Tuesday, July 22, 2008

Sarapan Pagi....




Ni la juadah tuk sarapan pagi tadi. hari ni bangun cam biasa cuma bersiap tu cepat lak sikit dari biasa. So kuar rumah pun awal la sikit dari biasa. Sempat la aku singgah kat kedai makan tu beli sarapan. Tadi mintak bihun dengan telur mata + bilis. Semua akak tu kira RM1.50. Jimat gak la.

Dari rumah dah siap2 minum pearl choco dah incase kalau terlambat sampai opis tak sempat nak singgah beli makanan. Hehehe...

Aku rasa badan aku ni semakin naik ni. Selera makan bertambah2. Lalu je makan apa pun yang ada. bak kata kawan aku, aku ni makan tolak batu ngan kayu je. Ahaks.. baju2 pun da tak berapa muat da ni. Baju2 kurung aku nasib baik la mmg besar2 aku buat, cuma kain je kena adjust tukar pinggang sbb pinggang aku dah bertambah dua inci. Baju2 kemeja pun da ketat2.

Sekarang ni aku jarang2 pakai kemeja sebab dah ketat2. Jadik segan la pulak nak pakai. Nampak gayanya aku kena beli stok baju kemeja dan seluar slack lain la pulak lepas sbb yang sedia ada ni dah tak berapa muat. Huhu... Bertambah lagi la budget aku.

Panggilan Yang Tak Terduga....




Malam tadi sewaktu aku mengalihkan anak2 pokok sayur tetiba terdengar telefon berdering. Aku tengok kat skrin telefon tertera perkataan "no number". Aku cuak, aku kasarkan suara menjawab sbb aku takut kot2 mamat psyco tu yang call aku. Semalam dia call aku kat talian rumah aku buat2 jawab yg aku takde. Hehehe... Kemudian dia tak reti bahasa, tanya2 lg so aku letak je telefon. Bila dah letak telefon, dia still call2 lg sampai aku geram, aku cabut connector kat belakang phone tu. Huhu... Terus takde dering.

Lepas aku cakap hello, aku terdengar suara yang sangat aku kenali kat hujung talian. Rupa2nya bekas tunang aku yang call. Cinta pertama aku. Kali terakhir dia call aku hujung tahun lepas. Hehehe..

Takde cerita penting yang aku sembangkan dengan dia, takde kembali mengenang kisah lama pun. Kami bersembang tentang keluarga, tentang majlis perkahwinan adik aku, tentang arwah abg aku, tentang pokok durian, tentang mancing. Hehehe...

Semalam masa dia call aku tu dia berada di tepi kolam pancing. Dia tengah memancing ikan sembilang tapi tak dapat2 lg hasilnya. Hehehe.... Setau aku masa dia dengan aku, dia takde hobi memancing ni. Mungkin dia takde apa nak buat kot, sebab tu dia jadikan memancing tu sebagai satu hobi. Dia kata bujang takde apa nak buat duk umah memalam, lebih baik pegi mancing. Ahaks.

Aku jemput dia datang rumah masa raya nanti dan juga masa majlis perkahwinan adik aku nanti tp dia tak beri kepastian. Dia kata dia segan dengan orang kampung aku. Ala... Aku tau, dia musti segan dengan mak dan abah aku. Hehehe...

Hehehe... Dia memang seorang lelaki yang baik dan selepas aku putus dengan dia, aku belum jumpa lagi lelaki lain yang seperti dia. Walaupun trajedi putus tunang kami tu menimbulkan kekecohan antara keluarga namun antara kami seperti takde terjadi apa2. Kami masih seperti dulu, walaupun jarang berhubung. Kami seolah2 seperti sahabat baik yang tidak pernah mengalami sengketa namun jodoh tiada antara kami. Aku doakan dia bahagia selalu walau dengan siapa pun yang ditakdirkan jodohnya. Aku tahu, dia lelaki yang baik dan hanya pompuan yang baik saja yang layak untuk dia. Moga dia bahagia.

Sunday, July 20, 2008

Nasi Goreng Cendawan Halia




Tadi teringin nak makan nasik goreng so aku pun masak la nasik goreng cendawan halia. Aku letak nama cendawan halia sebab aku campur cendawan dan halia dalam nasik tu. Hehehe...

Ala... sendiri nak makan belasah je campak apa yang berkenan kat dalam kuali tu kan. Yang penting ada basic bawang putih dan bawang merah tu. Yang lain2 tu belasah je. Ahaks

Ni nak kongsi resepinya

Nasi Goreng cendawan Halia

Bahan2nya

Nasi
Cendawan tiram
Ayam (amik bahagian daging dan potong kecik2)
Bawang putih (hiris)
Bawang merah (hiris)
Halia (potong halus panjang)
Lada sulah
Sos tiram
Sosej (potong nipis dan rebus)
Capsicum ( potong memanjang dan rebus)
Daun parsley
Minyak bijan
Minyak untuk menumis

Cara2nya

Panaskan minyak dengan api sederhana
Tumiskan bawang putih
Kemudian masukkan halia
Bila dah naik bau, masukkan bawang merah
Bila bawang merah dah layu, masukkan ayam
Taburkan garam secukup rasa dan juga lada sulah
Kemudian masukkan cendawan, gaulkan
Bila air cendawan dah agak kering, masukkan sos tiram
Kemudian masukkan nasik, gaulkan
Biarkan seketika dan renjiskan minyak bijan sebelum padamkan api.
Kemudian buleh dimasukkan ke dalam pinggan.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan susunan capsicum, sosej dan daun parsley
Tara... nasik goreng siap untuk dimakan.

Cuba la, halia tu menghilangkan hanyir ayam. Capsicum tu tak pedas so kalau sukakan rasa yang pedas, tambahkan sos sewaktu nak makan ataupun lebihkan lada sulah semasa memasak.

Itu la resepi sempoi yang aku nak kongsikan kali ni. Hurm.. nak sambung tengok citer CSI pulak kejap sebelum tido.

Chow.....

Spagetti Sotong Goreng Belasah




Ingatkan malam tadi malas nak makan tapi dah kul 11 lebih terasa lapar pulak perut nih. Terpaksa la carik apa yang patut kat dapur untuk dimakan. Roti beli semalam ada atas meja tu tapi tak lalu lak nak makan roti. Huhu...

Bukak laci kabinet dapur jumpa spagetti. Bukak petiais jumpa sotong, cendawan, nenas dan mix vege. Hehehe... apa lagi yg aku dapat fikirkan selain dari spagetti goreng. Kat sini aku nak kongsi resepi spagetti goreng belasah aku ni. Selalunya kalau masak spagetti tak kira la goreng ataupun berkuah, aku akan guna daging kisar tapi kali ni nak try sotong pulak. Ahaks...


Bahan2 untuk membuat spagetti sotong goreng belasah ni adalah....

Spagetti
Sotong (potong bulat)
Coctail cendawan dan lada hitam (sosej yg kecik2 tu)
Bawang besar (potong dadu)
Bawang putih (dipotong halus)
Capsicum (aku guna yg hijau je, merah malas nak potong)
Mix vege
Cendawan butang (potong nipis)
Nenas (dlm tin)
Garam
Serbuk lada putih
Serbuk Lada Hitam (yg kasar sikit)
Minyak bijan
Minyak zaitun (untuk menumis)
Daun parsley
Cheese

Cara2nya

Rebus spagetti sampai lembut
Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana
Tumiskan bawang putih sampai naik bau
Kemudian masukkan bawang merah dan capsicum
pastu masukkan lada hitam dan lada putih
Bila bawang dah agak layu, masukkan coctail cendawan dan lada hitam
Kemudian masukkan sotong.
Goreng sampai air sotong kering
Kemudian masukkan nenas, cendawan dan mix vege
Tambah garam secukupnya
Bila bahan dah sebati, masukkan spagetti
Goreng sekejap dan renjiskan minyak bijan
Padamkan api dan masukkan ke dalam pinggan
Sebelum dihidangkan buleh la letak daun parsley dan taburan cheese

Begitu la mudahnya resepi spagetti aku. Kalau nak buat sedap macam kat kedai memang la aku tak pandai tp asalkan lepas kat tekak aku cukup la. Hurm... nak pi tido dulu la, esok nak kena bangun awal sbb ada kelas memandu.

Chow....

Thursday, July 17, 2008

Adik-adik Yang Lepak kat Umah Aku









Gambar yang pertama tu gambar adik bujang aku yang dok melepak umah aku ni. tadi masa aku kuar nak pi opis, aku da kejutkan dia suh masak nasik. Huhu... Dia tu umo baru 19, keje pun tak tetap. Bebaru ni jadik hal kat adik lelaki aku ni. Geram lagi hati aku ni.

Sabtu lepas dia gitau aku nak pi umah kawan dia, ala budak kampung aku. Tuari dia keje sesama, tinggal sebilik. Pas adik aku dah berhenti keje, adik aku lepak umah aku tapi kekadang dia pi jugak jumpa kawan dia tu. Masa hari sabtu tu, aku da cakap kat dia, takyah la pegi tempat kawan dia kat USJ tu, takut apa2 hal jadik. Adik aku ni takde lesen tapi dah ada motor, sekarang ni kan banyak roadblock. Aku cakap kat dia takut pegi2 karang kot kena saman. Dia degil, pegi jugak. Pastu malam tu aku call dia, dia gitau aku dia baru je lepas kena saman kat Glenmarie. Huhu.

Kemudian petang Ahad tu aku pi Putrajaya, tumpang umah kakak sekelas ngan aku. Aku takde transport so terpaksa la aku carik tempat menginap yang dekat dengan tempat exam aku sems ni (kat UNITEN). Memula aku nak amik hotel je tp kakak tu pelawa aku pi umah dia leh study skali. Aku pun on je la. Hehehe...

Malam tu aku call adik aku, dia kata kat atas motor nak pi USJ, ada hal. Aku takde la cakap banyak. Lepas aku abis exam hari Selasa tu, orang tua aku telefon. Baru la aku tau cerita sebenar ada hal yang dah terjadik kat adik aku tu.

Rupanya hal yg dia cakap tu adalah pasal kawan serumah kepada kawan adik aku tu. Budak tu dah hilang telefon dan dompet hari yang sama adik aku pegi rumah dorang tu. Dia guna maxis punya application apa ke benda namanya tu.. Finder ke hapa tu pastu dapat la signal Taman Sentosa. Kebetulannya kalau maxis coveragenya aku terletak dalam kawan Taman Eng Ann. Dua2 taman ni kat Klang, so dorang suspect adik aku yang curik.

Masa adik aku pi sana tu, budak yang ilang barang tu dah tunggu ngan kekawan dia, kira ramai jugak la. Budak tu budak Kelantan, keje despatch. Dia tuduh adik aku curi dan dia nak cash RM1000 sebagai gantirugi. Katanya dalam dompet dia tak banyak duit tp Mykad dia dah 3 kali hilang, so kena RM300 kalau nak buat baru. Pastu ada banyak resit dalam dompet dia tu, nilai dalam RM800. Bila dia dah ramai, adik aku sorang tentu la adik aku risau keselamatan dia kan. So dia bagi la telefon kesayangan dia kat budak tu. Aku rasa budak tu dah jual la kot. Pastu motor pun dorang pegang. Celaka tul.

Pastu, boifren adik pompuan aku pi sana semalam dgn kawan2 dia tuk settle baki tu. Dia bagi lg RM500. Pastu baru dapat motor. Aku geram sbb aku baru tau je masa malam aku balik tu. Aku suh report polis je tp family aku takmo. Ye la, org tua aku takut adik aku kena belasah masa dalam lokap. Anak lelaki mak aku tinggal 3 orang je dan sumer manja2.

Geram betul la, senang2 je ilang barang pastu tuduh orang. Bila dah tuduh orang ugut pulak lagi. Duit bukan senang nak carik zaman sekarang ni. Dah la adik aku sorang nak kawin, majlis bulan 10 nanti. Huhu...

Gambar kedua tu pulak gambar adik pompuan aku yang belajar kat UKM tu. Dia baru je masuk sems 1 tahun 3. Disebabkan kat kolej yang dia duduk masa tahun 1 dan 2 tu buat renovation, dorang buat pengurangan student. Jadik, adik aku ni kena la duduk luar kolej. Pastu dia nak lepak umah aku pulak sbb kelas dia bukannya hari2 ada. Lagipun aku kan tinggal sendiri, sewa sorang2, ok gak kalau ada adik2 lepak umah aku. Sekurang2nya aku ada kawan nak menyembang.

Hahaha... Boipren dia pun cakap kat dia, kalau dia lepak umah aku ok skit. Dia buleh belajar masak. Wakakaka. Tu gambar yang kat atas tu memang aku tengah dera dia suruh masak la. Nak belajar mana buleh tengok2 orang masak je. Kena la cuba sendiri. Aku dulu pun bodoh gak bab masak2 ni. Sampaikan nak potong sayur pun aku tak reti. tapi alhamdulillah... bila aku dah start lepak luar kampung, duduk umah sewa, kena masak sendiri, maka aku belajar sikit2. Aku cuba masak. Lelama alhamdulillah, pandai gak la aku masak walaupun rasanya sekadar lepas tekak aku je. Ala.. aku bukannya nak bukak restoran nak masak sedap2 sangat.

Chow dulu... nanti2 tulis lagi

Wednesday, July 16, 2008

Gulai Labu



Resepi gulai labu yang sangat simple ni mungkin tak sama dengan resepi orang lain tapi kalau untuk nak lepaskan tekak sendiri aku rasa dah ok dah camni. Tapi yang kat gambar atas ni bukan la aku yang masak. Hehe.. Aku dera adik aku masak pastu aku supervise je. Aku suruh dia perah santan sendiri, pastu aku suruh dia masak sendiri. Memula dia mintak tolong aku perahkan santan tapi aku tanak. Aku bagi dia chance buat sendiri. Kalau tak belajar, bila nak pandainya kan...


Bahan2 untuk resepi gulai labu ni... (mcm biasa la takde sukatan sbb sumer masak main lempar je)

Labu
Santan kelapa
Serai
Bawang merah sikit
Garam secukup rasa

Cara2nya....

Buang kulit labu dan potong dadu
Basuh dan toskan
Amik serai, titikkan
Amik pulak bawang merah, hiris.
Perahkan kelapa dan amik santannya.
Kemudian, masukkan bawang merah, serai dan santan kelapa ke dalam kuali. (nak masukkan dalam periuk pun boleh jugak. ikut suka kita je)
Masakkan campuran bahan tu di atas api sederhana, sentiasa la kacau (gaul) untuk mengelakkan santan berketul.
Bila dah mendidih sikit, masukkan labu.
Kemudian bila labu dah agak empuk, masukkan garam secukup rasa.
Biarkan kuah agak pekat baru la diangkat dan boleh la dihidangkan.

Hurm... senang sangat kan resepi ni. Sempoi. Sesuai untuk orang yang tak tahan pedas. Hehehe... sebabnya masakan ni tak menggunakan cili sedikit pun. Masa dah masak tu adik aku ada cakap kat aku yang dia letak garam banyak tapi tak masin. Dia rasa pelik sikit. Hehehe... jawapan bagi soalan dia tu aku bagi yang mudah je. Aku cakap kat dia yang santan kelapa tu lemak, so kena la lebih garam tuk lawan rasa lemak tu. Ahaks. Sesuka aku je bagi teori kan.

Jam kat pc ni dah menunjukkan pukul 12.30 pagi. Esok aku keje. Idea nak masak esok pun tak timbul2 lagi ni. Hurm... Aku rasa ada baiknya aku pi tido dulu la. Mana tau idea datang masa aku baring2 tu karang.

Eh! Alahai.... Baju aku basuh tadi lum ampaikan lagi. Ala... malas la pulak nak pi ampai kat luar. Hurm.. Aku letak bawah kipas la dulu. Esok baru ampai kat luar.

Chow.....

Ayam Goreng Nenas Belasah




Ni pulak ayam goreng nenas ala belasah. Aku ni tak pandai masak, apa je yg terlintas kat kepala aku, aku lempar je skali ke dalam kuali tu. Kebetulan hari tu tak tau nak masak apa, bukak peti ais jumpa ayam. Tengok bahagian sayur lak ada tomato. Kat bahagian tempak taruk air tu ada nenas dalam tin.

Tetiba idea aku muncul. Hah! Goreng ayam je la pastu campurkan dengan nenas dan tomato. Hurm.. walaupun simple tapi sedap jugak. Cukup rasa masam, masin dan manisnya.

Ni la resepinya....

Bahan2nya.....( takde sukatan yg spesifik sbb sumer main lempar ikut suka je)

Ayam
Tomato
Nenas dalam tin (lau nak guna nenas biasa sebijik2 pun buleh tp amik la yg jenis manis)
Bawang putih
Bawang besar
Cili hijau
Halia (amik dalam 2 inci sbb nak hiris panjang2)
Garam
Minyak bijan
Minyak untuk menumis

Cara2nya.....

Cuci ayam dan toskan.
Kemudian gaulkan dgn garam dan kunyit. Gorengkan.
Bila ayam dah masak, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak untuk menumis, takyah banyak sangat.
Tumiskan bawang putih dan halia,kemudian masukkan cili hijau.
Masukkan bawang besar.
Bila bawang besar dah agak layu, masukkan nenas.
Tambahkan garam secukupnya.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata.
Masukkan tomato dan biarkan sekejap.
Akhir sekali, renjiskan beberapa titik minyak bijan.
Kemudian boleh la diangkat dan dihidangkan.

Mudah je resepi ni. Idea datang tiba2 je masa nampak ayam dan nenas tu. Kalau nak tengok resepi yang susah2 tu tak dapat la kat sini sebab aku ni jenis yg suka simple. Huhu...

Dah dekat nak time balik ni... Stop dulu la kat sini... esok lusa sambung lagi cerita lain.

Lempeng Bertelur Dan Sambal Bilis




Minggu lepas tetiba je rasa teringin nak makan lempeng lepas tengok posting kekawan kat forum. Jadik, kat umah aku pun merajinkan diri ke dapur buat lempeng. Kebiasaannya, kalau orang buat lempeng, just guna tepung gandum, garam dan air je kan. Tapi aku punya lempeng, aku kasi tambah telur. Baru la lembut dan lemak rasanya.

Aku perturunkan resepi lempeng bertelur aku ni. Hehehe.....

Bahan2nya adalah.....

5 sudu makan tepung gandum
1 biji telur ayam ( tak kira la gred apa pun )
Cheese ( tabur atas lempeng selepas diangkat )
air untuk membancuh
garam secukup rasa
marjerin untuk menggoreng

Cara2nya adalah.....

Pecahkan telur dan masukkan ke dalam tepung.
Taburkan garam ke dalam campuran telur dan tepung.
Masukkan air sedikit demi sedikit ( bukan apa.. takut terlebih air, lembik lak nanti )
Panaskan kuali leper.
Cairkan marjerin atas kuali tersebut.
Canaikan bancuhan tepung di atas kuali.
Balik2kan agar sama rata masak ke dua2 belah. (gunakan api sederhana agar lempeng agak garing )
Bila lempeng dah masak, angkat dan letakkan di dalam pinggan.
Kemudian, taburkan cheese ke atasnya.
Akhirnya... boleh la dimakan bersama sambal bilis atau apa jua pencicah yang kita suka.

Senang je kan nak buat lempeng. Hehehe... Ujung minggu ni kalau angin malas tak datang, rasanya nak buat cakoi la pulak. Balas dendam yng aritu buat tak menjadik tu.

Hurm... rasanya dah lama jugak tak buat roti canai ni. Bila la agaknya angin rajin mencanai ni akan datang balik ni. Takpe.. kalau dah datang angin rajin tu, aku akan pastekan gambarnya di sini.

Chow dulu... nanti ada lagi citer resepi akan menyusul.

Friday, July 04, 2008

Adoiii.... sakitnya dugaan ni....

Hurm.... dalam seminggu ni mood pun kureng baik la. Ada ulcer pulak dalam mulut ni. Kena kat bibir ni, dua pulak tu... depan dan belakang. Dah lama tak kena camni. Sakit dia hurm... takleh tahan. Ditambah dengan gusi bengkak lagi.

Tadi pagi saje je letak garam kat tempat ulcer tu, pedihnya... masyaallah. Kumur2 air garam pun da buat dah. Nak makan pun payah. Terutama makanan yang pedas. Hilang sekejap nikmat dunia.

Kul 4 ptg td pi Klinik Guan. Ingatkan nak mintak ubat je untuk ulcer dan bengkak gusi ni tp hurm... Kena jugak masuk jumpa doktor. Kononnya aku tak pernah amik ubat ulcer kat situ. Sebelum dapat jumpa doktor nak kena tunggu lak kejap dulu almaklum la... ada tiga empat org mamat bangla buat check up.

Jumpa doktor td kejap la sangat. Doc tanya sakit apa, aku pun terus je mintak ubat ulcer dan bengkak. Pastu doc tgk sikit je gusi bengkak aku tu dan tada... dah buleh keluar amik ubat. Huhu.. Senang gak keje doc ni kan.

Sebenarnya... gusi ni da sakit sejak sebelum kursus DTP tu lg. Masa kursus tu terpaksa gak la cover2 selera makan walaupun makanannya sedap2. Tu pun aku kena gak serangan sakit pada hari pertama kursus sbbnya aku terlupa gusi ni bengkak dan aku belasah seketul gula2 yg disediakan kat air suam tu. Huhu.

Takpe la.. sebaik je gusi ni ilang bengkaknya, aku nak pi klinik gigi. Aku nak pi cabut lagi 3 batang gigi geraham bongsu aku ni. Sebelum ni cabut sebatang je, alhamdulillah... dah tak sakit dah kat belah situ. Konon dah cabut sebatang puas hati la.. tak sakit lg tp hurm... sakit datang gak lg. Selagi tak abis buang ketiga2nya.. selagi itu la gusi akan bergilir2 bengkak.

Terpaksa la aku buang jugak geraham bongsu ni kalau aku tanak sakit lg. Dan memang aku confirm tanak sakit lg. Tanak!!!!!!

Monday, June 16, 2008

spagetti goreng ala belasah



Hurm... Ni la salah satu juadah yg sempat aku sediakan sewaktu balik lunch selama sejam kat rumah. Itu yg sempoi, cepat siap. Terasa macam nak buat lg la spagetti goreng tu tp takpe la.... aku nak cuba buat pasta bersos putih pulak nanti. Hehehe... sos tu da siap, cuma perlu tambah aksesori je sikit.

Wednesday, May 28, 2008

Pasta O Pasta....



Ini la juadah aku tuk malam ni. Tetiba je selera nak makan pasta. Aku pulak tak pandai masak pasta, namun kerana keinginanku, aku gagahi jua menyediakannya.

Kali ni resepi betul2 belasah sesuka hati je. Segala bagai bahan yang aku terasa nak masukkan, aku lemparkan je ke dalam kuali tu. Dan akhirnya.... merasa jugak aku pasta tanpa perlu pergi ke restoran Itali. Hehehehe....

Friday, May 23, 2008

Makanan Tengahari Tadi....







Ini la juadah tengahari tadi kat rumah. Rajin pulak aku balik makan tadi. Huhu..... Cukup la hanya dengan nasi putih, sayur campur, ikan masin jeruk dan air habbatussauda. Alhamdulillah...

Esok ada kelas. Hurm... kalau rajin tgh malam nanti nak goreng bihun tuk sarapan sebelum ke kelas pagi esok. Tengahari musti tak sempat makan sebab kelas aku berturut. Dari pukul 11.30 pg hingga pukul 2.50 ptg satu kelas, kemudian pukul 3 ptg hingga 6.20 ptg satu kelas lg.

Esok mesti penat giler tu.. Nak tukar2 train lagi. Hurm... Nampak gayanya balik terus tido je la kot. Tak larat la nak masak esok tu. Huhu...

Minggu depan nak pi test undang2. Maknanya dalam minggu ni aku kena hafalkan yang kat buku KPP tu. Mintak2 la sekali je pi test, takde duit aku nak pi banyak2 kali.

Thursday, May 22, 2008

Kekesalan Bertandang Lagi......

Dari hari ke hari aku cuba melupakannya namun semakin aku cuba.... semakin kuat pula ingatan itu menerjah kotak fikiranku. Aku cuba untuk menghapuskan dosa2 silam itu dari menghantui hidupku namun aku belum berjaya.

Bantu la aku teman.... bantu la aku menghadapinya. Bimbing la aku teman ke arah ketenangan. Perjalanan hidupku sudah jauh ke hadapan, aku takut jika hanya ada sedikit perjalanan lagi di hadapanku. Aku takut dosa itu terus melingkari hidupku selamanya.

Terkadang aku rasa menyesal.... terkadang aku rasa diriku adalah manusia yang paling bodoh.... tetapi apa yang mampu aku katakan lagi. Menyesal kemudian tidak berguna. Kaca yang sudah pecah mana bisa bercantum kembali. Begitu la aku.... kesilapan mengikut kata hati dulu membuatkan aku menanggung bebannya sehingga ke akhir hayatku.

Moga aku akan menemui seorang insan yang mampu menerimaku seadanya, mahu membimbingku ke jalan yang benar dan sudi memaafkan segala kesilapanku dulu....

Tuesday, May 06, 2008

Update

Lama tak mengupdate blog ni. Pc kat rumah rosak la pulak. Kat opis ni malas tul nak berkarya.

Tuesday, April 22, 2008

Macam2 Hal....

Lamanya tak update blog ni. Bizi sesangat dengan sakit ar, dengan exam ar. huhu

Minggu lepas dah abis exam, lepas je abis exam tengah hari jumaat tu aku balik kampung. Macam2 hal pulak yang jadik masa aku ada kat kampung.

Masa mak aku amik aku dekat Kuala Pilah petang tu, mak aku turun belikan goreng pisang yang adik aku nak. Kebetulan rezeki mak aku takde, masa mak aku berjalan menuju ke kereta lepas beli goreng pisang tu rantai tangan mak aku tercicir. Bila dah dalam kete, baru je kuar dari pekan Kuala Pilah baru mak aku tersedar yang rantai tangannya takde. Abah parking kat tepi jalan jap, carik2 dalam kete takde. Pastu abah patah balik ke pekan Kuala Pilah carik. Hurm... barang tercicir kat bus stand memang payah la nak jumpa balik.

Bila dah carik2 tu tak jumpa, abah dah mula bising sikit. Abah bebel kat mak, kata mak degil, suruh ikat rantai tangan tu takmo. Hehehe. Tapi abah bebel kejap je, pastu abah leh kata, takpe la, dah ilang tu.. redha je la. Tapi mak nampak sedih je, aku tengok muka mak dari cermin sisi tu nampak cam nak nangis dah. Mana taknya, tak lama lagi nak kenduri.

Aku cakap kat mak, takpe la... redha je la. Dah takat tu je rezeki mak nak pakai rantai tangan tu. Nanti beli la lain. Pastu aku ajak abah pi Pilah sekali lg esoknya. Bila abah tanya nak wat apa,aku kata nak pi pasar tani. Hehe.. Pastu, aku cakap kat mak, esok kita beli la lain.

Pagi esok tu mak aku pi beli sarapan pagi, makcik yang meniaga tu tanya mak, mana pegi rantai tangan mak tu. Mak kata la tercicir, pastu ada pulak satu makcik ni, dia boleh cakap padan muka kat mak aku. Hampeh tul.

Lepas sarapan tu kitorang pi Pilah. Sampai sana kedai lum bukak lagi so pegi la pasar tani dulu. Beli2 lauk, kuih dan sayur. Pastu pi kedai emas cari rantai tangan tuk mak. Aku pun tukar la rantai tangan dan rantai leher aku skali. Tapi rasa kelakar pun ada gak masa mak carik rantai tangan yang dia berkenan.

Aku budget kecik je tuk beli tu, almaklum la duit aku pun sikit je. Aku tunjuk2 rantai tangan yg ringan skit gram dia, mak aku tunjuk yg berat jugak. Bila test2 kat tangan, mak bandingkan dengan rantai tangan yang dah tercicir tu. Hehehe... Bila aku tunjuk kat rantai tangan yang besar, masa test mak kata.... tak elok la yang ni, sakit tangan mak pakai. dalam dia kosong. Hehe...

Lepas kuar masuk tiga empat kedai, akhirnya mak pilih rantai tangan yang serupa dengan yang tercicir tu tapi kecik sikit la. Tu pun dah dekat lapan ratus harga dia. Hurm... rantai tangan aku pun bawah 400 je. Huhu...

Petang ni nak pi bank in seribu kat abah. Malam tadi abah dah call dah. Orang tua tu nak beli motor kris kawan abang lang nak tolak. Dia tolak rege seribu siap geran. Abah kata, peluang la ni, pas ni leh la abah pi noreh pakai motor je. Kurang la sikit kete yang ada tu bergerak.

Tak lama lagi nak kenduri tunang adik aku ni pulak. Abah dah cakap awal2 nak beli kambing dua ekor. Pastu abah mintak share adik-beradik sbb kambing tu abah nak buat akikah arwah adik ngan abg ngah. Hurm... Adik-beradik tu sape je la nanti tu. Along dah tentu tak dapat. Alang sikit tu boleh la kot sbb dia pun dah banyak berabis. Yang nak bertunang tu... tentu la duit dia nak guna tuk sewa andam bagai. Hurm...
.