Wednesday, September 24, 2008

Harapan Kecewa

Semalam memang satu hari yang menyedihkan. Aku MC semalam sebab gastrik ni menyerang pulak. Kemudian bila kat rumah aku terfikir nak call dealer tu tanyakan pasal application aku. Kebetulan dia ada kat bank so dia bagi aku cakap dengan orang bank tu. Terkejut gak aku bila orang bank tu kat first screen aku tak lepas. Maksudnya masa dorang hantar maklumat aku untuk check citris ke ctos ke blacklist ke, nama aku sangkut. Setau aku nama aku clear, kalau blacklist camana loan kete kancil tu ngan personnel loan aku buleh dapat.

Kemudian aku tanya macam² pada orang bank tu dan akhirnya dia kata gaji aku ni kecik. kalau aku amik saga insyaallah buleh lepas guna nama aku sorang. Aku tanak amik saga masalahnya. Kenapa la dorang tak beritahu awal² gaji aku tak lepas untuk loan setinggi tu...? Bila dah dekat nak raya ni, bila masa dah suntuk baru la aku tau.

Aku beritahu abah, dan abah kata camana... kete nak pakai nanti kenduri lepas raya ni. Arghhh!!!! Tension dan bertambah sedih aku ni. Kemudian terfikir nak cuba kat lain lalu aku pun call la sidia. Dia kata dia akan cuba pulak pada kawan dia tp kena tunggu kumpul duit untuk downpayment pulak. Bila aku cakap² lagi, akhirnya dia cakap sesuatu yang mengguris hati aku. Ayat tu la yang membuatkan aku menangis teresak² sampaikan tak mampu nak berkata² lagi.

Dia tak memahami situasi aku. Dah lama kenal aku pun masih tak dapat mengenali aku sepenuhnya. Hurm... tak apa la, nanti aku cuba pulak dekat lain. Mungkin belum rezeki aku....

Monday, August 25, 2008

Idaman.....




Hurm... ni la idaman kalbu tapi seksanya nak lepas loan. Entah la.... Harap² kali ni berjaya la. Tak lama lagi nak raya ni.

Kelmarin balik kampung, biasakan diri drive kete kat sana. Pagi² antar mak pi pasar. Alhamdulillah, aku da semakin berani turun naik bukit kat depan umah abah tu.

Friday, August 15, 2008

Demam Kuat

Tak sangka sakit kepala yang aku alami hari selasa tu bukan sakit kepala biasa. Rupanya aku demam kuat. Hari Rabu baru aku pi klinik jumpa doktor bila sakit kepala masih tak ilang dan badan mula sakit² dan tak larat. Bila doktor check suhu, rupanya suhu aku 101. Maka MC la aku hari Rabu tu.

Esoknya pi keje masih tak larat jugak dan ada tumbuh bintik berair yg dengan cepatnya menjadik besar dan sakit. Aku pi klinik lagi. Doktor pun hairan tengok aku, muka bengkak sebelah kanan, ada pulak tumbuh bintik berair, sakit kepala tak baik lagi, kaki sakit². Huhu...

MC lagi aku semalam tapi belah petang je sbb aku pi klinik lambat. Aku sebenarnya malas nak pi klinik lagi sbb rasa tak larat nak jalan, bintik berair tu bila bergeser jadik sakit. Tapi disebabkan tak larat sangat, nak duduk pun sakit, aku pi jugak la klinik.

Demam kali ni memang teruk. aku langsung tak terdaya nak buat apa². Makan pun tak lalu. Tekak rasa pahit. Aku terpaksa makan buah untuk dapatkan rasa manis. Lagipun selera makan langsung takde. Mak pun risau nak lepaskan aku pi Kedah tu. Tapi aku terpaksa gak pegi. Kesian lak kat member aku yang dah belikan tiket dan dah packing barang dia tuk ke sana. Kesian jugak pada pengantin yang merupakan sahabat aku tu. Dulu masa dia nikah aku tak pegi. Harap² malam nanti takde berlaku apa² yang tak elok la sewaktu di dalam bas.

Aku akan siapkan buah²an untuk kudapan kalau tekak terasa pahit, aku akan bawak asam untuk dimakan kalau tetiba rasa nak muntah. Huhu... Susah kalau sakit ni rupanya.

Monday, August 11, 2008

Majlis Persandingan




Sabtu baru² ni pegi jemputan persandingan sepupu kat Cheras. Majlis buat kat dewan serbaguna. Sepatutnya abah wajib pegi tu sebab yang buat majlis tu adalah adik tiri abah tapi tu la.. abah demam pulak. So, mak je la datang dengan alang bersama abanglang dan anak²nya.

Jumaat malam tu mak datang tido umah kaklong dulu. Esoknya dalam kul 2 gitu baru gerak ke Cheras. Ala... Klang ke Cheras tak jauh mana pun kan. Tapi almaklum la kan, kami ni jarang² pi umah sedara. Ala... sedara ni pun ada masa kami dah besar² dan abah serta mak dah beransur senang sikit je. Hehehe... Tersesat² juga la masa mencari tu.

Aku tumpang kete kaklong dengan sorang lagi adik aku. Hurm.. nak pegi naik kete sendiri, abah lak tak datang sekali kan. Kalau abah datang, dapat la naik kancil tu. Nak naik pulak persona, entah lepas entah tidak loannya. Huhu...

Masa acara menepung tawar aku tak pi pun naik ke pelamin tu. Malas ar aku nak pi menepung tawar bagai. Aku rasa aku muda lagi, malas nak menepung² tawar ni. Hehehe...

Lepas makan dan tengok pengantin bersanding, mak naik atas tuk menepung tawar pengantin. Lepas dah settle tu, pi salam² dengan pak sedara mak sedara serta sepupu sepapat. Kitorang gerak balik dalam pukul 10 lbh malam gitu. Kemudian masa nak keluar konon nak konvoi 3 kereta sekali tapi tu la, tersesat² jugak. Banglong pun bawak kete agak laju, mak pulak tak bagitau kat banglong yg mak nak singgah umah paklong kejap, nak ziarah paklong sakit. So terlepas la kawasan rumah paklong. Jadik, tak dapat la mak nak ziarah abangnya tu. Takpe la, nanti kalau loan lepas, aku bawak mak pi ziarah paklong.

Pagi² semalam mak gerak dari umah kaklong ke rumah aku pulak. Mak singgah kejap je sbb nak balik ke kampung tengah hari tu jugak. Kalau gerak lambat takut jem pulak kan. Tapi mak kata nak ajak abah datang umah aku cuti sekolah nanti. Mak nak ajak abah rehat kat sini.

Thursday, August 07, 2008

Persona.....

Memang terpesona.... Berkenan betul mata aku tengok kete ni selepas wira aeroback. Terus terlupa yang dulu aku berhajat sangat nak amik wira aeroback. Ekeke....

Semalam dengan semangat yang tinggi aku pi tanya persona kat proton edar. Dorang tgh buat promosi kat sini. Tanya punya tanya terus tersangkut. Lalu aku pun try la apply. Ekeke....

Harap² ada rezeki la nak pakai kete baru.

Wednesday, August 06, 2008

Menjahit.....

Minggu ni minggu rajin aku la kot. Tetiba je rajin lak menggunting kain untuk dijadikan baju raya dan baju tak raya. Hehehe....

Dari hari ahad lepas hingga la semalam aku da settlekan gunting untuk 4 pasang baju. Hehehe.... baju kurung biasa aje dan untuk pakai sendiri aje. Aku ni tak pro lagi, so tak berani la nak jahitkan untuk orang lain. Kalau untuk pakai sendiri tu, ada senget² sini sana sikit² takpe lagi. Takde sapa nak komplen, takde nak kena bayar gantirugi kat sesapa. Hehehe...

Tapi agaknya dah memang naluri pompuan kot, walaupun gunting dan jahit baju sendiri namun kehendak membeli baju siap tetap ada. Ahaks... Semalam la tu... Waktu aku jalan² kat Klang Parade depan opis ni tengahari semalam, masuk la kedai First Lady tu. Sekali ternampak la sepasang baju kaler krim coklat tu. Wah! Sekali pandang dah terpikat aku ni. Terus aku amik je baju tu. Hehehe.. Melayang lagi RM70. Sabtu lepas dah melayang duit membeli kain ela 5 pasang.

Betul la kata "orang" tu..... belanja ntah apa² aku pun dah dekat seribu sebulan. Ekekeke.....

Minggu ni ada majlis kenduri kawin kat rumah pak sedara kat Cheras. Hurm... Kalau kak long pegi, mengekor ler aku. Patu nak kena pegi lagi ke Jalan TAR untuk beli lagi 4 pasang kain ela. Huhu....

Ni persediaan untuk raya lagi, untuk kenduri nikah adik aku jugak nanti. Penuh la jadual aku hingga ke abis bulan 10 ni nanti. Nasib baik la "orang" tu pun sentiasa sibuk. Maka tak kisah sangat la kalau jadual aku pun penuh. Tapi kalau la "orang" tu tak sentiasa sibuk, terpaksa la aku ngejas jadual aku ni. Hehe..

Friday, August 01, 2008

Gara² Malas Masak....

Malam tadi aku jadik seorang yang pemalas pulak. Hurm.... Balik dari keje aku terus pasang rak pasu yang aku beli semalam. Kemudian bila dah siap pasang, aku letak bersebelahan dengan rak yang aku beli kelmarin. Kemudian aku susun elok² pasu² tu semua.

Aku tak masak pun tuk juadah malam tadi walaupun adik aku dah beritahu dia on the nak balik ke rumah aku. Huhu... Aku cuma perap daging je dan adik aku la tukang masaknya. Tapi aku siap² masakkan nasi. Hehehe...

Semalam selain dari rak tu, aku jugak beli pasu² kecil comel, ada la dalam 10 biji. Pastu aku beli jugak pasu yang besar sikit dari tu dalam 6 biji. Tanah aku lum dapat beli lagi. Nanti nak semai benih lagi kat dalam pasu yang kecik² tu.

Rasa macam best jugak bercucuk tanam ni tapi tu la, silapnya aku duduk kat umah flat. Kalau boleh aku nak carik rumah teres la, senang aku nak merealisasikan hobi aku ni. Best je kalau depan dan belakang rumah ditumbuhi tanaman hijau yang boleh dijadikan hidangan. Hurm... nampaknya aku kena berjimat sikit la dari sekarang, kalau tak camana nak dapat rumah teres. Huhu...

Thursday, July 31, 2008

Musim Buah Kat Kampung




Ni adik-beradik berkumpul ahad baru ni. Tu pun tak semua yang amik tempat dalam gambar tu. Ada yang kat atas pokok tengah petik buah rambutan. Ada yang pi entah ke mana. Abah pulak sibuk buat bilik kat dalam umah. Mak biasa la... anak-anak amik buah, mak kat dalam lepak2 ar sesambil tolong abah.

Buah durian yang ada 7 biji kat atas pokok belakang umah tu da abis gugur. Bukan sebab da masak tp sebab dikejekan dek tupai. Chess... Hampeh punya tupai. Sib baik la kat kebun ada 3 4 batang pokok durian lagi. Merasa la jugak makan durian sendiri.

Ada lagi satu gambar si kenit anak kaklong dok beria nak panjat pokok rambutan tu. Huhu... Malas la pulak nak upload. Takpe la.. lain kali la tepek gambar si kenit tu.

Balik kampung tuari, kaklang siap tanya kat aku... boleh ke panjat pokok manggis tu? Ahaks. Dia takut adik dia ni tergolek jatuh kalau dahan patah, maklum la adik dia ni da gemuk. Hehehe.... Tapi lepas dok kait manggis tu, sempat aku pi panjat pokok langsat kejap. Buruk tul kan.. Dah tua2 duk panjat pokok lg. Ekekeke...

Pas panjat langsat, pi pulak kait rambutan jap. Pastu masuk makan. Petang sebelum balik sempat lagi pi panjat rambutan amik tuk bekal bawak balik ke Klang pulak. Hehehe....

Tanaman Percubaan













Ni la hobi terbaru aku. Tanam pokok. Yang kat rak tu aku susun pokok setawar, pokok sirusa, pokok lidah buaya, dua pasu benih, satu pasu anak terung bulat dan satu pasu pokok bunga nenas. Kat tepi rak tu pokok pandan tp entah la... baru mlm td masukkan dalam pasu. Bawak datang dari kampung tu. Yang kat air tu pokok sayur tp dah tak ingat sayur apa. Entah la... Hidup ke mati nanti sbb kurus je dia.

Yang menjalar tu pokok kacang botol, satu pasu pokok kacang panjang. Hurm... Kacang botol tanam kemudian dari kacang panjang tp pokok kacang panjang kemetot pulak. Mulanya ada 3 batang anak kacang panjang tu tapi da mati. Tinggal la tu je.

Pagi² tadi da bubuh baja dan siram siap² pokok2 tu. Kalau aku ad rumah, aku jaga pokok² tu pagi dan petang. Kalau time aku balik kampung tu la yang risaunya. Pokok takde orang nak siramkan. Kalau kucing datang korek pasu pun takde orang nak tolong halaukan. Huhu....

Malam tadi semai benih kacang buncis ngan timun. Saja je suka² tanam pokok ni. Hobi ni tak tentu. Kali ni suka nak tanam pokok, pastu berabis duit beli benih la, baja la, peralatan la... Mintak² kekal la hobi menanam pokok ni kat aku. Seronok pulak bila pokok tu tumbuh. Hehehe....

Sebelum ni ada gak tanam pokok dalam pasu, malahan yg dah hidup bawak dari kampung tp mati bila letak kat sini. Agaknya sebab rumah flat kot. Susah jugak nak bertanam. Atau mungkin sebab penjagaan kurang kot. Kali ni aku jaga betul² tp kalau bukan rezeki aku nak berpokok sayur takpe la.

Aku suka tanam² pokok sayur ni tp tu la masalahnya aku duduk umah flat. Tak bertanah. Nak tanam sayur pun kena beli tanah dulu. Kat sini pulak aku tak jumpa nursery. Alamatnya beli tanah, alatan tanaman dan benih kat giant je la. Huhu..

Monday, July 28, 2008

Slice Mutton With Garlic Ginger Blackpepper Sauce (ala² belasah)




Hurm... Malam ni teringin nak makan masakan western pulak. Ekeke... Tapi tak pandai nak masaknya so aku belasah je la sesedap rasa aku je. So meh kongsi resepi slice mutton with garlic ginger blackpepper sauce ni sesama.


Bahan²nya


Slice mutton
Fries
Brocoli
Capsicum merah
Carrot
Cauliflower
Cendawan butang (dlm tin)
Butter


Bahan perapan

Sos tiram
Lada sulah
Lada hitam
Serbuk oregano

Bahan sos

Lada hitam (yg tak berapa hancur)
Bawang putih
Halia
Air suam
Butter
Tepung jagung
Sos tiram


Cara² membuatnya

Perapkan slice mutton dengan bahan perapan. Ikut la berapa lama kita suka.
Cairkan butter dan goreng mutton yg dah diperap tu.
Bila dah masak, angkat dan masukkan dalam pinggan.
Goreng fries dan susunkan di sebelah slice mutton.
Celurkan sayur²an dan capsicum sekejap. Angkat dan masukkan dalam air ais.
Toskan dan susunkan di dalam pinggan yg sama.
Kemudian cairkan butter dalam kuali menggoreng slice mutton td.
Tumiskan bawang putih dan halia sampai naik bau.
Kemudian masukkan lada hitam.
Tambahkan sedikit air.
Masukkan sos tiram, goreng sekejap.
Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.
Kemudian boleh la dihidangkan.

Boleh la mencuba kalau nak. Tapi rasanya tak la sesedap yang kat restoran tu. Hehehe....

Thursday, July 24, 2008

Mamee Perisa Itik



Hehehe... jemput² bilis pun ntah ke mana, ini jugak juadah yang aku hadap tuk malam ni. Goreng mamee perisa itik lak malam ni. Takde rendam² de mlm ni, main goreng pulak. Siap tambah sayur mayur tu. Ekekeke....

Meh share resepi ni....

Bahan²nya

Mamee perisa itik
Coctail cendawan
Cendawan tiram
Capsicum
Carrot
Kacang buncis
Cauliflower
Brokoli
Bawang putih (dititik)
Garam skit
Minyak untuk menumis
Air untuk kuah

Cara²nya

Panaskan minyak dengan api sederhana
Tumis bawang putih
Masukkan sayur mayur tu bila bawang putih da naik bau
Masukkan air
Masukkan coctail cendawan tu
Kemudian masukkan perisa mamee tu dan tambah sikit garam
Bila dah mendidih, masukkan mamee
Biarkan mamee tu lembut dan boleh la diangkat tuk dihidangkan

Selamat menjamu selera.....

Belasahan Yang Mengenyangkan Malam Ni.....















Ini la belasahan yang mengenyangkan tuk malam ni. Cuma nasi dan sayur campur je yang aku masak. Rendang ayam dan sambal belacan tu beli je tadi. Tomato aku tambah. Lepas makan nasik, minum pulak air anggur. Perghhhh!!! Nikmat dunia.....

Kongsi resepi sayur campur belasah.....

Bahan²nya

Bawang putih (dititik)
Udang kering
Cendawan tiram
Brokoli
Cauliflower
Kacang buncis
Capsicum merah dan hijau
Carrot
Sos tiram
Garam
Minyak masak

Cara² membuatnya

Panaskan minyak dengan api sederhana
Tumiskan bawang putih
Bila dah naik bau, masukkan udang kering
Masukkan sayur²an tu semua
Gaulkan dan biarkan kejap
Kemudian masukkan sos tiram dan garam secukup rasa
Gaulkan dan tutup sekejap
Kemudian boleh la padamkan api dan masukkan dalam piring untuk hidangan.

Sempoi je kan resepi ni. Hehehe... Sebenarnya inilah cara masakan orang malas cam aku. So kalau korang rasa korang pun malas cam aku, leh ar korang try. Tapi kalau korang rajin, jangan la cuba. Takut tak kena ngan selera korang pulak. Ahaks...

Syahdu pulak lagu tgh² malam ni.Huhu... Nak pi layan lagu jap pastu tido. Esok² sambung posting lain pulak.

Chow.....

Wednesday, July 23, 2008

Pizza Yang Tak Berapa Menjadi














Hehehe.... Gambar kat atas tu menunjukkan proses memeram pizza hingga la proses selesai.

Buat pizza ni ikut resepi jumpa kat internet je. Tapi tak berapa menjadi lak. Tepung dia keras la. Nak makan pun agak susah sikit.

Takpe la, meh kongsi resepi.

Pizza

Bahan²

Tepung gandum - 250gram
Yis - 5gram
Gula - 1 camca teh
Garam - 1 Camca teh
Air Suam - 3/4 cawan
Sayur campur (aku tukar ke cendawan butang, olive, nenas tin, capsicum)
sosej - 2 batang (aku tukar sosej sebatang, 1 coctail lada hitam, 1 coctail cendawan)
Minyak makan (aku letak minyak sayur)
Sos tomato (aku campur sos tomato dgn sos cili)
Cheese (aku guna parmeesan dgn cheddar)

Cara buat

Larutkan yis dan gula dalam air suam hingga naik buih2 kecil
Pastu masukkan dalam tepung
Masukkan garam dalam campuran tu dan uli
Uli hingga tak melekat kat tangan
Peramkan sampai naik 2 kali ganda.
Potongkan sosej dan sayuran tambahan tadi siap2
Bila adunan dah naik, canaikan dalam bekas (aku canaikan dalam tray oven tu je)
Sapukan minyak makan atas canaian tepung.
Pastu sapukan sos
Kemudian susunkan ataupun taburkan bahan2 topping td kat atas canaian tepung tu.
Akhir sekali taburkan cheese atas topping dan peramkan selama 30 minit.(masa peram ni boleh la panaskan dulu oven tu)
Kemudian boleh la dibakar dalam oven bersuhu 220 ke 230 darjah celcius selama 25 ke 30 minit.


Dah siap pun. Hehe... Selamat mencuba

Makan Malam Orang Malas







Ha! Inilah juadah orang malas ni malam tadi. Cuma rendam mamee sup bunjut pedas terer sebungkus pastu tambah ulam cili jeruk dan tomato. Side dish aku goreng bilis dan cendawan goreng je. Kalau tinggal sorang kat rumah musti masak tu ala kadar je.

Kalau tengok pada nama mamee tu mmg ler takut nak makan sbb ingatkan pedas sangat la. Bila dah makan baru ler tau rasanya yang sebenar. Takde la pedas mana pun. Huhu. Siap buleh aku tambah cili jeruk lagi.

Ni nak bagi resepi cendawan goreng tu. Memang sangat mudah la. Simple, kejap je dah buleh makan.

Cendawan Tiram Goreng Belasah

Cendawan Tiram
Bawang Putih (dititik)
Sos Tiram
Garam
Minyak untuk menumis

Cara memasaknya

Koyak2kan cendawan tiram, kemudian basuh dan toskan
Panaskan minyak dengan api sederhana
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian waktu ni la masukkan udang kering kalau teringin. Tak letak pun takpe.
Masukkan cendawan tiram, gaulkan.
Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa.
Biarkan seketika dan boleh la diangkat untuk dihidangkan.

Lepas aku makan hidangan yang sempoi tu, aku mula pulak uli tepung untuk pizza. Posting berikutnya aku akan citer mengenai pizza tu.

Chow....

Tuesday, July 22, 2008

Sarapan Pagi....




Ni la juadah tuk sarapan pagi tadi. hari ni bangun cam biasa cuma bersiap tu cepat lak sikit dari biasa. So kuar rumah pun awal la sikit dari biasa. Sempat la aku singgah kat kedai makan tu beli sarapan. Tadi mintak bihun dengan telur mata + bilis. Semua akak tu kira RM1.50. Jimat gak la.

Dari rumah dah siap2 minum pearl choco dah incase kalau terlambat sampai opis tak sempat nak singgah beli makanan. Hehehe...

Aku rasa badan aku ni semakin naik ni. Selera makan bertambah2. Lalu je makan apa pun yang ada. bak kata kawan aku, aku ni makan tolak batu ngan kayu je. Ahaks.. baju2 pun da tak berapa muat da ni. Baju2 kurung aku nasib baik la mmg besar2 aku buat, cuma kain je kena adjust tukar pinggang sbb pinggang aku dah bertambah dua inci. Baju2 kemeja pun da ketat2.

Sekarang ni aku jarang2 pakai kemeja sebab dah ketat2. Jadik segan la pulak nak pakai. Nampak gayanya aku kena beli stok baju kemeja dan seluar slack lain la pulak lepas sbb yang sedia ada ni dah tak berapa muat. Huhu... Bertambah lagi la budget aku.
.