Tuesday, August 25, 2009

Konvo








16hb Ogos 2009, adik aku konvo kat UKM. Dia dah ada degree Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian dah la sekarang ni. Tinggal aku ajelah yang belum habis ni.

Orang tua aku gembira dalam sedih dengan kejayaan adik aku menghabiskan pengajiannya sehingga berjaya memegang segulung ijazah. Tahniah Ayien.

Ketika adik aku baru mengambil jubahnya dan dibawa pulang, dia mencuba menyarungkan jubah tersebut ke tubuhnya. Serta-merta abah memejamkan mata mengusir kesedihan. Dan menitislah airmata kesedihan apabila terkenangkan arwah adik perempuan aku yang tidak sempat menyarung jubah konvonya walaupun telah berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Perbankan Di Luar Pesisir.

Arwah adik aku meninggal dunia sebaik tamat pengajiannya, yang sampai di tangan kedua orang tuaku hanyalah surat penggilan untuk majlis konvo arwah adikku itu. Hati orang tua mana yang tidak sedih kan. Disebabkan itulah orang tuaku menangis kesedihan bercampur kegembiraan dengan kejayaan adikku yang ini.

Lepas ni insyaallah giliran aku pulak tapi mungkin dalam 2 ke 3 tahun lagi. Hehe...

2 comments:

lizz said...

selamat berkonvo nnti even lambat lagi. same ler kite.ahaks!

azrina nur rusly said...

hehe... saya ni terlambat sikit. dah tua baru teringin nak sambung belajar.

.