Thursday, January 31, 2008

Dia yang kedua.....

Hatiku terbuka lagi untuk bercinta. Kali ini dengan seorang tentera. Almaklum la waktu tu aku tinggal bersama kakak di dalam kem. Kat Sungai Besi masa tu. Abang ipar dan kakakku memang membantah aku berkawan dengan Mamat nie. Mamat tu nama glamer dia. Tapi aku tak makan saman. Cinta giler masa tu. Takdenyer nak dengar pendapat org lain.

Tapi cinta aku tak sampai ke jinjang pelamin sebab dalam masa bercinta dengan aku, rupanya Mamat bercinta jugak dengan adik angkat aku. Malangnya nasib aku. Dua orang yang aku percayai, yang aku sayang mengkhianati aku. Bayangkan perasaan aku. Betapa kecewanya aku.

Dan aku masih ingat lagi pertemuan terakhir aku bersama Mamat dan adik angkat aku di Puduraya. Soalan terakhir yang aku tanyakan padanya. " Siapakah yang dia pilih" dan jawapannya amat menyedihkan tp aku masih mampu menahan airmata dari mengalir kerana seorang lelaki penipu. Dan ungkapan terakhir dari aku hanya " mulai saat ini, Mamat telah mati dalam ingatan saya"

Bermula dari situ la aku berdendam pada lelaki. Aku berikan cinta pada setiap lelaki yang ingin mendampingi aku. Bila mereka telah benar-benar ingin memiliki aku... aku tinggalkan mereka dalam kekecewaan. Sesungguhnya pada aku tiada istilah cinta... Aku sendiri tak tau apa itu cinta....

Namun tuhan itu maha kaya. Menurut sumber yang boleh dipercayai, mereka telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak. Aku tak rasa kecewa atau marah tapi bersyukur kerana rupanya Mamat adalah seorang penagih. Da dia telah dibuang dari kerja atas kesalahan itu. Dan menurut cerita terbaru yang aku dengar, mereka telah bercerai. Itulah akibatnya kalau menyakitkan hati orang yang tidak bersalah.

1 comments:

Anonymous said...

La.. sian plak... tapi kan .. mende tu kan baik utk ko... anyway.. gud luck!

.