Tuesday, January 18, 2011

Kihkihkih!

Kihkihkih!

Sudah agak lama blogku ini tidak diupdate. Sudah penuh dengan sarang labah-labah gayanya. Bukan aku lupa untuk mengupdate, tetapi aku tak tahu nak coretkan kisah apa. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, otak aku membeku. Tiada langsung sebarang idea yang melintas.

Sementelah lagi aku kini mengalami masalah kesihatan. Tidaklah serius manapun, cuma demam dan selsema disertai batuk yang menggila. Bila berada di dalam keadaan sebegini, sudah semestinya minda tidak dapat berfikir dengan baik.

Nantilah! Tunggulah! Tunggu kesihatan aku pulih semula. Tunggu idea aku menderu-deru melintas di kepala. Di ketika itu nanti, akan aku coretkan entry yang merupakan kesinambungan karya-karyaku yang tergendala.

Kihkihkih!

2 comments:

ondscene said...

salam
teruskan menulis, kerana anda penulis yang hebat. sayang kalau idea yg mencurah-curah, tidak dicoretkan semula.
saya doakan cik azrina bertambah sihat dan keep up ur gud work...!!!

adrin_malina said...

salam... terima kasih atas doa dan dorongan.

.