Saturday, February 16, 2008

Spagetti belasah masyukkkk



Juadah malam ni. Entah kenapa selera teringin nak makan spagetti. Aku belasah je la masak sendiri. Walaupun rasanya tak seperti spagetti yang ada kat Pizza Hut ataupun yang ada kat restoran2 terkenal tapi boleh la untuk melepaskan rasa teringin aku ni.

Kuah spagetti ni takde la masam sangat. Okay la bagi tekak melayu. Aku pertama kali makan kuah macam ni kat umah Kaklong. Aku rasa sedap pulak. Tak masam tak pedas. sedang2 je rasanya. Aku pun tanya2 la kat Kaklong resepinya. Kata Kaklong senang sangat nak buat kuahnya. Kita cuma perlu bawang besar yang didadu, bawang putih yang dicincang, daging kisar, cendawan butang yang dalam tin pun dah ok dah, sos spagetti kimball dan sedikit air. Lepas tu lebur2 je la ramuan tu dalam kuali.

Esok ada kelas pulak. Lepas kelas nak turun PD jumpa Abg Armia. Erm... nak study jap la tuk kelas esok. Esok takde test Math, mungkin test Business Law dengan Business Communication je. Esok seharian tak jengah blog nih. Forum harmoni pun takleh jengah. Insyaallah malam ahad baru jumpa pc kesayanganku ni.

Thursday, February 14, 2008



Aku hari ini.. Kat opis. Muka aku biasa je walau ke mana aku pegi. Aku tak pandai nak bermekap2 nih. Natural walaupun tak beauty. Ekeke....

Kekadang terfikir jugak aku, orang yang lebih berumur dari aku pun datang keje siap liptick, eyeshadow bagai. Aku jugak yang muka toya datang opis. Dengan tak berbedak dan berliptick apatah lagi nak bermaskara dan bereyeshadow. Tak pandai la aku nak pakai semua tu. Bukan aku tak pernah beli. Kalau aku beli liptick, bertahun2 masih elok je panjangnya isi liptick tu. Maskara pulak sampai keras kat dalam bekasnya.

Aku penah cuba pakai celak mata. Tak tahan aku. Mata asyik berair je dan kesudahannya sekeliling mata aku hitam macam orang tak cukup tido ataupun kena tumbuk. Ekeke... Memang aku tak dilahirkan untuk cantik kot. Erm.. Cantik ke bermekap....?

Ini la sudut ruang kerjaku kat opis. Aku setakat kerani kaunter je. Tapi jangan terkejut kerana kat meja aku ada dua komputer yang disediakan untuk aku menjalankan tugasku. Satu komputer digunakan untuk browse web Bursa Malaysia. Kat komputer yang ni aku takde install atau download apa2 pun. Komputer yang ni aku biar clean.

Komputer yang satu lagi tu la aku gunakan untuk buat pembayaran kalau ada client buka akaun ataupun transfer share. Dan kat komputer tu jugak la aku melayari web harmoni, oum dan segala jenis web yang aku teringin nak jengah. Dan komputer ni jugak la yang dah dua kali kena overhaul. Ekeke... Asyik rosak je hard disknya aku kejekan.

Semalam komputer ni lebih sepuluh kali padam sendiri la, hang la. Bengang aku. Terganggu keje2 aku. Hari ni nasib baik la cuma sekali je dia buat hal. Dapat la aku jalankan tugas aku dengan lebih lancar dan dapat jugak la aku berforum dengan tenang.

Dorang kata nak tukar komputer ni ke jenis yang lebih canggih. Bahagian belakang dah tukar dah. Cuma kaunter je yang dorang belum boleh buat. Entah la... kata bebudak IT ada benda yg dorang takleh nak settlekan lagi untuk bahagian kaunter.

Tak sabar aku nak tukar komputer baru. Aku tengok menarik la kat bahagian belakang. CPU siap ada built in speaker, ada cd writer. Yang kat aku sekarang ni fesyen lama punya. Jangankan cd writer, cd je pun takde. Menarik tu kalau dapat yang baru. Boleh la aku intall downloader youtube dan boleh la aku copy ke cd.

Buku dan calculator tu pulak tak termasuk dalam keje aku. Ekeke... Itu aku buat keje sendiri. Aku berani bukak buku study kat opis waktu keje sebab manager aku dah bagi green light kat aku. Bagus kan manager aku. Dia yang kata kat aku.. "kalau takde keje, you boleh buat keje sekolah you kat sini". Ekeke...

Singa Menari





Kejadian ni berlaku kat opis tengahari tadi. Setiap kali lepas tahun baru cina memang kat opis ni akan ada buat tarian singa. Ala... dorang memang ada siapkan peruntukan untuk bayar tarian ni. Singa ni siap masuk jalan2 dalam opis tu. Jengah semua sudut yang ada dalam opis.

Lepas dah puas menjelajah ke seluruh pelusuk opis, dorang naik pulak kat tingkat empat. Kat tingkat empat ni opis kitorang gak tapi lebih kepada open galeri. Kat atas ni satu wing untuk client layan share market. Satu wing lagi untuk opis bahagian credit control.

Bila dah abis menjelajah kat tingkat empat, dorang turun balik ke tingkat tiga. Opis aku la tu. Dorang tamatkan tarian kat tingkat tiga selepas singa berteleku kejap membelah limau2 yang memang dah disediakan kat tengah2 laman opis.

Menarik tu memang la menarik tapi tu la.. tak tahan dengan kebisingan gendangnya...

Wednesday, February 13, 2008

Aku, Goreng Pisang Dan Makanan Tengahari.






Malam tadi teringin sangat nak makan goreng pisang walaupun kepala ni terasa berat sangat. Sakit. Berdenyut. Aku paksa adik pompuan aku gorengkan pisang yang aku bawa balik dari kampung minggu lepas. Biasa la pisang kan, mana la tahan lama. Dah simpan empat hari kat dapur dia jadik lembik. Tapi takpe, asalkan dia pisang dan boleh digoreng, erm... aku belasah jugak walaupun tekak tak berapa baik.

Aku set alarm pukul tiga nak bangun study, memang aku terjaga tapi tak larat nak bangun sebab kepala masih terasa sakit. Aku tuam kain basah kat kepala dan aku sambung tido. Pagi tadi bangun tido, tekak rasa sakit. Telan air liur pun rasa macam telan benda keras. Namun aku buat biasa je. Aku tak peduli sangat. Sampai kat opis macam biasa aku makan nasik lemak sambal sotong. Tekak masih terasa sakit bila aku telan makanan.

Aku cuba jugak buat sikit latihan math masa takde client td. Kepala dah mula rasa bengal. Berdenyut tapi tak sakit. Aku stop buat latihan dan buat keje yang datang sampai la waktu makan tengahari.

Aku jalan2 kat dalam Klang Parade (kat depan opis aku je) sambil cuci mata dan tapau makanan kat food court. Masa jalan2 dgn Kaklong kat dalam Klang Parade tu tiba2 je sendi2 kaki dan tangan terasa lenguh. Aku dah tak larat nak jalan , aku mintak izin Kaklong nak balik ke opis.

Sampai kat opis, dah tak lalu nak makan tapi aku gagahkan jugak menjamah makanan tu. Kalau tak makan nanti takut tak larat nak wat keje. Ari ni banyak keje jugak la dari biasa. Kemudian tiba2 kaki dan tangan rasa sejuk sangat. Aku tanya orang lain sejuk ke tidak. Dorang kata tak. Bermakna something wrong kat aku la nih.

Tak sabar aku nak tunggu 5.30. Waktu balik tu. Tapi aku takleh balik terus. Aku kena singgah Giant depan opis ni beli beras. Beras dah abis kat rumah. Aku tumpang kereta Banglong je balik tapi puas jugak la nak memanjat tangga ke tingkat tiga umah aku dengan beg, stok lauk dan beras.

Dah sampai umah, dah letak beras dan lauk kat dapur dan aku terus mengadap pc nih. Update blog je kejap dan pasni nak gi baring jap. Rasa tak larat nak bergerak dah nih. Badan dah semakin panas dan kaki tangan rasa tak terdaya nak digerakkan. Sengal.

Tuesday, February 12, 2008

Juadah Tengahari


Daging goreng


pajeri nenas


Limau


Juadah yang dah selamat aku belasah


Lauk pauk dan nasik ni sumer aku beli je masa on da way balik umah tadi. Ekeke.... limau tu pulak bebudak opis bagi lepas chinese new year.

Demam lagi.....

Kenapa dengan aku nih....? Apa yang tak kena pada diriku....? Kenapa la aku asyik demam je nih.....? Ada penyakit apa aku ni....? Erm... Ya Allah! Berikanlah aku kesihatan yang baik supaya aku dapat meneruskan kehidupan dan dapat berbakti pada kedua orangtuaku.

Sesungguhnya ya Allah, aku masih belum mampu membalas segala jasa kedua orangtuaku. Aku belum berkemampuan memberikan kesenangan kepada mereka. Berilah aku kesempatan ya Allah untuk membahagiakan mereka.

Aku dah jumpa doktor... doktor kata aku cuma stress je sebab tu la aku selalu demam. Itu memang aku akui. Terlalu banyak perkara yang harus aku fikirkan. Keluargaku, pelajaranku, adik2 yang di bawah tanggungjawabku kat sini dan juga kehidupan peribadiku sendiri.

Semalam aku tido agak awal dari biasa. Entah la.... Semalam jiwa aku rasa kacau sikit. Perasaan tak menentu. Ada rasa sedih wujud dalam diri. Aku cuba study tapi otakku tak dapat memproses data dengan baik lalu aku ambil keputusan untuk tido bagi melupakan segala permasalahan untuk seketika. Aku set alarm untuk bangun study pada pukul 3 pagi tapi sesedarnya aku dari tido yang lena, ku lihat jam dah menunjukkan angka 6 pagi. Dan iblis itu berjaya menggodaku. Aku sambung tido semula sampai la ke pukul 7.45 pagi.

Sekarang aku berada kat opis dan aku kini diserang rasa mengantuk. Aku amat pasti.... kalau ada perasaan sebegini, itu bermakna aku kurang sihat. Dan selsema ni pun makin menjadik. Suara pun dah berubah sikit nih. Erm... Antibodi aku tak kuat la. Mudah sangat aku diserang penyakit. Aku kena amik supplement la agaknya nanti ni.

Monday, February 11, 2008

Damaikan hati ini


Damai.... tenang... pohon yang merendang. Tumbuh subur. Andainya hatiku dapat setenang itu.....

Pening....

Erm.... Selama ni aku tak kisah sangat bab yang satu ni tapi bebaru ni balik kampung... orang tuaku dah sebut pasal perkara nan satu ni. Dan dorang serius sangat. Sebabnya... dorang kata ada satu family nak masuk meminang adik aku. Family tu dah tak sabar2 nak datang rumah. Orang tua aku pulak takmo aku tercicir. Dorang nak lepaskan aku dulu kemudian baru la adik2 aku pulak.

Masalah sekarang... aku nak belajar lagi. Lagipun aku takde calon yang nak dibawa balik untuk dikenalkan pada abah dan mak. Sebelum ni banyak kali jugak mak dan abah cakap2 benda ni tapi aku tak amik port sangat. Aku selalu anggap dorang bergurau je ngan aku tapi kali ni aku terpaksa akui yang dorang tak bergurau. Abah serius nak aku kawin. Alahai.... Aku takde calon.

Aku dah cakap pada dorang, biarlah adik2 aku kawin dulu. Aku tak kisah pun. Mungkin jodoh aku lambat lagi. Tapi dorang takmo terima alasan aku. Dorang dah start mendesak aku. Bertambah pening la kepala aku. Apa salahnya langkah bendul kan. Sape yang dah sampai jodoh biar la dorang jalan dulu. Nape la mak ngan abah ni nak jugak ikut aturan. Nape.....????

Sapa pulak aku nak tangkap wat calon ni? Hahaha!!!!

Aku, TNB dan Blackout



Malam ni tiba-tiba je elektrik padam. Tapi pelik pulak. Padamnya tak seperti biasa. Bukan semua rumah pun blackout. Rumah aku je yang padam. Biasanya main switch yang jatuh tapi kali ni main switch tak jatuh. Tapi elektrik takde. Pelik....

Aku memang tengah bersemangat nak study math tadi. Aku tengah buat latihan yang walaupun dah ada jawapan dan jalan kerjanya tapi aku masih tak faham2 jugak. Aku cuba nak selesaikan dan semakin aku cuba semakin aku pening. Puas aku fikir camana boleh dapat macam ni macam tu. Erm... Waktu tu la elektrik blackout.

Aku call TNB. Dorang datang tengok. Memula aku takut gak dorang marah sebab wayar berselirat kat umah aku tapi erm... Berbalik dorang yang suruh aku beli lagi soket tu. Ekeke... Dorang kata ada problem kat main switch tu. Entah apa ntah tadi. Dorang kata satu point tu control semua plug dalam bilik termasuk satu kat ruang tamu ni.

Lepas test2, dorang suh aku guna plug kat dapur untuk pc. Maknanya aku kena beli lagi soket la. Bertambah berselirat lagi wayar kat umah aku. Satu hari mesti aku tergolek dog langgar wayar ni.

Bila elektrik dah okay, aku on pc dan aku jengah forum serta blog nih. Latihan math tadi terbiar je kat atas meja ni. Hilang semangat aku yang berkobar2 tadi. Tapi walau macam mana pun aku kena jugak buat latihan dalam seminggu ni sebab hari sabtu ni dikhuatiri akan diadakan test. Aku takut takleh jawab sebab setakat ni aku memang tak dapat nak faham lagi math nih. Mintak2 la dalam seminggu ni semangat nak study aku sentiasa berkobar. Insyaallah....

Sunday, February 10, 2008

Sudut belajar....



Di sudut ini la aku menghabiskan masa study dan berforum ketika di rumah. Ruang terbuka ini terletak di sudut ruang tamu dan berhampiran dengan dapur. Faham2 saja la kan. Senang aku nak pi selongkar makanan kalau lapar masa tengah lepak2 kat sudut ni. Ekeke...

Buku2 kat atas monitor tu aku baru je lepas susunkan. Sebelum tu memang bersepah je kat atas tu. Meja pulak aku buat sendiri je. Tu yang nampak tinggi dan kecik je tu. Ala... Aku potong papan pintu terbuang pastu aku letakkan kat atas rak akuarium yang telah pecah aku hempuk. Buku2 semester lepas dan juga segala kertas terpakai dan belum pakai aku susun kat para yang juga buatan sendiri kat kaki rak akuarium tu. Para tu bukan aku yang buat tapi tuan rumah dulu.

Asalkan benda tu boleh guna takde la aku buang. Boleh jugak aku gunakan sebagai tempat buku2 dan kertas2. Takde la bersepah2 kat sudut ni. Cuma printer je aku tak tau nak letak kat mana ni. Buat masa ni aku letakkan kat atas lantai je dulu. Bukan tak boleh letak kat atas monitor ni tp kertas yang keluar tu tak tersusun la. Asyik jatuh ke bawah je. Lebih baik aku letak kat atas lantai baru la kertas2 tu tersusun cantik. Aku rasa cam nak letak atas meja ni je tp nanti la. Nanti aku susun balik barang2 kat atas meja ni. Lepas tu baru la aku letak printer ni kat atas.

Nak beli satu book shelf untuk susun semua buku2 nih. Tak sesuai rasanya letak kat atas monitor nih. Tapi nak beli pun kena tengok budget dulu ar. Ekeke.. Ada lebih baru la boleh beli. Erm.. Buat sementara tu biarkan buku2 tu tersusun kat atas dulu.

Friday, February 08, 2008

Aku yang dah gemuk...


Ini la aku.

First time aku amik gambar sendiri sambil senyum sepenuhnya. Aku ni sebenarnya tak pandai bergambar. Ni aku cuba2 je masa kat Ulu Bendul tadi. Dah gemuk aku rupanya.

Semalam turun dari kete je terus mak cakap... "ingatkan sape yg gemuk putih tadi." Ekeke... Takde la putihnya.... cuma cerah sikit la dari dulu. Dan yang pastinya... aku memang dah gemuk. Abang Lang pun tadi panggil aku si gemuk. Huhu...

Ibu.... Ibu.... Syurgaku di bawah telapak kakimu.


Ibu.... Ibu.... Engkaulah ratu hatiku.....

Ini la ibuku. Ibu kesayangan aku. Tengok la betapa banyak dah kedut2 pada wajah ibuku. Dulu ibuku cantik berkulit tegang tapi kini setelah usia ibuku menjangkau 57 tahun, kulitnya telah kendur dan kesihatan pun tidak la sentiasa memuaskan.

Semalam aku balik kampung, ibuku masih lagi batuk2. Dah lebih dua minggu kesihatan ibuku begitu je. Dah pegi klinik pun masih begitu juga keadaan. Entah la... Mungkin sebab ibuku sudah beransur tua atau juga sebab keadaan persekitaran. Harap2 ibuku akan sihat sepenuhnya.


Tadi sebelum balik ke Klang, sempat lagi kami bermandi-manda kat Ulu Bendul. Kakak aku yang nombor tiga, Kak Lang bawak anak2nya, adik aku dua orang dan juga ibuku ke situ. Aku bersama Kak long dan anak2nya. Kami singgah mandi-manda kejap. Ibuku hanya memerhatikan dari atas tebing anak2 dan cucu2nya bermain air. Sesekali ibuku akan memanggil cucunya yang kecil naik ke atas. Sejuk katanya. Ekeke...

Sekejap je kami habiskan masa di Ulu Bendul tu. Sebelum balik sempat la ibu berpesan kepadaku supaya sentiasa menjaga diri dan kesihatan. Aku sayang ibu aku. Aku sentiasa berdoa agar ibuku diberi kesihatan yang baik sepanjang masa.

Wednesday, February 06, 2008

Sambal sardin dan sayur kobis




Ini juadah untuk malam nih. Kalau malam ni kaum cina makan besar dengan pelbagai hidangan sedap.... bagi aku dan adik2 cukup la sekadar yang ada ni. Ini pun dah alhamdulillah... Masih ada nasik dan lauk untuk dijadikan santapan. Kalau nak dibandingkan dengan orang yang lebih miskin, yang hidup di negara yang tidak aman, yang makanan dan segala keperluan terlalu payah nak diperolehi, kehidupan yang aku lalui sekarang adalah jauh lebih baik.

Sayur kobis adalah sayur kegemaranku. Mak biasanya akan goreng sayur kobis kalau aku balik kampung. Ekeke... Esok aku akan balik ke kampung. Dah lama tak makan masakan mak. Agaknya ada la dalam sebulan kot aku tak jengah kampung. Erm... Rindu pulak pada mak dan abah serta adik bongsuku yang manja.

Balik kampung nanti aku nak amik gambar mak, abah dan adik manjaku. Nanti aku akan pastekan gambar mereka kat sini.

Sensitif....

Entah la.... Tak tau kenapa sejak kebelakangan ni aku rasa semacam je. Perasaan aku mudah tersentuh. Airmataku mudah menitis walaupun hanya dengan gurauan. Mungkinkah kerana perasaanku sensitif? Atau ada sebab lain?

Malam ini aku rasa ada sesuatu yang dah berubah. Kenapa berubah aku pun tak tahu. Mungkin kerana putaran masa atau mungkin kerana aku..... Entah la.. aku manusia biasa yang tak tahu membaca hati manusia lain. Kalau aku tahu.... mungkin aku mampu mengawal tindakanku.

Atau adakah kerana kesihatanku yang tak menentu sejak kebelakangan ini? Rasanya aku cuma demam biasa kerana kurang tido je nih. Ke aku kena pi check darah, air kencing dan sebagainya nih untuk mengetahui keadaan kesihatanku yang sebenarnya?

Bulan ni je dah dua tiga kali kot aku demam. Tapi demam kali ni yang teruknya. Sampai dua hari aku tak larat bangun. Mungkin aku kena ubah cara hidupku agaknya. Tido awal dan jaga pemakanan. Mudah-mudahan demam ini cepat sembuh dan tak berulang dalam masa terdekat nih. Insyaallah....
.