tido. Hehehe... sama je dengan aku. Tu yang bertambah tak sihat tu. Dah la aku malas masak. Dia makan pun tak tentu arah kat rumah aku. Sorry la Lia sebab kawanmu ini sudah malas dan tidak memberi layanan yang baik kepada tetamunya.

Satu lagi kisah. Semalam sepatutnya aku ke OUM untuk register semester baru. dari awal minggu dah janji dengan sidia nak ke sana semalam. Pagi-pagi aku bangun, mandi dan bersiap walaupun malam sebelumnya aku tido hampir jam 5 pagi. Selepas bersiap, aku call dia. Sekali tak dapat, dua kali tak dapat dan akhirnya berkali-kali namun jawapan tetap sama. Aku buka facebook, aku nampak dia online. Aku post kat wall dan petang tu aku call baru dapat cakap. Aku geram sebab dia tak bagitahu aku bila tak jadi. So library pun aku tak pergi la semalam.

Mata aku sakit ler pulak dan kepala mula berdenyut. Tak pasti adakah disebabkan mengantuk, tak sihat ataupun sebab aku tak pakai cermin mata. Hahaha... Malas nak pakai cermin mata kat opis ni, tudung susah nak bentuk. Kalau kat rumah memang aku pakai. Buat cermin mata pun sebab sakit kepala bila tengok komputer. Pegi check rupanya aku ada rabun jauh sikit dan ada silau sikit. Hari² siang malam mengadap komputer. Kena la jaga jugak mata ni. Kang kalau mata rosak, sapa yang susah? Aku jugak....
.