Sunday, March 16, 2008

HARMONI.... Hanya Tinggal Kenangan

Berat rasa hati nak meninggalkan forum harmoni ni kerana di sini aku dapat belajar tentang agama, dapat tahu tentang penyakit yang aku hidapi dan dapat mengenal lebih ramai kawan namun aku terpaksa juga menguatkan semangatku kerana aku rasa tak berbaloi aku terus mengimarahkan lagi forum tu sedangkan tuanpunya forum itu sendiri tidak menghargai forumersnya.

Hanya kerana cintanya pada seorang perempuan yang juga forumer dan telah dinaiktaraf menjadi admin, forumers lain dianaktirikan. Aku rasa sangat terkilan. Aku pun tak tau bagaimana seorang yang telah bersara, yang sepatutnya sangat matang menilai... hanya mendengar dari penyampai dan langsung tidak menyoalsiasat kesahihannya terus mengata aku macam2. Manusia.. manusia.... buta kerana cinta. Cinta yang tak tahu telus ataupun tidak...

Aku tahu aku tak berhak mengambil tahu hal orang tapi perkara dah bersangkutan dengan aku, aku rasa patut aku memberi penerangan yang secerah2nya. Ermm.. tapi aku tak sangka pulak perkara tu dibelit2kan lg. Entah la... mungkin dorang mmg dilahirkan sebagai kaki pembelit, itu la sebabnya dengan mudah dan tak rasa bersalah terus memutarbelitkan cerita.

Aku rasa lebih baik aku tumpukan perhatian aku pd hal2 aku sendiri je, pada sakit aku, pada pelajaran aku, pada keluarga dan kerja aku. Ada hikmah jugak la di sebalik apa yang berlaku nih. Sekurang2nya Allah dah mengembalikan aku ke alam nyata, Allah telah membuka mata aku untuk keluar dari dunia leka. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Moga aku akan terus dikuatkan hati dan terus tabah menghadapi segala tendang terajang dunia. InsyaAllah....

Thursday, March 13, 2008

Dapat Orang Baru

Alhamdulillah.. adik ipar aku dah selamat bersalin. Dapat anak lelaki tapi hati aku amat sakit bila mendengarkan citer dari kaklang pasal proses adik ipar aku nak ke hospital. Sumer gara2 adik aku yang tak bertanggungjawab ni.

Pukul 9 malam tadi, adik ipar aku dah hantar sms pada suaminya bagitau yang dia dah sakit nak bersalin tapi si suami bongok ni tak buat apa2 pun. Masih bersms2 tak tau dengan pompuan mana ntah.

Sebelum tu adik ipar aku ada sms suaminya yang dia teringin nak makan nangka. Adik aku ni pulak boleh pi cakap ngan kaklang aku yang isteri dia nak makan nangka. Apa punya laki la camni, tak tau nak berusaha langsung. Abah aku pulak yang kesian, masa pi Pilah bukak jahit tangan kaki adik, abah carikan skali nangka tu. Bila abah balik dari Pilah, bagitau adik aku nangka dah ada, dia tak reti2 pulak nak pi hantarkan kat bini dia. Mangkuk hayun betul. Tak dapat la adik ipar aku tu makan nangka.

Pasal sms malam tadi pulak, dia boleh cakap kat kaklang aku yang tulisan tu tak jelas. Siot betul. Tulisan sms lain jelas pulak tu. Kaklang citer lagi, adik ipar aku tu pi hospital sedara jauh dia yang hantar. Mak dia tak dapat ikut sebab nak jaga cucu2 dia yang lagi tiga orang tu. Anak adik aku jugak lak tu. Dengan takde barang2 baby, pegi la adik ipar aku ke hospital Tampin bersalin kat sana. Mintak stokin, stokin pun takde. Kaklang main capai je stokin abg ipar aku yg ada kat ampaian. Kaklang kata baby tu dibalut ngan kain batik buruk je. Isk! Geram betul hati aku.

Masa dalam kete kaklang waktu nak pi hospital, boleh lagi adik aku bersms2. Aku macam nak suruh je adik aku ceraikan bini dia biar bini dia buleh kawin dengan orang lain yang bertanggungjawab. Dah lama aku perhatikan dorang ni, makin lama makin teruk perangai adik aku ni. Tak bertanggungjawab. Anak bini tu amanah Allah, dia abaikan.

Barang2 baby tu bukannya takde, awal2 lagi kaklang ngan kaklong dah sediakan. Masa adik bongsu aku accident tuari, adik aku yang ni suruh dia pi isi minyak motor sebab dia nak pi hantarkan barang2 tu kat bini dia. Mak siap bekalkan susu lagi tuk anak2 cucu dia. Lepas adik accident, langsung dia tak berusaha nak pi hantarkan barang2 tu sampai la bini dia bersalin. Kaklang kata, masa bersalin tu pampers baby takde, tuala wanita pun takde. Kesian sungguh aku dengar. Tak berguna betul adik aku ni.

Aku harap, adik ipar aku tunaikan janji dia nak bagi kaklang jaga anak dia tu. Bukannya apa, adik aku tu keje tak tentu arah, anak dia pulak ramai, sekurang2nya ringan la sikit beban dia. Kaklang pun memang suka budak2. Aku pasti anak dia tu akan senang di bawah jagaan kaklang. lagipun kaklang tinggal tak jauh, slalu balik kampung. Anytime dorang boleh tengok anak dorang tu. Dulu anak dia yang sulung ke yang no dua, kaklang gak yang jaga kejap pastu dorang ngigal2 amik balik. Bila dah amik balik, makan pakai budak tu tak terjaga. Kitorang adik-beradik la belikan sepasang dua baju raya tuk anak dia.

Kalau nak citer kat sini, memang banyak sangat pasal adik aku ni tapi takpe la, aku berhenti kat sini je. Harap2 adik pompuan aku tak terkena macam ni.

Monday, March 10, 2008

SpongeDaliaBob



Jangan terkejut tengok spongebob berbadan. Itu la si SpongeDaliaBob. Ekeke...

Dia jadik model aku tuk kali nih. Aku agak bizi lately sebab tu la dah lama aku tak update blog nih. Macam2 hal berlaku lagipun. Aku pun dah kering idea dah nih. Tak tau apa yang aku nak kongsikan bersama.

Nak citer pasal pilihanraya, hati rasa terbakar dah ni. Erm... takpe la, sekurang2nya parti kerajaan dah dapat pengajarannya. Ada saingan dari pihak pembangkang, ini menunjukkan yang mereka harus bekerja keras untuk rakyat agar dapat kembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti kerajaan.

Dah la.. nak pi tengok tv jap, citer rabunnya cinta kat astro prima.

Friday, February 29, 2008

Yahoo!!!! adik kesayanganku dah duduk wad biasa

Alhamdulillah... syukur kepada Allah kerana memakbulkan permintaanku agar adik kesayanganku selamat. Dah hampir seminggu adikku menanggung kesakitan. Kelmarin aku akui memang aku sangat risau sewaktu melihat adikku disorong keluar dari dewan pembedahan. Dengan keadaan yang tidak sedarkan diri, badan mengeletek, memang tak dapat nak diceritakan bagaimana perasaanku ketika itu.

Sewaktu menunggu aku tak rasa risau sangat sebab aku tau adikku hanya nak dioperate pada kaki dan tangan sahaja. Yang membuatkan aku risau, lemah longlai dan menggigil tubuh badan bila melihat keadaannya sebaik keluar dewan pembedahan. Aku akui.... hatiku yang begitu tabah menghadapi cabaran jadik tak menentu.

Semalam adikku dah sedar dan dah mula mintak minum. Tapi yang kelakarnya... dia boleh memilih pulak tu. Dia mintak air dutch lady. Dia memang sangat suka air dutch lady tu. Dan berita gembira untuk hari ni waktu call abah tadi... abah kata ari ni doc simen tangan adik. Kemudian nanti doc akan buat xray dada adik pulak untuk tengok kalau2 ada bahagian dalam badan adik yang rosak. Mintak2 la takde.

Dan berita gembira lagi... kalau selepas xray takde apa2 kerosakan dalaman, mungkin dua tiga hari lagi adik dah boleh keluar hospital. Alhamdulillah.....

Berkampung kat luar icu tunggu adik sedar lepas operate




Masa ni abah da tak tentu arah dah. Aku tak sempat nak amik gambar abah menitiskan airmata sorang2 kat tepi tingkap. Masa tu adik baru je ditolak masuk ke ICU dari dewan bedah. Masa adik ditolak keluar dari dewan bedah, adik tak sedar macam orang lain yang keluar sebelum dia. Dengan keadaan badan mengeletek, sayu dan risau hati tengok keadaannya. Tak sempat nak tunggu lif lagi dah, aku berlari je panjat tangga ke tingkat 5. Dewan bedah kat tingkat 3 je.

Sampai kat ICU, langsir tempat katil adik ditempatkan tu ditutup pulak. Entah apa la yang dorang kat dalam tu nak buat lg kat adik. Guard kata tunggu langsir bukak baru leh tengok. Lama jugak la aku berdiri terpacak kat depan pintu ICU tu, memerhati langsir dibuka.

Waktu yang sama tu ramai yang ada kat depan ICU tu sebab ada sorang nenek tu dah nazak kat dalam tu. Dengarnya nenek tu umur 84 tahun, terbakar ketika pasang ubat nyamuk. Kesian.... Abah kata, ubat nyamuk bakar kain yg dipakai oleh nenek tu, kemudian api kena pada pampersnya dan nenek tu terduduk. Abis melecur. Petang tu nenek tu meninggal. Innalillah....

Sebaik langsir adik dibuka je, aku panggil mak dan abah masuk tengok adik. Alhamdulillah stabil. Tapi wajah mak ngan abah tetap tak menunjukkan kegembiraan. Wajah keduanya sayu dan penuh kerisauan. Aku pun amik peluang jugak masuk tengok, aku sentuh bahu adik dan dia bergerak. Syukur alhamdulillah, lega rasa hati sikit. Tak lama kemudian berkumpul lagi doc kat keliling katil adik. Alamak! Nape ek? Risau balik hati aku.

Tapi takde pape... Kami menunggu kat situ sampai abis waktu melawat walaupun tak dapat masuk mengadapkan dia lama sikit. Sekejap sgt masa yg diperuntukkan. Takpe la, asalkan adik sihat je.

Gambar adik sebelum operate





Adik kesayanganku kemalangan!!!!!





Mak abah menunggu kat depan dewan bedah. Kesian mak ngan abah. Tak lalu makan tak lena tidur memikirkan anak kesayangan.

Friday, February 22, 2008

Asam Pedas Ikan Pari


Hari ni teringin nak makan asam pedas pulak. Aku pilih ikan pari sebab aritu adik aku nak makan asam pedas ikan pari tp aku tak jumpa ikannya. Tadi masa masuk Giant nak beli taugeh untuk goreng bihun esok, aku ternampak ikan pari. Tu yang aku beli sikit tu.

Entah la... Aku pun semakin lama semakin hairan kenapa asam pedas yang aku masak kaler dia tak merah macam asam pedas orang lain tu. Erm.... pelik kan. Ada bahan yang kurang kot. Cili memang la kurang kalau aku masak. Mana buleh masak pedas-pedas. Kang tak pasal2 sakit perut balik.

Lapar la... Nak pi makan jap la.

Thursday, February 21, 2008

Masak Lemak Talapia Merah


Semalam tiba2 teringin nak makan gulai talapia merah. tu yang belasah masak tu. Campur dengan tomato, ada la sikit lemak2 masam. Lepas makan dengan nasi, malam tu aku mintak tolong Dalia buat jemput2. Ekeke... sedap wat cecah ngan kuah gulai.

Resepinya senang je. Aku masak sumer resepi belasah. Asalkan sedap kat tekak aku jadi la.

Bahan2nya

Ikan Talapia - ikut suka nak berapa ekor.
Tomato - 3 biji (sebiji belah 4)
Kelapa - sebiji (perah amik santannya)
Cili api - 17 biji. (kalau nak pedas letak la lebih)
Serai - 2 batang
Kunyit
Garam

Cara2nya

1. Ikan dibasuh bersih dan digaulkan garam dan kunyit
2. Gorengkan ikan tersebut terlebih dahulu
3. Tumbukkan cili sampai lumat kemudian masukkan serai dan titikkan.
4. Masukkan cili serai ke dalam periuk dan tambahkan santan.
5. Biarkan mendidih atas api kecil.
6. Masukkan jugak kunyit ke dalam didihan santan untuk warna kuning.
7. Kemudian bila santan da agak pecah minyak masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
8. Masukkan garam secukupnya.
9. Kemudian bila kuah dah agak kurang, santan dah semakin pecah minyak maknanya
kuah dah betul2 masak, masukkan tomato.
10. Biarkan sampai tomato nampak lembut dan boleh la diangkat untuk dihidangkan.

Malam ni aku nak masak ati ayam pulak. Tugas bermula. Masak time....

Wednesday, February 20, 2008

Makan Malam Bersama


Kejadian ni berlaku malam tadi. Ekeke... Masa tengah makan pun sempat lagi aku mengambil gambar. Model aku biasa la... Dalia. Ahaks

Lauk biasa2 je malam tadi. Aku masak sambal ayam dengan goreng kacang buncis je. Malam ni aku bercadang nak masak masak lemak ikan talapia merah. Balik nanti nak singgah kedai beli serai dengan cili api.

Dah lama tak menggulai. Tak tau la masih mantap ke tidak skill menggulai aku nih. Mintak2 jadik la gulai aku karang.

Tuesday, February 19, 2008

Juadah Malam Ini


Mee goreng lagi malam ni..... Tak tau nak makan apa tadi. Masa beli stok lauk kat Giant tadi aku nampak mee tu macam sedap je. Tu sebab la aku beli mee. Ekekeke...

Ada ayam, ikan kembong, hati ayam dan ikan talapia merah tadi. Nanti aku fikirkan apa jenis masakan yang suit untuk talapia tu. Ha! Aku dah tau dah. Talapia masak lemak cili api. Tapi ikan tu musti nak kena goreng dulu baru la sedap. Erm...

Sayur pulak aku ingat nak goreng kacang buncis je. Goreng cam biasa aku buat tu. Hurm... biasa la kalau rumah bujang ni kan. Masakan kalau buleh nak seringkas yang mungkin.

Saturday, February 16, 2008

Spagetti belasah masyukkkk



Juadah malam ni. Entah kenapa selera teringin nak makan spagetti. Aku belasah je la masak sendiri. Walaupun rasanya tak seperti spagetti yang ada kat Pizza Hut ataupun yang ada kat restoran2 terkenal tapi boleh la untuk melepaskan rasa teringin aku ni.

Kuah spagetti ni takde la masam sangat. Okay la bagi tekak melayu. Aku pertama kali makan kuah macam ni kat umah Kaklong. Aku rasa sedap pulak. Tak masam tak pedas. sedang2 je rasanya. Aku pun tanya2 la kat Kaklong resepinya. Kata Kaklong senang sangat nak buat kuahnya. Kita cuma perlu bawang besar yang didadu, bawang putih yang dicincang, daging kisar, cendawan butang yang dalam tin pun dah ok dah, sos spagetti kimball dan sedikit air. Lepas tu lebur2 je la ramuan tu dalam kuali.

Esok ada kelas pulak. Lepas kelas nak turun PD jumpa Abg Armia. Erm... nak study jap la tuk kelas esok. Esok takde test Math, mungkin test Business Law dengan Business Communication je. Esok seharian tak jengah blog nih. Forum harmoni pun takleh jengah. Insyaallah malam ahad baru jumpa pc kesayanganku ni.

Thursday, February 14, 2008



Aku hari ini.. Kat opis. Muka aku biasa je walau ke mana aku pegi. Aku tak pandai nak bermekap2 nih. Natural walaupun tak beauty. Ekeke....

Kekadang terfikir jugak aku, orang yang lebih berumur dari aku pun datang keje siap liptick, eyeshadow bagai. Aku jugak yang muka toya datang opis. Dengan tak berbedak dan berliptick apatah lagi nak bermaskara dan bereyeshadow. Tak pandai la aku nak pakai semua tu. Bukan aku tak pernah beli. Kalau aku beli liptick, bertahun2 masih elok je panjangnya isi liptick tu. Maskara pulak sampai keras kat dalam bekasnya.

Aku penah cuba pakai celak mata. Tak tahan aku. Mata asyik berair je dan kesudahannya sekeliling mata aku hitam macam orang tak cukup tido ataupun kena tumbuk. Ekeke... Memang aku tak dilahirkan untuk cantik kot. Erm.. Cantik ke bermekap....?

Ini la sudut ruang kerjaku kat opis. Aku setakat kerani kaunter je. Tapi jangan terkejut kerana kat meja aku ada dua komputer yang disediakan untuk aku menjalankan tugasku. Satu komputer digunakan untuk browse web Bursa Malaysia. Kat komputer yang ni aku takde install atau download apa2 pun. Komputer yang ni aku biar clean.

Komputer yang satu lagi tu la aku gunakan untuk buat pembayaran kalau ada client buka akaun ataupun transfer share. Dan kat komputer tu jugak la aku melayari web harmoni, oum dan segala jenis web yang aku teringin nak jengah. Dan komputer ni jugak la yang dah dua kali kena overhaul. Ekeke... Asyik rosak je hard disknya aku kejekan.

Semalam komputer ni lebih sepuluh kali padam sendiri la, hang la. Bengang aku. Terganggu keje2 aku. Hari ni nasib baik la cuma sekali je dia buat hal. Dapat la aku jalankan tugas aku dengan lebih lancar dan dapat jugak la aku berforum dengan tenang.

Dorang kata nak tukar komputer ni ke jenis yang lebih canggih. Bahagian belakang dah tukar dah. Cuma kaunter je yang dorang belum boleh buat. Entah la... kata bebudak IT ada benda yg dorang takleh nak settlekan lagi untuk bahagian kaunter.

Tak sabar aku nak tukar komputer baru. Aku tengok menarik la kat bahagian belakang. CPU siap ada built in speaker, ada cd writer. Yang kat aku sekarang ni fesyen lama punya. Jangankan cd writer, cd je pun takde. Menarik tu kalau dapat yang baru. Boleh la aku intall downloader youtube dan boleh la aku copy ke cd.

Buku dan calculator tu pulak tak termasuk dalam keje aku. Ekeke... Itu aku buat keje sendiri. Aku berani bukak buku study kat opis waktu keje sebab manager aku dah bagi green light kat aku. Bagus kan manager aku. Dia yang kata kat aku.. "kalau takde keje, you boleh buat keje sekolah you kat sini". Ekeke...

Singa Menari





Kejadian ni berlaku kat opis tengahari tadi. Setiap kali lepas tahun baru cina memang kat opis ni akan ada buat tarian singa. Ala... dorang memang ada siapkan peruntukan untuk bayar tarian ni. Singa ni siap masuk jalan2 dalam opis tu. Jengah semua sudut yang ada dalam opis.

Lepas dah puas menjelajah ke seluruh pelusuk opis, dorang naik pulak kat tingkat empat. Kat tingkat empat ni opis kitorang gak tapi lebih kepada open galeri. Kat atas ni satu wing untuk client layan share market. Satu wing lagi untuk opis bahagian credit control.

Bila dah abis menjelajah kat tingkat empat, dorang turun balik ke tingkat tiga. Opis aku la tu. Dorang tamatkan tarian kat tingkat tiga selepas singa berteleku kejap membelah limau2 yang memang dah disediakan kat tengah2 laman opis.

Menarik tu memang la menarik tapi tu la.. tak tahan dengan kebisingan gendangnya...
.