Friday, July 23, 2010

Rindu

Bila terasa rindu...
Ku sebut namamu...

Hurm... Teringat akan lirik lagu dari peserta Akademi Fantasia, Dafi. Itulah yang aku rasa sekarang ni. Terasa rindu padanya. Rindu sangat. Hinggakan tadi aku buat tindakan paling bodoh. Aku call dia yang kini bergelar pesakit di katil hospital.

Tapi tak tau nak buat apa lagi. Rindu sangat. Dah lama tak bertegang leher ngan dia, tak bertekak. Rasa macam kehilangan sesuatu lak. Walau kekadang terasa sakit hati bila dia marah-marah dan membebel namun rupanya bila dia senyap perkara itulah yang jadi kerinduan.

Harap dia cepat sembuh dan boleh kembali bertekak macam dulu.

4 comments:

geemus said...

heee..begitulah selalunya bila di depan mata kita buat tak hendah tetapi bila ia hilang dari pandangan kita rasa kehilangan dan kesunyian..

adrin_malina said...

ye gee. lau ada nak bercekak je... bila tade... terpandang2. huhu

akak said...

Ad..kata org yg selalu duk bercekau tu lah yg duk buat teringat! hehe..
hrp dia cepat sembuh.. dan impian kalian terlaksana..ameeen

adrin_malina said...

mudah-mudahan kak. aminnnnnnn

.