Sunday, May 08, 2011

Syurga Itu Di Bawah Telapak Kaki Ibumu (Ala Belasah Malam Minggu)
















Dari engkau hanya segumpal darah
Hingga engkau menjadi seorang manusia sempurna
Tidak pernah ibu lupa mencurah kasih
Malahan sanggup ibu berkorban apa sahaja
Demi kebahagiaanmu dunia akhirat

Namun balasan yang engkau beri kini
Di atas curahan kasih sayang ibu dahulu
Hanya herdik marah dan maki hamun
Juga kaki tanganmu singgah ke tubuhnya
Demi kepuasan dirimu sendiri

Demi kasih
Ibumu tidak pernah mengadu
Ditelan senyap keperihan
Dikunyah lumat pedih di hati
Malah dipohonkan doa dariNya
Moga terbuka hatimu mengasihinya

Di mana kau letak akalmu
Tidakkah ada walau secubit kasihmu untuk ibu
Apakah yang merasuk mindamu
Hingga sanggup mengabaikan
Ibu yang mengandung dan melahirkanmu
Ibu yang bekerja keras membesarkanmu
Ibu yang mencurah segala kasih sayang kepadamu

Tidakkah kau tahu
Setitis airmata ibumu jatuh ke bumi
Menangisi akan sikap dan perbuatanmu
Maka tidak akan kau temui bahagiamu
Tidak akan kau merasai ketenanganmu
Melainkan kau memohon keampunannya

Jagalah hati ibu
Kerana sesungguhnya
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu

(C) Azrina Nur Rusly, 08 May 2011

0 comments:

.