Thursday, January 27, 2011

Coretan Ala Belasah III

Masa yang cemburu terus berlalu
Meninggalkan aku yang termangu sayu berteman pilu di kalbu
Memendam rindu berlagu sendu
Dalam kepasrahan menanti hadirmu

Sejak berkurun aku ada di situ
Sejak berkurun aku setia menantimu
Pasrah berteman sebuah rindu yang menggebu
Rindu yang sememangnya aku khaskan untukmu

Sampai bila aku harus menunggumu
Adakah sehingga berakhirnya nafasku
Atau sehingga dirimu mengaku
Aku tidak lagi kau perlu

Jika kau tanyakan kembali kepadaku
Sungguhkah akan kataku itu
Pasti jawapanku tidak begitu
Kerana jika ku ikutkan hatiku
Aku tidak sanggup kehilanganmu
Dan selamanya ku ingin bersamamu

Namun jika kau mahu aku pergi darimu
Aku rela berlalu
Aku rela mengorbankan diriku
Demi kebahagiaanmu

2 comments:

Abang Zul said...

...terhantar sekalung rasa terharu
bila yang paling dirindu
tidak pernah tahu bertapa indahnya
kasih dan sayang itu...

P/s alamak... hanyut terbuai oleh alunan bahasa pulak.. :)

Singgah sebentar.. lain kali abg jenguk lagi.. N. g. a. n. t. u. k.
~ ~

azrina nur rusly said...

hehehe... terima kasih sudi singgah.

.