Monday, May 23, 2011

Kertas Berwarna - Ala Belasah Senja Isnin



Sehelai kertas berwarna

Bercetak nombor di atasnya

Berbeza angka yang tertera

Pada setiap helaian yang berlainan warna


Sehelai kertas berwarna

Tiada bernilai buat haiwan di dunia

Namun sangat punya harga buat manusia

Hingga mampu memecahbelahkan hubungan keluarga

Malahan boleh meranapkan sesuatu bangsa

Dan mampu memusnahkan sebuah negara


Sehelai kertas berwarna

Makin lama makin turun nilainya

Pabila barang keperluan makin naik harganya

Termasuk barang kehendak juga makin mencekik leher manusia

Hingga tidak mampu manusia memiliki apa yang dikehendakinya

Walau puas sudah berusaha bekerja dari subuh hingga sampai lewat senja


Sehelai kertas berwarna

Tanda dunia punya nilai juga

Diletakkan segala atas namanya

Termasuk maruah dan harga diri juga

Boleh disukat akan harganya

Dengan nilaian yang tertera di atas kertas berwarna


Wahai temanku semua

Pilihlah yang mana satu engkau suka

Di antara banyak kertas berwarna

Yang tertera di atasnya nilai berbeza

Dari yang biru bernilai rendah-serendahnya

Sehingga yang ungu bernilai agak tinggi juga


Namun satu pesanan ingin kutitipkan

Walau warna apa yang jadi pujaan

Walau nilai berapa yang jadi pilihan

Janganlah maruah dan harga diri engkau cagarkan

Demi memiliki helaian kertas berwarna yang makin kurang nilaian


Kertas berwarna bernama wang

Jangan kerananya hidupmu terbuang!


(C) Azrina Nur Rusly, 23 May 2011

3 comments:

Unknown said...

kak rina, saya (HAdira Kifly) dah tweet.. Hehe..

azrina nur rusly said...

alorrrr.... lupa tweeter pakai apa. ahaks

Unknown said...

hehe.. Rugi la.. Best pakai tweeter.. Hik,hik,hik..

.