Thursday, January 22, 2009

Alamak!!!!! Ada Hantu² Di Kejiranan Aku La....

Korang percaya wujudnya hantu? Aku percaya jugak la hal ni. Hehehe....

Kali ni aku nak kongsi cerita mengenai kewujudan hantu di kejiranan aku yang baru je aku dapat tahu pagi ni sebelum aku pegi kerja. Huhu...

Aku selalu nampak pintu unit tepi sekali kat tingkat yang aku duduki sentiasa terbuka. Unit tu selang sebuah je dari pintu unit aku. Dah lama jugak la unit tu dikosongkan. Sebelum ni ada bebudak kilang yang tinggal kat situ. Bila dorang pindah, unit tu kosong sekejap. Tak lama kemudian masuk sekumpulan lagi bebudak kilang. Tapi dorang tinggal tak lama kat situ. Entah kenapa tetiba je dorang pindah.

Kemudian bila aku lalu-lalang kat depan unit tu, aku nampak pintunya sentiasa terbuka. Keadaan kat dalam memang ler bersepah dengan sampah² tinggal. Lama lepas tu, bila aku lalu, aku tengok dalam rumah dah bersih. Aku agak² tuan rumah datang bersihkan. Bebaru dua tiga hari lepas tuan rumah tu datang tengok rumah dan tutup pintu tapi kelmarin dan semalam bila aku lalu, pintu masih terbuka jugak.

Depan unit tu pulak, ada orang indonesia menyewa. Selalu jugak la dia pasang cd mengaji ke, ceramah agama ke kuat² kat rumah. Tapi orang tu pun tak tinggal lama. Sekarang dah pindah dah. Tak tahu la kenapa dorang pindah.

Sebelah unit tu pulak unit kosong. Dulu kawan adik aku, budak sabah menyewa kat situ. Sekarang ni dia dah pindah. Dah lebih setahun dua kot unit tu kosong. Tengah tahun lepas ada sorang cina datang mengamuk² kat rumah tu. Tarik² cermin tingkap sampai luka tangan. Darahnya menitik² kat tembok dan lantai depan unit tu. Sampai sekarang ada lagi kesan darah tu kat situ. Takde sapa bersihkan sebab masa dia mengamuk tu, mana ada orang yang tinggal kat situ.

Yang nak aku kongsi cerita ni mengenai apa yang aku dengar pagi tadi. Adik aku kata, kat unit tepi tu ada toyol. Memula aku terkejut dan macam tak percaya la tapi dia kata dia dengar budak² bermain riang melompat² dalam unit yang pintunya terbuka tu. Waktu tu dia melepak kat tangga. Kemudian penat duduk, dia pergi menyandar kat dinding unit tu. Ada tingkap kat dinding tu. Kat belakang dia tu la benda tu bermain².
Huhu...

Kemudian dia cakap kat unit kosong yg budak sabah duduk dulu tu pun ada hantu jugak tp tak tau spesies apa. Dia kata waktu lalu depan tu, tetiba je dengar bunyi air paip terbuka dengan kuatnya. Bunyi macam paip pecah tu. Aku pun pernah dengar sekali. Waktu tu tak pasti pukul berapa aku lalu. Hairan gak aku sebab selalu takde dengar bunyi air terbuka tu, lagipun unit tu takde orang tinggal. Aku perhati juga la ke dalam unit tu melalui cermin tingkap yang pecah sekeping tu tapi tak nampak apa² yang mencurigakan. Adik aku kata bunyi tu tak sentiasa kedengaran. Kadang tengahari, malam, awal pagi. Malam tadi aku lalu depan rumah tu takde pulak aku dengar bunyi air tu.

Kelmarin aku nampak budak indonesia depan unit aku ni terhendap² kat tingkap unit yg ada kedengaran bunyi air tu. Hehehe... Aku rasa la kan, dia pun pelik dengar bunyi tu. Tu sebab dia pegi tengok. Patut la sejak kebelakangan ni kalau aku keluar ampai baju pukul 1 pagi 2 pagi tu aku rasa semacam je. Tak macam dulu. Dulu ampai baju kul 1 2 3 pagi tu rasa cam ampai baju di siang hari je.

Unit sebelah aku ni, yang berada tengah² antara unit aku ngan unit tepi tu pun kosong jugak. Ditinggalkan dalam keadaan lampu dan kipas ruang tamu yang terpasang. Aku rasa tuan rumah kot yang buat camtu. Ada kaitan ke perpindahan dorang semua dengan benda mistik ni ye...?

Bagi aku selagi aku tak terganggu, aku tak peduli benda tu semua. Dalam rumah aku sendiri ni pun ada benda lintas², ada benda main tampar² pintu, ada benda yang dok mengasak² adik aku tido. Tapi segala gangguan tu dulu la, sekarang walau aku berada sorang kat rumah pun dah takde lagi gangguan tu. Cuma sesekali je agaknya dorang nak mengusik aku. Hehehe... Agaknya dorang tengok aku lagi hantu daripada dorang kot.

Kalau betul la ada toyol kat unit kosong tu.... hurm... kena letak duit dalam quran la. Hehehe...

Tuesday, January 20, 2009

Masak Lomak Cili Api Kelapa Kampung Lagi.....








Ini malam tunaikan permintaan adik. Dia order ayam masak lemak cili api dari minggu lepas lagi. Malam ni baru aku rajin nak buat. Aku buat ayam masak lemak cili api campur nenas.Hehehe....

Ni kat tangan ni masih terasa pijar lagi sebab cili api. Huhuhu.... Balik dari keje petang tadi, tak sempat nak rehat terus je aku pi kupas kelapa. Lepas tu baru pi mandi. Kemudian turun ke kedai mesin kelapa. Balik dari kedai, terus je siapkan bahan-bahan masakan. Masak je lambat sikit sebab aku nak tengok berita dan cerita Ku Milikmu kat TV3 dulu. Dah habis cerita tu baru aku concentrate masak. Hehehe....

Hari ni kat berita tunjuk pasal Barrack Obama yang akan menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Amerika sepenuhnya. Selain tu yang menarik adalah mengenai gencatan senjata Israel. Dah 3 hari rupanya. Hurm.... Dah hancur luluh Gaza tu, dah hampir pupus rakyat Palestin baru la mereka nak buat gencatan senjata. Itu pun siap ada lagi amaran dari perempuan Israel yang berjawatan apa ntah tadi aku pun tak ingat untuk Hamas.

Ala.. Mata dah terasa mengantuk la pulak. Lagipun adik nak guna pulak laptop dia ni. Pi tido la dulu. Esok-esok sambung merapu lagi.

Sunday, January 18, 2009

Juadah Untuk Hari Ini.....



siakap kukus ala belasah




sayur cendawan




ayam masak ala belasah


Hari ni teringin nak makan siakap kukus. So tadi aku pun merajinkan diri memasaknya. Kemudian ternampak pulak ayam, tomato ceri dan kacang peas. So aku pun belasah je la tabur bahan-bahan tu sumer masuk kuali. Dah ada lauk musti la nak ada sayur jugak kan. So cendawan yang ada balance dari buat sup sebelum ni jadik mangsa la. Hahaha....

Aku suka tengok makanan tu berwarna warni. Nampak cantik je. Rasanya entah la kan. Tapi alhamdulillah setakat hari ni aku masak apapun walau main tabur rasanya masih buleh tahan lagi la pada tekak aku. Tekak orang lain tak tau la aku. Adik-adik aku yang stay dengan aku ni tak penah pulak komplen.

Adik lelaki aku yang stay sekali dengan aku ni pandai jugak la masak. Kekadang kalau aku malas nak masak, aku suruh je dia masak. Pernah sekali aku teringin nak makan ayam masak merah. Hehehe... Aku belikan bahan-bahan dan aku suruh je dia masakkan. Walla... sedap.

Esok keje. Malam ni tak tau la nak masak apa pulak tuk makan tengahari esok. Adik pompuan aku yang sorang ni esok start keje. Malam ni kena la aku siap-siap masak untuk esok. Hurm... Siakap ada sekor lagi dalam petiais. Sotong pun ada lagi tu. Yang takde cuma sayur je. Nak kuar pi beli stok malas pulak ni. Huhu....

Takpe la.... Karang kalau adik aku nak kuar pi Klang Parade aku kirim je beli sayur kat Giant.

Boikot! Boikot! Boikot!

Sana sini orang memperkatakan tentang boikot barangan Israel, barangan Amerika. Tapi ramai jugak yang berada dalam premis McD, KFC, Starbuck dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya.

Kalau kita rakyat Malaysia boikot barangan keluaran dorang-dorang ni semua, adakah memberi kesan kepada rejim zionis tu? Buleh ke dengan memboikot saja dapat memberhentikan serangan zionis terhadap rakyat Palestin?

Ada disiarkan di television tentang rakyat Israel yang berkonvoi dengan motor berkuasa besar, mencari tempat strategik untuk menonton pengeboman ke atas rakyat Palestin. Dan bila ditemuramah oleh petugas media, jawapan yang diberikan memang la sangat kurang ajar. Mereka beranggapan melihat pengeboman itu sebagai melihat pesta bunga api.

Kasihan melihat kesengsaraan dan kemusnahan yang dialami oleh rakyat Palestin. Apa yang boleh kita sebagai umat islam lakukan untk membantu? Setakat memberikan derma... adakah sepenuhnya derma itu akan sampai kepada rakyat Palestin? Bergunakah wang derma itu seandainya bila ia mahu disumbangkan, negara Palestin telah musnah sama sekali? Adakah masih berguna sekiranya di waktu itu seluruh rakyat Palestin telah lenyap dari muka bumi?

Desak PBB untuk menghentikan serangan tersebut..? Adakah itu akan berlaku? Sedangkan PBB dikuasai sepenuhnya oleh Amerika dan Amerika la penyokong kuat Israel. Sepatutnya perangi saja zionis tu semula. Biar mereka tahu seksanya bila menjadi mangsa pencerobohan perang.

Aku...? Apa yang mampu aku lakukan hanya la mendoakan agar Allah memberi balasan kepada zionis lalu menghentikan serangan mereka terhadap rakyat Palestin. Itu pun seandainya doa ku dimakbulkan Allah.

Saturday, January 17, 2009

Makanan Lagi.... Hehehehe....



sotong masak sos bertomato ceri




pak choy bersos tiram




lala masak serai


Wakakaka.... Letak gambar makanan lagi. Semalam try buat lala masak serai tu. Hehehe... Resepi very the sempoi dan rasanya buleh tahan sedap. Tadi pulak buat pak choy bersos tiram dengan sotong masak sos bertomato ceri. Saja je nak perabih tomato ceri yang beli semalam tu. Karang kalau simpan lelama dalam peti ais rosak pulak dan akhirnya jadik satu pembaziran.

Semester baru dah mula ni, kelas pun dah mula tadi tapi aku tak pegi. Batuk masih belum baik. Teruk terutama kalau dalam aircond. Dua subject aku amik online je. Yang benarnya ketiga-tiga subject aku nak amik online, dah lulus pun tapi satu subject tu takde slot untuk online la pulak. So terpaksa la aku attend kelas.

Harap-harap sems ni takde la aku malas-malas macam sems yang sebelum-sebelum ni. Soalan assignment pun dah keluar tu. Malam tadi dah print soalan tu so dah buleh kumpul bahan dah ni. Ada buku yang aku kena pegi beli ni. Tak tau la bila nak turun KL, pi Popular Bookstore carik buku tu.

Argh! Lapar la pulak. Aku nak pi makan dulu la. Nanti lenkali sambung lagi berceloteh kat sini.

Thursday, January 15, 2009

Nasi Lemak Kelapa Kampung














Hehehe.... nak kasi kawan² yang jengah blog ni gumuk² tengok gambar makanan. Nasik lemak tu guna santan dr kelapa kampung kiriman mak aku. Ada sebijik lagi kat rumah tu. Adik aku dah order masak lemak putih kobis pulak. Nanti nak kena masak ler tu. Agaknya tunggu cuti ler pulak kot. Sambal ikan bilis tu adik aku yang siapkan bahan²nya. Punya la banyak bawang sampai terlebih dari ikan bilis. Hehehe...

Aku sendiri pun dah berkali ganda gumuk dari dulu. Itu disebabkan aku suka masak dan makan. Apa teragak je aku cuba ler masak, pastu makan aku belasah la tak kira time. kul 3 pagi pun steady je pi belasah nasik. Ahaks

Dari dulu tak reti nak jaga badan.... Tak buat senaman.... Makan main belasah je tak kira la banyak karbohidrat ke.. Banyak kalori ke... Banyak kolesterol ke... Yang penting perut kenyang terisi. La ni dah gumuk... Payah nak turun balik. Huhu....

Dan bila dah gumuk... Automatik selera makan bertambah... Makan dari dulu setengah pinggan dah kenyang kini tak cukup kuantiti yg sebegitu. Amik nasik sepinggan penuh tu rasa biasa je... belum lagi masuk tahap kenyang sampai sendawa 3 4 kali.

Bila dah gumuk ni... Badan rasa berat.... Sakit sini sana. Kalau dah duduk... Bila nak bangun semula sikit punya payah. Kalau berjalan.. Kata ler pi pusing² Masjid India tu sekejap... Tumit dan pergelangan kaki musti ler sakit. Agaknya kaki tak tertampung berat badan. Ekeke....

Nak menguruskan badan ni balik... Huhu... Payah ler nak cakap. Niat di hati nak pi gym kat opis ni.. free je guna kemudahan tp malasnya yang lebih. Kekadang da siap² bawak baju dari rumah pun malas nak pi. Cukup time balik 5.30 ptg terus je balik. Takde pulak rajin nak masuk gym tu. Huhu...

Tak apa la... Nanti² bila rajin aku pi la bersenam. Nak kurus tu payah ler tp nakkan sihat tu je la. Biar badan tak sakit sini sana. Insyaallah...

Friday, January 09, 2009

Tomyam Campur Pulak Ini Malam....




Yahooo.... Akhirnya dapat jugak aku siapkan memasak lauk tomyam campur. Hehehe... Bukan la susah mana pun. Guna rencah tomyam yang tersedia terjual kat Giant. Sonang gitu....

Tomyam campur ni terdiri dari udang, sotong, daging, ayam, tomato, carrot dan cauliflower. Ingatkan nak campurkan sekali brocolli tadi tapi nampak cam pelik pulak. Ahaks...

Sib baik udang kali ni tak membuatkan muka aku bengkak-bengkak kegatalan. Agaknya udang ni belum lama sangat kot. Kalau lama dah tentu-tentu muka aku ni bengkak-bengkak.

Esok cadangnya nak keluar kejap jumpa si dia tapi alahai... Baju banyak dalam mesin basuh tu. Dah rendam tadi tp malas pulak nak basuh. Maklum la... Sekarang ni basuh baju takleh putar dan tinggal je.Sekarang kena tunggu kat mesin. Huhu... mesin basuh rosak ar. Kalau putar.... non stop.

Main game kat forum tu pun membosankan... Markah payahnya nak dapat banyak. Dah naik letih pinggang ni. Hurm... Baik la gerak pi basuh baju pulak dulu. Karang buleh la buat keje-keje lain... Buat kerja-kerja pembersihan rumah ke apa ke yang patut.

Hehehe... Korang jangan heran pulak. Memang dah jadik rutin aku berkemas tak kira masa. Ikut suka aku je bila-bila aku nak berkemas. Kalau pukul satu pagi baik pun aku terasa nak kemas rumah... Segera aku bangun kemaskan. Tapi kalau tiba hangin takmo berkemas aku datang... Aku buleh biarkan rumah tu bersepah. Pernah kakak aku datang melawat dan dia kata rumah aku macam tapak pelupusan sampah. Wakakaka...

Cuti bebaru ni mak abah aku datang dari kampung, bercuti sekolah kat umah aku ni. Huhu... Mak abah aku yang tolong kemaskan dan susunkan kedudukan perabot dan barang-barang dalam rumah aku. Huhu... Sungguh tak guna betul aku kan...? Clear gila umah aku masa tu. Bersih...

Lepas orang tua aku balik kampung... Bersepah ler balik. La ni aku nak pi basuh baju Pastu nak kemaskan umah. Mana la tau... tetiba lak orang tua aku terjonggol kat depan pintu umah aku. Tak ke naya kena bebel ngan abah aku. Orang tua aku ni fesyennya kalau datang sini tak bagi tau. Tetau dah sampai je kat bawah flat ni. Pastu klau abah nampak umah bersepah... Memang panjang lebar la bebelnya.

Walawei... Dah bebel panjang ni. Aku chowwww dulu ar. Adios.....

p/s..... kalau aku rajin nanti aku nak buat posting mengenai isi rumah aku. Aku nak tepek gambar sudut tido aku... sudut study aku... sudut melepak tengok tv aku... ruang memasak aku jugak.

Thursday, January 08, 2009

Masakan Orang Malas.....



Ayam 3 sos manis



Telur dadar



Kailan ikan masin



Talapia masak asam jawa



Kacang bersos tiram


Ini la juadah orang malas sediakan hari Selasa dan Rabu semalam. Hari Selasa buat talapia masak asam jawa dan kacang panjang sos tiram. Hari Rabu pulak buat ayam 3 sos manis, telur dadar dan kailan ikan masin.

Malam ni rasa malas pulak nak masak tapi kena jugak la rajinkan diri kejap lagi ni karang sebab adik-adik aku ada kat sini. Adik lelaki aku pulak bawa kawan dia sorang tumpang kat umah aku ni. Ada tetamu ni kena la aku masak walaupun lauk yang very the simple. Hehehe...

Rasanya kejap lagi aku pi goreng nasik je la. Campur kacang botol sikit. Hehehe... Untuk esok aku da siapkan tadi udang sikit, sotong, ayam dan daging untuk buat tomyam campur. Ahaks... Tetiba lak terasa nak buat tomyam. Mungkin sebab da lama tak makan tomyam kot.

Hah! Nak kongsi sikit kisah kebodohan manusia yang tertipu oleh nafsu sendiri. Tadi kat berita keluar kisah bapak saudara yang merogol anak saudara sendiri yang hanya berusia 6 tahun. Kemudian disambung pulak kisah 8 orang lelaki yang kesemuanya melayu yang merogol 2 orang budak bawah umur berusia 14 dan 15 tahun secara bergilir-gilir. Kisah kedua ni harus jugak disalahkan pada budak perempuan berdua tu sbb kejadian berlaku di dalam rumah budak-budak lelaki ni. Kalau dorang tak gatal mengikut, camana leh kena rogol di situ kan.... Hurm... Budak bawah umur... Suka sama suka pun kira rogol jugak.

Baik pi masak la dulu... Kejap lagi nak tengok Puaka Niyang Rapik pulak kat TV3 yang genap usianya 25 tahun hari ni. TV3 buat majlis doa selamat tu meraikannya. Kali ni sambutan lain dari biasa. Selalunya tak habis-habis dengan hiburan aje. Huhu...

Tuesday, January 06, 2009

Bihun Goreng Belasah dan Sambal Sotong Bersos Tomato








Tak tahu la kenapa adik² aku ni suka makan bihun la.... koew teow la... mee goreng la... Aku pulak tak tau la kenapa tak pandai masak. Hehehe....

Malam tadi aku gorengkan bihun setelah dua tiga hari adik aku mintak aku masakkan. Hurm... Segala bahan² tumisan dia yang siap² potongkan, blend cili dan ikan bilis beserta bawang²nya. Aku cuma potong ayam, jalankan kerja² mencuci bahan campuran dan menggoreng.

Tapi malam tadi tak dapat nak goreng seperti biasa bihun tu sbb joint kat bahu ni sakit. Nak mintak tolong adik pompuan aku ni kesian pulak sbb bihun tu berat. kang sakit lak tangan dia. Nak mintak tolong adik lelaki... dia keluar pulak dengan kawan²dia. So nak tak nak terpaksa la aku tahan je sakit kat joint tu sementara nak settlekan masak bihun tu.

Kemudian mintak tolong adik pompuan yg lagi sorang masak sambal sotong tapi dia pulak sakit kepala katanya. So aku jugak la yang pi menumis sambal tu. Huhu.... Sakit pun tahan jugak la...

Aku rasa nak kena pi urut la badan ni. Dah selalu sakit² ni. Agaknya banyak angin kot dalam badan ni walaupun aku rajin masak bubuh halia yang banyak. Lagipun mungkin ni kesan daripada keaktifan aku masa muda² sikit dulu. Selamba je pikul beg berat²... Selamba angkut mesin jahit portable tu naik turun bas dr kampung ke Klang... Pendek kata tak menjaga badan ler dulu. La ni bila umur da meningkat mula la sakit sini sana. Huhu...

Malam nanti kalau rajin aku nak buat talapia masak asam jawa. Itu pun kalau rajin la.... Kalau tahap kemalasan tu maksimum... Aku suh aje la adik aku masak telur dadar ke hapa ke. Ahaks....

Kelapa ada sebijik kat rumah tu... Semalam Kaklong bawak dari kampung. Mak bagi katanya. Hurm... Dah ada cadangan nak buat nasik lemak dalam kepala aku ni gunakan santan dari kelapa kiriman mak tu. Harap² petang karang aku tak lupa nak beli bawang besar la... Kalau aku lupa alamatnya tak jadik la nasik lemak aku...

Monday, January 05, 2009

Ayam 3 Sos Dan Kailan Ikan Masin







Hahaha!!!!

Ini aje la juadah yang sempat dan rajin aku masak pada hari Sabtu 3hb Januari baru² ni. Sebenarnya plan nak masak kailan ikan masin tu je. Kemudian tak tau nak masak apa lagi dah sbb dalam petiais lauk yang tinggal cuma beberapa ketul ayam dan beberapa biji telurnya. Ada jugak drummet ayamas tu setengah peket lagi. Sayur² banyak la sbb masa aku pi beli stok lauk tu... yang banyak sayur je. Sotong takde. Ikan sikit sangat pilihan yang ada.

Kalau nak ikutkan adik aku punya idea.... dia cuma nak goreng drummet tu je jadikan lauk tapi aku rasa cam tak sesuai lak benda segera tu dijadikan lauk dalam nasik. So aku pun terfikir nak masak ayam yang ada tu.

Nak digoreng ayam tu rasa cam tak selera je. Kemudian tetiba lampu idea menyala lak dalam otak. Terwujud la idea nak masak ayam bersos tiram. Masa siap²kan bahan masakan lain tu cam biasa je... tiba masa nak bubuh sos tiram dalam mangkuk tu terpandang pulak akan sos tomato dan sos cili. Hurm... tangan pulak cepat je mencapai botol² sos tu segala. Masa capai botol sos.. terpandang pulak kicap pekat. Hehehehe... Maka bersatu ler segala sos dan kicap pekat tu di dalam sebuah mangkuk kecik.

Selepas acara tumis menumis goreng menggoreng siap... adik² aku pi makan. Selera je aku nengok adik² aku makan masakan belasah tu. Hehehe... So dengan slow and steadynya aku pun menjoinkan diri. Lepas makan... masing² tersandar kekenyangan. Ahaks.

Friday, January 02, 2009

Selamat Meninggalkan 2008 Dan Menerima Kedatangan 2009

Selamat tahun Baru 1430 Masihi dan selamat juga tahun baru 2009 Hijriah. Isnin 29hb Disember 2008 kita telah meraikan kedatangan tahun baru bagi seluruh umat islam di dunia. Dan pada hari semalam bertarikh 1hb Januari 2009 kita menyambut kedatangan tahun baru untuk seluruh manusia di dunia.

Masuk tahun 2009 akan bertambah la lagi setahun usiaku.... Kalau nak dikirakan aku ni da masuk kategori andalusia da ni.. Dah masuk 34 tahun usiaku tapi masih belum lagi berumahtangga. Belum laku... Ekeke... Tak ada orang sudi... Tapi tak apa la.. Jodoh pertemuan kuasa Allah... Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi...

Seperti biasa... aku tidak ada azam baru setiap menjelangnya tahun baru. Orang lain pasti saban tahun bertukar azam walaupun entah tercapai atau tidak azamnya itu namun aku tetap sama... Takde azam yang aku sematkan untuk dicapai dalam hidupku... Yang ada hanya la harapan untuk hidup lebih baik dari sebelum ini...

Tahun ni harapan aku bertambah lagi satu... Ekeke... Aku harapkan akan dapat menamatkan zaman sendiriku tahun ni seperti yang dirancangkan.... Insyaallah jika mendapat keizinan Allah...

Wednesday, December 24, 2008

Koew Teow Kerang Ala Belasah.....




Sepatutnya ini la juadah untuk sarapan pagi ni.... Tapi adik² aku dah belasah malam tadi sebaik aku siap masak. Siap bertambah² dorang makan. Tinggal la sikit tuk aku jadikan sarapan pagi. Alhamdulillah.... walaupun dapat sikit je tapi kenyang la jugak.

Dah lama aku tak masak² ni... malas pulak tuari. Tapi alhamdulillah... sikit² kerajinan tu datang semula.

Malam tadi aku siap masak sambal sardin untuk juadah tengahari nanti. Lunch time karang, aku balik ler rumah kejap masak sayur pulak. Malam tadi aku da siap potong kacang botol tu. Nanti tengahari goreng bubuh telur pulak.

Esok cuti so tak payah la aku masak siap² malam karang tuk juadah esok. Esok buleh la aku bangun lewat sikit kot. Tapi kalau jadik la kawan aku datang tuk formatkan pc aku yg diserang trojan kat umah tu... kena la jugak aku bangun awal. Nanti malam aku ingat nak kemas rumah sikit. Itupun kalau kerajinan melebihi kemalasan. Hehehehe....

Tuesday, December 23, 2008

Rajuk...

Teringat akan lagu nyanyian Rahmat bekas penyanyi kumpulan Ekamatra dulu...

Rajuk yang tak bisa diubati lagi.....
Kesal yang tak sudah....
Tinggal parut yang berbisa....

Dalam hati ni berkata².... sudah lupakah dia pada aku.....?

Dalam hati ni tertanya².... tak bermaknakah aku padanya...?


Argh!! Hati... Tolong la.. jangan la kau sedih lagi... Fikiran... tolong la jangan fikirkan lagi.... Empangan air jernih ini bisa pecah lagi andai berterusan begini....

Monday, December 22, 2008

Sebak

Entah kenapa... sejak akhir² ni hati aku mudah sangat tersentuh. Airmata mudah sangat mengalir di tubir mata ni. Adakah kerana jiwaku tak tenang... atau mungkinkah kerana peredaran masa...? Entah la.. aku sendiri kurang pasti...

Yang aku tahu... bila kerinduan menerpa di pinggir hati... di kala itu la... empangan titis² air jernih di kelopak mata ni tidak mampu untuk aku bendung. Pecah... mengalir membasahi pipi.

Adakah kerana ada penyesalan di dasar hati... atau adakah kerana bawaan perasaan....? Hurm... hanya Yang Satu mengetahui apa yang tersurat dan tersirat untukku....

Dari saat hatiku tersentuh malam tadi dengan jawapan darinya yang bernada tinggi.... hingga ke saat ini... aku masih belum mampu untuk menghubunginya lagi.... Hati masih diselubungi rasa sedih... Dan di kala aku merungkaikan isi hati di laman ini... titisan air jernih itu sentiasa menemani...

Argh!!! Kenapa dengan hati aku kini.....? Kenapa mudah sangat airmata ni mengalir....?

Monday, November 24, 2008

Pemergian Yang Tak Dirancang.....



sekadar gambar hiasan....


Ahad 23 November 2008 kembali la ibu saudaraku, satu²nya adik satu mak kepada abah ke rahmatullah. Perginya kerana sakit. Sakit yang berangkai². Ada sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang. Tak tahu la ada penyakit apa lagi.

Sebelum beliau dimasukkan ke hospital, suaminya yang demam dulu. Kemudian arwah makcik pulak demam dan terus tak sedar diri bila dimasukkan ke ICU HUKM malam Sabtu 22 November 2008. Lebih kurang pukul 4.50 pagi tu abah terima panggilan menyatakan makcik dah nazak. Siang Sabtu 22 November tu baru abah dapat pergi menziarah. Aku ikut sekali. Masa aku masuk melihat makcik, beliau langsung tak sedar. Kaki tangan dah sejuk sangat.

Abah nak tunggu jugak kat hospital dulu petang tu dan selepas habis waktu melawat, selepas berbual dan memberi nasihat serba sedikit menghilangkan kesedihan pakcik, kami pun berangkat balik ke Klang. Kemudian pada malam 23 November lebih kurang pukul 2.30 pagi, pakcik menelifon abah menyatakan makcik dah semakin nazak. Abah pun tak berani sangat nak memandu malam, so tunggu la siangnya baru pergi ke sana. Dan ketika abah sampai, makcik dah takde.

Selepas selesai pengkebumian makcik, abah balik semula ke Klang dan sempat singgah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk melawat anak adik mak pulak yang patah kaki kerana accident. Hari ni operation masukkan besi di peha dan skru di lutut. Selepas dah melawat tu, abah balik ke rumah kak long. Aku memang dah ada di situ. Kesian pulak tengok abah. Sekarang tinggal la abah sorang. Kakak dah meninggal, adik pun baru pergi.

Pagi tadi abah cakap yang tetiba di keheningan pagi td dia teringatkan sangat arwah adiknya tu. Ingatan takan hilang walaupun arwah dah takde. Malam ni ada tahlil arwah lagi di rumah arwah makcik, mungkin abah akan pergi kalau abang long dapat menghantar abah ke sana. Rumah arwah makcik di Kuala Lumpur. Abah tak berapa biasa sangat jalan sana.

Harap abah akan sentiasa tabah seperti selalu.....
.