Tuesday, February 12, 2008

Demam lagi.....

Kenapa dengan aku nih....? Apa yang tak kena pada diriku....? Kenapa la aku asyik demam je nih.....? Ada penyakit apa aku ni....? Erm... Ya Allah! Berikanlah aku kesihatan yang baik supaya aku dapat meneruskan kehidupan dan dapat berbakti pada kedua orangtuaku.

Sesungguhnya ya Allah, aku masih belum mampu membalas segala jasa kedua orangtuaku. Aku belum berkemampuan memberikan kesenangan kepada mereka. Berilah aku kesempatan ya Allah untuk membahagiakan mereka.

Aku dah jumpa doktor... doktor kata aku cuma stress je sebab tu la aku selalu demam. Itu memang aku akui. Terlalu banyak perkara yang harus aku fikirkan. Keluargaku, pelajaranku, adik2 yang di bawah tanggungjawabku kat sini dan juga kehidupan peribadiku sendiri.

Semalam aku tido agak awal dari biasa. Entah la.... Semalam jiwa aku rasa kacau sikit. Perasaan tak menentu. Ada rasa sedih wujud dalam diri. Aku cuba study tapi otakku tak dapat memproses data dengan baik lalu aku ambil keputusan untuk tido bagi melupakan segala permasalahan untuk seketika. Aku set alarm untuk bangun study pada pukul 3 pagi tapi sesedarnya aku dari tido yang lena, ku lihat jam dah menunjukkan angka 6 pagi. Dan iblis itu berjaya menggodaku. Aku sambung tido semula sampai la ke pukul 7.45 pagi.

Sekarang aku berada kat opis dan aku kini diserang rasa mengantuk. Aku amat pasti.... kalau ada perasaan sebegini, itu bermakna aku kurang sihat. Dan selsema ni pun makin menjadik. Suara pun dah berubah sikit nih. Erm... Antibodi aku tak kuat la. Mudah sangat aku diserang penyakit. Aku kena amik supplement la agaknya nanti ni.

1 comments:

Anonymous said...

Tekanan ~

a)cari saluran yg betul utk reda/lepaskan tekanan.
b)selesaikan satu persatu sebarang beban yang ditanggung... atau pun cuba lihat dengan jelas sesuatu yang menyebabkan terhasilnya tekanan...jika dpt dilihat.. faham kan ia..kerana disitu ada jalan keluar..

Demam ~

Kebiasaannya ia berkait dengan cara hidup kita... cuba teliti dan ubahsuai mengikut pergerakkan "masa" . Pemakanan, persekitaran dan rehat yang cukup akan membantu mempertingkatkan taraf kesihatan kita..

Doa ~

Jalan keluar yang terbaik ialah berdoa... walaubagaimana pun, usaha / iktiar perlu seiring..

salam........

.