Thursday, January 28, 2010

Gulai Tulang Ikan Masin Kurau Dengan Nenas







Tadi malam aku masak gulai tulang kurau campur nenas. Tetiba je semalam masa beli lauk kat Giant terpandang kat bahagian ikan masin tergantung. Tangan ni pulak cepat je mencapai plastik tulang ikan kurau. Sebaik tangan aku pegang je plastik tu, teringin pulak nak makan gulai ikan masin. Amik la satu peket.

Balik rumah ingatkan nak masak terus ikan masin tu untuk lauk makan malam semalam tapi adik bongsu aku order nasi goreng cendawan pulak. Dah dua tiga hari dia mintak aku buat nasi goreng tapi tak dapat-dapat. Bukan sebab aku malas tapi sebab ada masalah air sikit kat rumah ni tuari. Nak masak pagi tak sempat ler pulak sebab asyik terjaga lambat.

Disebabkan aku kalau memasak tak pandai nak sukat cili, gulai aku tak berapa terasa la kepedasannya. So aku pun buatkan sambal tempoyak sikit dan dipadankan dengan ulam kacang botol kalau ada yang nak pedas-pedas. Hehehe...

Esok kerja. Mata dah terasa mengantuk ni tapi takut pulak tak sedar pagi karang kalau aku tidur. Tapi kalau tak tidur, mau terlelap kat office aku esok. Haish! Payah juga pegang tanggungjawab menjaga budak sekolah ni. Pagi kena bangun awal kejutkan dia, siapkan sarapan dia. Adik aku ni pulak pagi nak makan nasi lemak la, nasik goreng la. Makan nak berat-berat aje pulak tu. Nanti kalau rajin aku buatkan mee goreng ke bihun goreng. Takpun keow teow goreng tapi kena bangun awal ler.

Tangan agak lenguh ni. Siang tadi menjinjing minyak masak 5 kilo. Senja tadi duk menumbuk cili. Sebelum ni tadi taip cerita 'Luka'. Guna desktop ni memang menyeksakan tangan aku. Lenguh. Hurm.. Tak boleh tahan. Tangan dah semakin kuat rasa kelenguhannya. Mata pulak dah semakin berat. Nak pi baring ler kejap.

Chiowwww.....

Wednesday, January 27, 2010

Nasi Lemak Sambal Sotong





Aku baru je settle masak nasi lemak dengan sambal sotong yang adik aku request untuk sarapan pagi nanti dan merangkap makan tengahari. Kalau rajin balik rumah tengahari esok, aku goreng sayur je buat tambah lauk. Sambal sotong tu banyak tu. Tiga ekor sotong rendam saiz sederhana

Adik perempuan aku dah makan dah pun tu ha. Hehehe....

Monday, January 25, 2010

Kepala Sakit...

Ni gara-gara dah bangun tidur semula la ni. Berdenyut kepala aku. Ditambah lagi dengan tak pakai cermin mata mengadap pc kat office ni.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku bangun seawal jam enam pagi. Selepas kejutkan adik aku bangun pi sekolah, aku sambung balik tidur. Jam enam setengah pagi aku bangun lagi, duk panggil-panggil adik aku, rupanya dia pun sambung tidur balik. Dah pasti adik aku bangun mengelupur mandi, gosok baju dan bersiap, aku pun buatkan ler air susu dutch lady plus honey tuk dia. Lepas dia dah ke sekolah, aku pun baring ler kejap. Konon kejap je, nak bangun jam tujuh setengah.

Baju dah siap letak atas papan penggosok. Baring punya baring, sekali aku tersedar, jam dah menunjukkan pukul lapan pagi. Mak aih! Terkejut beruk ler aku. Masuk kerja jam lapan setengah. Mengelupur pulak ler aku bangun mandi, pastu gosok baju ala kadar je dan bersiap. Nasib baik ler aku bukan jenis bermekap-mekap ni. Lepas dah pakai tudung yang simple ya amat ni, aku sapu sikit krim muka. Lepas tu amik beg dan terus keluar rumah.

Punya ler laju aku jalan, sampai office jam lapan dua puluh sembilan minit. Lepas simpan beg, aku turun beli nasi lemak kerang dan kuih seringgit. Naik office, lap meja kejap lepas tu apa lagi, mengadap nasi lemak ler.

Dekat rumah dari senja semalam hinggalah ke pagi ini, air masih belum ada lagi. Apa pasal entah. Selalunya kalau air tak ada, belah tengah malam mesti ada kejap. Ni aku try buka pili air pagi tadi masih lagi takde air yang keluar. Air tangki dah hampir habis dah tu. Harap-harap aku balik rumah tengahari nanti dah ada ler air paip hendaknya.

Dekat office hari ni, sistem CDS lambat gila. Agaknya line Bursa ada problem kot. Asyik server error je. Call banyak pulak tu. Naik boring nak menunggu punya ler lambat pertukaran dari satu application ke satu application.

Aku rasa mengantuk sangat la. Ni mesti sebab tetiba bangun pagi tadi. Pukul satu nanti balik nak kena beli makanan ler gamaknya. Nak masak tak ada air. Huhu... Terbang lagi ler duit aku tengahari ni.

Argh!!! Kepala sakit. Berdenyut lagi. Rehatkan mata kejap la...

Chowww...

Sunday, January 24, 2010

Desktop Pulak....

Posting ini ditaip menggunakan desktop yang sedia ada kat rumah ni. Aku dah tarik dari dalam bilik bawak ke ruang tamu. Lenguh jemari aku menaip guna keyboard ni. Keras

Sambil menaip boleh tengok tv. Almaklumlah, kat ruang tamu. Hurm... Mak dan abah aku dah balik kampung dalam kul tiga lebih tadi. Ingatkan abah nak balik esok ke sebab tadi nampak abah macam tak sihat je tapi abah nak jugak balik petang ni. Tak apa la, jalan pelan-pelan

Esok kerja. Harap-harap minggu depan akan ada berita baik untuk aku esok.

Saturday, January 23, 2010

Saat-saat Terakhir Bersama...

Lebih kurang jam sepuluh pagi tadi mak ngan abah sampai kat rumah aku. Abah kata esok pagi-pagi abah nak balik kampung semula. So hari ni adalah hari-hari terakhir aku bersama laptop ni. Esok adik aku merangkap tuanpunya laptop ni akan ikut abah balik kampung. Katanya dapat kerja kat Bahau.

Tadi mak masak lauk ikan tenggiri masak taucu dan rebus pucuk ubi. Aku tak makan lagi ni sebab td bangun tidur dah makan nasi lemak yang mak bawak dari kampung. Biasalah, nasi lemak mak beli dekat gerai jiran belakang rumah. Mak memang pelanggan tetap makcik tu.

Cadang esok nak pergi perpustakaan negara. Buku dah seminggu terlebih tarikh pulang ni. Kena lagi la aku singgit lapan posen gamaknya esok. Berat pulak tu bukunya. Esok nak pinjam balik dua buah buku tu dan satu aku nak tukar buku lain.

Sems baru dah bermula ni. Maka bermula juga zaman peperangan dengan masa dan keinginan. Sems ni subjek susah sikit, subjek kira-kira so aku kena tumpukan lebih perhatian pada study. Tak boleh buat macam yang sudah-sudah. Lagipun dua subjek MCQ ni. Jawapan mengelirukan so kena lebih banyak baca buku.

Hurm... batuk tak baik-baik lagi ni. Selsema pun makin teruk pulak. Tadi malam banyak kali aku terjaga dari tidur. Semua gara-gara batuk dan tekak yang rasa gatal. Ubat batuk dah hampir sebotol aku telan. Jap lagi kalau aku rajin nak turun bawah amik ubat batuk dalam kereta. Ubat batuk dari KPJ. Ubat batuk tu elok sikit.

Chow dulu la. Nak makan pulak. Daaaa.....

Thursday, January 21, 2010

Hurm.....

Hari ni tak tau la kenapa. Batuk dan selsema ni makin menjadi. Dada sakit bila batuk. Mood tak berapa baik.

Tadi masa tengah makan malam, adik aku cakap nak bawak broadband balik kampung, nanti dia bayar katanya. Aku tanya nak cucukkan kat mana. Alih-alih dia cakap nak bawak balik laptop. Hurm... Aku tak boleh nak kata apa la. Laptop tu dia punya kan walaupun aku ada juga tolong-tolong bayar. Dah hak orang tetap ler hak orang kan.

Kat umah ni ada desktop jugak, siap printer tapi aku tak berapa gemar nak pakai sebab suka-suki blackoutkan satu rumah bila nak onkan dia. Aku lebih suka guna laptop sebab senang aku nak tukar-tukar posisi duduk.

Kerja-kerja yang nak dan sedang aku lakukan ni memerlukan masa yang banyak di hadapan komputer. Sakit ler pinggang aku kalau guna desktop. Nampak gayanya terpaksa la aku cari satu laptop lain. Tak apalah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Nasi Goreng Terlebih Garam

Hehehehe.... Ni yang malu nak kongsi cerita ni sebenarnya. Kelmarin adik aku ada mintak buatkan nasi goreng untuk sarapan sebelum dia ke sekolah. Tapi aku malas sikit so pagi tadi aku bangun tidur, aku tengok ada banyak nasi dalam periuk nasi. Aku fikir kalau buat nasi goreng pun ok gak ni. Lagipun masa tu baru pukul 6 suku, sempat la nak buat.

Aku siapkan barang-barangnya. Ala nasi goreng sempoi, apa sangat la barangnya kan. Cendawan belah kecik² pastu basuh dan toskan, carrot potong dadu dan bawang putih campur bawang merah sikit. Tumis semua, tambahkan kiub ayam, garam sikit dan masukkan nasi. Dah siap nasi goreng cendawan.

Tapi masalahnya pagi tadi entah macam mana boleh terlebih garam pulak. Masa makan tu terasa la sikit kemasinannya. tapi adik aku makan bertambah tu. pelik gak aku. Masa aku tanya dia, masin ke tak. Dia jawab tak masin. Huhu...

Nak chow dulu ar. Hari ni aku halfday. Tak selesa nak kerja dengan batuk dan selsema ni. Tekak rasa miang dan dada rasa sakit. Nak rehat la ari ni kat rumah.

Wednesday, January 20, 2010

Lagi-lagi MC

Hari ni aku MC lagi. Badan rasa kurang sihat dengan selsema dan batuk yang menyerang. Malam semalam aku tutup pc, tv dan yang sewaktu dengannya awal. Konon nak berehat dan tidur lebih awal. Memang pun aku dapat melelapkan mata awal tapi tak berapa nak lena. Asyik terjaga aje. Tekak rasa miang. Tu yang menyebabkan aku asyik terjaga aje.

Pagi tadi bangun awal. Masak air sebab adik nak pergi sekolah. Lepas dah bagi adik duit belanja dan bukakan pintu (sbb adik tak ada kunci), aku gi sambung tidur balik. Dalam pukul tujuh setengah adik yang lagi sorang balik dari kerja, aku terjaga lagi tapi kepala rasa sakit. Mata rasa berat je, macam tak boleh bukak. Aku sambung tidur balik.

Pukul lapan lebih baru tersedar. Alamak dah terlambat nak pergi kerja tapi badan pun rasa tak larat ni. Akhirnya aku bangun, call office bagitahu aku nak ke klinik. Kalau doktor bagi MC, aku MC. Kalau tak bagi MC, aku amik time off.

Pukul sembilan lebih sampai kat klinik. Jalan pun tak larat sangat, badan letih-letih. Sampai klinik, sementara tunggu nama kena panggil masuk jumpa doktor, sempat aku lelapkan mata aku yang rasa berat je tu. Bila nama kena panggil aku masuk jumpa doktor tapi hari ni doktor macam bad mood aje. Lepas dah bagitau masalah selsema, sakit tekak dan batuk ni, aku keluar dari bilik doktor. Masa ambil ubat, diorang bagi aku MC.

Lepas dapat MC, aku balik rumah. Aku membaca sekejap. Tak larat sebab kepala rasa berdenyut. Mungkin sebab masa balik dari klinik tadi terkena hujan sepanjang jalan balik ke rumah. Lepas makan mi goreng sedap, aku makan ubat dan terus baring. Terlelap terus sampai petang. Bangun tidur tadi, makan nasi dan makan ubat lagi. Lepas tu, sambil cuba menghabiskan cerpen dan novel yang terbengkalai, aku membasuh baju sikit. Selesai ampai baju, aku sambung menulis lagi.

Sambil menulis pun sempat juga aku terlelap-lelap. Agaknya sebab ubat batuk kot. Hurm... lepas update blog ni aku rasa nak tidur la. Tak larat la aku nak sambung novel terbengkalai aku tu. Takpe, esok aku buat lagi.

Tidur dulu la...

Monday, January 18, 2010

Cuti Hujung Minggu

Jumaat lepas kawan baik aku datang lepak rumah aku. Dari dia sampai tu kepala dia memang dah diserang migrain. Aku bagi dia ponstan aje sebab ubat tahan sakit yang ada kat umah aku hanya itu aje.

Hari Jumaat tu juga lebih kurang jam 8 malam, cina tokei barang² rumah call aku kata nak datang hantar mesin basuh yang aku order. Mesin basuh automatik 13kg jenama Panasonic dengan bayaran bulanan sebanyak RM97. Pembayaran cuma perlu dibuat melalui mesin ATM ke akaun si tokei.

Disebabkan rumah yang aku sewa ni mempunyai ruang yang kecik, aku terpaksa meletakkan mesin basuh tersebut agak jauh daripada sumber air. Aku maksudkan pili air. Dulu masa guna mesin basuh lama yang agak nipis, aku letakkan ia dekat dengan pili air tu dan masih ada ruang untuk aku lalui kalau hendak ke tandas. Mesin basuh baru ni agak panjang sikit ketebalannya dan kalau aku letakkan di tempat mesin basuh yang lama, alamatnya aku terpaksa panjat mesin basuh untuk ke tandas. Hehe...

Nak dijadikan cerita, biasanya memang ler pengilang menyediakan aksesori tu semuanya secara minima. Hose air masuk dan keluar pun pendek. Hose air keluar tak apa lagi sebab aku ada yang lama aku beli tapi tak pernah digunakan. So aku modified yang itu aje ler sambungkan ke hose yang baru tapi hose air masuk tu mencabar sikit.

Tokei tu kata hose tu boleh disambung. Pergi kedai hardware mintak getah paip yang tebal dalam 3 meter, beli penyambung dan mintak tolong diorang pasangkan. Bila aku ke kedai hardware, standard la kan, tokei kedai mesti nak lakukan barang dia. Dan-dan tu jugak tak ada getah paip. Yang ada cuma hose air masuk yang dah siap sepanjang 3.5 meter dengan harga RM36.50. Kemudian kena pulak aku beli kepala paip tu dengan harga RM16. Konon berkualiti, buatan Itali bukan buatan China. Itu kata tokei kedai hardware tu la. Katanya kalau tak boleh pakai, pulangkan balik nanti dia bayar balik duit. Sekali bawak balik, baru je adik aku pasang, terus patah kat dalam. Cheh! Berkualiti hangguk dia. Aku suruh adik aku pi tukar, alih² tak boleh pulak. Katanya kalau bocor baru boleh tukar. Setan betul.

Disebabkan geram yang teramat, petang tu aku pi Giant beli kepala paip yang lain. Plastik punya ler. Baru harga RM8.99. Balik rumah aku pasang sendiri pastu dah boleh terus guna. Malam tu adik aku yang bongsu basuh seluar baju dia dengan abang dia. Esoknya aka semalam, aku pulak yang membasuh. Hahaha.... Siap dengan toto saiz king aku belasah.

Habis citer pasal mesin basuh. Sambung citer berkenaan kawan aku pulak. Pagi tadi sepatutnya dia pergi kerja tumpang kawan dia tapi disebabkan dia memang kurang sihat, tadi masa aku kejutkan dia, dia cakap kat aku dia mc arini. So aku tinggalkan je dia dengan adik-adik aku. Tak apa, dia dah biasa dengan adik-adik aku. Ala... dulu kan dia duduk dengan aku kejap. Aku pun rasa cam kurang sihat tadi tapi aku pegi jugak keje.

Aku rasa dia kurang sihat sebab badan dia tak cukup rehat. Tido tak menentu, tu yang membuatkan badan dia jadi kurang sihat. Selama beberapa hari dia kat umah aku, kul 3 4 pagi baru tido. Hehehe... sama je dengan aku. Tu yang bertambah tak sihat tu. Dah la aku malas masak. Dia makan pun tak tentu arah kat rumah aku. Sorry la Lia sebab kawanmu ini sudah malas dan tidak memberi layanan yang baik kepada tetamunya.

Satu lagi kisah. Semalam sepatutnya aku ke OUM untuk register semester baru. dari awal minggu dah janji dengan sidia nak ke sana semalam. Pagi-pagi aku bangun, mandi dan bersiap walaupun malam sebelumnya aku tido hampir jam 5 pagi. Selepas bersiap, aku call dia. Sekali tak dapat, dua kali tak dapat dan akhirnya berkali-kali namun jawapan tetap sama. Aku buka facebook, aku nampak dia online. Aku post kat wall dan petang tu aku call baru dapat cakap. Aku geram sebab dia tak bagitahu aku bila tak jadi. So library pun aku tak pergi la semalam.

Mata aku sakit ler pulak dan kepala mula berdenyut. Tak pasti adakah disebabkan mengantuk, tak sihat ataupun sebab aku tak pakai cermin mata. Hahaha... Malas nak pakai cermin mata kat opis ni, tudung susah nak bentuk. Kalau kat rumah memang aku pakai. Buat cermin mata pun sebab sakit kepala bila tengok komputer. Pegi check rupanya aku ada rabun jauh sikit dan ada silau sikit. Hari² siang malam mengadap komputer. Kena la jaga jugak mata ni. Kang kalau mata rosak, sapa yang susah? Aku jugak....

Tuesday, January 12, 2010

Menu Semalam






Memandangkan tanggungjawab aku semakin bertambah sekarang ni dengan menjadi penjaga kepada adik bongsu aku yang berpindah sekolah ke sini, aku kena bangun awal pagi untuk masak air dan masak hidangan tengahari. Nanti adik aku balik sekolah senang dia dah ada makanan untuk dimakan.

Semalam pagi-pagi selepas subuh aku mula memasak. Juadah semalam hanyalah ayam asparagus dan sayur lobak dicampur dengan kobis bunga. Cukuplah sekadar masak sempoi² cenggitu. Kalau nak masak yang susah² kena la tunggu hari cuti ataupun tunggu mak datang sini. Abah kata sebulan sekali abah akan datang sini. Standard la kan, anak bongsu ada kat sini. Silap² haribulan dua minggu sekali sampai ler mak ngan abah.

Gambar kat atas tu ler hasil masakan aku semalam. Sila la jamu mata.

Monday, January 04, 2010

Hari Pertama Kerja Di Tahun Baru 2010

Hari ni adalah hari pertama kerja untuk tahun baru ni. Dah cuti tiga hari rasa cam malas je nak naik kerja. Hehehe.... Tapi memandangkan dah tanggungjawab dan ada staff lain yang dah menempah cuti hari ni, aku gagahkan jua ler untuk ke pejabat.

Hari ni keluar rumah awal sikit so sampai pejabat pun awal ler sikit dari biasa. Psssttt... Sebenarnya hari terakhir kerja tahun lepas aku dah kena warning ngan bos sebab katanya aku selalu datang lambat. Dia nak aku datang awal hari ni. Ahaks. Sampai je kat dalam, aku tengok bilik bos gelap lagi. Yeay! Itu bermakna, bos bercuti. Merdeka!!!!!

Kerja hari ni tak adalah bizi sangat. Sumer cam biasa aje. Masih boleh lagi merapu meraban kat dalam forum. Masih boleh lagi post entry kat blog. Masih boleh jugak lagi membuang masa membaca e-novel kat blog orang lain. Namun cukup malas nak menjengah ke forum open universiti walaupun punya ler banyak masa untuk ke sana.

Tahun ni kena ubah gaya ler kot. Kena buat jadual untuk bahagikan masa almaklum la, macam² benda nak dibuat dalam hidup ni. Dan aku rasa kena khaskan masa untuk study dan mesti kuatkan semangat untuk ikut masa yang telah dijadualkan tu.

I'll try all my best!!!!!!!!!!!!!

Friday, January 01, 2010

Koew Teow Kerang Dan Malam Tahun Baru

Selamat tahun baru 2010.....

Selepas tiga hari adik perempuan aku mengharap aku menggoreng koew teow akhirnya malam tadi tercapai ler hasratnya. Seusai cerita "Cinta Balqis" yang ditayangkan di TV3 setiap jam 6.30 petang hingga 7.30 petang setiap Isnin hingga Khamis tadi, aku memulakan operasi menyediakan bahan-bahan untuk menggoreng koew teow. Dari membasuh dan merebus kerang sehinggalah memotong fish cake, fish ball dan daun kuchai. Adik lelaki aku yang keboringan mengopek kulit kerang dan mengasingkan isinya ke dalam mangkuk akhirnya menyerahkan tugasnya kepada aku untuk dihabiskan dan dia dengan sukarela menyelesaikan kerja aku memblender bawang, cili kering dan ikan bilis.

Selesai operasi penyediaan bahan-bahan, dengan sukarelanya jugak adik lelaki aku memanaskan kuali dan menumis bahan kisar tadi. Akhirnya dari memanaskan kuali hinggalah koew teow siap digoreng, semuanya dilakukan oleh adik lelaki aku. Tugas aku hanyalah memastikan apa bahan penambah perisa yang patut diletakkan di dalam bahan tumisan. Penuh sekuali maklumlah dua bungkus koew teow sekali goreng padahal orang yang nak makannya tiga orang je. Adik lelaki aku punya permintaan la tu, suh buat lebih sikit. Katanya lapar tengah malam. Sebaik api dapur dipadamkan, terus saja pinggan dicapai dan koew teow kerang selamat dimakan.

Cerita tentang malam tahun baru pulak. Bengang pulak aku rasa pada malam tahun baru kali ni. Entahlah mangkuk mana yang bodoh pi main mercun kat ground floor flat ni. Bergema bunyinya. Terkejut-kejut aku. Nasib baiklah aku ni tak ada penyakit lemah jantung, kalau tak dah lama aku arwah. Penduduk flat ni memang kurang akal sikit agaknya. Main mercun kat dalam bangunan. Bangang!!!!!!!!

Tu bawah tu masih lagi bising dengan jerit pekik budak-budak. Entah la. Aku rasa anak india bawah tu. Entah apa la yang diorang buat kat bawah tu lagi. Tak reti nak masuk rumah duduk diam-diam agaknya. Tengoklah tv ke ataupun chatting kat ym ke. Ini tak, time-time orang nak tidur ni dia terjerit pekik meletupkan mercun lagi. Ikut hati nak aje aku jeritkan takpun hantukkan kepala diorang ke dinding.

Masih lagi mangkuk-mangkuk hayun kat bawah ni meletupkan mercun. Bangang!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, December 30, 2009

Siapa Aku...?

Kekadang aku rasa pelik. Kekadang aku rasa kecil hati. Kekadang aku rasa sedih. Aku tak tahu siapa aku pada pandangannya

Adakah aku ni menyusahkan sesiapa saja yang bersama dengan aku? Entahlah.... Perasaan aku rasa tersentuh pulak.

Mungkinkah aku patut lebih berdikari dari sebelum ini. Atau mungkinkah aku harus belajar... Belajar untuk tidak bergantung pada orang lain dan hanya bergantung pada diri sendiri dalam apa jua kesusahan dan kesulitan. Mungkin aku harus belajar untuk tidak menyusahkan mahupun membebankan orang lain sepanjang hidup aku ni.

Mungkin dah tersurat perjalanan hidup aku sebegini coraknya. Tak mengapa... Aku akan cuba untuk menerima dengan redha.

Monday, December 28, 2009

Pengalaman Masuk Hospital

13hb baru ni aku ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang. Konon nak mendapatkan rawatan sebab demam aku yang berulang² dah lebih seminggu. Mana tahu nasib kurang baik, aku kena tahan wad pulak dengan alasan sel darah putih terlebih dan mengakibatkan jangkitan kuman dalam darah. Maka dengan tanpa rela, masuklah aku ke wad 7B.

Setibanya kat wad 7B, aku yang sememangnya dah lemah ni terpaksa menunggu nurse mendaftarkan aku. Selepas selamat mendaftar, aku mendapat katil tambahan yang diletakkan di tempat yang sememangnya telah tertulis di situ "tempat ini mesti dikosongkan". Katil aku betul² berhadapan dengan kaunter nurse, terletak di laluan orang dan betul² bersebelahan pintu tempat menyimpan pakaian dan cadar pesakit. Ditepi kepala aku kalau aku berbaring adalah tong pemadam api yang tergantung elok di tepi dinding tu.

Dengan tiada tempat untuk menyimpan barang, nasib baiklah aku memakai tracksuit yang poketnya mempunyai zip makanya segala barang berharga aku simpankan di dalam poket sahaja. Beg yang adik aku hantarkan setelah mendapat tahu aku terpaksa bermalam di wad, terpaksa aku letakkan di atas katil di bahagian kaki aku. Dengan perut yang kosong, aku terpaksa memakan ubat yang diberi oleh nurse dan air pula sentiasa memasuki tubuh aku melalui jarum yang dicucukkan di belakang tangan kiri aku.

Terbiarlah aku kat tepi tu dengan seringkali katil tempat aku berbaring dilanggar oleh orang yang lalu lalang. Nurse langgar dengan troli ubat la, cleaner langgar dengan baldi mop dia la, nurse lalu dengan katil pun siap langgar jugak. Letih betul. Tidur takleh lena. Dah la macam tu, nurse pulak tak boleh nak mintak tolong. Aku mintak tolong ambilkan air suam je sebab nak makan ubat tapi dia boleh jawab, "Boleh jalan kan?". Ceh! Kalau kaki tangan aku tak sakit-sakit, takdenya aku nak mintak tolong orang ambilkan air untuk aku. Dah la badan aku ni serba lemah sebab dah lebih seminggu aku tak lalu makan.

Tengahari kak long aku telefon suruh aku mintak discharge dari hospital sebab nak masukkan aku ke hospital private. Panel hospital office aku ni. Aku cakap dengan doktor yang incharge. Dia kata kat aku, "Kalau cakap cepat, dia buat cepat." Tapi perkara yang terjadi sebaliknya. Aku dah cakap cepat pun tapi doktor tu buat lengah je. Lewat petang, dalam pukul enam lebih baru aku dapat keluar dari hospital. Itupun selepas mak aku mengamuk kat doktor masa doktor tengah basuh tangan.

Lepas keluar dari hospital, mak aku bawa aku balik rumah aku. Tapi sampai kat rumah badan aku rasa tak sedap. Dada rasa macam sesak je. Aku saja buat dek je, takmo mak aku risau tapi rupanya mak aku perasan keadaan aku yang serba tak kena. Cadangan nak pergi private hospital keesokan hari pun tak menjadi sebab malam tu juga kak long dan abang long aku datang hantar aku ke Selangor Medical Centre yang sekarang dah tukar nama ke KPJ Selangor Specialist Hospital. Sampai kat SMC, kena berjawab dulu sebab tak ada GL tapi disebabkan ada bantuan dari surat refer doktor kat Ampuan Rahimah, dan selepas doktor kat SMC check aku, akhirnya aku kena masuk wad juga.

Aku dapat satu bilik berdua. Katil sebelah aku tu makcik peniaga nasi lemak. Mulut dia memang kecoh betul. Tapi dia cakap kat mak aku malam tu anak dia tak payah jaga lagi sebab dah ada kawan katil sebelah. Takut tinggal sorang katanya sebab katil dia kena gegar. Aku pun kena juga. Malam pertama tidur wad, tetiba dalam pukul dua lebih pagi aku terjaga. Belakang aku rasa macam terendam dalam air. Terasa basah lencun. Bila aku bangun dan sentuh belakang aku, rasa kering je.

Malam kedua pulak aku terasa muka aku kena hempap dengan badan seseorang. Puas aku mengerang sebut Allah, Astaghfirullah dan macam² lagi. Bila aku tersedar, aku terdengar suara aku menyebut nama Allah. Malam yang ketiga, tak ada kejadian yang berlaku sebab aku dah beringat dan abah ada tinggalkan sesuatu untuk aku.

Keesokan harinya aku dah boleh keluar. Memang rasa tak sabar nak keluar hospital sebab letih sangat rasanya. Setiap pagi nurse datang ambil darah. Air pulak sepanjang masa masuk ke dalam tubuh aku. Sampai bengkak² tangan tempat jarum masuk dan sampai jarum kena bertukar tangan. Sampai hari ni masih ada lagi rasa sakit kat tempat jarum tertanam tu. Tangan sebelah kanan ni masih ada lagi sikit bengkaknya. Dan kaki tangan ni setiap kali bangun tidur terasa sangat sakit. Kaki sampai tak boleh nak berpijak. Tangan pulak rasa terlalu sakit bila menopang nak bangun. Kenapa agaknya? Mungkinkah sebab darah tak mengalir dengan lancar? Atau adakah macam kata kakak aku, terlalu sejuk? Tapi aku letak jugak minyak param yang panas tu dekat kaki dan tangan aku sebelum aku tidur. Mak aku kata minyak tu panas tapi bila aku pakai takde pulak terasa panas. Rasa biasa je.

7hb nanti aku kena ke SMC lagi untuk berjumpa Dr Hamidah. Dia yang merawat aku masa aku masuk wad tu. Nanti aku nak tanya la kenapa kaki dan tangan aku ni jadik macam ni. Nak jalan pun rasa tak larat sangat. Mak aku kata, "Biasa la tu bila badan nak mula gemuk, kaki tak boleh nak tampung berat badan." Aku takut sakit lain je. Tuari Dr Hamidah kata nak buat ujian Hepatitis A,B dan C. Dan ada di antara ujian tu yang dapat keputusan lambat, tu sebab agaknya dia nak jumpa aku selepas tiga minggu.

Tangan dah rasa sakit pulak ni kat pergelangan dan jari². Elok la aku stop menaip dulu. Nak rehatkan tangan sekejap. Masalah betul sekarang ni. Makin dah tua, makin badan rasa tak larat.

Wednesday, November 25, 2009

Company Teambuilding

23hb hingga 25hb Oktober lepas aku menyertai teambuilding company ke Club Med Cherating. Teambuilding kali ni tak berapa padat seperti tahun-tahun sebelumnya. Best la camtu. Cuma yang tak bestnya sebab pegi naik bas kan, so tak dapat la nak keluar berjalan-jalan dari situ ke pekan yang berhampiran untuk beli souvenier.

Kamera aku pulak dah kena pinjam dengan kakak aku yang kat Bahau tu. Camana aku boleh terlupa yang aku nak ke Cherating masa tu entah. So sesi bergambar kurang menarik sikit la sebab cuma pakai kamera telefon aku yang tak berapa nak canggih ni. Berbelak la sikit muka tu bila aku tengok balik gambar yang dah aku snap tu.

Kongsi sikit aje la gambar yang ada ni. Kongsi bebanyak karang segan pulak sebab bila tengok gambar yang dah aku snap ni terasa macam aku ni gemuk sangat la.

p/s: nanti ler aku upoad gambar. Malas aku nak menunggu blogger ni upload image punya ler lama.

.