Wednesday, December 24, 2008

Koew Teow Kerang Ala Belasah.....




Sepatutnya ini la juadah untuk sarapan pagi ni.... Tapi adik² aku dah belasah malam tadi sebaik aku siap masak. Siap bertambah² dorang makan. Tinggal la sikit tuk aku jadikan sarapan pagi. Alhamdulillah.... walaupun dapat sikit je tapi kenyang la jugak.

Dah lama aku tak masak² ni... malas pulak tuari. Tapi alhamdulillah... sikit² kerajinan tu datang semula.

Malam tadi aku siap masak sambal sardin untuk juadah tengahari nanti. Lunch time karang, aku balik ler rumah kejap masak sayur pulak. Malam tadi aku da siap potong kacang botol tu. Nanti tengahari goreng bubuh telur pulak.

Esok cuti so tak payah la aku masak siap² malam karang tuk juadah esok. Esok buleh la aku bangun lewat sikit kot. Tapi kalau jadik la kawan aku datang tuk formatkan pc aku yg diserang trojan kat umah tu... kena la jugak aku bangun awal. Nanti malam aku ingat nak kemas rumah sikit. Itupun kalau kerajinan melebihi kemalasan. Hehehehe....

Tuesday, December 23, 2008

Rajuk...

Teringat akan lagu nyanyian Rahmat bekas penyanyi kumpulan Ekamatra dulu...

Rajuk yang tak bisa diubati lagi.....
Kesal yang tak sudah....
Tinggal parut yang berbisa....

Dalam hati ni berkata².... sudah lupakah dia pada aku.....?

Dalam hati ni tertanya².... tak bermaknakah aku padanya...?


Argh!! Hati... Tolong la.. jangan la kau sedih lagi... Fikiran... tolong la jangan fikirkan lagi.... Empangan air jernih ini bisa pecah lagi andai berterusan begini....

Monday, December 22, 2008

Sebak

Entah kenapa... sejak akhir² ni hati aku mudah sangat tersentuh. Airmata mudah sangat mengalir di tubir mata ni. Adakah kerana jiwaku tak tenang... atau mungkinkah kerana peredaran masa...? Entah la.. aku sendiri kurang pasti...

Yang aku tahu... bila kerinduan menerpa di pinggir hati... di kala itu la... empangan titis² air jernih di kelopak mata ni tidak mampu untuk aku bendung. Pecah... mengalir membasahi pipi.

Adakah kerana ada penyesalan di dasar hati... atau adakah kerana bawaan perasaan....? Hurm... hanya Yang Satu mengetahui apa yang tersurat dan tersirat untukku....

Dari saat hatiku tersentuh malam tadi dengan jawapan darinya yang bernada tinggi.... hingga ke saat ini... aku masih belum mampu untuk menghubunginya lagi.... Hati masih diselubungi rasa sedih... Dan di kala aku merungkaikan isi hati di laman ini... titisan air jernih itu sentiasa menemani...

Argh!!! Kenapa dengan hati aku kini.....? Kenapa mudah sangat airmata ni mengalir....?

Monday, November 24, 2008

Pemergian Yang Tak Dirancang.....



sekadar gambar hiasan....


Ahad 23 November 2008 kembali la ibu saudaraku, satu²nya adik satu mak kepada abah ke rahmatullah. Perginya kerana sakit. Sakit yang berangkai². Ada sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang. Tak tahu la ada penyakit apa lagi.

Sebelum beliau dimasukkan ke hospital, suaminya yang demam dulu. Kemudian arwah makcik pulak demam dan terus tak sedar diri bila dimasukkan ke ICU HUKM malam Sabtu 22 November 2008. Lebih kurang pukul 4.50 pagi tu abah terima panggilan menyatakan makcik dah nazak. Siang Sabtu 22 November tu baru abah dapat pergi menziarah. Aku ikut sekali. Masa aku masuk melihat makcik, beliau langsung tak sedar. Kaki tangan dah sejuk sangat.

Abah nak tunggu jugak kat hospital dulu petang tu dan selepas habis waktu melawat, selepas berbual dan memberi nasihat serba sedikit menghilangkan kesedihan pakcik, kami pun berangkat balik ke Klang. Kemudian pada malam 23 November lebih kurang pukul 2.30 pagi, pakcik menelifon abah menyatakan makcik dah semakin nazak. Abah pun tak berani sangat nak memandu malam, so tunggu la siangnya baru pergi ke sana. Dan ketika abah sampai, makcik dah takde.

Selepas selesai pengkebumian makcik, abah balik semula ke Klang dan sempat singgah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk melawat anak adik mak pulak yang patah kaki kerana accident. Hari ni operation masukkan besi di peha dan skru di lutut. Selepas dah melawat tu, abah balik ke rumah kak long. Aku memang dah ada di situ. Kesian pulak tengok abah. Sekarang tinggal la abah sorang. Kakak dah meninggal, adik pun baru pergi.

Pagi tadi abah cakap yang tetiba di keheningan pagi td dia teringatkan sangat arwah adiknya tu. Ingatan takan hilang walaupun arwah dah takde. Malam ni ada tahlil arwah lagi di rumah arwah makcik, mungkin abah akan pergi kalau abang long dapat menghantar abah ke sana. Rumah arwah makcik di Kuala Lumpur. Abah tak berapa biasa sangat jalan sana.

Harap abah akan sentiasa tabah seperti selalu.....

Monday, November 10, 2008

Teambuilding di Langkawi (31/10/2008 hingga 2/11/2008)



sebelum berangkat



selepas teambuilding (dgn muka berpeluh² lg)



sebelum dinner



semasa dinner



depan bilik (dgn kaklong sblm check out)

Aku gerak dari Klang ke LCCT Sepang pukul 3.45 petang. Tiket ke Langkawi pukul 6.50 petang. Tunggu staff Affin dari KL punya la lama. Sampai naik geram dibuatnya. Tapi yang kelakarnya masa kat dalam kapalterbang tu. Ekeke... Masa makanan diedarkan tu... kat nasi lemak kaklong ada rambut, so kitorang mintak tukar. Pastu dah dapat makanan ganti, masa order air sekali pramugari Air Asia tu kata... "kita dah nak mendarat". Wakakaka... Tak sempat nak makan.

Sampai kat sana, program yang diaturkan sepatutnya pi shopping kat Pekan Kuah dan kemudian pi makan kat Restoran Lobster Village. Tapi schedule tukar ler pulak. Pi makan dulu kemudian baru la pi Pekan Kuah. Sampai sana dah malam, mana nak sempat pusing² shopping. Masuklah satu kedai tu je. Aku beli coklat je. Ada gak niat nak beli set bekas lauk/lontong yang boleh pusing² tu tp duit lak tak cukup. Entah apa mengongnya aku agaknya, masa kat airport terlupa nak kuarkan duit kat ATM tu. Lepas beli² coklat, naik bas dan gerak ke Sheraton Resort.

Esoknya hari Sabtu adalah hari teambuilding.....

Giler penatnya masa hari teambuilding tu. Pagi ok lagi, cuma tahan² ngantuk je. Tapi acara belah petang tu yang tak tahannya. Faci tu buat program explorace. Huhu... Letih berlari² sini sana, turun naik jalan berbukit, turun naik tangga. Kena tebalkan muka minta alatan yang nak digunakan dari pekerja resort. Tapi tak menang juga group aku tu. Ahaks. Yang menangnya cuma time wedding planner tu je. Kumpulan aku dapat markah tertinggi.

Nanti sambung pulak kat posting lagi satu....

Wednesday, October 15, 2008

Update

Dah lama betul aku tak update blog ni. Macam takde cerita menarik je yang berlaku akhir² nih.

Esok aku last keje untuk minggu ni. Lepas habis keje kul 5.30 tu kelam kabut la aku gamaknya nak ke stesen bas. Almaklum la, nak balik kampung. Mak aku jalankan kenduri Jumaat dan Sabtu ni. Kenduri nikah dan sanding adik pompuan aku. Petang ni nak kirimkan oven pada kaklong, dia balik kampung malam ni. Kaklang mintak aritu sbb nak panggang ayam tuk lauk pengantin nanti. Kain baju aku tak siap kemas lg so tak dapat la nak kirimkan pada kaklong jugak. Gamaknya aku masuk keje esok dengan beg besar gedabak la. Huhu...

Pagi tadi mak aku terkejut tetiba pepagi sepie aku dah call. Huhu... Aku sebenarnya mimpi abah accident. Meninggal pulak tu. Dalam mimpi tu aku meraung² nangis. Tu yang sebaik tersedar je aku terus call mak tanyakan pasal abah sihat ke tidak. Aku rasa mak aku syak apa² kot sbb mak aku terus tanya... kenapa pepagi dah call tanya abah. tp aku jawab takde pape je sbb aku takleh nak berkata². Hati aku sebak lg. Tu pun puas aku cover suara jangan mak perasan aku nangis walaupun airmata dah bergenang kat tubir mata. Mintak² la usia abah dan mak panjang.

Wednesday, September 24, 2008

Harapan Kecewa

Semalam memang satu hari yang menyedihkan. Aku MC semalam sebab gastrik ni menyerang pulak. Kemudian bila kat rumah aku terfikir nak call dealer tu tanyakan pasal application aku. Kebetulan dia ada kat bank so dia bagi aku cakap dengan orang bank tu. Terkejut gak aku bila orang bank tu kat first screen aku tak lepas. Maksudnya masa dorang hantar maklumat aku untuk check citris ke ctos ke blacklist ke, nama aku sangkut. Setau aku nama aku clear, kalau blacklist camana loan kete kancil tu ngan personnel loan aku buleh dapat.

Kemudian aku tanya macam² pada orang bank tu dan akhirnya dia kata gaji aku ni kecik. kalau aku amik saga insyaallah buleh lepas guna nama aku sorang. Aku tanak amik saga masalahnya. Kenapa la dorang tak beritahu awal² gaji aku tak lepas untuk loan setinggi tu...? Bila dah dekat nak raya ni, bila masa dah suntuk baru la aku tau.

Aku beritahu abah, dan abah kata camana... kete nak pakai nanti kenduri lepas raya ni. Arghhh!!!! Tension dan bertambah sedih aku ni. Kemudian terfikir nak cuba kat lain lalu aku pun call la sidia. Dia kata dia akan cuba pulak pada kawan dia tp kena tunggu kumpul duit untuk downpayment pulak. Bila aku cakap² lagi, akhirnya dia cakap sesuatu yang mengguris hati aku. Ayat tu la yang membuatkan aku menangis teresak² sampaikan tak mampu nak berkata² lagi.

Dia tak memahami situasi aku. Dah lama kenal aku pun masih tak dapat mengenali aku sepenuhnya. Hurm... tak apa la, nanti aku cuba pulak dekat lain. Mungkin belum rezeki aku....

Monday, August 25, 2008

Idaman.....




Hurm... ni la idaman kalbu tapi seksanya nak lepas loan. Entah la.... Harap² kali ni berjaya la. Tak lama lagi nak raya ni.

Kelmarin balik kampung, biasakan diri drive kete kat sana. Pagi² antar mak pi pasar. Alhamdulillah, aku da semakin berani turun naik bukit kat depan umah abah tu.

Friday, August 15, 2008

Demam Kuat

Tak sangka sakit kepala yang aku alami hari selasa tu bukan sakit kepala biasa. Rupanya aku demam kuat. Hari Rabu baru aku pi klinik jumpa doktor bila sakit kepala masih tak ilang dan badan mula sakit² dan tak larat. Bila doktor check suhu, rupanya suhu aku 101. Maka MC la aku hari Rabu tu.

Esoknya pi keje masih tak larat jugak dan ada tumbuh bintik berair yg dengan cepatnya menjadik besar dan sakit. Aku pi klinik lagi. Doktor pun hairan tengok aku, muka bengkak sebelah kanan, ada pulak tumbuh bintik berair, sakit kepala tak baik lagi, kaki sakit². Huhu...

MC lagi aku semalam tapi belah petang je sbb aku pi klinik lambat. Aku sebenarnya malas nak pi klinik lagi sbb rasa tak larat nak jalan, bintik berair tu bila bergeser jadik sakit. Tapi disebabkan tak larat sangat, nak duduk pun sakit, aku pi jugak la klinik.

Demam kali ni memang teruk. aku langsung tak terdaya nak buat apa². Makan pun tak lalu. Tekak rasa pahit. Aku terpaksa makan buah untuk dapatkan rasa manis. Lagipun selera makan langsung takde. Mak pun risau nak lepaskan aku pi Kedah tu. Tapi aku terpaksa gak pegi. Kesian lak kat member aku yang dah belikan tiket dan dah packing barang dia tuk ke sana. Kesian jugak pada pengantin yang merupakan sahabat aku tu. Dulu masa dia nikah aku tak pegi. Harap² malam nanti takde berlaku apa² yang tak elok la sewaktu di dalam bas.

Aku akan siapkan buah²an untuk kudapan kalau tekak terasa pahit, aku akan bawak asam untuk dimakan kalau tetiba rasa nak muntah. Huhu... Susah kalau sakit ni rupanya.

Monday, August 11, 2008

Majlis Persandingan




Sabtu baru² ni pegi jemputan persandingan sepupu kat Cheras. Majlis buat kat dewan serbaguna. Sepatutnya abah wajib pegi tu sebab yang buat majlis tu adalah adik tiri abah tapi tu la.. abah demam pulak. So, mak je la datang dengan alang bersama abanglang dan anak²nya.

Jumaat malam tu mak datang tido umah kaklong dulu. Esoknya dalam kul 2 gitu baru gerak ke Cheras. Ala... Klang ke Cheras tak jauh mana pun kan. Tapi almaklum la kan, kami ni jarang² pi umah sedara. Ala... sedara ni pun ada masa kami dah besar² dan abah serta mak dah beransur senang sikit je. Hehehe... Tersesat² juga la masa mencari tu.

Aku tumpang kete kaklong dengan sorang lagi adik aku. Hurm.. nak pegi naik kete sendiri, abah lak tak datang sekali kan. Kalau abah datang, dapat la naik kancil tu. Nak naik pulak persona, entah lepas entah tidak loannya. Huhu...

Masa acara menepung tawar aku tak pi pun naik ke pelamin tu. Malas ar aku nak pi menepung tawar bagai. Aku rasa aku muda lagi, malas nak menepung² tawar ni. Hehehe...

Lepas makan dan tengok pengantin bersanding, mak naik atas tuk menepung tawar pengantin. Lepas dah settle tu, pi salam² dengan pak sedara mak sedara serta sepupu sepapat. Kitorang gerak balik dalam pukul 10 lbh malam gitu. Kemudian masa nak keluar konon nak konvoi 3 kereta sekali tapi tu la, tersesat² jugak. Banglong pun bawak kete agak laju, mak pulak tak bagitau kat banglong yg mak nak singgah umah paklong kejap, nak ziarah paklong sakit. So terlepas la kawasan rumah paklong. Jadik, tak dapat la mak nak ziarah abangnya tu. Takpe la, nanti kalau loan lepas, aku bawak mak pi ziarah paklong.

Pagi² semalam mak gerak dari umah kaklong ke rumah aku pulak. Mak singgah kejap je sbb nak balik ke kampung tengah hari tu jugak. Kalau gerak lambat takut jem pulak kan. Tapi mak kata nak ajak abah datang umah aku cuti sekolah nanti. Mak nak ajak abah rehat kat sini.

Thursday, August 07, 2008

Persona.....

Memang terpesona.... Berkenan betul mata aku tengok kete ni selepas wira aeroback. Terus terlupa yang dulu aku berhajat sangat nak amik wira aeroback. Ekeke....

Semalam dengan semangat yang tinggi aku pi tanya persona kat proton edar. Dorang tgh buat promosi kat sini. Tanya punya tanya terus tersangkut. Lalu aku pun try la apply. Ekeke....

Harap² ada rezeki la nak pakai kete baru.

Wednesday, August 06, 2008

Menjahit.....

Minggu ni minggu rajin aku la kot. Tetiba je rajin lak menggunting kain untuk dijadikan baju raya dan baju tak raya. Hehehe....

Dari hari ahad lepas hingga la semalam aku da settlekan gunting untuk 4 pasang baju. Hehehe.... baju kurung biasa aje dan untuk pakai sendiri aje. Aku ni tak pro lagi, so tak berani la nak jahitkan untuk orang lain. Kalau untuk pakai sendiri tu, ada senget² sini sana sikit² takpe lagi. Takde sapa nak komplen, takde nak kena bayar gantirugi kat sesapa. Hehehe...

Tapi agaknya dah memang naluri pompuan kot, walaupun gunting dan jahit baju sendiri namun kehendak membeli baju siap tetap ada. Ahaks... Semalam la tu... Waktu aku jalan² kat Klang Parade depan opis ni tengahari semalam, masuk la kedai First Lady tu. Sekali ternampak la sepasang baju kaler krim coklat tu. Wah! Sekali pandang dah terpikat aku ni. Terus aku amik je baju tu. Hehehe.. Melayang lagi RM70. Sabtu lepas dah melayang duit membeli kain ela 5 pasang.

Betul la kata "orang" tu..... belanja ntah apa² aku pun dah dekat seribu sebulan. Ekekeke.....

Minggu ni ada majlis kenduri kawin kat rumah pak sedara kat Cheras. Hurm... Kalau kak long pegi, mengekor ler aku. Patu nak kena pegi lagi ke Jalan TAR untuk beli lagi 4 pasang kain ela. Huhu....

Ni persediaan untuk raya lagi, untuk kenduri nikah adik aku jugak nanti. Penuh la jadual aku hingga ke abis bulan 10 ni nanti. Nasib baik la "orang" tu pun sentiasa sibuk. Maka tak kisah sangat la kalau jadual aku pun penuh. Tapi kalau la "orang" tu tak sentiasa sibuk, terpaksa la aku ngejas jadual aku ni. Hehe..

Friday, August 01, 2008

Gara² Malas Masak....

Malam tadi aku jadik seorang yang pemalas pulak. Hurm.... Balik dari keje aku terus pasang rak pasu yang aku beli semalam. Kemudian bila dah siap pasang, aku letak bersebelahan dengan rak yang aku beli kelmarin. Kemudian aku susun elok² pasu² tu semua.

Aku tak masak pun tuk juadah malam tadi walaupun adik aku dah beritahu dia on the nak balik ke rumah aku. Huhu... Aku cuma perap daging je dan adik aku la tukang masaknya. Tapi aku siap² masakkan nasi. Hehehe...

Semalam selain dari rak tu, aku jugak beli pasu² kecil comel, ada la dalam 10 biji. Pastu aku beli jugak pasu yang besar sikit dari tu dalam 6 biji. Tanah aku lum dapat beli lagi. Nanti nak semai benih lagi kat dalam pasu yang kecik² tu.

Rasa macam best jugak bercucuk tanam ni tapi tu la, silapnya aku duduk kat umah flat. Kalau boleh aku nak carik rumah teres la, senang aku nak merealisasikan hobi aku ni. Best je kalau depan dan belakang rumah ditumbuhi tanaman hijau yang boleh dijadikan hidangan. Hurm... nampaknya aku kena berjimat sikit la dari sekarang, kalau tak camana nak dapat rumah teres. Huhu...

Thursday, July 31, 2008

Musim Buah Kat Kampung




Ni adik-beradik berkumpul ahad baru ni. Tu pun tak semua yang amik tempat dalam gambar tu. Ada yang kat atas pokok tengah petik buah rambutan. Ada yang pi entah ke mana. Abah pulak sibuk buat bilik kat dalam umah. Mak biasa la... anak-anak amik buah, mak kat dalam lepak2 ar sesambil tolong abah.

Buah durian yang ada 7 biji kat atas pokok belakang umah tu da abis gugur. Bukan sebab da masak tp sebab dikejekan dek tupai. Chess... Hampeh punya tupai. Sib baik la kat kebun ada 3 4 batang pokok durian lagi. Merasa la jugak makan durian sendiri.

Ada lagi satu gambar si kenit anak kaklong dok beria nak panjat pokok rambutan tu. Huhu... Malas la pulak nak upload. Takpe la.. lain kali la tepek gambar si kenit tu.

Balik kampung tuari, kaklang siap tanya kat aku... boleh ke panjat pokok manggis tu? Ahaks. Dia takut adik dia ni tergolek jatuh kalau dahan patah, maklum la adik dia ni da gemuk. Hehehe.... Tapi lepas dok kait manggis tu, sempat aku pi panjat pokok langsat kejap. Buruk tul kan.. Dah tua2 duk panjat pokok lg. Ekekeke...

Pas panjat langsat, pi pulak kait rambutan jap. Pastu masuk makan. Petang sebelum balik sempat lagi pi panjat rambutan amik tuk bekal bawak balik ke Klang pulak. Hehehe....

Tanaman Percubaan













Ni la hobi terbaru aku. Tanam pokok. Yang kat rak tu aku susun pokok setawar, pokok sirusa, pokok lidah buaya, dua pasu benih, satu pasu anak terung bulat dan satu pasu pokok bunga nenas. Kat tepi rak tu pokok pandan tp entah la... baru mlm td masukkan dalam pasu. Bawak datang dari kampung tu. Yang kat air tu pokok sayur tp dah tak ingat sayur apa. Entah la... Hidup ke mati nanti sbb kurus je dia.

Yang menjalar tu pokok kacang botol, satu pasu pokok kacang panjang. Hurm... Kacang botol tanam kemudian dari kacang panjang tp pokok kacang panjang kemetot pulak. Mulanya ada 3 batang anak kacang panjang tu tapi da mati. Tinggal la tu je.

Pagi² tadi da bubuh baja dan siram siap² pokok2 tu. Kalau aku ad rumah, aku jaga pokok² tu pagi dan petang. Kalau time aku balik kampung tu la yang risaunya. Pokok takde orang nak siramkan. Kalau kucing datang korek pasu pun takde orang nak tolong halaukan. Huhu....

Malam tadi semai benih kacang buncis ngan timun. Saja je suka² tanam pokok ni. Hobi ni tak tentu. Kali ni suka nak tanam pokok, pastu berabis duit beli benih la, baja la, peralatan la... Mintak² kekal la hobi menanam pokok ni kat aku. Seronok pulak bila pokok tu tumbuh. Hehehe....

Sebelum ni ada gak tanam pokok dalam pasu, malahan yg dah hidup bawak dari kampung tp mati bila letak kat sini. Agaknya sebab rumah flat kot. Susah jugak nak bertanam. Atau mungkin sebab penjagaan kurang kot. Kali ni aku jaga betul² tp kalau bukan rezeki aku nak berpokok sayur takpe la.

Aku suka tanam² pokok sayur ni tp tu la masalahnya aku duduk umah flat. Tak bertanah. Nak tanam sayur pun kena beli tanah dulu. Kat sini pulak aku tak jumpa nursery. Alamatnya beli tanah, alatan tanaman dan benih kat giant je la. Huhu..
.