Sunday, September 16, 2012

Hari Ini Aku Sedih, Sangat-Sangat Sedih!


Orang kata, kesabaran ada batasnya. Ya, memang benar. Walau bagaimana sabar sekalipun kita, bila ia sudah sampai ke satu tahap, kita tidak mampu menahannya. Begitulah yang terjadi kepada diriku.

Sudah lama aku tidak berasa sesedih ini. 

Sejak kebelakangan ini, aku bagaikan dapat merasa sesuatu bakal berlaku dalam hidup aku. Sesuatu yang aku tidak pasti apakah ia. Namun, hati sudah berhari-hari terasa tidak tenteram, bagaikan ada sesuatu yang mengusik ketenangannya.

Kesibukan dikatakan punca renggangnya hubungan, lantaran tiada masa terluang untuk berbicara dari hati ke hati. Namun, tika berkesempatan bersama, terasa aura kebahagiaan itu bagaikan sudah mula menghindar. 

Apakah sudah hampir ke penghujung hubungan yang dibina atas dasar kasih sayang dan penuh kepercayaan ini? Apakah kasih yang disemai sekian lama sudah hampir mati. Adakah bunga-bunga cinta yang selama ini berkembang mekar sudah mula layu bersama waktu yang berlalu?

Hari ini aku memang sedih. Sangat-sangat sedih. Dan kesedihan ini mengundang airmata yang tidak mahu berhenti dari terus menitis.




6 comments:

DALIA NA ZA said...

nape ni? meh story kat aku eh..
ahad ni jom jupe nak?
lama tak sembang face to face..

Unknown said...

Aq jg sedih hari ini

Top Niaga said...

sedih sebab ape tu

Oke Deh !!! said...

setpa orang pasti pernah merasakan kesedihan,,,,tapi kita boleh memilih bahagia,,,,

mangsadut.com said...

artikelnya menarik
http://www.kangalip.com/

Anonymous said...

Mmm kesedihan yg dtg tnpa di duga

.