Malam ini hujan turun lagi membasahi bumi
Berserta guruh kilat dentum berdentam
Bersama angin yang menderu kencang
Mencipta suasana yang penuh kedinginan
Namun tiada kesyahduan
Malam ini airmata turun lagi membasahi pipi
Selebat hujan yang turun di luar dinding
Bersama esak tangis yang tidak mahu berhenti
Tatkala hati mengingati kembali
Kenangan pahit yang pernah terjadi
Ketika hujan turun malam
Hujan malam kembalikan nostalgia semalam
Waktu aku engkau nekad tinggalkan
Walau puas aku merayu sedikit belas ikhsan
Namun engkau bagai tiada perasaan
Pergi jauh, hilang tanpa dapat dikesan
Hujan malam dan nostalgia semalam
Tidak akan mampu aku lupakan
Walau tempat di hatiku yang pernah engkau kosongkan
Kini telah kembali terisi dengan kebahagiaan
Dihulurkan oleh insan lain yang menghargai erti kasih sayang
(C) Azrina Nur Rusly, 19 May 2011
0 comments:
Post a Comment