Thursday, January 31, 2008

Cinta pertamaku.....

Waktu itu aku masih di bangku sekolah, kalau tak silap di penghujung form 4. Ada sorang mamat nie dah ikut abg aku balik ke rumah. Kebetulan waktu tu aku baru balik dari sekolah. Sebaik aku masuk je pintu umah, aku nampak mamat nie tgh duduk kat ruang tamu. Aku buat tak nampak je la.

Tak lama lepas tu, mamat nie dtg lagi kat umah. Tak sangka kali nie dia nak berkenalan pulak ngan aku. Aku terima je la. Kitorang pun bertukar2 alamat. Sejak tu rajin la mamat nie antar surat kat aku. Bulan puasa tahun tu dia ada la dtg berbuka puasa kat umah aku. Aku pun tak sangka mamat nie serius ngan aku. Dia berani gi cakap ngan org tua aku yg dia nak kawan ngan aku dgn seriusnya. Abah aku nie jenis garang tp sbb dia dtg cara elok dan cakap terus-terang so abah aku bagi la dia kawan ngan aku tp bersyarat. Syaratnya, kalau dia betul2 nak aku , dia kena tunggu aku abis belajar dulu. Dia setuju je dgn syarat tu.

5 tahun aku berkawan dgn mamat nie tp tak pernah keluar. Kalau dia nak jumpa aku, dia dtg ke umah. Kitorang berhubung dgn surat dan telefon je. Tp kad raya tiap tahun dia tak penah miss bagi aku. Dia betul tunggu sampai aku abis sekolah. Setahun lepas aku abis sekolah, aku dpt keje kat KL. Tiap Sabtu dia dtg amik aku dr opis dan antar aku balik umah mak aku. Mlm minggu mesti dia tido kat umah aku sbb hari Ahad dia nak antar aku balik ke KL semula.

Tp biasa la kan org kampung, mana boleh camtu punya mesra kan. Org tua aku takmo org buat citer tak elok, jadi abah suh dia antar wakil masuk meminang. Kitorang pun bertunang la tp rupanya jodoh aku bukan dgn dia. Bercinta 5 tahun tp nak berpisah satu hari je masanya. Aku berpisah ngan dia pd hari aku bertunang dgn dia. Tengahari tu aku bertunang, petang tu aku gaduh ngan dia. Sejak tu masing2 bawak diri, takde surat takde phone call lagi. Tp sejak berpisah dgn dia, walau dgn siapa pun aku berkawan tetap tak dapat dibandingkan dgn dia.

Tp selepas 10 tahun berpisah, tiba2 aku terima panggilan dari dia. Waktu tu aku kat opis. Yang menghairankan aku bukannya apa, takde sape pun yg tahu nombor telefon tempat keje baru aku termasuklah family aku. Sempat la bertukar2 nombor hp. Malam tu dia call aku lg. Kitorang sembang la cam dedulu. Tp sama jugak, aku ngan dia, dua2 lum kawin. Bila aku tanya dia kenapa tak kawin lg, dia kata " jodoh pertemuan bukan kita yg tentukan, semua tu keje Tuhan".

Tapi kejadian ni berlaku dua tahun yang lalu... Di waktu ini aku pun tak tau di mana dia berada, dah kawin ke belum, masih hidup atau pun sudah tiada. Kami terputus hubungan lagi....

0 comments:

.