Thursday, January 22, 2009

Alamak!!!!! Ada Hantu² Di Kejiranan Aku La....

Korang percaya wujudnya hantu? Aku percaya jugak la hal ni. Hehehe....

Kali ni aku nak kongsi cerita mengenai kewujudan hantu di kejiranan aku yang baru je aku dapat tahu pagi ni sebelum aku pegi kerja. Huhu...

Aku selalu nampak pintu unit tepi sekali kat tingkat yang aku duduki sentiasa terbuka. Unit tu selang sebuah je dari pintu unit aku. Dah lama jugak la unit tu dikosongkan. Sebelum ni ada bebudak kilang yang tinggal kat situ. Bila dorang pindah, unit tu kosong sekejap. Tak lama kemudian masuk sekumpulan lagi bebudak kilang. Tapi dorang tinggal tak lama kat situ. Entah kenapa tetiba je dorang pindah.

Kemudian bila aku lalu-lalang kat depan unit tu, aku nampak pintunya sentiasa terbuka. Keadaan kat dalam memang ler bersepah dengan sampah² tinggal. Lama lepas tu, bila aku lalu, aku tengok dalam rumah dah bersih. Aku agak² tuan rumah datang bersihkan. Bebaru dua tiga hari lepas tuan rumah tu datang tengok rumah dan tutup pintu tapi kelmarin dan semalam bila aku lalu, pintu masih terbuka jugak.

Depan unit tu pulak, ada orang indonesia menyewa. Selalu jugak la dia pasang cd mengaji ke, ceramah agama ke kuat² kat rumah. Tapi orang tu pun tak tinggal lama. Sekarang dah pindah dah. Tak tahu la kenapa dorang pindah.

Sebelah unit tu pulak unit kosong. Dulu kawan adik aku, budak sabah menyewa kat situ. Sekarang ni dia dah pindah. Dah lebih setahun dua kot unit tu kosong. Tengah tahun lepas ada sorang cina datang mengamuk² kat rumah tu. Tarik² cermin tingkap sampai luka tangan. Darahnya menitik² kat tembok dan lantai depan unit tu. Sampai sekarang ada lagi kesan darah tu kat situ. Takde sapa bersihkan sebab masa dia mengamuk tu, mana ada orang yang tinggal kat situ.

Yang nak aku kongsi cerita ni mengenai apa yang aku dengar pagi tadi. Adik aku kata, kat unit tepi tu ada toyol. Memula aku terkejut dan macam tak percaya la tapi dia kata dia dengar budak² bermain riang melompat² dalam unit yang pintunya terbuka tu. Waktu tu dia melepak kat tangga. Kemudian penat duduk, dia pergi menyandar kat dinding unit tu. Ada tingkap kat dinding tu. Kat belakang dia tu la benda tu bermain².
Huhu...

Kemudian dia cakap kat unit kosong yg budak sabah duduk dulu tu pun ada hantu jugak tp tak tau spesies apa. Dia kata waktu lalu depan tu, tetiba je dengar bunyi air paip terbuka dengan kuatnya. Bunyi macam paip pecah tu. Aku pun pernah dengar sekali. Waktu tu tak pasti pukul berapa aku lalu. Hairan gak aku sebab selalu takde dengar bunyi air terbuka tu, lagipun unit tu takde orang tinggal. Aku perhati juga la ke dalam unit tu melalui cermin tingkap yang pecah sekeping tu tapi tak nampak apa² yang mencurigakan. Adik aku kata bunyi tu tak sentiasa kedengaran. Kadang tengahari, malam, awal pagi. Malam tadi aku lalu depan rumah tu takde pulak aku dengar bunyi air tu.

Kelmarin aku nampak budak indonesia depan unit aku ni terhendap² kat tingkap unit yg ada kedengaran bunyi air tu. Hehehe... Aku rasa la kan, dia pun pelik dengar bunyi tu. Tu sebab dia pegi tengok. Patut la sejak kebelakangan ni kalau aku keluar ampai baju pukul 1 pagi 2 pagi tu aku rasa semacam je. Tak macam dulu. Dulu ampai baju kul 1 2 3 pagi tu rasa cam ampai baju di siang hari je.

Unit sebelah aku ni, yang berada tengah² antara unit aku ngan unit tepi tu pun kosong jugak. Ditinggalkan dalam keadaan lampu dan kipas ruang tamu yang terpasang. Aku rasa tuan rumah kot yang buat camtu. Ada kaitan ke perpindahan dorang semua dengan benda mistik ni ye...?

Bagi aku selagi aku tak terganggu, aku tak peduli benda tu semua. Dalam rumah aku sendiri ni pun ada benda lintas², ada benda main tampar² pintu, ada benda yang dok mengasak² adik aku tido. Tapi segala gangguan tu dulu la, sekarang walau aku berada sorang kat rumah pun dah takde lagi gangguan tu. Cuma sesekali je agaknya dorang nak mengusik aku. Hehehe... Agaknya dorang tengok aku lagi hantu daripada dorang kot.

Kalau betul la ada toyol kat unit kosong tu.... hurm... kena letak duit dalam quran la. Hehehe...

7 comments:

alif-mikail said...

senang je..

err.. err.. apa ye..

adrin_malina said...

err.. err.. apa tu ye? hehehe....

kawan adik pun ada sama masa kejadian budak bermain melompat² dalam unit kosong tu. masa dengar tiba² bunyi air tu pun sama.

adrin_malina said...
This comment has been removed by the author.
sayangku said...

ala wak... kalau dah toyol, duit dlm alquran pun dia boleh ambik tau!.. so awak kena amalkan lar ayat2 suci yg boleh mpertahankan diri....

adrin_malina said...

hurm... alhamdulillah... takat hari ni lum pernah terjadik kehilangan duit lg walaupun letak merata kat umah. insyaallah... takde pape ler tu...

alif-mikail said...

tangkap masuk botol - orang cerita la akak..

ehehhe..

boleh buat cerita baru tu..

err.. ada sesiapa tahu nombor fon ahmad idham? hehhee

adrin_malina said...

nak kena panggil ustaz amirul ngan ustaz yusof puaka niyang rapik la gamaknya. dia pandai tangkap masuk botol. botol kicap saiz besar lagi tu.... hehehe

.